Isnin, 8 Februari 2010

CUKONG MANA PULAK SUDAH LOBI



ENTRAPMENT BY GEROMBOLAN PART TWO




PENDUDUK KAMPUNG BARU USAH TAKUT TANAH TERGADAI – berita hairan

ANTARA sudut kegemaran jurugambar media asing apabila merakamkan Menara Berkembar Petronas ialah dari arah yang menampakkan rumah-rumah kayu beratap zink di Kampung Baru. Malah sebuah filem terbitan Hollywood yang menjadikan bangunan berkembar tertinggi di dunia itu sebagai lokasi turut mengambil sudut itu dalam beberapa babak sehingga ada suara bantahan kononnya penerbitan filem itu sengaja mahu memburukkan imej Malaysia.

Bagaimanapun mereka tidak boleh disalahkan apabila berbuat demikian kerana aspek bertentangan seperti itu memang sentiasa menjadi bahan siaran media dan lensa jurukamera. Hakikatnya, Kampung Baru bukan saja unik kerana ia adalah satu-satunya kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS) di tengah-tengah ibu kota, malah usaha memajukannya secara bersepadu sejak berpuluh tahun lalu, belum lagi menjadi kenyataan

MAJUKAN SEGERA KAMPUNG BARU – melayau

Hasrat kerajaan mahu membangunkan kawasan Kampung Baru harus dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya dengan kata-kata sahaja.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Kamarudin Kachar berkata, pembangunan semula kawasan Kampung Baru sepatutnya dilakukan sejak 50 tahun lalu.

"Kampung Baru merupakan lambang kaum Melayu, justeru pembangunan kawasan itu secara langsung turut memberikan nafas baru kepada kita

KAH KAH KAH...

kah kah kah.... CUKUNG MANA PUNYA LOBI INI.... kah kah kah..

kah kah kah.... SENTUL SUDAH KENA REMBAT... kah kah kah..

woit... INI MESTI PROJEK CUKONG.... kah kah kah kah...

woit.... ATAU N SEAN CONNERY DAN CATHERINE ZETA-JONES NAK BELI…. kah kah kah…

kah kah kah…. NAK BUAT ENTRAPMENT BY GEROMBPLAN PART TWO ….kah kah kah…

nota:
dengar kahabar filem entrapment ada pakai duit petronas
kunuuuun nak bagi dunia tahu apa dia twin tower
edit punya ediot ada montage mamat sedang berak
belakang bangunan kah kah kah




11 ulasan:

  1. melayu kampung baru mesti suka la tu dpt duit 4 juta
    tp jgn jadi bodoh
    duit tu pun ntah bila tahun akan dapat
    mmg melayu syik kena tipu je
    adoiyai kt mane la aku nk makan nasi lemak pas ni

    BalasPadam
  2. TT...ini gua mahu cerita.....,

    Ada sebuah syarikat tu, Pengarah Urusan telah berpakat dengan 2 orang pekerjanya untuk menjual 2 biji kereta syarikat tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah.

    Apabila audit dalaman melakukan audit dan didapati 2 biji kereta telah hilang, Pengarah Urusan itu telah melakukan siasatan segera dan mendapati 2 pekerja tersebut telah melakukan kesalahan dan dipecat serta merta.

    Kemudian, Pengarah Urusan telah menyakinkan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat untuk membeli kembali 2 biji kereta tersebut dengan menggunakan wang syarikat.

    Maka Ahli Lembaga Pengarah pun bersetuju dengan cadangan pengarah urusan itu...

    Soalannya...Adakah cerita ini ada kena mengena dengan kita?

    BalasPadam
  3. Yaaaaahoooo junglee ka heeee!
    tak lama lagi penduduk Kg. Baru K.L
    akan bersorak keriangan demi pembangunan yg dilaungkan.... jadilah
    sejarah seperti Kg. Berembang, Kg.
    Chu Badak dan Kg. Rimba Jaya serta
    lain2 kampong yg sewaktu dgnnya &
    tidak ketinggalan juga Kg. Tanjung Api, Kuantan. Kah kah kah selamat jalan....bangsa melayuku!

    BalasPadam
  4. Bro TT

    Saya masih ingat kenangan kurang manis peneroka Felda Sendayan.

    Mungkin orang Kg Baru sudah lupa!

