Jumaat, 22 Januari 2010
AKHIR NYA !!!
KUALA SEDILI INDAH DAN PERMAI
MENCARI TONGKAT WARAN
Di atas jalan Jamaluang dari Mersing ke Johor Bahru kereta kami menyimpang ke kiri apabila terbaca tanda jalan Kuala Sedili. Di pintu jalan ada kawalan polis – lalu untuk meyakinkan diri bertanya lagi.
Melintasi hutan sawit berbatu batu. Tidak kelihatan orang, rumah atau biawak. Hanya hutan sawit dan sekali sekali di tengah jalan ternampak tangkai sawit yang telah menjadi bulu kerana entah berapa kali telah dilanggar tayar.
Sampai satu daerah pekan kecil – entah apa namanya. Tidak berhenti. Pekan yang tidak berorang.
Hati makin risau apakah ini jalan yang betul. Kemudian ternampak tanda tempat latihan soldadu. Mungkin salah jalan. Kami di yakinkan lagi apabila bertemu satu lagi tim kawalan polis. Lalu bertanya lagi. Tidak. Kami tidak tersalah jalan. Tiba-tiba tanda menunjukkan Sedili Besar. Kami gelabah.
Papan tanda di Malaysia ini tujuannya bukan untuk kita mendapat petunjuk. Tanda tanda jalan ini hanya sebagai ingatan orang tempatan. Tidak lebih dari itu. Tanda jalan ini adalah projek gerombolan untuk JKK.
Awas! Bila melihat tanda jalan. Tanda jalan yang terbaik ialah bertanya.
Bertanya pun satu masalah besar. Aku selalu mendapat jawapan ini bila bertanyakan arah jalan ‘ I ‘m sorry sir… I’am not form here .. I’m from Bangla … kah kah kah.’ Bila terdengar ini - nak menyumpah pun salah nak bagi penampar pun salah. Telan air lior dan teruskan perjalanan.
Habis saja hutan sawit tiba-tiba nampak jambatan besar. Kami sampai ke Kuala Sedili. Dari atas jambatan yang melintasi Sungai Sedili yang luas aku dapat melihat betuk pekan ini. Pekan nelayan. Kapal dan perahu nelayan sedag tidor berjemur di tepi tebing sungai. Dari atas jembatan aku nampak arah yang nak di tuju.
Menyimpang ke kiri lalu menyisir tebing sungai arah ke tempat nelayan menaikkan ikan. Telah lewat petang. Ikan naik waktu pagi ketika aku paling seronok berdengkor. Di tengah jalan ke jetti peniaga pasar tani telah mula memasang warong. Seorang lelaki keluar membawa beberapa paket ikan dalam plastik. Ini memberi gambaran seolah-olah ikan baru naik dari laut.
Aku merapati – ikan kembong – bila di usik terasa ikan ini amat sejuk. Ertinya baru keluar dari peti air batu. Bila aku selidiki maka aku dapat tahu ikan ini mungkin diambail dari gedung Maju Ikan. Nah! Ramai juga Kakah dan Mak Cik yang obese –obese terpengaruh dan membeli ikan ikan ini.
Aku meleser ke tepi jetty. Ternampak satu iklan tertampal ditiang batu. Tanah tanah seluas lebih dari 10 ekar ingin dibeli. Ada beberapa number talipon - pasti warga kota yang menjadi macai cukong Singapura ingin membeli tanah rizab orang Melayu. Inilah caranya tanah tanah orang kampong hilang tergadai.
Tanah tanah landai ditepi pantai semuanya di rampas atas nama pembangunan. Mungkin ramai yang tidak tahu – Hotel Rasa Sayang di Pulau Pinang satu ketika dahulu adalah perkampongan Melayu. Bagitu juga Telok Kemang, Danga dan berpuluh kampong nelayan yang indah dan permai lupus atas nama pembangunan.
Kini iklan ‘rompakan halal’ telah muncul di Kuala Sedili.
Lalu aku terlupa dengan Tongkat Waran.
