Khamis, 3 Disember 2009

MARI KITA BERSAMA MEMAHAMI APA DIA SISTEM DUA PARTI




WALAU PUN TULISAN ARAB - IANYA MASIH MILIK MUSUH UMAT MANUSIA




PEPSI DAN COKE – ADIDAS DAN PUMA

Pada tahun 2009 ini wacana politik dalam negara kita cuba menyebarkan berita tentang kemungkinan terwujudnya sistem dua parti – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Malah huh hah huh hah tentang sistem dua parti ini telah tersebar lama. Ada yang menyeringai gembira seperti di malam pertama bedua-duaan di bilik bersama kekasih bila mendengar kemungkinan ini.

Sistem dua parti ini adalah satu penipuan. Satu illusi yang dirancang oleh kaum pemodal. Satu pemesongan projek demokrasi yang amat terancang untuk mengkaburi mata orang ramai agar gagal melihat intipati politik dan makna hakiki demokrasi.

Lalu saya bertanya adakah sesiapa yang dapat membezakan Pepsi dengan Coke? Adakah sesiapa yang dapat membezakan Adidas dengan Puma? Hakikatnya - pemilik saham Pepsi adalah juga pemilik saham Coke. Hakikatnya - Puma dan Adidas adalah dua beradik yang membuka peniagaan yang sama – satu kedai di kiri jalan dan sebuah lagi di kanan jalan. Kedua-duanya mengamalkan sistem kapitalis yang berlandaskan keuntungan. Yang membezakan hanya ejaan nama yang bermula dengan A dan P.

Kita wajib sedar bahawa kaum pemodal akan terus merancang untuk memastikan kepentingan ekonomi mereka selamat. Apa yang mereka pertahankan bukan saekar kebun getah atau sebuah Kancil. Yang mereka pertahankan ialah sistem ekonomi kapitalis yang selama 150 tahun ini telah mengembongkan saku dan dompet mereka. Sistem ini telah menjadikan mereka senang lenang dan kaya raya dengan harta berbilion-bilion dolar dan ringgit.

Kuasa yang mengancam dan menyusahkan kehidupan umat manusia dalam dunia hari ini sebenarnya adalah kuasa kaum pemodal. Kaum pemodal inilah yang merancang untuk memastikan parti apa yang naik and parti apa yang turun. Siapa dapat jadi menteri dan siapa yang akan dipencenkan. Para politikus dalam sistem kapitalis ini hanyalah Mat Heboh yang diupah berlabun di parlimen untuk mengubal undang-udang dan memastikan kepentingan kaum pemodal dijaga rapi.

Perhatikan bagaimana undang-undang yang diluluskan di parlimen TIDAK akan dan TIDAK pernah menyebelahi kepada kepentingan kaum buruh atau kaum pekerja. Perhatikan cukai mukai yang di kenakan. Pemotongan cukai untuk kaum pemodal akan diutamakan. Dalam masa yang sama mereka yang miskin akan berselirat dengan cukai mukai. Kalau tidak percaya sila tunggu cukai baru : Cukai Barang dan Khidmat. Akan terlondeh seluar dalam Mak Minah dan akan tergadai Cupcai Pak Ali bila cukai ini sampai.

Jika masih belum yakin biar saya nyatakan satu lagi contoh terbaik : lihat apa yang terjadi kepada dasar kerajaan Pakatan Selangor yang melarang bangunan didirikan di lereng bukit. Ini cita-cita Pakatan Rakyat ketika berkempen untuk membawa kebaikan dan keselamatan kepada warga. Lihat apa yang berlaku dibelakang tabir. Kaum pemodal – pemaju dan para kontrektor telah melobi. Akhirnya larangan ini ditarik kembali. Kenduri menarah bukit diteruskan kembali.

Lihat pula apa yang terjadi apabila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa. Laporan yang ingin diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal kerana laporan ini disimpai oleh Akta Rahsia. Akta seperti ini semuanya diwujudkan untuk memastikan kaum pemodal – syarikat pemaju , kontrektor dan syarikat air - terselamat dan keuntungan mereka terjamin. Yang mati terkambus telah selamat ditalkinkan - jangan buat bising biarkan badan mereka dimakan cacing.

Ini bukan tohmah, propaganda atau berita putar yang saya ajukan kerana saya muflis dan tidak memiliki harta kekayaan. Ini adalah hakikat dihadapan mata kita. Buka mata dan dengar. Buka telinga dan lihat. Klik komputer dan baca. Jangan menjadi Mat Malas. Ketuk kepala lutut dan goncangkan kepala untuk berfikir. Nilai dan fahami mana yang tohmah, mana yang putar alam dan apa dia kebenaran

Kaum pemodal dan para kapitalis bergerak dengan licik. Ketika ini kaum pemodal di Malaysia melihat dan membaca tanda-tanda politik yang sedang berlaku dalam negara ini. Mereka menyedari bahawa gaya dan politik lama yang selama ini membawa keuntungan yang amat lumayan tidak mungkin akan berterusan. Apa yang terjadi pada 8 March 2008 mengajar mereka untuk memahami bahawa warga dalam negara ini mahukan perubahan dan sedang menuntut hak demokratik mereka.

