Khamis, 14 Januari 2010
BERITA BERITA DARI JERANTUT
MENCARI GULAI ASAM ROM IKAN KENERAK
Jam 1.15 terdengar bunyi keretapi dari bilik tidor.
ertinya aku tidak berada di kuala lumpur.
menaikan berita melalui lap top ini paling cilaka.
paling cilaka kerana aku tidak senang tanpa tetikus.
paling cilaka aku kesaorang dalam pekan yang bagini asing.
awal pagi tadi - untuk kali pertama aku awal.
satu tugas yang maha susah untuk aku lakukan.
tujuan bangun untuk ke jerantut mencari sambal rom
ke jerantut untuk mencari ikan air sungai
ke jerantut untuk meleser - bukan meleser - aku bekerja
kerja yang paling enak dalam dunia ini -
makan dari satu warong ke warong
dari satu cafe ke satu cafe
dari satu restoran ke satu restoran
makan dan menikmati makanan
(jangan cuba melamar - kerja ini telah lama aku lakukan)
di tengah jalan entah di kampong mana aku berhenti membeli buah dukong
hanya empat ringgit sekilo berbanding dengan lapan ringgit di chow kit road
kakak penjual ketawa bila aku katakan durian belandanya yang kecil lagi
comot tidak harus digantung untuk dijual.
sedang kami bercanda datang seorang pelanggan yang ingin membeli rambutan.
lalu aku tanyakan tempat terbaik untuk memakan ikan di raub.
setalah mendapat maklumat aku menuju ke raub. tercari cari dari warong ke
warong aku berpindah. aku telah bosan dengan ikan patin masak temoyak.
lalu bertemu kedai ikan ayer tawar yang terbaik di raub. aku memesan
ikan baung dan pastilah sayur nordin kardi dan sayur ungku aziz (sayur kang kong )
enak enak enak - harganya pun enak - untuk ikan kelah aku wajib menalipon dua jam lebih awal kerana ikan ini wajib di keluarkan dari pembekuan. nah ini lain kali akan aku lakukan.
dari raub menuju ke jerantut - terlihat tanda - TASIK BURUNG MANDI - lalu menyimpang meredah jalan jalan kecil tersesat sambil bertanya. Nah ! jangan terperanjat ! untuk aku bukan tasik tapi kolam. ditepi kolam ini ada dua anak muda sedang berehat.lalu kami menjadi mesra. lalu mereka menerangkan tassik ini asalnya lombong emas satu
ketika dahulu - dizaman british.
betul aku melihat burung layang layang menjunam masuk ke dalam kolam - untuk minum air atau membasah badan. anak muda itu menerangakan jika aku menunggu hingga jam lima maka lebih ramai burung layang lanyang yang akan menjunam.
aku tidak memiliki masa - lalu beredar ke jerantut.
kami berlegar mencari tempat tidur. lalu singgah di warong di kawasan perhentian basa yang gagal. gagal kerana stesen bas telah siap tetapi tidak ada bas. yang menjadi penunggu ialah peniaga yang menjual barang barang dari ccl - cheap chinese labour -
cilaka ! belum sempat aku memasang keretek di warong hujan turun mengila. tempias membasah kerusi. tiga kali aku beralih. akhirnya aku memesan nasi lemak dengan sotong bersama kopi o kosong.
kerja makan yang aku lakukan ini wajib waspada - jangan makan banyak - tetapi makan di banyak tempat untuk mengadu selera. nasi lemak disini enak mungkin jam 7 petang aku telah lapar ditambah oleh hujan yang membuatan kelaparan bertambah.
beredar dari warong ini aku bertemu dengan kedai durian.lalu berjanji akan datang lagi apabila telah ada tempat tidor.
hujan makin gila.
lalu menempah bilik di rumah rehat.lagi mendapat maklumat tentang sambal rom. tukang masak di di rumah rehat adalah insan yang baik. dia mengajar aku tentang cara membuat sambal rom ( ini rahsia lagi ). kemudian dia membawa sebalang sambal rom bersama saekor ikan kenerak.
hujan makin reda.
kuliah masakan aku selesai. aku mandi dan menuju ke kedai durian. durian kampong ayang aku pileh. terbaik hinggakan terlebih beli.
esok aku berjanji untuk ke pasar melihat barang hutan. juga untuk melihat sendiri ikan kenerak. kedai makan yang menjual asam rom ikan kenerak ini telah aku temui.
jam telah hampir dua pagi - aku masih belum mengantuk. aku perlu membaca untuk tidor.aku paling susah untuk tidor ditempat baru. nasib baik aku ada membawa sebuah buku ibnu arabi - buku ini akan melayan aku untuk tidor.
esok - aku tidak akan sarapan -kerana ingin makan di tiga tempat sebelum berjalan lagi. aku masih belum pasti arah mana yang akan aku tuju. berjalan jangan sesekali membawa peta atau alamat. aku tidak pernah merancang arah yang aku tuju. atau telah memesan tempat tidor lebih awal. aku rasa ini membosankan.berjalan tanpa arah tujuan adalah nikmat berjalan.
esok kalau aku tidak mabuk dengan asam rom aku akan menulis lagi.
selamat menelan air lior !