Lalu mencari makanan laut. Terjumpa sebuah kedai terus memesan udang goreng tepung untuk minuman petang. Tuan empunya kedai seorang lelaki dari Kajang yang merasa agak pelik kerana gaya kami yang bukan orang tempatan. Aku juga hairan kenapa dia datang bagitu jauh membuka kedai makan disini.
‘ Gua sewa orang punya… mahu cari makan maaaa..’
Pasar Tani makin sibuk. Lalu aku terfikir inilah wilayah Tongkat membesar. Kedai kedai papan masih lagi wujud tidak ditinggalkan seperti di Kuala Rompin. Kini jetty kelihatan teguh berdiri – bukan jetty kayu bakau lagi dizaman Tongkat. Bangunan-bangunan batu di tebing. Tidak wujud di zaman Tongkat. Perahu dan kolek tidak wujud lagi – kini kapal dari plastik dan berinjin kuat – ke laut China Selatan mencari ikan.
Apakah disini Tongkat jatuh cinta dan di tolak? Lalu ke Singapura membaawa hati. Akhirnya kesah cinta gagal ini dirakamkan dalam Uda dan Dara? Siapakah agaknya gadis itu?
Kalau cintanya tidak ditolak pastilah tidak muncul Uda dan Dara. Pastilah Tongkat menjadi nelayan atau menjadi JKK mencari projek membuat tanda jalan. AH ! Indahnya cinta yang gagal.
Tidak pula aku tahu – dimana sebenar Kampong Tanjung Lembu – kampong tempat Tongkat dilahirkan. Entah tetiba mungkin kerana udang galah yang bagitu enak aku terlupa untuk mencari terus.
Atau kerana hari telah bagitu lewat dan takut sampai ke JB di waktu malam.
Kami beredar. Apa yang aku ingat hanyalah jalan jalan lurus dihutan sawit.
Hendak ke JB wajib juga melintasi hutan sawit dan kemudiannya berganti dengan rumah rumah kampong yang tidak lagi indah dan permai. Jalan mulai sesak dan berdebu. Semakain rapat ke JB semakin hodoh pemandangan. dan semakian sesak jalan raya.
Aku pernah tinggal di tengah-tengah kota – JB – semalam di Central Polis Station pada September 1974. Kemudian berpindah ke Ayer Molek selama dua minggu. Ketika itu JB adalah kota yang indah. Kali ini aku tidak ingin masuk ke pusat kota – terus menyimpang ke Stulang Laut yang dulunya cantik dan indah tetapi kini dihodohkan oleh ‘nukelar bunker’ pulau Temasik.
Stulang Laut ini samalah seperti Langkawi – satu wilayah ‘ tanpa cukai’. Ada wilayah khas dimana kelab dan bar di buka untuk warga JB yang sering terperangkap dalam kota mereka yang dari hari ke hari semakin hodoh dan merimaskan. Lalu aku terfikir betapa baiknya nasib aku tidak dilahirkan di JB. Jika aku warga JB telah lama aku bunuh diri melihat kehodohan yang maha hodoh.
( semuanya dirakam dengan ingatan – kita sesama kita merakam perjalanan hidup kita. cuma bezanya hari ini kita berkongsi untuk melihat dunia. ada yang lebih ada yang kurang tetapi semuanya merayakan ke hidupan. hidup ini terus bergerak dan berjalan. semalam dan kelmarin tidak akan muncul muncul lagi.)
emm..
BalasPadamjemaluang->tenggaroh?->kuala sedili..
nyaman...
best ni..bila la gua ade pluang rilek je leh meleser sana sini..huhu
BalasPadamhahahahahahhaha....jb? peninggalan penjajah! masih tak berubah! Apa kabo ngan sungai segget? hahahahahah! nasib baik ada temasik...kalu tidak hancussss jb nih!
BalasPadamkelam kelibut punya city!!!...
teruk2 ali dan tambi, melaka dah tunjuk taring ngan industri tourisma nya.
