Sabtu, 30 Januari 2010
KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT
SI COMEL LOTE
ANASIR DARI UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI?
Tarikh: 29 Januari 2010
Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?
Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:
Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.
Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.
Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.
Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.
Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.
DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN
SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn.Terima Kasih
BalasPadamadakah mungkin yang meletakkan kepala 'wild boar' d kwsn masjid itu berKEPALA BABI juga? jika begitu, berjaga2lah kerana manusia berKEPALA BABI mungkin akan menyerang kembali..
BalasPadamMalang betul rakyat Malaysia jika terbuktiah semua ini diwujudkan semata2 nak timbulkan suasana huru hara dan kemudian nak menempel dan muncul ebagai hero di mata rakyat. Ceh! rakyat dah cerdik la
BalasPadamYANG SUKA PERKARA HARAM-HARAM..TELAN-TELAN...RABA-RABA DAN JAHAT-JAHAT NI UMNO JER...kah kah kah kah
BalasPadamMAKLUMLAH DAH TERSEPIT...
KAPAL KARGO YANG ANGKUT PASIR SEKARANG NI DAH TAK ADA KERJA. HANYA MENUNGGU MASA UNTUK ANGKUT 'KERANDA UMNO'...kah kah kah..kah kah
Style Azmin memang macam tu. Suka keep people in suspense. Dulu datang kg Klang Gate kata tak lama lagi kita akan ka Putra Jaya. Nanti kita akan umumkan cerita yang terpeinci. Sampai sekarang NGA NGA. Bukan orang PKR saja yang ternganga, kami ahli Pas pun ternganga sama. Kali ni dia buat lagi perkara yang sama.
BalasPadamKalau betul ada bukti, buatlah lapuran. Pehak polis buat siasatan atau tidak itu isu lain, tetapi sekurang kurangnya kita boleh bangga yang ADUN PR berkata benar.
Kadang kadang timbul di pemikiran ahli, patutkah aku percaya bila orang politik bercakap? Atau lebih baik aku pergi jogging.
biar siasatan dilakukan dahulu utk mengetahui kebenarannya.walaupun kebenaran ditutupi,percayalah ianya akan muncul ibarat fajar menyingsing.hidup kebenaran!walaupun kadangkala kebenaran mengikut persangkaan hambaNya.
BalasPadamwoit ..... azmim kalau betul dedahkan kalau tak tahu jangan nak bikin kecoh. jangan nak jadi macam adik kau yang suka MENIPU kalau nak menipu kau boleh pergi join umngok. jangan sampai org meluat dgn kau macam org meluat dgn laki big mama.
BalasPadamtsaksel
ko nak suh buat berapa juta aduan hah Tanpa Nama ? Dah berjuta2 dan berjenis2 aduan pihak2 pembangkang DAN BERKECUALI buat.
BalasPadamharam cam babi semua dibakulsampahkan.
nak lagi best.. tukang buat laporang tuh yang kene tangkap. selalunya camtuh lah!
bawak2 la sedar wahai tanpa nama.
Kalau bodoh, jangan bagitau orang laing!
By hook or by crook...kena buat apa yg patut!
BalasPadamLubang dah besooooo!
Kantol kalu....7 keturunan merana!
Nasib masih hak kita lagi!
Gunakan idea apa yg patut!
Selagi masih bernyawa, jangan sampai bocor!
Kepala bana berkata2!
bila lagi bong azmin nak umumkan turrr?
BalasPadamtak kan tak abis siasat lagik?
berapa banyak punye siasat daaa?
bong azmin punya siasatan pun lembab macam kura-kura panjat pokok jugak!
2 X 5 lembapnya dengan siasatan pihak yang satu lagi tu!
lembap macam telo
maklumat ini saya dpt dari seseorang yg mana selalunya maklumat beliau adalah tepat.
BalasPadamDUN perak akan dibubarkn selepas gong xi fa cai. selama ni umno sedang merancang plan paling kotor dlm sejarah pr di malaysia.
memang kudeta di perak telah dirancang dan akan diadakan pr negeri. tetapi umno sengaja melambat-lambatkn pembubaran kerana hendak merancang strategi unggul utk memenangi pr negeri yg bakal diadakan.
ramai pengundi2 luar kawasan telah didaftarkn utk mengundi di perak. pelbagai pembaharuan telah dibuat oleh SPR supaya keputusan pr dun nanti menyebelahi umno/bn.
plan unggul ini jika berjaya memenangkn umno-bn akan dijadikan modul utama bagi bn menguasai malaysia pada pru-13 nanti.
saya harap bro hisham siasat dan kaji perkara ini dgn lebih teliti.