<--nuffnang-->
Bro, indah penulisan.....yang jelas bro sedang meraikan erti kehidupan.
BalasPadamSebenarnya,...terlalu berpolitik dan mengejar kemewahan dunia buatkan kita lupa yang kenikmatan dan erti kehidupan ini amat ringkas, mungkin hanya dalam semangkok gulai asam patin yang banyak adanya di tempat2 seperti Jerantut atau merata - rata kalaulah kita pandai meraikan kehidupan ini.
baguihhlah..tukartiub ni..smpai juga kat Raub gan Jerantut noi..terokalah phg 2..rata2..byk tempat masih original dan byk otak yg tak berubah lg..
BalasPadamsiap ader org mengajar tentang cara membuat sambal rom utk kenerak lg..perghhh...meleleh air liur kashh..sodap kilann.!!
Nota: ikan kenerak paling sukar utk dinaikkan dgn pancing tetapi menjadi ia kegilaan pemancing kerana tenaga betarung ikan ini.
Woi!Woi!Woi!
BalasPadamFitrah allah pada umatnya:
1.umuq dari kandungan ibu-15 tahun.
-diterap nilai moral,nilai agama islam yang kuat,berguru toh gughu atau cikgu!!!!
2.Umuq 15-25.
-mencari ilmu dunia untuk kehidupan dunia!Ilmu agama tak tinggai!!!
3.Umuq 25-50.
-ada kerjaya,kumpui duit,kawin,ada anak!didik anak!Terap nilai agama pada diri dan keluarga!
4.Umuq 50-60.
-keewangan dah stabil!anak dan bersekolah atau keU,dok main dengan cucula pulak!Sebelah kaki dah kemasjid!Ada duit dah kemekah!!!!Tak pikiaq sangat tentang harta!!!
5.60an.........
-umuq bonus,sudah bersedia!!bila-bila masa malaikat izrael datang menjelma!!antara syurga dan neraka!!!
PAK LONG TT,
BalasPadamTAK JUMPA KA...AYAM KATIK PERCIK...kah kah kah kah
TAK JUMPA KA...CUCUR BADAK MANDUL...kah kah kah kah
SAYUR NORDIN KARDI...KALAU ULAM?
ULAM 'HASAN ALI'...kah kah kah kah
jemput ke lipisbro.dah dekat tu
BalasPadambang merantau cari rakan senegeri ke?
BalasPadammaaf bang dia mungkin sebok bersenam dan membeli belah
ada gambar perjalanantu tak ... ?
boleh buat buku lagi
buku ada gambo perempuan dan kasut tu aku dah habis baca... boleh jual balik tak dapat separuh harga pun tak pe...
ada lagi yang ok kat sana bang gulai batang pisang..
aku ingin bersama merakam sejarah makan dan minum itu
jangan lupa balik kl...
Citarasa kita sama..alangkah baiknya jika kita dapat lakukanya bersama...tapi...orang macam ko,orang macam aku,adalah jenis yang one man show,kita tidak selesa dengan orang lain, dan kita suka simpan pengalaman tu sendiri,sorang-sorang tanpa mahu berkongsi..itu lah nikmatnya.
BalasPadamHuhu menarik cerita berjalan2 nie ...
BalasPadamSayur NOrdin Kardi kakaka.... sayur utk bangla dan mamat nepal makan di hujung bulan sebelum gaji
wakakaka...dulu aku memang respek abis ungku aziz dan sikalang sudah ampes semuanya...
BalasPadamitu nordin kardi pun, aku respek abis juga...sikalang sudah jadi cirit belaker.
TT telah menyayurkan mereka..Rupanya orang2 yang hebat di mata media ada cerita karut di sebalik kehebatan yang dicanang2kan...
..Lagi2 baru aku tahu, rupanya aku sudah terpengaruh dengan media yang memang sungguh gila dan menjadi semakin sesat dan kian jahil mengenai berita2 yang dipaparkan ...memang kambing sungguh.
mujur ada internet...
