Khamis, 21 Januari 2010

SATU L:AGI SANDIWARA



KAPAL TERBANG JET HILANG DIMAKAN OLEH IKAN INI




SIASATAN BERMULA DENGAN BAU KURANG MENYENANGKAN - malaysiakini

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini memanggil wakil Kementerian Pertahanan untuk memberi penjelasan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Antara yang dilihat hadir pada mesyuarat pertama PAC mengenai isu enjin jet tu bagi mewakili Kementerian Pertahanan ialah Ketua Setiausaha Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM Jeneral i Rodzali Daud.

"Hari ini kita bermula dengan sesi penerangan mengenai prosedur-prosedurnya sahaja," kata Pengerusi PAC Azmi Khalid kepada pemberita selepas esyuarat itu yang berlangsung di bangunan Parlimen.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

nota:
tunggu dan lihat
dengar dan baca

akhirnya :
berak dan ketawa kah kah kah


SILA IKUTI TULISAN DARI MERDEKA REVIEW

Enjin jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang telah "dihilangkan" dengan tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah "Allah", sebermulanya tahun 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kanan) hari ini menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara mendalam, malah meminta agar "jangan membuat kesimpulan terlebih dahulu", apabila diajukan soalan sama ada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku, akan dipanggil untuk menghadap PAC.

Bahkan, Azmi Khalid berterus terang bahawa pihaknya tidak akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk menghadiri mesyuarat ini, sebaliknya menyerah kepada Kementerian Pertahanan untuk mengaturkan segala-galanya.

Analisis Gong Zheng Bao

Kehilangan enjin jet yang bernilai kira-kira 100 juta ringgit Malaysia ini digemparkan pada hujung tahun 2009, bagaimanapun berakhir dengan pendakwaan terhadap seorang sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja di mahkamah, pada 6 Januari tahun ini.

Satu analisis yang tersiar di Gong Zheng Bao, atau Suara Keadilan edisi bahasa Cina (keluaran 15-30 Januari 2010), telah menyenaraikan 10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini. Antaranya,-

1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995. Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007. Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran. Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?

2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan. Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan. Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?

3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times. Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan. Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?

4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya? Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kanan), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini. Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?

5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut. Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu. Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?

6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?

7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?

8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian. Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kiri) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.

Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an. Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran. Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an. Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi. Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?

9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini. Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan. "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai. Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?

10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?

*Tulisan Lim Hong Siang Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.




5 ulasan:

  1. Hahahhha brader!!! kenapa tak tanya Panglima ANgkatan Tentera yang kelabu asap tu!!!!!!!
    Zahid midi tahu semua!!!!! hahahahahahaha.
    PAC nak tanya si Bakar dan si kulup Panglima TUDM tu buat apa? Dua dua tu mangkok!!!
    Lupakan sahaja lah... tanya Panglima Angkatan Tentera sahaja sebelum dia melawat ke Dubai!!!!!!!! hahahahahahaha!!!

    BalasPadam
  2. apakah Malaysia ini telah dikuasai sindiket jenayah terancang antarabangsa umpamanya MAFIA RUSSIA yang cukup digeruni kerana memiliki tentera sendiri

    apakah ada gabungan mafia dan pengganas

    BalasPadam
  3. kahkahkah tentera Malaysia ni mana ada koje..nak pegi perang?? celah mana?? bosan bosan buat lah business, jual apa yang patut. patutlah Malaysia ni takut je dengan Singapore tu, banyak sangat rahsia rahsia Malaysia depa simpan. Tak perlu Mossad ke CIA ke nak pening kepala curi rahsia Malaysia ni, senang sangat beb!!

    BalasPadam
  4. Ibaratnya;

    Dalam sesebuah rumahtangga, kalau anak jadi lanun; merompak, membuli, membalun dan sebagainya, emak dan bapak tak boleh lepas tangan begitu sahaja.

    Emak dan bapak kena bertanggungjawab sikit kepada anak-anak apatah lagi kalau perkara tak baik tu berlaku dalam rumah sendiri.

    Kalau emak bapak main lepas tangan saja; maknanya tak bertanggungjawablah emak bapak tuh. Kalau ada sikap lepas tangan macam ni, baik jangan jadi emak bapak!

    Biasanya anak buat tak betol sebab emak dan bapak pon buat tak betol jugak. bapak kencing berdiri, anak kencing berlari. Kalau emak bapak tunjuk tingkah laku baik, tak mungkin anak jadi lahabau.

    Jadi, emak bapak kenalah ambik tanggungjawab. Jangan main tolak-tolak tanggungjawab.

    Kalau suka tolak-tolak, orang akan tanya. "Habis apa tugas bapak? makan tidor ke?"

    APATAH LAGI KALAU DALAM SEBUAH NEGARA!!!!!!!!

    BalasPadam