Sabtu, 16 Januari 2010
SERI MERSING DAN MENCARI TONGKAT WARAN
UDANG GALAH
di mersing aku menginap di sebuah rumah tumpangan diluar pekan. tidak jauh
dari gigi laut. sebenarnya aku mengelabah kerana meninggalkan rompin hampir senja.
sampai ke mersing matahari telah lama turun. dalam gelap semua yang di cari susah dapat.
yang senang dapat dicari hanya yang diraba.
kawasan rumah tumpangan ini pun aku dapat bantuan dari tukang penjual kad
talipon di tepi laut.
jam telah melintasi 8 malam laut menderu tapi si mamat
ini masih menjual kad talipon di kedainya. lalu aku bertanya
tanya sambil membeli tambahan kredit.
dari mamat ini aku tanyakan tempat makan laut yang terbaik di mersing.
lalu menuju ke restoran ini. gagal. telah ditutup. mundar mandir di mersing hampir satu jam - ingin mencari kedai makanan laut. gagal.akhirnya makan apa yang ada.kecewa.
pulang dari mersing aku melintasi kembali kedai talipon - jam hampir tengah malam. kedai talipon telah ditutup. bergerak terus ditepi laut. ombak
menggila.
ombak laut cina selatan dimusim tengkujuh. airnya coklat dan kuning. tidak nampak lautnya lagi. birunya hiang selama 4 bulan.
lalu singgah di kelab karaoke - dua kelab karaoke - berhadapan sama sendiri. musik melaung kuat jika tidak akan ditenggelamkan oleh bunyi laut. ini kelab sedih - sesedih najib bersuami gemok.
cukup sedih. anak anak muda sedih. melayan lagu sedih. mat rempit sedih melagukan kesah sedih. karaoke ditepi laut adalah percubaan anak muda mersing yang ingin merayakan kehidupan. kesian. ini lah anak anakmuda kita yang terlarang dari merayakan kehiduapan akhirnya mereka menjadi manusia yang sedih lagi menyedihkan.
pergi dan lawatilah karaoke ini - lihat betapa sedih nya anak muda kita. mereka telah hilang initiatif untuk merayakan kehiduapan. mereka hanya melaung tanpa jiwa - apa yang mereka laungkan adalah diri kita sendiri.
aku sendiri turut bersedih apabila melihat anak anak muda ini dalam keadaan sedih. apa jadi dengan kelab belia mereka. apa jadi dengan kelab sukan mereka.ada jadi dengan kumpulan sandiwara mereka. lalu mereka menjadi tua sebelum tua sampai kepada mereka.
dibilik tidur aku terbayang - jika aku dibesarkan di mersing ketika ini - maka aku akan menjadi anak muda yang manai ( tak tahu makna sila cari ).
PAGI ESOK
sebelum meninggalkan rumah tumpangan sempat bersembang dengan tuan empunya tempat. lalu dia becerita bagaimana penduduk di pulau dihadapan kami dipaksa meninggalkan tempat mereka.mereka dipaksa oleh raja gopal.raja gopal membeli pulau ini.kemudian raja gopal menjualkan kembali pulau ini dengan untung yang berganda. nah! apa yang baru dalam kesah ini.
kesah sedih para nelayan ini aku tutupi dengan gulai asam pedas didalam pekan mersing. kepala ikan jemukah yang dimasak cara johor. ada asam sawi yang telah ditapikan. enak tapi tidak seenak termerlian dengan tempoyak.
lalu menuju ke kuala sedeli - ingin mencari tongkat waran.
(jam telah hampir 4 pagi - aku wajib tidor - esok aku smabung lagi - macam kesah shahrizat dalam seribu satu malam.)
manai - pucat lesi
BalasPadamakum
BalasPadamalangkah baiknya jika aku ada sekali
di seri mersing
cantikkah pemudinya
adakah pakmalau di situ
cuba singgah skudai
BalasPadamcari kedai makan anak sotong goreng rangup
tahun 80-an sepinggan rm5
kalau ada lagi la kedai tur
TT, aku di mersing sudah 5 bulan berpindah ke mersing. jiwa meronta mahu keluar. rasanya di sini seperti ada sesuatu yang tak kena. melainkan keluar dari mersing,melayan pokok2 hijau dan pantai, & internet, sepertinya aku tak ada lagi cara untuk merayakan hidup. aku tiada kawan di sini. bukan tak mahu berkawan tapi tak mahu menyinggung dan tersinggung. kahkahkahkahkah aku mahu keluar dari mersing..