Hahahha good job abg hisham. Terdapat dua jenis asam rom satu dari buah perah dan satu lagi buah getah.. selain di gulai asam.. ianya juga di buat sambal.. memang pedas dan berasap sambal rom ni.. masa gua kecik kecik mak gua selalu buat sambal rom dari biji getah. Selamat makan abg hisham..
BalasPadamsalam pak isham..tasik burung mandi?
BalasPadamitu kampung ku..kenapa tak bagitau hendak meleser hingga ke jerantut?kalau bagitau bisa saja saya menemani pak isham berseloka di dusun durian dan di kedai yang menjual asam rom ikan kenerak atau ikan jelawat yang terbaik....kah kah kah kah..selamat menjelajah bumi mat kilau..errrr..bik mama di larang mandi di taman tasik burung mandi kerana byk ikan dan hidupan air akan terkorban dek bau badan bik mama.....
Bro melelapkan mata sambil baca buku Ibnu Arabi..nyata bro berjalan untuk mencari diri...mencari Tuhan..
BalasPadamHidup adalah kanvas yg dicorak pengalaman.Bila mati, ada lukisan yg ingin dibawa berjumpa Tuhan..
Bro....
BalasPadamCerite ceriti yang baik, banyak sindirian sinis dan kelakau. Cerita bab Ikan Kenerak ni, pernah juga saya mengailkan di Batu Beroga kat ulu Kg Berhala Gantang, dapat lah sekor lebih kurang 1.5kilo bertanya. Ikan jenis spesis ini memang sukar kat batu-batan dan tempat yang berarus deras. Bentuknya seakan-akan Ikan Wilayah (Ikan yang makan lumut tu yanmg diletakkan didalam Aquarium tu), tetapi boleh membesar hingga berkilo-kilo beratnya. Seingat saya ikan yang dapat itu berkesudahan dengan goreng berlada diatas kuali. Shingga menjilat jari.... berrr (sedawa)
The wandering bon vivant...
BalasPadamGampang Isham !
BalasPadamtertelan-telan air liur dibuatnya.
Siot.....!!!
Meraikan kehidupan.....gua salut !
Bujang tak de siapa melarang.....
Isa a.s. membujang tak ada siapa kisah.....tarak hal !
Ni hantaran sampai beribu-ribu ni apa hal ?
Bukankah membujang di haruskan oleh Imam Ghazali apabila masyarakat melayu sudah menjadi sial yang dikepalai oleh gerombolan Umno(B)dibantu oleh ulamak sesat harus sana harus sini.
Rukun dan wajib nikah apa ?
Ada pulak yang dah jadi burung kakak tua disini.....
Janganlah kamu menjadi burung,keluar pagi bernyanyi-nyanyi,balik petang masuk sangkar bernyanyi-nyanyi juga.
Hina kamu seperti burung(perumpamaan dari Al-Quran)
Bodoh punya kenyataan.....!
Fitrah tengkorak kamu....!!!
Jangan cuba nak nyesatkan orang lain.
Taklid mana kamu pakai ?
Nenek moyang ?
Hujah ?
Kita berhujah !
Bro isham,
BalasPadamBest betol cite pasal makan2 nih. Lari skit dari topik yang paling hot iaitu politik.
Apa pun selamat menjelajah negeri pahang yg masih lagi tebal dan totok ngan keUMNOAnnya. OOOOppppss cite politk gak, hehe.
belilah tetikus..gua pkai laptop pun pkai tetikus luaran..
BalasPadamMacam nie boleh ke?
BalasPadamWoi!Woi!Woi!
BalasPadamAku budak skema...Itu pasal aku jadi kurang berhemah.
Woi!Woi!Woi!
Aku budak poyo...Itu pasal aku jadi bodoh.
Woi!Woi!Woi!
Aku budak sengal...Itu pasal aku jadi baghal.
Woi!Woi!Woi!
Peduli apa aku dgn kehidupan aku!!! Aku lebih peduli dengan kehidupan orang lain!!!
Woi!Woi!Woi!
kecik2 dulu ustaz aku selalu berpesan...tak semestinya kalo kita solat lima waktu tapi hati kotor dan hitam boleh masuk syurga...Entah lah!!!
Woi!Woi!Woi!
Aku doa kan pada kawan2 yang dah berjaya mendidik anak2 ngan baik supaya keep it cool. Aku tetap cool bersama kwn2 yg menyokong TT.
Woi!Woi!Woi!
Aku tak nak jadi pukimak....ukukukukukukk!!!
