Khamis, 10 September 2009
SELAMAT BERBUKA PUASA
CINTA AKU KEPADA LAYLA
setiap hari aku menunggu surat mu
setiap detik hati aku bergetar
aku menunggu berita dari mu
aku menunggu seloka dari mu
aku tahu bukan hanya aku yang menunggu
aku tahu bukan hanya aku yang ternanti nanti
aku tahu betapa ramainya yang menunggu surat cinta mu
setiap kali aku membaca surat mu
aku merasakan ianya hanyalah untuk ku
setiap kali aku membaca seloka mu
aku rasakan baitnya khusus untuk aku
aku tidak tahu di wilayah mana kau menginap
apakah pohon tamar yang kau tulis itu
pohon tamar di hadapan kamar aku
pohon tamar yang aku lafazkan cinta ku
kau bercerita tentang jalan dan lorong
jalan dan lorong itu pernah aku lalui
kau berkesah tentang sungai dan tebing
di sungai itu aku pernah berbogel mandi
tebing dan benteng dajlah
kasino fareeda dan sharezat
al-baghdadi dan al-muntanabi
abu nawas dan al rashid
semua datang kembali
surat kau membawa aku pulang
ke sebuah kota indah dipadang pasir
layla oh layla
katakan kepada ku
yang cinta kau hanya lah satu
layla oh layla
katakan kepada ku dimana rumah hati mu
layla biarkan aku bertanya
setegok air sebutir tamar
sebiji gandum sehelai benang
apakah akan mengikat kembali cinta mu
layla oh layla
bila aku terbaca berita bom itu
yang aku tunggu hanyalah surat cinta mu
bila aku baca berita ledakan itu
hati aku hilang entah kemana
layla oh layla tanpa surat cinta mu
dunia tidak tahu tentang kota mu
layla oh layla tanpa surat cinta dari mu
jenayah dan dosa terpendam berlalu
layla oh layla
bila kau beriftar petang ini
dengan sebiji tamar
balingkan bijinya ke luar tingkap
biarkan ianya tumbuh seperti cinta ku kepada mu
Nota:
layla seorang blogger di baghdad. memakai
nama layla anwar – An Arab Woman Blues – menulis
semenjak amerika menawan iraq.
tulisan layla menjadi ikutan ribuan yang ingin mengetahui
baghdad dan iraq. di mana layla tinggal? siapa sebenarnya layla?
untuk ketika ini tidak diketahui. setiap tulisan layla akan
dilampirkan sama sebuah kerja seni lukisan pelukis iraqi.
SATU MALAYSIA GEMPAR – INI BERITA GEMPAR
BN ROMPAK RIZAB EMAS NEGARA KEPUNYAAN RAKYAT – www.anwaribrahimblog.com
Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.
Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.
Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerin Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisthiarkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.
Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.
Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999.
Walau bagaimanapun pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno. Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999.
Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.
Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan.
Sehingga ini, tidak ada usaha dibuat oleh Umno-BN untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.
Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama “gold swapped” atau emas yang ditukar.
Ini bermaksud walaupun dalam rekod rasmi Malaysia mempunyai simpanan 12 tan emas, rizab itu “dipinjamkan” kepada negara ketiga dan tidak berada dalam simpanan Bank Negara.
Langkah “meminjamkan” rizab emas negara kepada negara luar membolehkan Bank Negara mendaptkan pulangan pada kadar 1 peratus setahun atas nilai emas yang dipinjam.
“Amalan ini amat merbahaya kerana apa pun boleh berlaku jadi sekiranya rezab emas negara tidak dapat dipulangkan kepada Malaysia disebabkan negara yang meminjam telah menggunakan kesemuanya dan tidak mampu untuk mengembalikannya setelah habis tempoh kontrak,’ kata seorang pakar eknomi yang tidak mahu dikenali.
“Ini mungkin berlaku sekiranya negara peminjam menghadapi kegawatan ekonomi seperti yang dihadapi oleh dunia sekarang. Akhirnya rezab emas negara hanya tinggal sebagai butiran pada kertas sahaja,” kata beliau.
Pendekatan Bank Negara menyatakan simpanan emas negara hanya dalam bentuk nilai dan bukan berat fizikal boleh memberi gambaran salah terhadap status simpanan itu.
Jadual di bawah menunjukkan perubahan harga emas dipasaran antarabangsa berbanding nilai rizab emas antara Jan 2006 dan September 2008.
USD Juta Harga Emas (USD/aun) Aun emas Tan emas Tarikh penilaian
293.10 870 344827.5862 10.71873571 30-Sep-08
293.30 780 384615.3846 11.9555129 29-Aug-08
293.30 930 322580.6452 10.02720437 30-Jun-08
294.60 500 600000 18.65060013 27-Jan-06
Nilai rizab tidak banyak berubah pada purata USD293 juta antara Jan 2006 dan September 2008 walaupun harga emas pada pasaran dunia turun naik.