    RM 4 juta itu untuk satu lot tanah:

    Cuba kira:
    i.Bahagian untuk moyang, datuk, datuk saudara lelaki.

    ii.Bahagian untuk bapak, adik beradik bapak.

    iii.Bahagian untuk abang, kakak, adik lelaki dan perempuan.

    iv.Bahagian untuk anak kandung, anak tiri dan anak angkat.

    v.Bahagian untuk anak saudara belah bapak dan anak saudara belah ibu.

    vi.Bayaran untuk cucu lelaki pemilik dan cucu cicit belah saudara lelaki dan saudara perempuan.

    Pembelian selepas dapat rm4 juta:
    1.Mers Band 2 bijik untuk datuk dan nenek.
    2.Alphard 2 bijik untuk emak dan ayah.
    3.BMW 2 bijik untuk bapa saudara dan emak saudara.
    4.Volvo 2 bijik untuk anak-anak.
    5.Wish 2 bijik untuk anak-anak sedara.
    6.V6 2 bijik untuk cucu.

    Cuba Bro kira, berapakah RM tunai yang tinggal untuk pemilik asal tanah tersebut???

    = RN2.00

    BalasPadam
  5. Salam Tuan TT.

    1.Tahukah tuan berapa harga tanah di Kg Baru sekarang?

    - Tidak kurang RM2000.00 sekaki persegi.

    2.Tahukah tuan berapakah nilai tanah itu 10 tahun akan datang?

    - Mungkin akan mencecah RM3000.00 sekaki persegi.

    3.Berapakah pula harganya 20 tahun akan datang?

    - Mungkin tidak kurang RM4000.00 sekaki persegi.

    4.Sesuaikah TT menjualnya sekarang?

    - Terpulanglah. Tepuk dada tanya duit. RM4 juta tu banyak dan boleh jadikan TT gelap mata.

    5.Apa kesannya pada anak-cucu TT jika TT menjual tanah ini?

    - 20 tahun lagi mereka akan berdiri megah di hadapan sebuah bangunan tinggi sambil berkata "Di sinilah datuk dan nenekku dilahir dan dibesarkan". "Di tapak gedung milik warga bukan bumiputera itulah dahulu letaknya rumah almarhum datuk dan nenekku".

    6.Mampukah anak cucu TT tinggal di Kg Baru selepas dibangunkan?

    - Ya, mampu jika mereka memiliki setengah juta ringgit untuk membeli sebuah kondominium tanpa kolam renang.

    Jom, bangunkan Kg Baru!!

    BalasPadam
  6. kalau kerajaan Pakatan Rakyat yg buat projek ni, mesti ada 300 NGO berdemo. Mereka tu sebenarnya balaci UMNO yg diupah utk berdemo. Lepas tu media UMNO akan siarkan demontrasi tu sebagai 'bukti kegagalan' Pakatan Rakyat mentadbir.

    BalasPadam
  7. dengar kata setiap sorang tuan tanah nak dapat 4juta. kera jaan janji pulak tuan tanah tak perlu pindah. klu yg tanah di buat kondo mungkin dapat dok penthouse, kalu yg di buat shopping kompleks macam yg berlambak di shah alam tu nak dok mana? dalam cineplex kat rooftop atau kat bowling alley?

    BalasPadam
  8. Sape nak beli puncak genting highland
    cukong nak jual.

    BalasPadam
  9. Jaga-jaga lidah tak bertulang...
    Hati-hati tebu di tepi bibir....

    Jaga-jaga sejarah akan berulang.
    Kg.Berembang ,Bukit Belacan.....

    Yang dikejar tak dapat..........
    Yang dikendong bertaburan.......

    Filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
    Madu Tiga nama filemnya............

    "BAIK!...BAIK ADA MAKNA TU.........

    Maju memang hendakkan kemajuan....
    Tapi, ingat kena beringat.........
    Menyesal dahulu pendapatan........
    Menyesal kemudian dah jadi hak orang lain dahhhh.................

    BalasPadam
  10. ada dgr tak masa najib cakap...dia kata pemilik serah kat kera-jaan pastu kera-jaan serah bali. ye la tu

    BalasPadam
  11. ni macam cerita nak majukan orang asli,sian tengok orang asli masa kat tv3 hari tu,sampai tegagap gagap si pie bedal tu nak jawap,nanti kita semua tengok kampong baru dalam arkib negara je,kampong baru ni banyak sejarah,terutama pada pendukong reformasi suatu ketika dulu,dan kampong baru boleh dijadikan bench mark para pejuang reformasi untuk melihat sambutan orang ramai terhadap perjuangan reformasi,

    BalasPadam