OH WOI KILAU
hisham,
BalasPadamSebenarnya cerita makan kau tu tidak sedikit pun memecah liur aku. tidak menjadikan aku mahu makan sambal rom dengan ikan kenarik.cuma tentang sayur nordin kardi itu sedikit mengujakan. Cuma aku jadi tertarik bila kau berbicarakan pasal kerja kau untuk berjalan sambil mencuba makanan. Itu sesuatu yang ku anggap cool. ia benar benar mengambarkan sesuatu yang mudah dilakukan namun ia menjadi payah di zaman manusia mengejar wang. Tapi kau boleh melakukannya.kau sememangnya cool.Namun satu kejayaan besar seandainya kau boleh mencoretkan pengalaman kau semasa zaman pelarian kau dulu.aku sudah letih mencari-carinya. Sumber yang aku ada hanyalah novel Cinta hari hari rusuhan karya Faisal Tehrani. Itu pun aku rasa Faisal dah tambah banyak nak bagi buku tu laku dan lepas pada pihak penerbit.Kau kena buat hisyam pasal pelarian itu. Selain kau, kita tiada manusia seperti kau. Seandainya kau mati, sesungguhnya kita tiada denai untuk diikuti.kah kah kah.
ikan kenerak ni nama lainnya ikan kederap atau baung kederap. memang nampak jurassic la ikan ni!
BalasPadamHarap kerajaan HARAMkan juga rakyat-rakyat negeri ini menyanyikan lagu negeri masing-masing... Allah hanya untuk Melayu di Malaysia, Negara kita unik tak sama dengan negara-negara lain!
BalasPadamLirik lagu negeri Perak
=========================
Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan
Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.
lirik lagu negeri Kedah
=======================
Allah selamatkan Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata
lirik lagu negeri Pahang
=========================
Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.
lirik lagu negeri Johor
=========================
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.
lirik lagu negeri Trengganu
=============================
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Berkelana?
BalasPadamMencari apa?
Sesuatu yang kau pasti atau
kau sendiri tak pasti?
Temui yang kau cari?
Dunia Tuhan ini melata
Kita sebenarnya terlalu kecil
Cuma, selalunya kita sombong
Dan bongkak!
Teruskan mencari
Nilai diri
dan erti kehidupan
cepat cari bini daa...
BalasPadampergi jerantut tak kabor awal2....kalau tak boleh kita mudik ke hulu tembeling terus. macam2 ikan ada.
BalasPadamwa first taim pekena asam rom taim sepupu mem kawin Jerantut Feri 2 thn lepas....
BalasPadamPedas tapi ade ciri2 rasa kepelikan seumur hidup sbb x pernah jumpa.
skrg taim duk luar negara, rindu plk dgn masakan kampung...
terutamanya masakan air tangan bonda.
bila nak mai kat pmtg pauh pekena gulai itek kat pmtg tok kandu,belah malam kena meee udang sg dua
BalasPadamBro, asam rom lagi sodap dimakan dengan daging rusa yang baru disalai, kalau nak tau, melangkahlah arah lebih jauh lagi keperkampungan mat darling, diulu tembeling.
BalasPadambukan asam 'rom'!
BalasPadamASAM 'GHONG'
bunyi ghong!
lepas makan , panas lubang bontot!
masak gulai ni kena buboh chili padi banyak banyak, satu pot susu baru sedap!!!
campor kaladi (kemahang) woi!!!
Isham ooi!
BalasPadamBagus la ekau poie jalan-jalan jerantut nun.
Manalah tau kok tersangkut mano-mano awek kat situ, boleh jugak akhiri zaman bujang tua ekau tuh!
Kalau tak pun, bila ekau jumpo mana-mana jando yang pandai masak sambal ikan kenerak tu, sapu ajo la jang! Come on la jang, jangan la memilih sangat! Ekau pun bukan mudo laie! Umur ekau dah dokek samo dongan madey eeee yoo!
Kwah Kwah Kwah Kwah Kwah!
Dah sampai ke Jerantut tu teruskan ke Taman Negara melalui padang piol. Tak Jauh dah tu dalam 1 jam setengah memandu. Jengahlah Kg Mat Daling yang hanya boleh di lalui oleh kenderaan pacuan 4 roda !! Perh tentu mangujakan!!!
BalasPadamni assignment kau untuk magazine off the edge ke isham?
BalasPadampatut la harga magazine pun dah mahal...pi hantar hang try makan kat merata tempat...hahhaha
hallooooo..bro!
BalasPadamkalau buat buku jgn lupa taruh gambar sigadis cun tu,bukan apa..cuma nak tengok saja...tahniah cukup syok ....terima kasih TT.adios.
SUPERB WRITING
BalasPadam