Dengan arif dan dengan wang ringgit - kaum pemodal merancang untuk melahirkan apa yang dipanggil sistem dua parti. Contoh sistem dua parti ini sedang kita lihat berjalan dengan lancar di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Di UK ada Parti Konservatif dan Parti Buruh. Di Amerika ada Parti Republican dan Parti Democrat.

Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Madame Thatcher dari Parti Konservatif akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Senior dari Republican di ganti oleh Bill Clinton dari Democrat. Kemudian Clinton di ganti oleh George Bush Junior yang kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Democrat.

Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan ini bertukar berganti. Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Inilah dia silap mata Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu. Kapitalisma tidak berganjak. Kaum pemodal tidak hilang keuntungan walau parti mana pun yang naik atau turun.

Justeru, perubahan antara Democrat ke Republican atau dari Konservatif ke Parti Buruh hanyalah satu ilusi untuk menipu orang ramai. Tidak ada apa-apa perubahan yang hakiki telah berlaku. Tuan punya bank masih kaya raya. Tuan punya kilang masih memerah tenaga buruh murah. Para kontrektor masih membalon orang ramai. Cukai masih di tahap yang sama. Kaum pemodal terus melipatkan gandakan keuntungan.

Orang ramai dan para pengundi digula-gulakan dengan perubahan dari parti ini ke parti itu. Dari presiden yang ini ke presiden yang itu. Ini adalah helah kaum pemodal agar orang ramai tidak akan menuntut perubahan sistem yang sedia ada.

Didalam kempen-kempen pilihan raya kita akan mendengar labon dan heboh heboh dari Mat Heboh yang ingin menjadi YB. Teliti dengan rapi : mereka semuanya berjanji untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari yang sedia ada.

Apa sebenranya janji-janji para Mat Heboh bakal YB ini? Mereka berjanji akan menjalankan pentabiran dengan lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih. Ini ertinya mereka berjanji akan menjadi Mat Heboh yang lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih kepada kaum pemodal. Merekalah Mat Heboh yang terbaik untuk mengendalikan sistem ekonomi kapitalis ini.

Tidak pernah kita mendengar bahawa yang haprak dan yang membawa kemudaratan terhadap umat manusia hari ini ialah sistem ekonomi kapitalis yang mengajukan rukun iman : keuntungan maksima.

Rukun iman inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua hari ini. Keuntungan maksima yang dijadikan rukun iman ini akan membolehkan apa sahaja dilakukan asalkan ianya membawa untung. Balak dikeluarkan kerana ianya membawa untung. Pelacur datang dari China kerana ianya membawa untung. Hospital diswastakan kerana ianya membawa untung. Dadah diniagakan kerana ianya membawa untung.

Jika kita menyedari hakikat ini maka kita tahu bahawa sistem dua parti ini adalah kong kalikong. Tidak ada apa apa perubahan hakiki yang akan berlaku jika yang diajukan untuk dipilih hanyalah siapa yang lebih cekap mentabir sistem kapitalis.

Adakah Barisan Nasional lebih baik untuk keuntungan kapitalis atau Pakatan Rakyat yang akan mentabir dengan baik sistem kapitalis ini? Jika ini yang dipersoalkan maka saya jamin kita semua kena tipu oleh kaum pemodal dengan sistem dua parti yang sedang mereka rancangkan.

Apa yang seharusnya kita tuntut bukan sistem dua parti. Bukan siapa yang lebih cekap dan lebih amanah mentabirkan sistem kapitalis. Yang wajib menjadi rukun iman kita ialah menghancurkan sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan maksima. Yang menjadi rukun iman kita ialah kita berjuang untuk melahirkan sistem ekonomi yang berasaskan kebajikan untuk umat manusia.

Sistem dua parti atau dua ratus buah parti ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki jika kita masih lagi dalam sistem ekonomi yang berimankan keuntungan maksima. Apa yang wajib kita sokong bukan mereka yang berijazah, berdatuk, bertun atau berserban - ini tidak penting. Yang penting ialah mereka yang kita pilih akan berani bangun berjuang untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang berimankan kebajikan untuk manusia.

Kita jangan ditipu untuk diberi pilihan sama ada untuk membeli kasut Adidas atau kasut Puma. Kita mahukan kasut kulit yang baru. Kita jangan ditipu untuk memilih Coke Cola atau Pepsi Cola. Kita tidak mahu minuman itu. Kita mahu air advocado yang sehat untuk umat manusia.(TT)

nota: tulisan ini boleh diambil
untuk membuat kebaikan





39 ulasan:

  1. Lapang kepala otak aku dikupas oleh rencana bro TT..

    BalasPadam
  2. Tian Chua

    Telah

    Membongkarkan satu lagi kes

    Pemimpin UMNO hantar duit berjuta juta ke overseas

    Ini telah berlaku sejak 30 tahun dulu sejak zaman Mahathir

    Tapi Mahathir tutup mata

    Bastard punya Mahathir

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45286-more-cash-laundering-allegation-vvip-and-ministers-wife-implicated-

    BalasPadam
  3. tak boleh nak kata apa dah....

    sana tipu sini tipu....

    majoriti rakyat terus melopong....

    kah kah kah kah kah kah .....

