Sabtu, 5 September 2009

SELAMAT BERBUKA PUASA




JAJAN JAJAN


tahun ini semua warong merosot
malam tadi ujung minggu masih bayak warong tak bertunggu
jalan raja laut lengang. perniaga ramai. pembeli kurang
petang kelmarin pak warung di bukit bintang risau
pelanggan hilang
dbkl sudah gila
niaga mula jam tiga kalau tidak kena denda
jam tiga mula jam empat ujan turun
dbkl tak boleh tahan ujan
orang berjual mencari pembeli
bukan ikut fatwa dbkl
yang tak puasa nak buat macam mana
dia tak hendak masuk syurga
dia tak minat bidadari bermata jeli
dia tak minat buah anggur
dulu pesta kueh di bukit bintang hebat
tahun ini malap
sewa makan tahun makin naik
sewa makin tahun makin naik
pasal apa hah?
ingat duit datang dari langit
yang datang dari langit itu hujan


PETANG INI

petang ini redup dan landai
udara nyaman dan sejuk
puasa telah jauh berjalan
bulan telah bulat mengambang

malam ini keluar dari bilik
nengadah ke langit
lihat bulan besar membulat

ibu telah mula susah hati
kain langsir hendak dibasuh atau diganti
ayah telah mula susah hati
anak merenget nak beli itu dan ini
balak cukup senang hati
masa raya ada chan dapat cium free
awek cukup senang hati
boleh bawak balik balak dan sorok dalam almari

petang ini nyaman dan redup
burung tidak bising
tupai tidak riuh
murai tidak bergaduh
anjing tidak melaung
semua sedang menunggu waktu berbuka




MALIKUL KENA BOIKOT





BOIKOT TPM MESEJ TOLAK MB TERENGGANU
- malaysiakini

Kumpulan ADUN Umno yang menentang menteri besar Terengganu bertindak memboikot perjumpaan antara mereka dengan barisan exco kerajaan semalam kerana beranggapan majlis itu tidak menjamin sebarang penyelesaian konflik yang semakin serius.

Seorang daripada 15 wakil rakyat yang tidak hadir, termasuk Idris, berkata insiden boikot majlis yang disertai Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Hishammuddin Hussein "tidak pernah berlaku sebelum ini".

ADUN Umno itu, yang enggan mendedahkan namanya, berkata tindakan tetap dilakukan untuk memberi mesej bahawa kepemimpinan Ahmad Said, sebagai menteri besar dan timbalan pengerusi perhubungan, sememangnya telah ditolak.

"Kalau setakat nak tunjuk muka, datang makan-makan, nak huha-huha baiklah kami tak payah pergi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… MEMANG BETUL… BUANG MASA…. kah kah kah…

kah kah kah…MAKANG… MAKANG… NAK BUAT APANG….kah kah kah..

kah kah kah…. BUANG MASA…CANDAT SUTUNG LAGI BAIK…kah kah kah..

kah kah kah... KUTIP PASIR DI BATU BURUK LAGI ALIM... kah kah kah

kah kah kah…MAIN TEPI JALAN TENGOK KERETA LALU LAGI TERHIBUR…kah kah kah…


RAMAI ADUN UMNO BOIKOT MUHYIDDIN - malaysiakini

Dua tokoh utama dalam kumpulan ADUN Umno Terengganu yang menentang menteri besar memboikot majlis untuk merapatkan barisan kepemimpinan negeri yang disertai timbalan presiden parti Muhyiddin Yassin semalam.

Mantan menteri besar Idris Jusoh dan bekas setiausaha perhubungan negeri Rosol Wahid dan sebahagian besar wakil rakyat BN tidak kelihatan pada perjumpaan di pejabat Umno bahagian Hulu Terengganu itu.

Ketika Umno negeri itu dilanda krisis berpanjangan, termasuk desas-desus sembilan wakil rakyatnya ingin melompat menyertai PKR untuk bergabung dengan lapan ADUN PAS, ketiadaan mereka menimbulkan pelbagai spekulasi.

