Khamis, 19 Februari 2009
DI ANTARA DUA BUKIT
Krisis adalah dugaan. Krisis rumah tangga, krisis pribadi atau krisis politik semuanya adalah dugaan terhadap diri. Jika besar krisis itu lagi hebat dugaan yang akan di lalui.
Krisis pribadi akan menduga keupayaan fikrah individu. Krisis rumah tangga akan menduga si suami dan si isteri. Krisis keewangan akan menduga keupayaan CEO dan Pengarah Syarikat untuk bertindak. Krisis dalam bilik darjah akan menduga kecekapan guru.
Paling menonjol dan timbul dalam krisis politik ialah dugaan terhadap kepimpinan parti politik, kesebulatan suara politik dan kesungguhan tindakan yang akan di ambil. Jangan dilupakan: krisis politik ialah sekolah untuk mengajar dan menduga keupayaan fikrah orang ramai – warga - untuk berfikir dan bertindak.
Perletakan jawatan Adun Bukit Selambu dan kemangkatan Yang Berhormat wakil rakyat Bukit Gantang telah meluaskan lagi krisis politik yang sedang melanda Perak ke seluruh negara.
Seperti telah di takdirkan, YB yang meninggalkan dunia itu adalah wakil rakyat dalam kawasan Adun yang ‘telah lari dari Pakatan Rakyat’. Juga, seperti telah di takdirkan Adun Bukit Selambu juga telah membuat satu keputusan tepat – tidak ingin di ganggu gugat – beliau telah meletakan jawatan.
Niat dan harapan orang ramai – warga Perak dan warga Malaysia - untuk menduga dan menguji kembali sokongan terhadap Pakatan Rakyat atau penolakan terhadap Barisan Nasional melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri telah di gagalkan. Tetapi belum pun habis kopi secawan diminum , harapan warga Perak dan warga Malaysia tiba-tiba termakbul. Seolah-olah ada ‘perancangan Yang Lebih Tinggi’ dari perancangan menteri atau raja.
Krisis politik di Perak telah memuncul satu keadaan dimana ianya meminta warga Perak dan rakyat Malaysia menilai diri mereka sendiri. Krisis ini menuntut warga Malaysia untuk memahami apakah itu yang di panggil Perlembagaan dan kenapa bagitu penting sekali untuk warga mengetahui sekuran-kurangnya semangat dan roh Perlembagaan itu.
Selama kini , mungkin ramai warga yang ambil endah tidak endah terhadap Perlembagaan Negara mahu pun Perlembagaan Negeri. Memang betul, dalam suasana berpesta ria riuh berpekik terlolong mengumpul harta dan mencari makan Perlembagaan tidak di pernah termasuk didalam ajenda pribadi. Kini semuanya telah berubah.
Krisis di Perak ini telah mengajar kita semua untuk memahami apa tugas kita sebagai warga. Telah terlalu lama – lebih dari 50 tahun – warga telah memberikan keyakinan kepada pelbagai bentuk lembaga untuk mentadbir negara dan negeri.
Selama 50 tahun ini kita dengan selesa membenarkan ‘ orang-orang’ yang kita yakini untuk mentafsir dan merangka perundangan yang melibatkan kehidupan kita sehari-hari. Warga tanpa sedar, malah mungkin lalai kerana sibuk dengan berpesta mengumpul harta – telah memberikan hak-hak mereka kepada ‘susuk-susuk’ yang diharap-harap akan membawa kesejahteraan. Krisis di Perak telah menunjukan ini sikap lalai ini wajib di hentikan.
Justeru krisis di Perak adalah curahan air salju kepada warga agar bangun untuk menilai diri. Warga tidak boleh lagi berlenggang kangkung dengan membiarkan ‘orang-orang’ yang kita anggap berilmu, berpelajaran atau berstatus untuk menjaga kepentingan warga.
Krisis di Perak menuntut warga untuk menjadi prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling kehidupan yang mungkin membawa faedah atau pun membawa mudarat kepada diri. Krisis di Perak menjemput warga untuk peduli terhadap segala tindak tanduk orang orang yang dahulunya telah kita berikan kepercyaan.
Saya yakin betapa kecewanya rakyat Perak apabila kerajaan yang mereka tubuhkan tiba-tiba ‘runtuh di rampas’ dengan sekelip mata. Saya juga yakin bertapa sedihnya warga Perak melihat segala perancangan dan mimpi-mimpi mereka untuk mewujudkan Perak sebagai sebuah negeri contoh kini tinggal angan-angan.
Wujud satu proses pembelajaran dengan krisis ini. Kuliah pertama untuk di hayati ialah semua lembaga-lembaga yang wujud dalam negeri atau negara ini bukan bermula dengan sultan , raja atau yang ahli-ahli yang berhormat. Kuasa bermula dengan satu lembaga yang lebih ampuh dari semua lembaga daulah, lebih kuat dan tidak akan berubah-ubah – lembaga ini ialah suara warga itu sendiri.