    BalasPadam
  4. MAKA DI SINI SAYA MENCADANGKAN 2 PERKARA

    1) PAK LONG TT PATUT DILANTIK SEBAGAI MENTERI PENERANGAN SEUMUR HIDUP

    2) MENTERI PENERANGAN YANG ADA SEKARANG PERLU DINAIKKAN PANGKAT SEBAGAI 'DRIVER' VAN PENERANGAN DAERAH KUALA MUDA SEUMUR HIDUP...kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  5. Bro TT, kupasan yang sangat jelas maksud tersirat.

    Tak pernah beli Adidas/Puma. Lama dah tak minum Pepsi/Coke. Boikot.

    BalasPadam
  6. abang isham...perlukah kita perkenalkan parti baru atau sudah cukup dengan parti yang berlandaskan islam tetapi masih dengan sikap kapitalisma yang minimum.

    atau wujudkan satu parti yang anti-kapitalis sebagai satu parti rakyat? susah nak guna nama parti yang bila disebut, ianya anti kapitalis melainkan diberi nama Parti Anti Kepitalis sahaja.

    BalasPadam
  7. Kemungkinan dengan memilih PR,ruang demokrasi akan terbuka lebih luas dari yg kita dapat dengan BN..

    tapi ekonomi akan terus berlandas kpd ekonomi kapitalis..rakyat kelas pekerja akan terus tertindas..lihat je isu Kg Buah Pala,kerajaan PR tunduk kepada kuasa kaum kapitalis..di Kelantan,Tesco telah bertapak..dan banyak lagi contoh2 lain..

    PR dan BN,kedua-duanya sama je walaupun tak serupa..ruang demokrasi apa dan jenis apa yang akan wujud jika PR ambil-alih kerajaan persekutuan?..jika hanya kebebasan berdemo dan tiada ISA,buat apa??yang miskin tetap miskin..kapitalis terus bermaharajalela..

    ada jaminan 'ruang demokrasi' yang dijanjikan oleh PR takkan ditutup kembali jika menerima desakan kaum kapitalis??..hakikatnya,malaon2 kapitalis ni lah sebenarnya yang paling berkuasa..

    kita rakyat marhein harus sedar bahawa tiada gunanya berharap dan bergantung kepada malaon2ni..mereka ni tak kira dari BN atau PR tetap akan menguntungkan kaum bourgeosie..

    mengapa kita harus terus membiar kaum bourgeoisie dan 'lackeys' mereka berkuasa dan menentukan hidup kita semua??

    kelas pekerja dan anak2 muda wajib sedar kita lah sebenarnya yang menjana dan menggerakkan ekonomi..kitalah yg menjalankan kerja2 sambil malaon2 kapitalis enjoy keuntungan maksima dan menindas hak2 kita..mengapa kita bodoh sangat nak mengharap segalanya kepada golongan atas tu??..

    kita harus bangun menentang dan menuntut hak kita..rakyat marhein lah sebenarnya yang memiliki kuasa..

    BalasPadam
  8. salam..
    salute bro..
    1 lg artikel pembuka minda.
    wacana yg jelas dan mudah faham.
    .. aku just terfikir dan khuatir betapa bro Isham merupakan musuh ketat utama kaum pemodal kapitalis.. hati2 bro.. diowg ni sanggup lakukan apa saja demi kepentingan mereka..
    wallahualam.

    BalasPadam
  9. P.E.P.S.I

    Pay Every Penny Support Israel

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama berkata...
    abang isham...perlukah kita perkenalkan parti baru atau sudah cukup dengan parti yang berlandaskan islam tetapi masih dengan sikap kapitalisma yang minimum.

    atau wujudkan satu parti yang anti-kapitalis sebagai satu parti rakyat? susah nak guna nama parti yang bila disebut, ianya anti kapitalis melainkan diberi nama Parti Anti Kepitalis sahaja.

    2009 Disember 3 08:41


    kita rakyat harus wujudkan 'third force' dan yang berkuasa adalah rakyat..tapi berapa ramai rakyat yang sedar kita lah sebenarnya yang paling berkuasa..siapa malaon2 kat atas tu tanpa rakyat?..

    Gua dulu bersetuju dengan orang2 macam bro Isham ni yg cakap kita kena pilih PR untuk membuka ruang demokrasi..tapi on second thoughts,lepas macam2 karut-marut PR yg tak banyak beza dengan BN,kita tetap memilih benda yang sama jugak..

    dan tak payah lah nak bukak cerita "ekonomi Islam"..mana ada benda ni wei..ia tetap kapitalis..tetap free market yg menguntungkan golongan atas..yang miskin akan terus miskin jugak..cuma dengan menjual nama Islam,ramai yang tak fikir tentang bersamaannya dengan kapitalisma..harus diingat bahawa so-called ekonomi Islam ni berdasarkan tafsiran ulama2 yang tiada kepakaran khusus dalam ekonomi..

