Selasa, 17 Februari 2009
JANGAN KAU MENANGIS UNTUK AKU
Seperti yang telah dijanjikan
Seperti ianya telah tertulis
Seperti harapan dan mimpi
Tiba-tiba dia muncul
Membukit tinggi
Datang lah bukit bukit itu
Datang lah setinggi mana
Datang lah belukar yang tebal
Datang lah duri dan onak
Bukit bukit itu akan di daki juga
Jangan kau menangis untuk aku bukit gantang
Jangan kau menangis untuk aku bukit selambu
Jangan kau menangis untuk aku bukit lanjan
Sapukan air mata mu
Basuhkan kaki tangan mu
Kucuplah bibir kekaseh mu
Jangan kau menangis untuk aku
Jangan kau menangis untuk aku
Aku pergi tidak jauh ke mana
Jangan kau menangis untuk aku
Janji itu terpahat dalam
Jangan kau menangis untuk aku
BAHASA STRATEJIK UNTUK PERUBAHAN
Tukar Tiub tidak menentang pembelajaran Bahasa Inggeris.
Malah warga Malaysia seharusnya dapat mengucap, bercakap dan berhubung melalui lebih dari 2 bahasa. Dalam wilayah kita yang memiliki pelbagai bahasa ini warga Malaysia seharusnya merayakan kebelbagian itu.
Tukar Tiub menolak pembelajaran Maths dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Cara untuk mengajar apa-apa sahaja bahasa BUKAN melalui maths atau sains.
Cara untuk mengajar bahasa ialah melalui sastera.
Maths dan sains mengajar fakta dan angka.
Sastera mengajar konsep, falsafah, nilai dan jalan bahasa.
Tukar Tiub menolak konsep Bahasa Kebangsaan. Tidak ada apa-apa ‘kebangsaan’ dalam bahasa.
Tukar Tiub mengajukan pandangan bahawa Bahasa Melayu/Malaysia adalah Bahasa Stratejik untuk perubahan dalam negara Malaysia. Gagal menggunakan bahasa stratejik ini bermakna akan gagal untuk dicapai apa sahaja bentuk perubahan yang di cita-citakan oleh sesiapa sahaja.
Apa sahaja pandangan yang baik-baik , cadangan yang molek-molek, tulisan yang hebat-hebat atau konsep yang bersinar cemerlang akan terus terpinggir kerana ianya TIDAK sampai kepada khalayak warga.
Warga TIDAK AMBIL POT kerana warga tidak memahaminya apa soh seh soh seh yang sedang dilabonkan, kendati pun soh seh soh seh ini adalah pandangan yang akan membawa kebaikan untuk warga sendiri. Justeru, ini adalah kerja sia-sia seperti menunggu pokok senduduk berbuahkan rambai.
Tukar Tiub akan terus mengajukan konsep bahasa stratejik ini untuk di pelok, di cium, di gomol dan di tiduri siang dan malam. Tukar Tiub sedia menungu pancutan akhir.
RAJA PETRA KE KAMUNTING ?
10.53 waktu TT
Pada ketika ini Raja Petra Kamaruddin (PRK ) sedang menunggu keputusan Mahkamah Perseketuan sama ada pembebasan Raja Petra dari tahanan ISA akan di terus atau RPK akan di hantar semula ke Kamunting.
Ketika ini 3 orang hakim sedang mendengar hujjah dari peguma bela Raja Petra.
Mahkamah Perseketuan terletak di Putrajaya.
Pada ketika ini Raja Petra Kamaruddin (PRK ) sedang menunggu keputusan Mahkamah Perseketuan sama ada pembebasan Raja Petra dari tahanan ISA akan di terus atau RPK akan di hantar semula ke Kamunting.
Ketika ini 3 orang hakim sedang mendengar hujjah dari peguma bela Raja Petra.
Mahkamah Perseketuan terletak di Putrajaya.
PILIHANRAYA KECIL BUKIT LANJAN ?
Elizebeth Wong wakil rakyat Bukit Lanjan bersedia untuk meletakan jawatan.
Jika perletakan jawatan ini sah maka satu pilihanraya kecil akan
diadakan di Bukit Lanjan. Bukit Lanjan ialah kawasan kelas penengahan.
Parti Keadilan Rakyat memang menunggu-nunggu untuk mengadakan satu pilihanraya
kecil di Selangor untuk terus menguji kekuatan parti.
SIDANG AKHBAR ELIZEBETH WONG
Saudari Elizebeth Wong Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan
akan mengadakan sidang akhbar pada hari ini , Selasa 17hb Febuarari 2007.
Sidang akhbar ini akan diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat Tropicana Damansara.
Sidang akhbar bermula pada jam 11.00 pagi. ( TT)
PROGRAM PAGI DAN MALAM INI
PROGRAM PAGI
"HIMPUNAN GABUNGAN PENDIDIK & NGO"
PADA 17 FEBRUARI 2009 - PAGI SELASA
JAM : 9.00 PAGI
BERKUMPUL DI PINTU MASUK KE PARLIMEN
AGENDA ; PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA AHLI PARLIMEN UNTUK MEMBANTAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS & MAMETIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)
SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMI-RAMAI
ANJURAN GERAKAN MANSUH PPSMI - GMP.