Johor makin longlai!!! tanah byk yg dah bertukar tangan.
johor...makin hampeh!!!
pentadbir hanya dok nak merembat tanpa fikir utk rakyat.
johor...kubu kuat yg makin longlai tanpa pembaharuan....kahkahkahkah!
wehhhhh....pelancung sangkut kat melaka ajer lerrr....weehhh, tak ada hati ker ni pegi johor.
takut kena pehtuk ker?
atau takut kote kena pehgang ke...kahkahkah!!!
Wehhh pentadbir! jangan getel telorr ajer! gerakkan otak utk pembaharuan.....kalo tak bleh! bagi yg boleh!
johor dah nak tergadai ke tangan cukong tu! baruanya umno lah!
BalasPadamgunalah wikimapia ke, google map kalu tersesat jln
BalasPadamTT naik kereta? Hahahahahaha!!! Orang sosialis naik kereta rupanya!!! Kah kah kah kah....
BalasPadambro isham..
BalasPadammonarki tengah kering. opss gering skang ni..
1986
BalasPadamhabis belajar gua kerja jb
waktu tu gua skema
kenal awek jb cun
tinggi, longlai, lembut, lembik
gua selalu lepak pantai lido
tengok bulan
kira bintang
kadang-kadang ringan-ringan
1988
gua terima surat warna putih
surat jemputan kawin
daripada awek cun jb tu
rupanya gua kena main
gua frust habis
longlai sampai jalan tak daya
gua mintak pindah balik kl
2003
gua ke klia
jemput kawan gua dari jepun
gua teserempak awek cun jb
dengan sorang lelaki
suami dia la tu
ada budak dua tiga orang
gua sempat tegur sapa
dia kata
duduk dah kat kelana jaya
2010
Umur gua dah rapat setengah abad
gua macam dulu jugak
bujang trang tang tang tang
gua bukan tak mau kawin
gua bukan frust awek cun jb lagi
gua sibuk kerja
bagi cukong kaya
tapi gua tak kaya-kaya
22 Jan 2010
kalau TT ada awek cun
masih muda-muda
awal 20an, bukan janda
kasi kenal kat gua
gua ingat nak kawin
bila gua pencen nanti
teringin jugak gua
ada anak-anak, ada bini
boleh jaga gua bila gua tua nanti
gua malas pikir politik lagi
gua penat
gua mahu cari bini
jaga gua
sebelum gua padam dari muka bumi
Kalau sekitar 1974 di JB Central...pernah terjumpa..kha..kha masa itu bro bukan main hansem dan bersemangat...Sudah tentu tercium juga bau Sg. Segget yang harum ...kha..kha.Peguam Razak apa khabar sekrang!. Kalau dia tahu "Kepala Lembu" masih orang puja...suka dia!.Sudah tua ini memang akui Razak Cap Kepala Lembu seorang pejuang tak reti penat dalam politik mcm Bro T.T juga. Take care Bro...sistem Sosial di negara ini amat perlahan untuk perubahan politik yang radikal. Mungkin satu hari nanti anak-anak muda faham cara politik T.T. Orang Melayu perlu keluar dari kepompong..dan menjadi rama-rama yang indah berdaya terbang dengan bebas. Selagi orang Melayu tak dibenarkan bebas...selagi itulah orang seperti TT mengingatkan orang Melayu apakah nilai sebuah kebebasan minda dalam politik!.
BalasPadamAkhirnya.....
BalasPadamKiok.
Kah kah kah.
alangkah indahnyer kalau bro letak sekeping 2 gambar dari henpon henset. :D
BalasPadampasti lebih mengesankan.
Johor yang kasihan!.
bangkitlah anak2 johor!
Tahniah bang.
BalasPadamCerita menarik -biar pun bahsaa dan ejaannya cara orang tua-tua -era ejaan rumi lama.
Harap abag dapat ceritakan pengalaman merantau ke luar negeri. Sangat baik untuk generasi hari ini dan mendatang!
Hidup revolusi!