    BalasPadam
  11. Dato' Sharifuddin Duta3 Disember 2009 pada 10:23 PG

    Negara kita dikawal golongan kapitalis yang dibantu dan berkerjasama dengan golongan politik dan bangsawan.

    Jerung-jerung besar macam Mahathir, Najib di peringkat atas, dan ikan-bilis ikan bilis di bawah seperti ketua-ketua bahagian UMNO semua bersekongkol dengan golongan bisness untuk merampas harta dan sumber alam MILIK RAKYAT.

    Rakyat dapat sejengkal, mereka yang di atas ni ambik banyak percentage daripada hasil.

    Kalau nak musnahkan sistem ni, hanya satu cara saja ----> Musnahkan kerajaan UMNO-BN, biar ia diganti oleh Pakatan Rakyat.

    Ini langkah pertama.

    Lepas tu, sokong juga parti-parti seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mempunyai satu ahli parlimen di Dewan Rakyat sekarang, kalau mahu hak rakyat marhaen yang berkerja dijamin dan juga sokong DAP yang berlandaskan sosialis berdemokrasi yang mendepankan hak rakyat.

    Mula dulu dengan buang UMNO-BN.

    Lepas tu masukkan Pakatan Rakyat.

    Beri sokongan kepada parti yang berunsurkan rakyat tidak kira agama atau bangsa.

    Tolak parti-parti yang berunsurkan kaum dan golongan korporat (UMNO/MCA/MIC) dan hati-hati juga dengan parti yang berunsurkan satu agama saja (PAS).

    Pastikan PAS ni ubah untuk menjadi lebih majmuk.

    Kalau tidak, kita bagaikan keluar dari mulut buaya masuk ke mulut rimau. Dari ketuanan Melayu masuk ke ketuanan satu agama.

    Malaysia itu satu konsep yang pluralis dan majmuk.

    Jangan musnahkan Malaysia.

    Bangkit pertahankan hak dan kebajikan SETIAP SATU WARGA MALAYSIA, terutamanya yang MISKIN TIDAK KIRA AGAMA DAN BANGSA.

    Pulangkanlah bumi Malaysia ini kepada rakyat biasa.

    BalasPadam
  12. kan Islam menyuruh kita mencari kekayaan di dunia dan akhirat, dengan kekayaan barulah boleh kita berbuat kebajikan!

    tanpa kekayaan walau pun sedikit, bagaimana dapat kita membuat kebajikan ? dengan air liur?

    bangang!

    BalasPadam
  13. Bro TT.

    Kupasan anda pada dasarnya amat baik. Bagaimanapun tuan terlalu banyak melebong tentang keburukan parti A dan Parti B. Tuan kurang memberi pandangan bernas tentang cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi tersebut.

    Untuk masa depan, saya sebagai pembaca setia tulisan-tulisan tuan amat berharap agar tuan menyediakan pelan tindakan yang patut diikuti atau dilaksanakan oleh rakyat bagi mencapai matlamat dasar yang sebenar. Kalau Parti A dan Parti B tidak betul, lantas apa lagi yang mampu kita buat?

    Persoalan itulah yang paling penting tuan kupas.Sebagai rakyat marhaen, sebenarnya kita tidak mampu ke mana-mana untuk menggalas perubahan melainkan ada pembimbing yang berwibawa. Lalu, cadangkan juga siapakan susuk tubuh yang boleh mengetuai perubahan itu. Tapi bagi saya, pilihlah siapa sahaja, langkahnya akan kembali juga ke alam kapitalis. Percayalah, laluan kapitalis ini sudah dijalur terlalu ampuh sehingga kita tidak mampu untuk mengubahnya.

    Bagi saya, (maaf jika pandangan saya salah kerana ilmu yang terlalu cetek)kapitalis bermaksud keuntungan ke arah "wang". Justru dalam dunia kini yang dilingkungi dengan keperluan wang, tidak siapa mampu mentadbir sebuah negara sekecil manapun tanpa wang. Untuk mendapatkan wang itu, perdagangan antarabangsa adalah perlu. Untuk mengikuti jaluran perdagangan antarabangsa, kita sebenarnya telah menyusup masuk ke dunia kapitalis.

    Lalu pertanyaan saya kepada tuan, bagaimanakah kita mahu lari dari dunia kapitalis? Saya terlalu musykil biarpun saya hanya seorang buruh biasa.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  14. Isham..

    Good article..ha ha ha ha..cuma dah lama tak minum Pepsi dan Coke..

    PR ke BN ke semua sama..tapi yang membezakaan mereka Calon..kita perlu hindarkan calon yang berbudaya Kapitalis..kalau Calon bukan mazhab kapitalis maka dengan mudahnya Kapitalis itu hancur ...

