Sabtu, 17 Januari 2009
BILIK SULIT DI ACTOR STUDIO PULAU PINANG MALAM INI
Bagini ceritanya:
Petang kelmarin tim BILIK SULIT bertolak dari Kuala Lumpur.
Tim pelakon dan teknikal sampai awal petang.
Percaya tidak. Actor Studio Pulau Pinang tak ada leterik.
Entah apa yang terbakar. Lepas itu TNB datang bukan betulkan
tapi ambil semua plug. Ini macam Actor Studio tidak bayar bil.
TNB kata hanya boleh repair hari Isnin. Lagi tambah panik.
Actor Studio tak dapat buat apa-apa. Plug sudah tak ada.
Teknikal tak dapat pasang set.
Saya di lebuh raya.Tim tekninal memberitahu keadaan.
Lalu saya menalipon ke hulu ke hilir. Letih lah jadi orang Melayu.
Macam ada 'sabotaj'. Macam mana TNB ambil plug hingga hari Isnin?
Tapi bak kata anak wayang - THE SHOW MUST GO ON - saya meneruskan perjalanan
ke Tanjung.
Kawan-kawan engineer semua bersedia hendak membantu kalau dapat balik plug.
Bila saya melintasi Sungai Perak talipon berdering ..... TNB kata mereka sudah bertemu engineer.Hairan. Tadi petang kata tidak ada engineer.
Esok pagi Sabtu ( pagi ini ) akan di pulangkan plug
dan dibaiki kalau ada yang rosak. ( Siapa agaknya yang TT talipon?)
TAK ADA APA YANG ROSAK. Plug diambil mestilah tak ada api.
Tadi jam 12.00 semua telah baik kembali.
Sesiapa yang ada dekat Tajung datanglah malam ini. Panggung kecil tapi ini betul-betul panggung untuk teater. Tak pernah BILIK SULIT dapat tempat macam ini.
Dulu dizaman Tok Ampoo dan Tok Sloo kami selalu kena sabotaj - bilik dewan kena kensel,van kena cakar, tayar kena pancit, main di padang sawah, sekolah agama - inilah kali pertama KUMPUALAN TEATER BUKAN TEATER dapat bermain di dewan teater.
(Letih jadi rakyat Malaysia ini.Niat hendak pindah ke Bangladesh di tangguhkan kerana malam ini BILIK SULIT akan main jam 8.30 malam di Tanjung. Memang letih jadi orang Melayu ini. Ada niat hendak jadi Mat Salleh tapi sudah bersunat tak boleh sambung balik. Kalau boleh sambung best juga. Ada sesiapa yang pandai sambung ?)
ESOK AHAD PETANG JAM 3.00 SATU PERTUNJUKKAN
ESOK AHAD MALAM JAM 8.30 PERTUNJUKKAN AKHIR
JAM -11.00 Malam di LINE CLEAR - makan kas kas - jamin membatu.
TERKINI TERKINI DARI KUALA TERENGGANU
PETI UNDI TELAH DI TUTUP JAM LIMA - 10 minit tadi
TERBARU
Polis dan SB telah mula keluar berkeliaran.
PAKATAN MENANG
Dari laporan terakhir Pakatan menang di merata peti undi.
Kalau TIDAK TIPU jamin menang.
GEROMBOLAN TUTUP KEDAI
Tiga pondok panas gerombolan telah tutup kedai sebelum jam 1 petang.
Pondok ini telah diambil oleh Pakatan.
GOSIP GEROMBOLAN
Beberapa gerombolan telah kedengaran bercakap bahaw mereka gulung tikar.
Ramai dah mula celah dari Kuala Terengganu.
ISTERI ROSMAH
Kemana sahaja isteri Rosmah ini kelihatan atu berjalan akan kedengaran nama
Altantuya dilaungkan.
AWAL PETANG TADI PETANG
Isteri Rosmah telah patah balik dari lalu di hadapan sekolah Menengah Gong Kapas kerana ramai penyokg Pakatan sedang menunggu untuk melaungkan
nama Altantuya.
PUTERA DITAHAN
Pengerusi Putera Gerombolan Azeez Rahim ditahan skuad Pas Kedah
kerana menyamar ajen mengundi.
Laporan polis akan dibuat (harakah)
ENAM ADUN KELUAR DEWAN FORUM GAZA - berita hairan
GEORGETOWN: Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) keluar dewan ketika program forum menentang keganasan di Gaza dan Sri Lanka anjuran kerajaan Pulau Pinang di sini, malam kelmarin.
Ia sebagai bantahan terhadap seorang penceramah jemputan, Hishamuddin Rais yang menjadikan forum itu sebagai medan menghentam kerajaan BN.
Mereka ialah Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, Zabariah Abdul Wahab (Bertam), Shabudin Yahaya (Permatang Berangan), Mahmud Zakaria (Sungai Acheh), Syed Amerruddin Syed Ahmad (Bayan Lepas) dan Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal).
Azhar yang juga Ketua Pembangkang berkata tindakan penceramah itu menyamakan kerajaan BN seperti tentera Israel tidak dapat diterima.
"Saya kesal kerana forum yang sepatutnya menjadi medan mengutuk kekejaman Israel bertukar menjadi forum politik mengutuk BN," katanya semalam.
ROSMAH SUAMI NAJIB SABAR DI FITNAH - berita hairan
SAYA meluangkan masa selama tiga jam belajar tafsir al-Quran dan mendengar ceramah di rumah setiap Khamis bagi membina kekuatan dan menghadapi tohmahan serta fitnah terhadap kami (keluarga)," kata Datin Seri Rosmah Mansor
Katanya, sebagai isteri Timbalan Perdana Menteri beliau tidak terlepas daripada fitnah dan tohmahan, manakala tindakannya sering dipolitikkan oleh pembangkang yang sentiasa berusaha mencari kesalahan dan kelemahan mereka sekeluarga.
Malah beliau turut dilabel sebagai queen control kerana sering mengikut suaminya ke majlis rasmi sama ada dalam atau luar negara.
"Saya tak faham macam mana dia orang boleh buat andaian sebegitu sedangkan tak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga saya. Sebagai isteri saya memang bertanggungjawab beri nasihat dan tegur kalau ada yang tak kena, itu saja.
kah kah kah.... kah kah kah.... kah kah kah.... kah kah kah.... kah kah...
kah kah kah... kah kah...hahahahahaha .... hahahaha....kah kah kah...sampai kentut...
KUALA TERENGGANU PAGI
LAST KOPEK UNTUK GEROMBOLAN.
Malam Tadi jam 1 pagi helikopter masih berkeliaran.
Lewat malam jam 3 pagi Mat Rempit upahan telah membut rempitan di
kawasan Kg. Cina.
KENYATAAN PAS
Mustapha Ali berkata Pakatan akan menang.
Pemerhati berkata Pakatan akan menang kalau tidak tipu.
UNDI
Pagi ini peratus keluar undi kelihatan hebat.
Baru jam 11.00 telah ramai yang turun.
Rata-rata sentimen ialah 60 Pakatan 40 Gerombolan
DUN LADANG
Kelihatan hangat
Berepusu-pusu.
JUSUH DAN ISTERI ROSMAH
Beberapa minit tadi Jusuh dan isteri Rosmah melintas dalam kereta.
Ke mana isteri Rosmah ini ingin mengundi?