Isnin, 11 Januari 2010
UNTUK MEREKA YANG ANGKUH !
AKU HADIAHKAN SEGUNUNG BUNGA - SEKUNTUM INGATAN
LALU DIA PUN LUPA
dia pun lupa
lupa akan dirinya
lupa akan akan hari hari kelahirannya
lupa tentang sawah dan padi
lupa tentang sungai dan perigi
maka dia pun lupa
lupa kenapa di berada disini
lupa kenapa dia menjadi sebegini
jika dia melihat bumi ini
jika dia mendongak ke langit
jika dia ternampak awan
jika dia ternampak bintang
jika dia ternampak bulan
jika dia ternampak sinar matahari
pasti dia sedar betapa luasnya maya
pasti dia sedar betapa kecilnya dirinya
sebutir debu dalam mahamaya
lalu dia lupa
lalu dia menjadi angkuh
lalu dia menjadi sombong
lalu dia ingin memiliki dunia ini
lalu dia ingin memiliki maya ini
lalu dia ingin memiliki
lalu dia lupa akan kitab kitab kita kuno
lalu dia lupa akan surah surah lama
lalu dia lupa akan kesah kesah lalu
lalu dia lupa akan teromba alam
lalu dia lupa akan dirinya yang kini menjadi bagitu angkuh
lalu dia lupa
lalu dia memaksa semuanya tunduk ke bawah dulinya
lalu dia lupa
lalu dia mengakui bahawa dia sahajalah yang betul
lalu dia terlupa
setelah 80 ramadan
setelah 80 kong hee fatt chai
satelah 80 dewali
setelah 80 gawai
setelah 80 krismas
tujuh puluh kali salju turun
tujuh puluh kali musim bunga
tujuh puluh kali dia berpesta
akan sampai hari hari akhir
dia terlupa lilin lilin akan cair
dia terlupa musik musik akan berhenti
dia terlupa pesta angkuh ini akan berakhir
seperti dalam kitab kitab lama
seperti dalam surah surah kuno
kita semua akan berterbangan
kembali menjadi debu
kembali ke alam yang mahamaya
jangan terlupa
tidak ada apa yang tinggal
tidak pun sebaris ayat
tidak pun sekuntum shaer
yang tinggal hanya jejak jejak ingatan
yang tinggal hanya titik titik kebaikan
yang juga akhirnya akan dibalut masa
Kalau hayat sampai 80 tahun. Kira bonus gila-gila arr tu. Kalau buat pahala.. banyak boleh kumpul tuu!!!!
BalasPadamUntuk jiwa & hati suci murni..
BalasPadamjgnlah berkabong
kalau masih melebong
jgnlah berkabong
kalau masih
mau berbohong
jgnlah berkabong
kalau masih dalam tong
..
demi sekuntum bunga
demi seharum kasturi
demi seindah pelangi
demi sesuap nasi
demi zahirnya cinta
berkabong lah..
abadi itu boleh ditemui..
indah itu boleh dicari..
dengarlah jeritan batinku!
kah..kah
Mereka terlupa bahawa harus guna bahasa Melayu seluas-luasnya tapi tak boleh guna 'Allah' bahasa Arab yang bermakna Tuhan bukannya Tuhan Islam. Perlembagaan kata ada kebebasan agama tapi dalam amalan gereja boleh dibomkan. Nama 'Allah' tidak menjadi isu langsung di mana saja kecuali di bumi 'UMNO'. Apalah ngoknya! Ajaran agama oleh ulamak kita sudah 'songsang' man!
BalasPadamSham, itulah nama nya kehidupan. Dah kena lah tu...mereka kaya dan berkuasa. Tapi yang aku tak faham ni...ada mangkuk hayun yang miskin dan tak ada apa2 tapi tetap bodoh sombong, hipokrit dan angkuh. Tak tu dinamakan SIALLLLL!!! kah kah kah!!!
BalasPadamsiber labukau
yang sial adalah blog 'minda info kita',besar punya sial!!!!
BalasPadamgibuk
jangan jadi fasis agama...
BalasPadamTT dengar sini.
BalasPadamAda seorang mamat kaya, tapi bakhil. Duit berjuta-juta dan rumah keliling kota. Hujung bulan kutip sewa. Anak kawin, paksa orang sponsor plastik sampah. Mahal katanya.
Satu hari dia sakit perut. Lagak sakit macam sesak nak mati. Sudah sakit baru timbul rasa takut, takut mati agaknya.
Masa itu jugalah dia cepat-cepat hulur RM50 seorang kepada kami. Nak pahala sedekah agaknya.
Esoknya dia sembuh. Jumpa kami sambil merungut, rugi saya buang duit RM50 semalam.
yb
Kepada yang angkuh,
BalasPadamBiarlah mereka terus angkuh
Nanti kita kapankan keangkuhan mereka
Sumbat bersama jasad di pusara
Untuk dikenang
Cucu cicit zaman berzaman
Janji Maha Esa
Mampukah keangkuhan itu dibawa menghadap
Pangkat darjat dirapak disembah
Dalam ruang yang sempit dan gelap
Biarkan mereka terus angkuh
Kerana keangkuhan itu akan kita kenang
Untuk sekian lama
80 taun tu
BalasPadamkalau masih angkuh jugak
maknanya tak sedar diri
angkuh nak bawak mati
80 taun tu
maknanya sudah hampir
istana kata pergi
kubur kata mari
80 taun tu
kalau angkuh lagi
hari jadi akan datang
kita hadiahkan kain kapan
80 taun tu
kalau angkuh lagi
tak payah hadiahkan bunga
tapi papan buat keranda
doakan agar umurnya dilanjutkan, agar dapat ia melihat anaknya berambut lebat seperti isterinya hee hee hee
BalasPadamMula tak penting, yang penting finishing!
BalasPadam