    Selamattttttttt

    BalasPadam
  15. Salam bro TT..
    Rukun Iman ada 6 saja...x penah pn belaja atau dengar rukun iman baru:keuntungan maksima...
    diharap bro TT dapat elakkan penggunaan bahasa yang menjadi pegangan akidah umat islam secara semberono spt rukun iman,islam dan sebagainya..saya faham apa yg ingin disampaikan oleh bro TT,tp kalau boleh,elakkan guna perkataan iman,islam dsbginya dengan tidak bertepatan untuk melontarkan rasa atau pandangan peribadi bro TT kepada umum..
    kita wajib jaga kesucian agama kita yakni Islam..saya akui,bro TT lebih arif berkenaan perjalanan politik tanahair..tp sy secara peribadi mat pantang bila mana2 bloggers / commentators yg menggunakan ayat atau bahasa yg bercirikan kesucian islam diguna secara tidak tepat dan tersasar dr skop perbincangan sebenar..gusar jika orang lain yg membaca akan memberi tanggapan yg salah terhadap Islam yg syumul ini..
    saya secara peribadi suka membaca ruangan ini harap dpt teruskan usaha bro TT untuk dedahkan segala yg berlaku di luar sana agar semua manusia jahil spt kita semua dpt mengambil input yg berfaedah utk masa depan..
    tetapi,1 permintaan saya,jgn jatuhkan martabat agama kita seperti agama lain..Islam adalah yg paling tinggi dan tak ada satu pun agama yg setaraf dengannya..
    semoga TT terus maju jaya!!!

    BalasPadam
  16. Ini adalah satu rencana yg sangat bernas.
    1. Kita rakyat harus menubuhkan satu parti politik yg baru yg diterajui oleh orang2 yg tulus ikhlas mahu membela rakyat. Jika parti ini dapat memerintah M'sia, parliamen bolehlah menaikkan gaji menteri supaya menteri tidak ada alasan lagi untuk mengharapkan komisyen dari pihak kapitalis utk hidup.
    2. Berilah setiap wakil rakyat peruntukan yg mencukupi untuk memajukan kawasan mereka utk menafaat rakyat di kawasan mereka. Tetapi setiap ringgit wang rakyat mestilah dibelanjakan dgn telus.
    3. Adakan pelapis dalam parti dan hadkan masa pemegang jawatan.

    BalasPadam
  17. Tahniah bang Hisham..you did it again. Tapi sekadar itu dgn begitu jelas synopsis anda tuer..dgn ekonomi skrg yg sdg berhancur in alarming rate that is..menyala pelita "Hope".. tuer..alangkah baik bang Hisham bermastutin diUSA?..dimana kuasa jana & intelek yg begitu jelas.. boleh mendapat sambutan yg begitu "ramai"..something to think abang Hisham for 2010?..Again..beribuan terima kasih utk sumbangan anda.

    BalasPadam
  18. EEmmm nak ulas gakk..
    ader kambing dan pegembala nyaaa
    dan tuan nyaa pegembala nyaa kambing , ader nyaa takder titik ada nyaa ader titikk.

    akulahh..

    BalasPadam
  19. Aku dah cakap lama dah.

    Berbaris dengan berpakat serupalah macam bermega atau bersusilo kat indonesia,berobama atau bersarahpalin kat US.

    Kita,warga - kitalah yang sepatutnya berkuasa.

    BalasPadam
  20. jadi apa jawapan nya? amalkan sosialism?

    BalasPadam
  21. Saya setuju dengan komentar Buruh DBKL. Saya yakin ramai yang tahu dan dah terbuka minda mengenai isu ini. Tapi persoalannya, apa yang patut dilakukan? Apa penyelesaiannya. Yelah, gelak, gelak juga kan tengok 'drama' setiap hari, tapi apa yang harus dibuat? Apa pilihan yang kita ada? Minta pencerahan

    BalasPadam
  22. bodoh punye article

    BalasPadam
  23. Inilah antara sebab aku suka dgn penulisan n pencerahan minda yg disampaikan oleh Pak Isham ni....

    Takleh miss...keterangannya jelas-kenapa,sbb n rasionalnya...

    Islam itu membentuk fikrah manusia yg bebas-tidak terikat dgn dakyah sempit, berusaha memajukan diri, berlaku adil sesama manusia, memupuk persaudaraan dan keadilan sosial...cuma nafsu dan serakah amarah manusia yg melebongkan kebaikan2 ni....

    Dalam dunia perubatan pun ada mafia kapitalis->buat untung cipta penyakit,propa istilah2 bahlol,wujudkan mitos2 menguntungkan mereka....nenek moyang kita semua pun hidup sampai kita semua beranak pinak skrg ni...takde pun penyakit barah kronik2....

