Jumaat, 23 Januari 2009

BERITA GEMPAR - BERITA TERBARAI !!!!



KEMATIAN A KUGAN KES BUNUH – PEGUAM NEGARA - bernama

23/01/2009 5:08pm


PUTRAJAYA 23 Jan. – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasi kes kematian A. Kugan sebagai kes bunuh.


kah kah kah kah….KES BUNUH ?.... BIAR BETUL?...... kah kah kah kah…

woit…. CAKAP KUGAN KENA ASMA….. kah kah kah … kah kah kah kah kah kah..

woit…. OCPD CAKAP DIA MINUM AIR SAJA…. kah kah kah… kah kah kah…

kah kah kah…. ni yang obama marah…. nak tipu rakyat…. kah kah kah




ZIONIS MENYERANG LAGI !!!! TANAH DI RAMPAS !!


DBKL DIDAKWA TAK BERI ALASAN ROBOH RUMAH
- berita hairan


KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Sungai Udang dan Kampung Benteng, Segambut di sini, kesal dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membincangkan sebab kediaman mereka dirobohkan sebelum disuruh berpindah ke flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh.

“Saya tinggal di sini sejak 38 tahun lalu dan menyedari kawasan ini yang didiami kira-kira 300 penduduk adalah tanah milik kerajaan, namun tiada perbincangan dilakukan untuk arahan mengosongkan rumah yang dibina atas tapak bekas lombong ini.

Dua jentolak, tiga trak dan kira-kira 20 anggota DBKL memasuki dua kampung berkenaan kelmarin untuk melakukan kerja merobohkan 17 buah rumah yang sudah diberikan notis pindah.

Beberapa penduduk kelihatan bertindak menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah mereka yang didiami sejak 40 tahun lalu. Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal oleh anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).



woit…. ni ada jentolak ada fru macam pernah tengok dalam cnn dan bbc…..kah kah kah

woit…. ini di mana ni?..... ini di gaza ke …. atau di hebron…..kah kah kah…

woit… segambut rupa rupa nya …. kah kah kah… ingat di israel….. kah kah kah…

woit…. tanah ni nak di rampas nak bagi siapa?..... kah kah kah….

kah kah kah…. bila nak buat malam segambut di dewan bahasa dan petaka?.... kah kah kah


PENDUDUK RESAH TERIMA NOTIS ROBOH RUMAH – berita hairan


ALOR STAR: Kira-kira 250 penduduk daripada 51 keluarga di Kampung Limbong Kapal di sini, bimbang rumah yang didiami sejak 40 tahun lalu, dirobohkan selepas menerima notis arahan mengosongkan kediaman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Difahamkan, penduduk kampung terbabit enggan berbuat demikian walaupun MBAS sudah mengeluarkan notis mengarahkan mereka mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan.

"Saya sudah menetap di sini sejak 22 tahun lalu dan kami tidak mempunyai tempat tinggal lain. Sekiranya pihak berkuasa menyuruh kami keluar dari kampung ini, kami sudah tidak ada tempat lagi untuk dituju," katanya.


kah kah kah…. dah 22 tahun…. kalau tanam anggur sudah 5 kali bertelor…. kalau pilihara ayam sudah 40 kali berbuah….. kah kah kah….

woit…. nak bagi tanah ni pada siapa?..... kah kah kah…. projek apa ni…. kah kah kah

woit….bukan di israel sahaja ada rumah kena runtuh…. depan mata pun ada kena runtuh… ini pun orang islam juga…. kah kah kah…

woit…. lepas jumaat ni tak ada apa-apa…. tak loncat-locat rumah orang islam kena runtuh….kah kah kah..

woit…. tak ada berita rumah orang islam ni dalam tv… kah kah kah… tak sayu ke hati…
kah kah kah….




PERANAN ORANG TENGAH AKAN DIKURANGKAN KATA SHAHRIR - melayau

BETONG (SARAWAK) 22 Jan. — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengenal pasti mekanisme bagi mengurangkan peranan orang tengah yang mengawal harga barangan keperluan bersubsidi di kawasan luar bandar.

Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga barangan meningkat di kawasan pedalaman berikutan tindakan orang tengah mengenakan kos pengangkutan dan caj perkhidmatan.


kah kah kah…. baru sekarang sedar…. kah kah kah…

woit…. orang tengah yang paling cilaka ialah pembekal kuasa leterik…. apa pasal mesti ada orang tengah…kah kah kah…pasal apa beli tenaga dari pembelak.... kenapa tnb tak buat jana kuasa sendiri macam 20 tahun dulu.... pembekal ini orang tengah cilaka..... ini kroni dan anak madey…. kah kah kah

woit… kedai kecik kecik kat kampong…. tok peraih…. mereka bukan orang tengah yang cilaka….kah kah kah...

woit.... kenapa air ada orang tengah.... kenapam perlu ada syarikat orang tengah... ini orang tengah cilaka.... dulu tak ada pun orang tengah jual air.... direk dari jkr...