PROGRAM SEBELAH MALAM
FORUM TERBUKA : RAMPASAN KUASA DI PERAK : APA KATA ANDA
PADA: 17HB FEBRURI 2009 – SELASA
JAM : JAM 8.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN HAMZAH, MAJLIS PERBENDAHARAN KLANG
AHLI PANEL :
Ngeh Koo Ham
A. Sivanesan
Lim Kit Siang
Khalid Samad
Dr. Dzulkifli Ahmad
Haris Ibrahim
Charles Santiago
ANJURAN PEJABAT YANG BERHORMAT AHLI PARLIMEN KLNG
KALAU SESAT UNTUK MAKLUMAT LANJUTA SILA HUBUNGI SDR. YAP - 016-20-26- 300 ATAU SDRI SARAH 016-62- 67- 797
MB SELANGOR : SEMUA PIHAK HARUS HORMATI ELIZEBETH - mStar
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong yang menjadi mangsa dalam skandal pengedaran gambar bogel dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Exco dengan cekap dan berkesan.
"Sebagai manusia, YB Elizabeth mempunyai hak untuk menjalani kehidupan persendiriannya dan semua pihak harus menghormatinya.
"Sehubungan itu, ahli mesyuarat kerajaan negeri dan saya akan memberikan sokongan kepada beliau bagi menghadapi saat yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini mengenai penyiaran gambar bogel Wong di Internet yang didakwa dilakukan dalang yang ingin membunuh kerjaya politiknya.
Abdul Khalid berkata, Wong yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, telah memberi penjelasan kepada beliau mengenai perkara itu.
kah kah kah…. KECUALI MAT BOTOX YANG CURI PENYAPU…kah kah kah...
WANITA MCA KUTUK EDARAN GAMBAR BOGEL EXCO SELANGOR - mStar
KUALA LUMPUR: Walaupun berbeza pendirian politik, Wanita MCA hari ini melahirkan rasa simpati terhadap anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa dalam skandal pengedaran gambar bogel.
Ketuanya, Datin Chew Mei Fun mengutuk mereka yang bertanggungjawab mengedar gambar Wong kerana perbuatan itu melanggar hak kebebasan peribadi wanita dan merupakan tindakan mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik.
"Kami terkejut dengan perbuatan ini yang menjadikan wanita sebagai objek seks.
"Ia secara terang terangan menceroboh hak peribadi wanita serta mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik," katanya dalam kenyataan di sini mengenai penyiaran gambar bogel Wong di Internet yang didakwa dilakukan bekas kekasih anggota Exco Selangor itu dan pihak yang ingin membunuh kerjaya politik Wong.
WANITA MCA TURUT BERDRI DI SISI ELI
Walaupun kedua-duanya dilabel musuh politik, Wanita MCA turut berdiri di belakang wakil rakyat PKR Elizabeth Wong sewaktu exco Selangor itu dilanda kontroversi berhubung penyebaran foto bogel.
Selain menyatakan simpatinya, ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata mereka berang dengan tindakan memalukan pihak-pihak itu yang dianggapnya menjadikan wanita sebagai objek seks.
"Ia suatu pencerobohan ruang peribadi wanita dan juga eksploitasi terhadap mereka untuk tujuan politik," katanya dalam satu kenyataan.
kah kah kah…. NAMPAKNYA WAK BOTOX SORANG SAJE YANG SUKA TENGOK GAMBAR BOGEL….. kah kah kah…
woit…. MEMBER DIA PUN TAK SUKUNG…. kah kah kah
woit…. WAK BOTOX…. DAH PUAS TENGOK YOKO ONO?....kah kah kah
woit . KALAU TIDUR BOGEL KITA KURANG MORAL KE?...kah kah kah...
woit... WAK BOTOK BERAK KENA PAKAI SELUAR KE ?.... kah kah kah...
KHAIRY KATA MENTERI KABINET NAK LETAK JAWATAN BILA DOLAH BADAWI MINTA ISTIHAR HARTA - nutgraph
Dalam satu temubual dengan sebuah laman web Khairy Jamaluddin atau nama manjanya KJ telh membocorkan maklumat:
Bahawa apabila Abdullah Badawi meminta ahli-ahli kabinetnya mengistiharkan harta kekayan mereka – para ahli kabinet Abdullah telah bangun memberontak.
Menteri kabinet Abdullah Badawi telah enggan mengistiharkan harta kekayaan mereka.
Jika Abdullah memberi arahan , mereka akan ‘memberontak’ dengan meletakkan jawatan.
kah kah kah…. kah kah kah….. kah kah kah…
woit…. KITA TUNGGU APRIL FOOL DAY….. kah kah kah...
kah kah kah....APAKAH MAT MONGOL AKAN MEMBUAT DASAR UNTUK MENGISTIHARKAN HARTA AHLI- AHLI KABINET…. kah kah kah
kah kah kah…. KALAU MAT MONGOL TIDAK ISTIKAR .... KITA ISTIHAR KJ JADI PM…..kah kah kah