BalasPadambestnya perjalanan pak Isham. baca dari awal, boleh tumpang terlioq plak. mcm2 makanan jumpe
BalasPadamsatu wajah penulisan santai yang menarik....
BalasPadamsaya tunggu sambungannya. -:)
@naimisa
Mana Kementerian Belia? Apa rancangan untuk menggerakkan tenaga muda 1Malaysia?
BalasPadamAdakah anak anak muda ini tidak termasuk dalam konsep 1Malaysia?
Rajagopal raut keuntungan daripada harta rakyat dan larikan diri daripada tanggungjawab untuk orang tempatan. Ini lah hidupcara kumpulan gerombolan. Jaga diri sendiri saje. Gunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri.
Menjelang PRU13 rakyat harus berfikir untuk menukarkan gerombolan. Pilih PR untuk menukar nasib rakyat yang selam ini dalam penderitaan.
Allahukhbar Allahukhbar.
siok aku bacanya....teruskan
BalasPadamKalau Pak Malau hidup lg maju dah anak muda mersing tu..
BalasPadamManai-Pucat lesi, kurang darah... Sapa hisap darah mereka nih? kahkahkah!!!
BalasPadamSham, ke mana lagi tujuan sang hamba nak pergi?
Jangan lupa pergi ke Muo yer...Bagi sokongan pada pengundi2 yg dah menyokong PR. kahkahkah...
Muo bandar pencen....kahkahkah!!!
Muo dah ketinggalan dari segi pembangunan kalu nak bandingkan dgn batu pahat, keluang dan segamat.
Jangan tak pergi sham!!! Kalu lu pergi jangan lupa bagi tau.... Wa belanja lu asam pedas ikan mayong. kahkahkah!!!
siberlabukau
Wah!!! Ombak laut cina selatan... diwaktu malam. Duk cari2 ikan nak makan... Tak try ushar ka ikan lain.. macam ikan duyung yg cun macam maya karin???
BalasPadamDah sampai sedeli besar jangan lupa singgah sedeli kecil
BalasPadamnaik bot bayar rm1
jangan lupa pancing ikan atau ikut nelayan pegi tangkap ikan
kat sini budak sekolah syed jaafar albar selalu ponteng sebab pergi laut tangkap ikan
pendapatan sehari lebih besar daripada pendapatan kerja gomen
itu dulu la, tahun 80an.
Jangan lupa singgah JB
Tengok jambantan bengkok
dah siap ke belom?
Singgahlah jugak kat tanjung puteri
boleh makan kupang rebus
kupang ni diternak di muara sg skudai
antara sungai paling tercemar di malaysia
Malam
boleh pergi tepi pantai tanjung puteri/ pantai lido
di situ ada tapak semaian
tempat muda mudi menyemai benih
di situ juga ada kemudahan parking
tempat muda muda fucking
itu dulu la, tahun 80-an
time tu aku posting keja jb
ada lagi ke tempat turr?
kat sedeli coba pekena teh tarik kat situ
BalasPadamsegelas brapa harga
banding harga teh mamak kl
jgn lupa beli sekali gudang garam seludup.
beli la 10 karton sebab murah
rm3 bole dpt sekotak
dapat dari mana, tak payah tanya
hati-hati sikit
kat situ banyak keturunan arab
keturunan mulia-mulia. Syed!
senang nak cam.
yang bawak kotak tu keturunan arab
Ptuiii!
Selamat Berdiskusi di Pejabat SUARAM, Johor Bahru Sdr Tukar Tiub!!
BalasPadammanai tu apa? dah cari tapi tak jumpa
BalasPadam- HANYA UMNO DAPAT MENYELAMATKAN MALAYSIA
Boringlah TT. Tak ada ulasan surat khabar. Tak ada ulasan media baru. Tak ada lawak.. ke TT takut nak uilas pasall agama??? TT ada timbang rasa ke??..?..kah..kah..kah.. Pakembar..kah..kah..kah...