woit.... kenapa jalan ada orang tengah.... ini orang tengah cilaka.... kenapa kerajaan tak buat jalan macam dulu... dulu jkr yang buat jalan.... semua percuma...tak kan mata buta tak tahu ini orang tengah.... kah kah kah

kah kah kah….kat hospital kenapa ada orang tengah yang belikan ubat untuk kerajaan…. kenapa kerajaan tak boleh beli direk….kenapa nak beli dari anak madey…..kah kah kah….

woit…. hapuskan bernas… ini orang tengah cilaka…. buat duit atas angin… ini orang tengah cilaka…. bukan tok peraih jual beras…..tu pasal harga beras mahal.... ada orang tengah yang monopoli harga beras.... kah kah kah.... tak kan tak sedar.... tak kan mata buta.... kah kah kah...cakap menteri... kalau ngoook bukan menteri.... ini munkeeee.... kah kah kah

woit…. orang tengah macam razak baginda …. kenapa munkee ni beli kapal selam …. kenapa tidak ada urusan antara kerajaan dengan kerajaan…. ini orang tengah cilaka…. B

woit… orang tengah bukan tok peraih jual ikan…. atau tok peraih jual bayam…kah kah kah…ini orang biasa cari makan…. kah kah kah….




KERAJAAN TIDAK LAKSANA DASAR TIDAK ADIL - melayau


KUALA LUMPUR 22 Jan. - Kerajaan tidak akan melaksanakan dasar-dasar yang tidak adil atau menzalimi rakyat.

Jika perkara seperti itu wujud tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia akan diperbetulkan serta merta.

Katanya, tindakan itu perlu kerana rakyat mempunyai hak untuk menjalani kehidupan harian dalam keadaan selesa.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, pucuk pimpinan negara tidak pernah sesekali mengabaikan amanah tersebut kerana rakyat merupakan aset terpenting bagi negara.

''Sebagai contoh pemberian permit teksi. Jika dahulu ia diberikan kepada syarikat tetapi kita ubah dasar ini dengan memberinya kepada individu. Tujuannya adalah untuk memberi keadilan kepada rakyat.



kah kah kah….dah jatuh baru nak ikat kasut…. kah kah kah…

kah kah kah…. dah berak baru nak gali lubang…. kah kah kah….

woit…. dulu gila konsortium…..konsotium… konsotium…..makan duit buta…buat pemandu teksi kuli batak… kah kah kah…

woit…munkee yang ada 600 buah teksi tu cam mana?..... rampas balik lesen teksi… bagi pada ornag ramai….. kosortium… konsortium… ini semua trick gerombolan nak tipu orang melayu….dari tuan punya teksi … jadi kuli batak…. kah kah kah



BN PERLU LAKUKAN TIGA PERUBAHAN – DR KHIR -bernama

SHAH ALAM 22 Jan. - Calon Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini menggariskan tiga perubahan yang perlu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) untuk meraih kembali sokongan rakyat.

Beliau berkata perubahan itu membabitkan dalam BN sendiri, pentadbiran kerajaan dan dasar ekonomi.


kah kah kah….. BUKAN TIGA PERUBAHAN LAAAAH…. kah kah kah

woit… ada empat perubahan…. pertama tanah 200 ekar tu pulangkan balik kepada rakyat selangor…. kah kah kah

kah kah kah…. kedua…tanah yang bagi pada driver tu pulangkan balik pada kerajaan selangor…. kah kah kah…

kah kah kah… ketiga…. duit balkis 10 juta tu pulangkan balik…. kah kah kah..

kah kah kah.. ke empat…. penyapu pejabat mb dulu tolong pulangkan balik…..jangan nak buat harta sendiri…. kah kah kah…




RAKYAT MALAYSIA KETAGIH GULA -malayau


KUALA LUMPUR 22 Jan. – Rakyat Malaysia secara puratanya mengambil 25 sudu teh atau 125 gram gula sehari.

Jumlah itu bersamaan dengan 3.75 kilogram atau 750 sudu teh sebulan.

Hasil kajian itu tahun lalu, Kementerian Kesihatan merumuskan kira-kira 95 peratus rakyat di negara ini dikategorikan sebagai penghidap masalah ketagihan gula dalam pemakanan seharian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, corak pengambilan itu juga secara tidak langsung menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna gula yang paling tinggi di Asia Tenggara.

kah kah kah… kah kah kah…. BETUL TAK?.... kan dah cakap…. bila harga naik…. ada saje lebong yang nak di buat….. kah kah kah kah….

kah kah kah….. esok akan ada pula doktor kang kong bagi pandangan…. kah kah kah…

kah kah kah…. lusa ada pulak profesor kang kong bagi tahu….. harga gula di switzerland lebih mahal dari malaysia….. kah kah kah…

woit…. orang nak gula murah…. bukan khutubah berjela-jela….. kah kah kah… janganlah lebong lagi…. janganlaaa kelentong….. kah kah kah