Lembaga-lembaga daulah, perundangan daulah yang di wujudkan sama ada melalui Parlimen atau Dewan Negeri bertujuan untuk memastikan sesebuah negeri berjalan lancar, adil dan telus. Untuk memastikan keadilan dikecapai oleh semua warga. Justeru kata pemutus dan suara veto terakhir ialah suara orang ramai. Inilah kuliah awal wahid yang amat-amat wajib di fahami.
Kuliah kedua yang wajib di hayati ialah ajenda sempit tentang Cina, Melayu, India dan hal-hal perkauman. Ajenda perkauman ini hanyalah ajenda yang akan memecah belahkan setia kawan bangsa-bangsa. Nilai-nilai dan hujah perkauman ini harus kita akui bukan hanya wujud di dalam Barisan Nasional tetapi wujud juga di dalam Pakatan Rakyat.
Justeru, krisis di Perak ini telah menimbulkan satu asakan dam memaksa kita sebagai warga untuk melihat diri dan menilai pegangan dan falsafah hidup. Becakap manis tentang hak asasi, bercakap lunak tentang hal Perlembagaan atau bercakap tentang tidak ada perbezaan antara Cina, Melayui atau India - cukup senang.
Lidah tidak bertulang. Semua orang boleh bercakap. Burung tiong juga boleh bercakap. Cakap-cakap manis ini menjadi lebih manis jika yang bercakap ini itu dilihat berpendidikan tinggi perigi – pernah ke Dubai, ke Havard atau ke Oxford untuk belajar.
Apa yang terjadi di Perak telah mengajar kita bahawa cakap-cakap ini akan di uji dan di duga. Ujian utama terhadap manusia ialah sama ada dapat mengkotakan apa yang dicakapkan. Bercakap dan melakukan adalah dua pekara yang amat berbeza. Bercakap cukup senang macam memecah sebutir telor. Melakukan cukup susah seperti ingin mendirikan jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
Hendaknya warga Perak dan warga Malaysia akan mendapat pengajaran yang tinggi dari krisis ini. Hendaknya warga akan belajar dan mengingati untuk tidak bagitu terpengaruh dengan cakap yang molok-molok tetapi hati menjaga tempolok. Atau terdodoi mendengar cakap yang molek-molek tetapi tahi berguling bergolek-golek.
Kuliah ketiga ialah menterjemah kemarahan. Marah adalah sifat yang paling hina didalam naluri manusia. Naluri marah ini wujud untuk semua manusia di dunia ini. Apa yang membezakan susuk yang bertamadun, sopan dan berilmu adalah bagaimana naluri kemarahan yang buruk ini boleh di terjemahkan untuk kebaikan.
Seperti telah di rancangankan oleh Yang Maha Esa – penduduk di Perak dan di Kedah - sedang di duga apakah mereka akan dapat menterjemahkan naluri kemarahan yang hina ini untuk dijadikan kudrat yang maha kuat untuk meraut kemenangan yang gilang gemiling dalam dua pilihanraya kecil yang akan dijalankan pada 7 April 2009 nanti.
Membawa marah dan dendam ke hulu ke hilir adalah satu beban. Menyimpan marah dan dendam di dalam sanubari akan memberi tekanan kepada jantung dan saraf. Ini tidak bermakna warga tidak oleh menjerit menunjukkan marah kepada ketidak adilan dan kebejatan. Menjerit dan tunjukanlah perasaan marah itu semarah mungkin
Tetapi akhirnya marah ini wajib di terjemahkan untuk kebaikan umum. Marah kerana marah adalah sikap orang yang tidak berfikrah. Dua buah bukit – Bukit Gantang dan Bukit Selambu - kini berdiri tegak menunggu untuk menduga hati marah warga Perak dan warga Kedah.
Lambakan undi yang melimpah ruah dari Bukit Gantang dan Bukit Selambu akan menenggelamkan semua kemarahan dan dendam. Jika ini dapat dilakukan semua polong dan hantu raya di Perak akan bertempiaran mencari tuan. Bila ini belaku warga Malaysia semuanya akan tersenyum dari bibir sampai ke telinga. (TT)
WARGA WAJIB BERSEDIA – BANYAK PEKERJAAN AKAN HILANG
Kelihatan masih ramai warga Malaysia yang masih belum sedar bahawa satu tiupan sangkakala ekonomi akan sampai tidak lama lagi.
Dunia TIDAK menghadapi krisis ekonomi. Adalah salah untuk mengatakan apa yang berlaku ini sebagai krisis ekonomi.
Krisis yang berlaku sekarang adalah KRISIS KAPITALISMA.
Umur dan nasib kapitalisma telah sampai ke hujung.
