Sabtu, 9 Januari 2010

SUARA ANAK MUDA



BERSAMA MENEGAK KEADILAN




KENYATAAN PMIUM DAN PKVUM

Konsensus Bersama PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam UM) & PKVUM (Persatuan Kristian Varsiti UM) Berhubung Isu-Isu Agama & Kepercayaan

Melihat kepada pelbagai polemik yang berlaku berhubung penggunaan kalimah “ALLAH” & banyak lagi isu-isu agama & kepercayaan yang berbangkit sebelum ini, kami di peringkat pimpinan tertinggi dua persatuan besar yang menaungi mahasiswa Islam & Kristian, bertindak untuk mengeluarkan suatu persefahaman bersama berhubung isu-isu ini yang menjurus ke arah penyelesaian jangka masa panjang selain tuntutan-tuntutan yang dirasakan wajar terhadap seluruh pihak. Ianya mungkin boleh dijadikan panduan kepada semua pihak sebagai salah satu jalan yang relevan & sesuai dalam menguruskan isu-isu yang berlaku di sekitar kepercayaan & agama.

Antara elemen persefahaman yang dicapai di peringkat penama, Shazni Munir Mohd Ithnin (Presiden PMIUM) & Benjamin Ong (Presiden PKVUM) tentang penyelesaian yang terbaik pada hemat kami di peringkat mahasiswa ialah:
Wacana & dialog antara agama perlu diberikan ruang dengan seadil-adilnya kepada semua agama & kepercayaan supaya perasangka-perasangka yang tidak berasas dalam menilai agama lain dapat dihindarkan & mampu menanam perasaan hormat antara satu sama lain.

Memberikan pendidikan yang benar & terbaik kepada setiap penganut agama agar perbezaan & persamaan setiap agama itu diketahui secara adil oleh semua terutama dari sudut hal-hal yang bersifat fundemental.

Perundangan bukanlah satu-satunya cara untuk menyelesaikan permasalahan yang ada dalam keadaan kemungkinan keputusan-keputusan mahkamah tersebut boleh dimanipulasi oleh sesiapa sahaja.

Badan-badan & institusi-institusi agama, bahkan pemimpin-pemimpin agama wajar mengambil langkah proaktif dengan berjumpa & meningkatkan persefahaman di antara mereka & pengikut agama-agama masing-masing.

Justeru, dalam mesej persefahaman ini juga, kami menuntut kepada semua pihak untuk memerhatikan beberapa perkara pokok yang perlu diambil tindakan segera:
Kami menuntut agar isu-isu agama tidak boleh dimanipulasikan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak atas apa-apa kepentingan sekalipun.

Kami mengecam pihak-pihak yang berkepentingan dalam memainkan isu ini untuk tujuan provokatif.

Kami menggesa agar seluruh keluarga & masyarakat memandang serius untuk mendidik ahli komuniti masing-masing dengan kepercayaan agama yang telah dipilih melalui kaedah yang sebenarnya, bukan saduran yang bersifat tidak lengkap sehingga boleh mendatangkan sikap prejudis terhadap penganut agama lain.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Presiden PMIUM

BENJAMIN ONG
Presiden PKVUM





2 ulasan:

  1. Boleh dapatkan emaik kedua dua pemimpin ni?

    BalasPadam
  2. Berebut nama tuhan..??
    kah..kah..

    Soalnya, ugama siapa yg tak betol..ni isu ke.?

    Lu ugama lu..wa ugama wa..
    Lu pikir la sendiri..!
    Wa tak kacau lu..
    Lu jgn kacau wa.!!

    Hidup kat dunia ni tafsiran perlembagaan nak ikut ckp siapa yg betol..mungkin yg ni isu.!

    Ugama tuhan buat..
    Perlembagaan manusia buat..

    Suara2 ada ni nak betulkan yg mana?
    Nak betulkan tuhan..?
    @ Nak betulkan manusia..?

    Kalu nak betulkan tuhan,
    harus jd 'gila ising'!

    Kpd suara2..silalah betulkan manusia..

    mcmana? sama2 pikir la sendiri...

    tapi aku,
    tak sempat nak mikir,sebab sel otak nak guna buat pikir mende lain...

    otak sempit la katakan..! sel otak aktif dah la tak banyak.
    Kah..Kah

    BalasPadam