Seorang daripada 15 ADUN yang tidak hadir itu mengesahkan kepada Malaysiakini petang ini bahawa mereka mengatur pemulauan majlis tersebut kerana ia tidak menolong menyelesaikan konflik dalam parti itu.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… MAKANG IKANG SUDAH MELAWANG… kah kah kah..

kah kah kah….SUDAH BERANI BOIKOT MALIKUL SEMBAB..kah kah kah…

kah kah kah…..SUDAH TAK ADA TABIK PADA MALIKUL…. kah kah kah…

woit…. SAPA BUAT KACAU… SAPA BUAT PLAN… kah kah kah…

woit…..SEMUA BIKIN KACAU….SEMUA MAHU PROJEK….kah kah kah..

woit…..BUKAN SIKIT YANG BOIKOT…. 15 ADUN….kah kah kah..

nota:
diminta haji hadi bersedia untuk jadi mb.
sila tempah baju baru.diminta kempiskan sadikit
perut dan pakai baju yang agak besar. kurangkan gula
dan banyakkan berjalan kaki dari kt ke kuala ibai.




SIASAT SAMPAI MATI




RM10 JUTA SIASAT 2 JAM - RM2,400 SIASAT 10 JAM HIMGGA MATI
– harakah daily

Presiden MCA, Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… INI BERITA CUKUP AJAIB LAGI HAIRAN… kah kah kah…

kah kah kah… INI KERJA SPRM…. SIASAT YANG KECIL…. kah kah kah…

kah kah kah…. YANG RASUAH BERJUTA JUTA … TAK BERANI USIK… kah kahkah..

kah kah kah…. TAKUT PADA TAIKO… TAKUT PADA TOWKAY CHINA DOLL… kah kah kah…

kah kah kah.... TAKUT FULUUUUS TAK MASYOOOOK.... kah kah kah...



CEKAI KAHWIN CEKAI




UM CADANG HANTAR 600 PELAJARNYA IKUTI PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR SETIAP TAHUN
- mStar

Universiti Malaya (UM) mensasarkan seramai 600 penuntut universiti itu untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke luar negara setiap tahun.

Naib Canselornya, Dr Ghauth Jasmon berkata, langkah itu antara lain bagi menaikkan lagi taraf UM dalam Time Higher Education (THE), World University Ranking.

“Ini merupakan antara aktiviti yang diambil kira dalam ranking dunia (universiti). Universiti terkemuka di dunia menjalankan program pertukaran pelajar dalam jumlah yang besar, kami berharap mampu berbuat demikian (pertukaran pelajar) dengan jumlah lebih besar di masa depan, kami perlu tingkatkan jumlahnya.

“Kami berharap pada setiap tahun kami dapat menghantar beberapa ratus pelajar ke luar negara. Kami sudahpun berbuat demikian dengan 300 pelajar dan kami berharap dapat menggandakan jumlah itu,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UM dan Loughborough University (LU), Britain, di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… LOUGHBOROUGH UNIVERSITY ?.... kah kah kah…

kah kah kah….ADA LAGI UNIVERSITY INI ? kah kah kah…

kah kah kah… INI UNIVERSITY SEBELAH KEDAI BANGLA JUAL KAIN…kah kah kah…

kah kah kah….NAMA PUN LAUGH BORO…. kah kah kah…

kah kah kah…. NAK KETAWA PUN KENA PINJAM…. kah kah kah..

kah kah kah… INI SAMA MACAM UNIVERSITI AL SINTOKI DAN LIM KOK WENGKER UNIVERSITI…..kah kah kah…



MUNKEE SUDAH BERBULU ITIK




ISU KUIL : POLIS TIDAK PILIH BULU : HISHAMUDIN
- mStar

Hishammuddin Hussein berkata, pihak polis tidak pernah 'memilih bulu' dalam melaksanakan tugas mereka untuk membendung sebarang perselisihan faham antara kaum atau agama.

Sambil merujuk kepada insiden ketegangan antara umat Islam dan penganut agama Hindu ekoran peristiwa membawa kepala lembut di hadapan pejabat SUK Negeri Selangor baru-baru, Hishammuddin berkata, jika terpaksa bertindak, pihak polis akan bertindak mengikut fakta kes.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… TAK PILIH BULU ?... kah kah kah..

kah kah kah…. BULU APA ?.... BULU LIDAH….kah kah kah…

kah kah kah… LIDAH MUNKEE NI BERBULU KE?... kah kah kah…

kah kah kah…. NAK TUNGGU FAKTA ?... kah kah kah…

kah kah kah….MUNKEE NI TAK TENGOK YOU TUBE KE ?... kah kah kah…

woit…. KALAU BODOH JANGAN BAGI TAHU ORANG RAMAI…. SIMPAN BODOH TU DALAM POKET… JAGA BAIK BAIK…. kah kah kah...