Ahad, 7 Februari 2010

JAMIN AKAN DIBANDINGAN DENGAN HARGA DI BANGLA




PADAN MUKA BARANG NAIK HARGA




BEBERAPA HARGA BARANGAN NAIK HINGGA 140% : CAP - melayau

Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama.

"Selain itu, hasil tinjauan juga mendapati kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa peruncit juga turut mengadu bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti Milo, susu pekat manis dan rempah-ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sehubungan itu, katanya, CAP menggesa Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya memantau kenaikan harga barangan di negeri ini.

KAH KAH KAH...

woit... TAK KAN CAP TAK SEDAR SEDAR... kah kah kah...

woit... HARGA BARANG BARANG INI MURAH... kah kah kah...

woit... JANGAN NAK KOMPLAIN SAJE.... kah kah kah...

woit... TAK SEDAR KE ...HARGA INI LEBIH MURAH DARI HARGA DI SWEDEN....kah kah kah...

kah kah kah... HARGA BARANGAN INI LEBIH MURAH DARI HARGA DI-SWITZERLAND.... kah kah kah...

kah kah kah... SATU MALAYSIA WAJIB BERBANGGA KERANA INI TANDA KITA MENUJU UNTUK MENJADI NEGARA MAJU.... kah kah kah




5 ulasan:

  1. AKU BERKATA: KAH KAH KAH KAH.....NAK NAIKKAN HARGA MINYAK BANDINGKAN DENGAN HARGA SECAWAN KOPI DI TOKYO TAPI TAK BANDINGKAN DENGAN HARGA MINYAK KAT BRUNEI. ADAKAH INI TANDANYA PILIHLAHRAYA NAK DEKAT CUKONG2 YANG JADI PENGEDAR NAK NAIKKAN HARGA KERANA MENAJA PARTI-PARTI TERTENTU? ASAS EKONIMI NEGARA MASIH KUKUH, FDI AKAN NAIK PADA SUKU PERTAMA TAHUN INI. KRISIS EKONOMI GLOBAL TIDAK MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA (SEBAB MALAYSIA DUDUK DLM TEMPURUNGNYA SENDIRI) BLA....BLA....BLA....dan akhir sekali....BUTUH rakyat malaysia masih kecik berbanding dengan negara lain

    BalasPadam
  2. Tahun 2008 didunia kita ada 1,125 oraqng yang digelar Billionaire. Pada tahun 2009 cuma ada 793 billionaire. 1.4 trillion telah lesap cuma dalam setahun (2009). Kekayaan orang Yang Paling kaya dunia Bill Gates telah jatuh kekayaannya dari 40 billion kepada 18 billion (Forbes .com. bila billion ini pak cik dan mak cik kampung tak faham. Senang nak terangkan 1 billion kalau kita tukar duit kepada satu ringgit kalau susun dari Perlis Ke Johor bahru masih ada lagi dalam beg...Kha..kha. Maka jangan nganga kalau duit mcm itu hilang di PKNZ!.Berbillion hilang. Sementara serata dunia mengalami ekonomi yang paling buruk cuma negara kita sahaja mengatakan ekonomi kukuh. Yang pelik ini Menteri Pertahan Malasia kata perlu tubuhkan Suruhanjaya Di Raja nak tanya LGE kenapa pelabur asing tak melabur di Penang?...nak kata apa pada Menteri mcm ini?..kalau tak pandai tak jadi Menteri pulak. Kalau rahsia keselamatan negara bocor tak akan nak hebah kat surat khabar?..logik tak..bukak pekong di dada. Dia ini Menteri pertahanan kah atau ...?. General-General kita nak letak muka kat mana?. Kalu di Amerika atau Negara lain general letak jawatan. Kadangkala Menteri kita ini tak tahu di mana mereka berada berkerja untuk Parti kah atau untuk negara?. Lebih baik ambil banyak senator jadi Menteri. Marah pulak gerombolan nanti.Tak dapat cari makan kerja untuk parti sahaja tak dapat habuan. Dalam PKR pun sama juga. Yang paling bagus parti Pas dan DAp tak rebut Jawatan. Tak salahkan PKR juga mereka ini klon UMNO. Maka perangai susah nak dibuang. Fikirlah apa nak jadi negara kita di akhir kurun 21 nanti...kita dah lepas kerana masih ada Petronas. Anak-anak kita...cucu kita..cicit kita apa nak jadi???. motong getah dah tanah dah tak ada...nak berbendang tanah dah beracun...fikir-fikirlah

    BalasPadam
  3. Memang barang byk dah naik.aku niaga kedai makan dah tau benda ni.nak adjust harga nanti customer lari.aku buat kajian dgn ramai org.klu brg tu brg kawalan susah nak naik,jika bkn kawalan x bole buat ape la.wa itu mcm ka.

    BalasPadam
  4. Yang paling teruk kena adalah pengundi kerajaan yang setia... orang kampung.

    BalasPadam
  5. Yang aku pelik
    2009 harga ikan kembong bodoh hanya sekitar rm8.00 sekg

    tahun 2010 ni dah melambong sampai rm12.00 sekg. Ini kenaikan berapa peratus ni??

    sapa punya kerja naikkan harga ikan kembong ni?

    apa kaitan ikan kembong dengan gula pasir?

    ikan sardin rm6.00 ke rm8.00. ikan talapia merah rm6.00 ke rm10.00.

    apa menteri barang-barang buat?? pergilah ronda-ronda tengok kat bintang BB Bangi.

    Bukan jauh sangat pon dengan opis kat Putrajaya tu!!

    BalasPadam