Ini bererti pada purata USD293 juta nilai rizab emas pada 27 Jan 2006 BNM mampu membeli 18.5 tan emas tetapi pada nilai rizab yang sama pada 30 Sept 2008 emas yang boleh dibeli ialah 10.7 tan.
Kesimpulannya langkah BNM mencatatkan rizab emas negara hanya pada nilai matawang adalah tidak tepat tanpa menyatakan dengan jelas harga emas semasa.
Namun yang lebih parah, ialah ketirisan ekonomi negara yang disengajakan oleh Umno-BN sehingga menyebabkan rizab emas negara yang menjadi kemegahan Malaysia pada satu ketika, kini hampir luput sama sekali.
SON OF DRACULA
NAJIB BERTANDING DI BAGAN PINANG ? malaysiakini
Mohd Najib Isa - anak kepada Isa Samad - adalah antara nama yang kini disebut-sebut dicalonkan mewakili BN bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Isa Samad pula pernah digantung keahlian kerana terlibat dalam kes rasuah membeli undi.
Pilihan itu dibuat kemungkinan kerana beliau mampu menarik sokongan pengundi terutama anak muda di kawasan tersebut dan juga menumpang tuah bapanya yang cukup berpengaruh di Teluk Kemang.
Isa yang juga bekas naib presiden Umno adalah ketua Umno bahagian di Teluk Kemang dan Najib adalah ahli jawatankuasa bahagian merangkap naib ketua Pemuda bahagian.
KAH KAH KAH…
kah kah kah…. LANUN ANAK BERANAK…. kah kah kah…
kah kah kah….. KATA ADA AHLI 3 JUTA…. kah kah kah…
kah kah kah…. TAK KAN TAK ADA CALON YANG BOLEH BERTADARUS TIAP MALAM…. kah kah kah..
RUKUN UNTUK KAUM MUSLIMAT PAS
RUKUN KHUSUS UNTUK KAUM MUSLIMAT
LIMA RUKUN WAJIB
rukun ini diberi tahu khusus
kepada kaum muslimat Pas yang
tertarik hati dengan kerajaan perpaduan.
Pertama: mereka hendaklah mula belajar
mengukur baju.
Kedua: mereka hendaklah mula belajar
menjahit kain.
Ketiga : mula lah pandai mengikat.
cuba melatih diri mengikat buah
nangka.
Keempat : setelah cekap mengikat buah
nagka - cuba berlatih mengikat tempayan beras.
Kelima: setelah cekap dengan tempayan
cuba mengikat perut kerbau.
latihan rukun ini wajib dijalankan
setiap malam sebelum dan sesudah bertadarus kah kah kah.
MACAM SUDAH SELALU DENGAR BERITA INI
LUKISAN BOTERO TENTANG ABU GHARIB
SIVANESAN DIHENTAM DENGAN BANATNG BESI , DITUMBUK, DITAMPAR DAN DIROTAN – buletin online6
(Buletin Online) - Seorang saksi kekejaman tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menceritakan bagaimana dia telah digari dan dibawa ke bilik gelap dimana dia melihat seorang seorang lelaki yang tinggi yang memakai cermin mata, telah membalut satu batang besi dengan suratkhabar lama.
Dia telah diarahkan berbogel dan beberapa lelaki menyerangnya. Dia telah di hentam dengan batang besi, ditumbuk, disepak, ditampar dan tapak kaki dan alat kelamin telah dirotan, sehingga beliau terkencing dan terberak kesakitan.
Sivanesan Tanggavelu, 22, menceritakan sebagai saksi kepada perbicaraan inkues kematian Teo Beng Hock, bagaimana pengalaman yang menyeksakan itu di alaminya ketika disoal siasat oleh para pegawai penyiasatan SPRM Selangor.
KAH KAH KAH…
kah kah kah… INI DI ABU GHARIB ATAU DI GUANTANAMO BAY?..kah kah kah…
kah kah kah… SPRM INI HEBAT…SIASAT BUKAN MAIN… kah kah kah…
kah kah kah… KES 2,400 RINGGIT SIASAT SAMPAI MATI…. 2,400 RINGGIT SAHAJA//… kah kah kah..
nota:
sila baca bawa ini. ada kes lagi besar
berjuta juta. tak ada pulak sprm nak siasat.
ini yang menghairankan.
D.O. ALLEGES BN MEN ABUSED STATE ALLOCATIONS – malaysioan insider
By Neville Spykerman, The Malaysian Insider
A district officer today revealed that Barisan National (BN) assemblymen under his jurisdiction had misused their state allocations ahead of the March 8 general elections last year.