Sila lihat majalah Newsweek terbaru dalam pasaran : WE ARE ALL SOCIALIST NOW - KITA SEMUA ADALAH SOSIALIS SEKARANG . Ini adalah hakikat ekonomi dunia hari ini yang tidak dapat menyelamatkan sistem ekonomi kapitalis melainkan menggunakan kaedah sistem ekonomi sosialis.
Sosialisma ada sistem ekonomi yang berkiblatkan keuntungan ramai.
Kapitalisma ada sistem ekonomi yang berkiblat keuntungana kaum pemodal dan para cukong.
Berjuta warga di Eropah telah kehilangan kerja. Hampir ke semua bank di Amerika telah jatuh muflis. Russian sedang tenat. Seramai 26 juta kaum buruh di Tanah Besar China telah kehilangan kerja.
Dubai, Kuwait, Saudi Arabia yang dulunya melimpah ruah dengan duit dolar minyak kini sedang mengalami kekecutan ekonomi.
Justeru semakin banyak negara sedang mengambil pendekatan ekonomi sistem sosialis walau pun enggan mengakuinya. Nama tidak penting. Yang penting ialah mentalkinkan kapitalisma.
Ciri-ciri sistem ekonomi sosialis:
-Memilik negarakan harta dan punca-punca ekonomi yang stratejik.
-Bank di milik negarakan.
-Punca punca ekonomi seperti air, api, lombong arang batu, telaga minyak di -rakyatkan.
-Kerajaan mengelurkan dana/modal untuk mula menjalankan perancangan ekonomi yang terancang.
-Mentalkinkan dan mengawal pasaran bebas.
Ciri-ciri ini sedang berjalan sekarang.
Dalam masa yang sama apabila krisis melimpah – bahaya perang akan juga sampai. Sila perhatikan bagaimana perang di Afghanistan kini sedang melimpah ke Pakistan.
Warga Malaysia wajib berwaspada. Pesta Pink Form telah tamat. Pesta sub con akan berakhir. Pesta cari projek akan berkurangan.
Kita wajib kembali ke bumi. Siapa bekerja siapa makan. Siapa ke laut dia dapat ikan. Siapa ke sawah dia dapat padi. Siapa pilihara ayam dia dapat telor. Siapa tidak bekerja dia pelesit zaman. Jangan jadi dedalu makan atas angin.Jangan jadi parasit.Jangan jadi pijat siang malam hisap darah. ( TT)
ANWAR KETUA KERAJAAN PENGGANTI AKAN DEDAH DI PARLIMEN HARI INI
Anwar Ibrahim akan mendedahkan segala macam tipu helah, ugutan, jual beli dan kelentongan Kerajaan Lama Barisan Nasional dalam usaha gerombolan ini untuk menjatuhkan kerajaan Pengganti Pakatan Rakyat.
Anwar mungkin juga akan mendedahkan apa yang sebenarnya terjadi kepada bekas wakil rakyat Bukit Selambu sehingga beliau meletakan jawatan.
Warga juga ingin mendapat penerangan dari Anwar sebagai ketua Kerajaan Menunggu tentang apa yang telah berlaku kepada wakil rakyat Perlabohan Klang yang diberitakan ‘hilang’ untuk sementara waktu.
Sebagai Ketua Kerajaan Pengganti telah sampai ketikanya untuk Anwar Ibrahim menerangkan kepada warga seluruh negara dan penyokong Kerajaan Pengganti tentang segala taktik dan tindakan ‘politik atas dan bawah perut’ yang telah dilakukan oleh Kerajaan Lama Barisan Nasional.
Sama-sama kita tunggu.(TT)
KESAL RAMAI MENTERI PONTENG PERBAHASAN - melayau
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan kehadiran wakil kerajaan pada sidang Dewan Rakyat apabila hanya seorang timbalan menteri yang mengikuti sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang membangkitkan ketidakhadiran menteri-menteri Kabinet kesal melihat keadaan itu yang seolah-olah memberi gambaran bahawa perbahasan tersebut tidak penting kepada para menteri.
Katanya, mereka sepatutnya memberi keutamaan untuk mendengar ucapan Ahli Parlimen yang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang merupakan satu amanat penting.
kah kah kah… kah kah kah…. kah kah kah…
woit… HAIRAN MANA MUNGKEE MUNGKEE NI PERGI?...kah kah kah..
kah kah kah… KEMPEN KOT ?... PRU DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBU BELUM MULA … ..kah kah kah
woit…. HILANG KAT BUKIT BINTANG KOT… LEPAS SAIN KLAIM PARLIMEN GI URUT KAKI DI BB… kah kah kah…
oppps…. TOLONG JANGAN AMBIL GAMBAR…. NANTI WAK BOTOK KATA TAK BERMORAL…. kah kah kah