    BalasPadam
  24. artikel yang bagus untuk pengenalan asas idea kapitalisma kepada yang tak tau sangat atau terlupa..tetapi sistem kapitalisma walaupun di mana-mana dalam dunia ni tetap dikawal oleh pemodal-pemodal tak kira bangsa dan agama, jadi jika di malaysia sekalipun ia dikawal hinggalah ke luar negara melalui modal, perniagaan, pelaburan dan seumpamanya. senang cerita, pelabur paling besar di malaysia ni pemodal/kapitalis daripada USA, katalah dia tarik perniagaan dan pelaburan daripada Malaysia, banyak perniagaan, organisasi, kilang, kedai, syarikat dan seumpamanya ditutup kesannya para pekerja atau nama lain warga pekerja/buruh malaysia hilang pendapatan keluarga - hilang nasi dan garam. dah sanggup ke sekarang? kalau tak, sila bina kekuatan dan keimanan dulu (ni baru nampak rukun iman tu terlaksana WAHAI TAMBUN DUIT bukannya dengan mensakralkan perkataan tersebut rukun iman tu jadi SUCI)kepada seluruh keluarga kita, kemudian kepada seluruh warga malaysia kemudian kepada seluruh warga dunia yang bersama-sama kita, iaitu telah datang ajaran ISLAM yang diamal dan dilaksanakan oleh MUHAMMAD dan sahabat-sahabatnya yang mencerahkan umat manusia daripada kegelapan jahilliyah dalam apa jua bidang, jika dalam ekonomi buatlah keuntungan tetapi jangan keuntungan maksima yang menindas, jika telah kaya utamakan keperluan umat agar tidak ada rakyat yang menanggung sengsara, tetapi hiduplah dalam keadaan sederhana jika itu lebih baik bagi kita. 'Apa yang kamu mahu MUHAMMAD, kami akan beri segalanya' tanya para kapitalis kaum Quraisy, jawab MUHAMMAD-maksudnya- 'Jika diletakkan Matahari di tangan kananku dan Bulan di tangan kiriku, aku tetap tidak akan berpaling daripada ALLAH'. Wallahualam.

    BalasPadam
  25. Melopong la korang. Angguk2 geleng2. Anti kapitalisme tu ape? Rukun iman ada berapa?

    KAHKAHKAH

    BalasPadam
  26. KAHKAHKAH

    Sekarang giliran aku gelak.

    Ni budak2 sekolah yg baca ni, tau ke ape anti-kapitalis ni? Khakahkah.

    Memang lawak. Dulu bukan main sakan menyebelahi Pakatan Rakyat. Woi pakcik sedar tak Anwar Ibrahim ke, Nik Aziz ke, Najib ke, pakcik2 kedai kopi ke takkan sokongnya fahaman sosialisme ko tu.

    "Memaksimakan kekayaan"
    Itu slogan sogokan orang berfahaman sosialisme kuno trhadap sistem kapitalis ni.
    "Siapa yang berusaha, dia yang kaya"
    Slogan tu aku rasa lagi sesuai utk zaman sekarang ni. Ya betul memang orang yang kerjanya membolot harta rakyat, tapi jgn lupa, hanya yg berusaha akan berjaya mendaki tangga kapitalis. Bagi aku itu sistem yg ckup bagus.

    Bagi yg bongok sangat mempersendakan sistem ekonomi Islam tu, BODOH. Jgn pndai2 kata orang lain buta ekonomi. Hang tau ka macamane Islam menyeimbangkan kekayaan? Bukan melalui memiliknegarakan harta rakyat mcm sosialisme, tetapi melalui zakat. Macam2 lagi point, ni hanya satu. Aku akui sistem ekonomi Islam tak diimplement dgn baik di Malaysia, tapi itu salah pemimpin, bukan salah sistem itu sndri. Sila bezakan kecacatan pemmpin dengan kecacatan sistem.

    Sosialisme utk orang malas. Kapitalis utk orang rajin. Tapi diakui ramai orng blh mempergunakan kapitalis utk kepentingan diri. Kedua2nya ada keburukan sebab itu sstem manusia. Campurkan ekonomi Islam dan laksakannya dengan baik, insya-Allah akan ada satu sistem yg hmpir sempurna.

    BalasPadam
  27. terima atau tak.
    peradaban dunia skang berlandas ekonomi dan ekonomi berlandas kapitalis..

    sukar nak di laksanakan sistem pure sosialis. jika tidak nyawa melayang di hujung senapang atau parang kaum pemodal!

    contoh besar yang kita dapat lihat bagaimana pengorbanan Che Guevara..
    sistem yang cuba di juangkan langsung tidak mendapat sambutan ini kerana kaum pemodal terlebih dahulu membodohkan si bodoh dan si bodoh ini membodohkan yang bodoh dan seterusnya...

    sama lah jika kita ingin laksanakan gerakan sosialis yang sama pada masa skang.. akan datang kaum pemodal menabur modal dan kuasa kepada si bodoh untuk melobi para2 bodoh melawan gerakan ini..

    in another word corup!
    semuanya untuk kepentingan sendiri.
    apa jaminan jika bro isham jadi pemimpin dan akan melaksanakan sistem pure sosialis ni????
    semua akan berbalik termakan hasutan, ugutan, jaminan, janji kaum pemodal!
    melainkan bro mati katak macam che.
    dan selepas bro mati.. untuk gerakan ini kembali aktif, mungkin mengambil masa berabad dan berkesudahan dengan mati katak!