Gombak District Officer Huzaini Samsi, who testified before the special select committee for competency, accountability and transparency (Selcat), also admitted that there was even a ‘possibility that the annual allocations were used for campaigning”.
He admitted it was morally wrong and extraordinary for the state lawmakers and exco members to spend their entire annual allocations in just two months.
BN state lawmakers received RM500,00 while state executive councillors received an additional RM100,000.
He said normal monthly expenditure only amounts to between RM20,000 and RM50,000 but during the general elections the lawmakers maximise their expenditure.’
“They try and spend as much as possible before the general elections.”
KAH KAH KAH…
woit…. TAK KAN SPRM TAK BACA BERITA INI….kah kah kah…
kah kah kah… BERITA LEMBU BERGERAK GERAK BUKAN MAIN CEPAT DATANG SIASAT… kah kah kah…
kah kah kah… PEGAWAI DAERAH INI TELAH MENUNJUKKAN MACAM MANA ADUN GEROMBOLAN SEBAT DUIT BEBERAPA HARI SEBELUM PILIHAN RAYA…. kah kah kah…
kah kah kah… INI KERANA GEROMBOLAN TAHU SUDAH NAK LINGKUP…kah kah kah…
nota:
segala pegawai kerajaan berwaspada.
kapal gerombolan sudah bnak lingkup.
perhatikan betul-betul. buat potokopi semua fail.
jangan kena bakar macam di terengganu dan di selangor.
sekarang gerombolan sedang menjalankan dasar:
apa boleh sebat akan di sebat
apa boleh rembat akan dirembat
suami rembat
isteri sebat
anak lipat
kroni ligat
jangan nanti bila tubuh kerajaan baru fuluis semua dah lesap
GANYANG MALAYSIA
JALAN DIPONEGORO DIPILIH TEMPAT AKSI DEMO ANTI MALAYSIA - mStar
PETALING JAYA: Jalan Diponegoro di Jakarta menjadi pusat tumpuan penunjuk perasaan anti-Malaysia kerana ia terletak hanya tujuh atau lapan kilometer sahaja daripada pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Menurut Pengarah MSD Jakarta, Dr Junaidy Abu Bakar, Jalan Diponegoro terletak dalam kawasan Menteng yang boleh dianggap sebagai kawasan perumahan elit di Jakarta Pusat.
“Tempat di mana kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai kumpulan Banteng Demokrasi Rakyat berkumpul dan mengadakan demo adalah berhadapan dengan pejabat Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) yang diketuai oleh Megawati Sukarnoputri,” katanya ketika dihubungi di Jogjakarta petang Rabu.
nota :
rakyat indonesia wajib diberitahu bahawa lagu
negara ku bukan milik mereka. lagu negara ku juga
bukan milik malaysia. lagu ini lagu memula moon di
ciplak dari peranchis. tak perlu buat ribut.
dua dua pun salah. yang berhak peranchis
rakyat malaysia wajib diberitahu bahawa lagu negara ku ini
asalnya memula moon kemudian jadi terang bulan dan kemudian jadi
lagu negara ku. ini lagu ciplak.
kita wajib malu kerana menciplak bukan dari indonesia
tetapi dari peranchis. tak perlu tipu orang melayu lagu.
pak cik saya yang bernama lebai google
boleh menerangkan semua. dulu boleh tipu-tipu
sekarang ronald reagan sudah bagi peluang untuk
kita semua sedar.
rakyat malaysia wajib mencipta satu lagu nasional
yang baru bukan lagi nasional yang di ciplak.
VIRUS TAMBI TELAH MEREBAK
PERJUANGAN DI TERUSKAN
KANAK KANAK INI DALAM BAHAYA
PENAN BAGUN MELAWAN
LAPORAN PENYIASATAN DAKWAAN PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP WANITA KAUM PENAN TIDAK AKAN SELESAI MASALAH
Wanita KEADILAN ingin merakamkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Faizah Md Tahir yang telah menemui dan memberikan kerjasama kepada rombongan Wanita KEADILAN bagi mendapatkan Laporan oleh Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil.
Laporan tersebut telah diperoleh semalam, Selasa 8 September 2009. Wanita KEADILAN telah dengan serta-merta menghebahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada aktivis yang membela keadaan kaum Penan di Sarawak.
Penelitian terhadap Laporan tersebut telah mendapati bahawa matlamat untuk menyediakan pelan tindakan menangani secara khusus bagaimana untuk mengelakkan jenayah rogol dan penderaan seksual terhadap wanita, gadis dan anak-anak perempuan kaum Penan dengan sewenangnya dari terus berlaku tidak tercapai.
