AKHBAR MELAYU - PEMBODOH ORANG MELAYU - AKHBAR CINA MENDEWASAKAN MINDA ORANG CHINA DI MALAYSIA
ZAID SYOR NIK AZIZ TERAJUI PRM
Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my
PENGERUSI PENAJA PAKATAN PEMBANGKANG KETEPI ANWAR KIT SIANG , HADI
KUALA LUMPUR: Pengerusi penaja Parti Rakyat Malaysia (PRM), Zaid Ibrahim mengetepikan Anwar Ibrahim dengan mencadangkan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dilantik sebagai pengerusi/ketua parti gabungan pembangkang itu.
Beliau yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu bagaimanapun berharap cadangannya tidak mengguris hati mana-mana pihak, termasuk Anwar; Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
nota:
perhatikan betul betul bagaimana berita ini ditulis.
sengaja di bubuh tajuk PRM – walhal PRM - parti rakyat malaysia – adalah
sebuah parti lain.
PAKATAN RAKYAT bukan PRM tetapi gabungan yang dinamakan
PAKATAN RAKYAT. ini sengaja dilakukan seolah-olah
satu kesilapan akhbar.
INI BUKAN SILAP : ini sengaja diadakan. ini adalah satu cara
untuk melahirkan kesangsian kepada pembaca.
perhatikan juga bagaimana berita ini diolah. ini bertujuan untuk mengadu
domba dan memecah kan setiakawan diantara pucuk pimpinan pakatan rakyat.
ingin melahirkan gambaran bahawa pucuk pimpinan ini cemburu antara
satu sama lain.
pengamal media jenis ini sebenarnya tidak sedar bahawa hegemoni mereka
untuk mengolah persetujuan orang ramai telah pecah. media jenis ini
tidak lagi memiliki monopoli dalam membuat berita. pengamal berita jenis ini gagal memahami bahawa dunia media telah berubah. hegemoni mereka telah pecah. laman laman web dan blog adalah penyampai berita yang paling diyakini - paling unggul - paling melawan - paling berani dan sedang merombak cara berita disampaikan. media baru ini adalah bertempur untuk memadamkan media bodek bukan sahaja di malaysia tetapi di seluruh dunia.
new york times, peking daily, iran times, zimbabwe daily, guardian, le monde, minachi shimbun, le figaro, liberation, washington post – semua akhbar akbar ini sedang merundum. mereka menerima pukulan yang maha hebat dari blog dan laman web.
contoh terbaik:
di malaysia kelmarin kita boleh melihat wawancara bala yang di bayar 5 juta melalui youtube – tv rakyat dunia. kita boleh melihat gambar payong yang logo gerombolan cuba padamkan. kita boleh tahu dan melihat bukti tiket kapal terbang para hakim yang ditaja oleh v.k linggam. kita juga boleh tahu secara terperinci kes kes
rasuah, pembayaran komisen yang selama ini tidak dilaporkan oleh media gerombolan. kita melihat gambar mahligai kihir toyo - seorang pencabut gigi.
dunia telah berubah – terima kaseh ronald reagan.
media lekeh lagi mekeh hanya menjadi bahan lawak kita semua kah kah kah