    Refer to Islam is the best system!
    tapi malangnye kaum Islam sendiri dah jadi celaka (dubai, arab saudi etc).. sape yang nak ikutkan?...
    Dunia Di Hujung Zaman!

    bukanlah nak putus asa.. sekadar pendapat, mana la tau ader yang cerdik pandai bule ubah sikap biawak manusia ni...
    hahaha..ha...

    -WR-

    BalasPadam
  28. agak tidak setuju dengan tulisan bro.. kalao 'coopetition' (tak paham tanya lebai google) pepsi vs coke kerana melawan peminum2 teh, kopi malah beer..

    serupa jugak co-opetition adidas & puma etc.. ada pihak lain yg perlu ditentang..

    tapi jika sistem 2 parti, siapa yg perlu dilawan?

    BalasPadam
  29. Sdr, kupasan menarik. sistem dua parti tidak bermakna kalau kita kurang ilmu. Boleh baca tulisan saya dalam imlanadabi.blogspot.com

    BalasPadam
  30. Sistem kapitalis mahupun sisitem sosialisme tidak sempurna kedua-duanya ada keburukannya. Sosialisme tidak menggalakan kita menjadi lebih kreatif dari orang lain.

    BalasPadam
  31. salam
    bila2 berdepan satu2 isu atau permasalahan:
    kenali katakunci nya...
    dalam isu ini, permasalahannya ialah: kapitalisma = keuntungan maksima
    katakuncinya ialah: maksima

    fahami:
    masalah timbul APABILA keuntungan itu dimaksimakan sehabis mungkin, setiap masa, setiap keadaan, setiap jenis barangan atau perkhidmatan yang didagangkan.

    fahami:
    masalahnya BUKAN berniaga/berdagang.

    fahami semula:
    masalahnya APABILA berniaga atau berdagang, matlamatnya semata2 untuk merakusi pembeli/pengguna menerusi keuntungan yang MELAMPAU, yang MENYUSAHKAN MASYARAKAT KEBANYAKAN.

    fahami juga:
    kapitalisma = keuntungan perlu maksimum, walaupun tahapnya dianggap melampau, walaupun tahapnya menyusahkan masyarakat kebanyakan.

    jadi fahami intipati mesej yg disampaikan bro hisham: kapitalisma lah perosak yg menghuruharakan keselesaan masyarakat di mana2 hatta di amerika/eropah sekalipun (macam tulisan bro hisham dulu, kapitalisma tidak beragama dan tidak bersunat!) kerana ia bersikap melampau dan tidak prihatin kepada kepayahan masyarakat walau ketika zaman meleset dsbnya...

    bertentangan dengan kapitalisma, hukum Allah pula telah jelas: buat setiap sesuatu mestilah berpada2 atau bersederhana (ini merujuk kepada yg halal/harus/sunat, termasuk berniaga atau mencari rezki, malah makan sekalipun! Dan ini sekali2 bukan merujuk kpd yg haram - jangan buat langsung - ataupun kpd yg wajib - mesti buat mengikut sukatan yg ditetapkan wajibnya)

    kalau kita betul2 memahami ajaran Allah, nescaya semua ini mudah sahaja kita counter-argue! (fahami juga segala ilmu itu milik Allah - maka semestinya apa yg diajar Allah itu berganda2 lebih hebat drpd apa yg mampu diajar seorang pensyarah atau pakar segala bidang - malah apa yg diajar Allah itulah yg hakiki, rugilah kita setiap saat jika tidak mahu mempelajari kehebatan2 yg diajarkan itu...)

    wallahu-'alam
    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  32. Aku sgt setuju dengan tulisan bro.
    Kalau dilihat isu ini dalam konteks global situasinya juga serupa. Manusia satu dunia telah ditipu bahawa kapitalis dan komunis/sosialis, anglo-amerika dan soviet itu saling menentang antara satu sama lain.

    Sesiapa yang mengkaji secara mendalam akan menemui bahawa kedua-duanya berkhidmat kepada tuan yang sama iaitu kelompok minoriti elit di wall street yang menguasai bank dan kewangan.

    Revolusi amerika, revolusi perancis, revolusi bolshevik, perang dunia pertama dan kedua, regim fasis hitler kesemuanya ditaja oleh kelompok elit banker ini.

    Ramai juga yang terpedaya bila menganggap komunis/sosialis memeperjuangkan public ownership dan kaum buruh. Hakikatnya komunis adalah state capitalism.

    Kapitalis mahupun komunis/sosialis, kedua2nya mempunyai fungsi yang sama iaitu memusatkan semua kekayaan dan kuasa kepada kelompok minoriti elit yang menguasai bank dan kewangan.

    BalasPadam
  33. shahmetal berkata...