Laporan tidak menyebut peranan khusus yang harus dimainkan oleh pihak polis di Sarawak dalam pelan tindakan untuk menghentikan pencabulan seksual ke atas wanita dan gadis kaum Penan.
Sikap acuh tak acuh dan tidak mesra kaum Penan Polis Sarawak telah memburukkan lagi keadaan bagi keselamatan kaum Penan, khususnya wanita dan gadis. Kenyataan Ketua Polis Bahagian Jenayah, ACP Huzir Mohamed bahawa PDRM Sarawak tidak mempunyai peruntukkan untuk misi bersama NGO untuk terus menyiasat dakwaan mengenai kes rogol wanita dan gadis Penan sungguh menghampakan.
Janji Ketua Polis Negara, Musa Hassan kepada Penan Support Group pada 2 Januari 2009 bahawa PDRM bersetuju untuk mengadakan siasatan bersama dengan bantuan NGO pula belum menghasilkan sebarang tindakan.
Wanita KEADILAN juga kesal bahawa tiada usaha untuk membawa mereka yang bersalah (yang telah dikenalpasti menurut Laporan) melakukan penderaan seksual terhadap anak-anak, yang semuda usia 10 tahun, sehingga ada di antaranya berulang kali hamil dan melahirkan anak, tidak dibawa ke muka pengadilan.
Wanita KEADILAN mengutuk syarikat pembalakan yang telah jelas sama sekali mengabaikan tanggungjawab sosial mereka dalam memelihara cara hidup, maruah dan kesejahteraan kaum Penan. Perbuatan pekerja syarikat pembalakan yang mencabul kehormatan wanita kaum Penan merupakan suatu kehinaan yang bersifat kehaiwanan. Malaysia tidak memerlukan syarikat-syarikat sedemikian yang bersifat rakus beroperasi hanya untuk kepentingan material dan keuntungan wang ringgit yang membawa padah kepada rakyat.
Apakah keuntungan berbilion ringgit mereka tidak dapat dikongsi dalam membangunkan infrastruktur dan usaha-usaha menjamin keselamatan kaum Penan di mana mereka membalak?
Satu Malaysia Najib Razak makin jauh meleset kerana wujud berbagai golongan rakus yang tidak memperdulikan golongan yang lemah di Malaysia.
HJH. ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
LAPORAN KERAJAAN AKUI GADIS PENAN ALAMI DERAAN SEKS - malaysiakini
Kerajaan akhirnya mengakui secara terbuka bahawa memang wujud penderaan seks terhadap gadis dan wanita Penan di tangan pekerja kem pembalakan di Baram, Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil menerima tekanan kumpulan NGO untuk menyiasat dakwaan tersebut sejak ia pertama kali dibangkitkan, hampir setahun lalu.
Laporan penderaan seks itu diserahkan kepada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, yang juga ahli parlimen Ampang, semalam.
Laporan berkenaan menyenaraikan sekurang-kurangnya lapan kes penderaan seks terhadap gadis dan wanita Penan di tangan pekerja pembalakan.
Ia menyebut, beberapa mangsa pencbulan itu termasuklah murid-murid sekolah, semuda 10 tahun.
NGO setempat mendakwa kes-kes yang didokumentasikan ini hanyalah sejumlah kes penderaan seks di kalangan suku kaum ini.
Jawatankuasa bertindak kebangsaan bawah kementerian wanita diarahkan oleh kabinet pada 8 Oktober tahun lalu untuk menyiasat perkara tersebut.
Anggota jawatankuasa itu melawat Long Item, Long Kawi, Long Luteng, Long Belok, Kampung Ugos, Jambatan Suai, Niah antara 10 hingga 15 November tahun lalu.
KAH KAH KAH…
kah kah kah… WARGA MELAKA TOLONG KAWAL VIRUS INI… kah kah kah…
kah kah kah…. DARI MELAKA SUDAH MEREBAK KE SERAWAK…. kah kah kah…
kah kah kah... KANAK KANAK BAWAH UMUR SUDAH TAK SELAMAT...kah kah kah
kah kah kah…. BALAK MEREKA SEBAT…. TANAH MEREKA REMBAT…kah kah kah…
kah kah kah…. TAK CUKUP LAGI…. BURET PUN MEREKA KEBAS…kah kah kah…
kah kah kah…. PATUT LAH BANGSA PENAN BANGUN MELAWAN… kah kah kah…
kah kah kah…. BUKAN TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG… DAH BOGEL TERUS…. kah kah kah…
nota:
16 september ialah hari kebangsaan malaysia.
agaknya orang serawak menyesal tak
menjadi jadi warga melaysia?
bangsa penan mesti menyumpah.