BalasPadamkojo....kah..kah..kah..
boring lah TT. tak ada ulasan akhbar.. tak ada ulasan malaysia kini.. tak ada spongebob.. tak ada kisah menteri.. tak ada spongebob.. boring lah.. atau TT takut degan spanbob.. kah..kah.kah..
BalasPadamlama betul tukar tiub nie tido tak bangun bangun..
BalasPadamsedehh..adoi sedehh..menjadi anak muda dimalaysia..
BalasPadamhamba rasa bukan di mersing sahaja..
dimana byk daerah sokongan gerombolan dah tentu anak mudanya cepat menjadi tua sebelum umurnya..Adesss..
Woi!Woi!Woi!
BalasPadamPerjalanan dunia!Kalau tersesat boleh patah balik!!!!
Perjalanan akhirat!!!Seorang diri yang tanggong!!!Tiada sorakkan hebat!Tiada tepukan berdegaq!!!tiada pujian yang melenakan!!!!!
bangun!bangun!bangun!bangkit!bangkit!bagkit!perjalanan anda kesana sudah hampir!!!!!! pi jahanam dengan karoake!pi jahanam dengan godaan syaitan!Cepat!cari masjid!cari jemaah!cari tok guru !!!!!!!!!!!!peringatan untuk diri sendiri dan hanggggggg!tuan TT.
aku baru keluar dari mersing.....lega...
BalasPadamtak melawat makcik felda kat tenggaroh dan nitar??....rugi....hahahah
ALOOOO ABANG ISAM
BalasPadamLu mana pigi
pusing kililing sulah satu mingu
Blog lu pun sulah tatak tuka
Wa bukak nampak ulang galah
wa bukak nampak ulang galah
wa bukak nampak ulang galah
Belapa manyak ulang galah lu mau cari
Sini petaling stleet pun manyak ulang galah maa
sini ulang galah lagi flesh maa
Wa sikalang tension loo
Lu lagi cali ulang galah
Lu blog talak tuka
Lu sutak tuka umeno ka?
Lu hamsap punya olang
sini manyak ulang galah lagi mau cali lain tempat punya ulang galah
Sini mali maa
Tengok jugak jalan-jalan kampung di mersing dan sedeli
BalasPadamsamakah dengan jalan sekerat kat putrajaya
tengok balik rumah-rumah kayu di pantai mersing dan sedeli
bandingkan dengan istana di putrajaya
tengok basikal tua dan motor buruk nelayan di mersing dan sedeli
bandingkan dengan kereta menjalar di banglo dan istana putrajaya
singgah rumah mak cik di mersing dan sedeli. Tengok lauk apa mereka makan.
bandingkan pak-pak ubn makan apa kat hotel 5 bintang di KL
tanya soalan pasal yuran sekolah anak-anak. betulkah cuma RM4 atau RM35 atau telah dihapuskan. Atau jumlahnya melambong-lambong.
Bandingkan apa yang dicakap oleh pak menteri. samakah teori dengan realiti?
Tanya pulak pendapatan nelayan mersing dan sedeli. bahagikan dengan 30. Tolak perbelanjaan RM10 sehari. Berapa sen yang tinggal.
Bandingkan pula dengan pendapatan dan simpanan pembesar-pembesar negeri.
Tanya pasal kenaikan harga gula. tanya pula kempen kuruskan badan, kempen cegah diabetes dan kempen kencing manis. Faham ke mereka?
tanya pulak pak pembesar di putrejaya.
Kerap kali perjalanan mengajar kita menjadi lebih pasrah.
Pasrah tentang kehidupan antara dua darjat.
Pasrah tentang penipuan antara ucapan dengan realiti.
udang galah terbaik bukan di Mersing, tapi di Rompin.
BalasPadamAde 2 buah kedai makan (R&R fesyen lama), terletak di antara Jalan Rompin-Kuantan (persimpangan ke Indera Mahkota yang menuju ke Jelebu N9).
Udang galah nih menyebabkan ramai orang asli di Rompin jadi jutawan. sedap dan segar.
Tiap bulan aku mesti singgah.