    Bagi yg bongok sangat mempersendakan sistem ekonomi Islam tu, BODOH. Jgn pndai2 kata orang lain buta ekonomi. Hang tau ka macamane Islam menyeimbangkan kekayaan? Bukan melalui memiliknegarakan harta rakyat mcm sosialisme, tetapi melalui zakat. Macam2 lagi point, ni hanya satu. Aku akui sistem ekonomi Islam tak diimplement dgn baik di Malaysia, tapi itu salah pemimpin, bukan salah sistem itu sndri. Sila bezakan kecacatan pemmpin dengan kecacatan sistem.


    masa terus bergerak dan berlalu,dah berapa banyak ruang2 telah tercantum dan mewujudkan ruang2 lain..ini hakikat,ini terus berlaku..kita tak boleh "gostan" kembali..tiada gunanya nak bercerita pasal "sistem ekonomi Islam" yang digunapakai ketika ZAman Kegemilangan Islam..hakikatnya, "sistem" tersebut tidak menyeluruh atau tidak komprehensif untuk membentuk satu sistem ekonomi pada MASA KINI..

    so-called "sistem ekonomi Islam" tidak cukup memenuhi keperluan zaman sekarang untuk membentuk satu sistem ekonomi yang lengkap..

    "sistem" ni sebenarnya rata-rata dianggap cuma satu sistem kewangan muamalat..ni pun ada yang mempertikaikannya sebagai "sistem kewangan" sebab dianggap hanya "penambahbaikan" dari sistem kewangan yg lazim sekarang..

    woit,takkan "sistem ekonomi Islam" ni cuma terletak pada undang2 kewangan muamalat dah cukup untuk merangkupi semua aspek ekonomi??..so,sistem ekonomi Islam ni sebenarnya TIDAK wujud..atau sekurang-kurangnya BELUM wujud..

    BalasPadam
  34. ,,.bro kalu luu jdi wakil parlimen nescaya gua pangkah lu....nasib baik gua minum tongkat ali...kasut gua dr.martin

    BalasPadam
  35. mereka berkuasa...tapi x mustahil kita boleh jatuhkan anjing2 ini.

    rakyat malaysia yg tak puashati dgn kerajaan bukan kecil anak..
    berjuta berbulu ngan depa...
    tiap- tiap hari depa dok kena maki ngan rakyat..

    aku punya cadangan nampak radikal skit..tapi berkesan bt depa pening kepala, susah hati...aku rasa kalau depa susah hati tentu kita senang hati kan??

    la ni kita kenal depa tu sapa, tau keta apa yg depa dok pandu, tahu umah depa, kenal anak beranak depa...so, apa susah...CHOAS je la penyudahnya..kita tgk menteri mana yg bawak anakbini, harta benda lari kuar negara dulu..

    jgn takut...depa x kenal kita..
    polis malaysia sebuk dgn hal lain...aku percaya, polispun nanti takkan ambil pusing. depa pun meluat ngan BN ngan kaum2 pemodal nie...

    kita perangi depa habis-habisan..

    1) beli spray kat kedai cat(rm7.50)pelbagai warna pastu edarkan kat budak2 pastu kasi cat ini kl..
    apa yg di tulis mestilah ada kena mengena dgn kapitalisma dan UMNO..kasi tembak 1 k.l. nak lagi gempak pi bt grafiti kat KLCC, KL sentral, bukit bintang, putrajaya, KLIA..
    datuk bandar mesti panas punggong..
    DBKL sakit kepala kena OT.nak cat balik..

    2) jahanamkan keta pemodal ini.cuba bayangkan korang pi ketuk bonet BMW 7 series sampai kemek..apa korang py perasaan..bagi aku itu seksi..hahaha.. memang la depa banyak duit depa boleh repair tapi klu kerap keta depa kena henjut, aku rasa towkey reban babipun x tahan. nak cari keta depa bkn susah, malam minggu pi cari kat club2 dangdut..bersepah..semuanya ada kuasa kuda..ha ha ha

    3) banyak gedung2 kaum kapitalis
    ini sekuritinya kurang...lepas tutup..pakat 5-6 org pi simbah cat merah 1 bangunan..

    4) kedai2 makanan segera yg di miliki oleh jerung2 ini...nak bt apa?? senang aje, cari batu bata pi baling kat dinding cermin depa..
    aku pasti besoknya owner dia mai dia sakit kepala...

    5) bangunan2 kerajaan kan banyak kat kl nie..korangpun tau kan apa yg boleh kita bt. securiti??
    jgn bimbang, securiti takkan ambil pot..depa tido coz siang depa ada keja lain..depa kena keja siang malam coz nak cover belanje sekolah anak2...aku dah banyak interview depa..

    sebenarnya ada banyak lagi cara yg boleh kasi depa sakit kepala dgn cost yg amat murah..tapi org malaysia terutama melayu ni cakap je letup..tapi telo kasi awek pegang..mcm citer tamil...

    aku bukan hasut...aku cuma beri jalan dan cadangan. jgn letak aku dalam ISA pulak..ha ha ha...

    BalasPadam
  36. TAnpa Nama yg last sekali hahaha idea hang mmg radikal tapi itu vandalisme ... membuang duit ...tapi aku teringin nak try jugak ....
    Bab teloq awek pegang tu sempoi!!

    BalasPadam
  37. siapa tanpa nama kat ats ni? kahkahkah. pemikiran mcm budak skolah. ntah2 umor dah nak mampos pon.

    BalasPadam