Jumaat, 29 Januari 2010
SELAMAT JALAN JD SALINGER – 1919- 2010
ADIOS MON AMI
NAK LARI KEMANA KAU HOLDEN ?
APA KHABAR HOLDEN CAUFIELD- SUDAH 59 TAHUN MASIH COOL
Penulis Catcher in the Rye meninggal dunia kelmarin.
Buku ini adalah sebuah buku paling cool dalam dunia ini.
Buku wajib untuk semua yang melintasi dunia ini.
Jika belum membacanya dapatkan petang ini.
Catcher in the Rye terbit pada tahun 1951.
Buku ini terus mempengaruhi generasi demi generasi.
Sesiapa yang mengakui dirinya cool akan jadi poyo jika
tidak membaca buku ini.
Jika ada segerawan yang mengakui dirinya segerawan tetapi
tidak membaca buku ini maka ini adalah segerawan kong kang.
JD Selinger – menghilangkan diri. Dalam hidupnya dia menjadi mitos.
Tidak pernah dilihat satelah bukunya terbit. Dia risau dengan kejayaan
bukunya. Dia jadi rimas dengan para peminat. Lalu hilang tidak ditemui.
Kemudian menulis dua lagi buku : Nine Stories dan Franny and Zooey.
Ini juga membawa kejayaan. Lagi tebal tempat JD menghilangkan diri.
Holden Caulfield watak anti-hero – watak cool dalam Catcher – mempengaruhi
sesiapa sahaja yang memiliki hormat diri.
Kita semua adalah Holden Caulfeild dalam diri kita – hanya kita tidak
menyedari.
NOTA:
besar kemungkinan sesudah ini akan muncul
kerja kerja baru jd yang tidak mahu diterbitkan
ketika dia masih hidup.
dunia sedang mnenunggu macam minah cun baru kahwin
menunggu balak pulang dari laut kah kah kah
nota:
JD Salinger bukan ahli Gapena atau Pena.
JD Salinger bukan ketua cawangan.
JD Salinger bukan cari glamour
JD Salinger bukan menulis untuk pertandingan nilai-nilai murni
JD Salinger tidak masuk apa-apa persatuan penulis untuk dapat projek
JD Salinger tidak ada gelaran datuk
JD Salinger menulis kerana dia pemulis.
Memang sosok manusia begini seperti yang dicirikan oleh TT adalah langka. Sulit kita nak cari manusia begini membuat sesuatu itu bukan kerana nak perhatian, nak ganjaran, nak pangkat Dato', nak jadi Profesor Kang Kung, nak daki dunia tetapi semata-mata untuk mengembangkan horizon atau cakrawala minda manusia dengan ikhlas, sesuatu yang ori sejati. Ia adalah permata rohaniah manusia.
BalasPadamal-fatihah untuk j.d salinger. gua adalah gua yang berlainan setelah membaca catcher in the rye, lu orang yg masih belum, bila lagi?
BalasPadamGua baca atok gua punya buku Readers' Digest cite 'Bridges at Toko Ri' oleh James A Michener lagi cool....hau hau hau...apsere!
BalasPadamsikit mcm lu bro...gua tak puji lu bro..cuma..sikit sebanyak..gua tahu apa yg lu lalui..lu memang tak poyo walau pun lu pernah nangis depan mata gua..carburator dung..bro..lu merempat kat negeri org..sampai tak cukup makan/minum..sapa tanggung..lu sendiri..apa2 pun klasik bro lu punya langkah..memang klasik..gua jealous..apa2 pun ciri2 yg lu susun mmg ciri yg sesuai..tapi tak ramai tahu hingga lah org tu mati...pingat tampal kat batu nesan...hehehe
BalasPadambro...bila nak buat buku kesah hidup bro...x kan kami nak tunggu lu mati...nanti prof kang kong yg tulis...lain pulak kesahnya.
BalasPadam