Khamis, 18 Februari 2010

JANGAN BUAT LAWAK - MARI ULANG BACA



SEDANG DI TAYANGKAN DI PANGGUNG MAHKAMAH JALAN DUTA





FILEM : SODO MEE PART TWO


Alamak gua dengar filem Sodo Me karya Brad Pittail akan di buat lagi. Sodo Mee Part Two ini akan dibuat dengan lebih gempaq. Gua dengar dengan sahih si pengarah Brad Pittail sudah mulakan penggambaran. Iklan-iklan telah bocor di akhbar-akhbar. Pelakon utama telah ditemui.

Dengar-dengar nya filem Part Two ini amat gah tetapi lokasinya masih belum di tentukan. Inilah standard filem Melayu. Leceh. Kata nak buat filem gempaq. Lokasi pun belum jumpa. Bila di tanya Brad Pittail di mana lokasi tempat Sodo Mee terjadi , dia berkata: lokasinya berlaku di dalam kondo di Jalan Pantai , di kondo di Jalan Bangsar dan di kondo Damansara dan terus ke kondo Segambut. In best punya Sodo Mee beb. Makan tak habis.

Woit! Ada berapa ribu kondo di sana? Yang mana satu kondo yang betul. Ini nampaknya bukan filem Sodo Mee Part Two. Kalau kondo panjang-panjang dan nama kondo pun tidak jelas ini samalah seperti kempen undilah Shahrizat Gadis Pilihanku. Biar betul. Kalau macam itu baik cakap Sodo Mee ini berlaku di semua kondo-kondo di Kuala Lumpur, di Shah Alam, PJ , Kelang dan Senawang. Baru boleh cover line. Lebih safe. Pukul borong. Pasti lokasi tak salah.

Ingat tak... skrip filem pertama dulu pun macam ini juga. Mula-mula Sodo Mee Part One berlaku di kondo Bukit Bangsar. Tapi bila crew pergi check kondo ini pun belum siap dibuat. Macam mana nak menegang Sodo Mee kalau kondo belum siap. BerSodo Mee atas simen sakit.... beb. Tak percaya cuba try. Kah kah kah. Inilah filem kita berwajah kita.

Woit! Brad Pittail. Takkan drama ke dua ini macam skrip pertama juga. Kan filem pertama dulu dah tak laku. Kalau nak tipu, tipulah. Menipu bukan satu kesalahan. Yang salah apabila orang tak percaya.

Lakonan pegawai polis ini pun satu hal lagi. Dalam drama mesti ada aksi. Baru orang tengok syok. Lakonan polis ini sudah tidak masuk akal. Semua dilok polis sudah bikin kacau. Semua bikin susah. Mana dilok yang betul? Mula-mula cakap laporan penggambaran Sodo Mee ini dibuat di Balai Polis Jalan Travers kemudian laporan ini dibuat dekat pondok polis Hospital KL. Mana satu lokasi yang betul. Nak shoot pakai crane pun biarlah hati-hati. Dari Jalan Travers ke HKL berapa jauh daaa... Holywood pun tidak boleh buat satu long shot 10 kilometer jauhnya. Pasti kabur . Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

Dilok Bakreee Senin dalam 'act one' cukup tidak meyakinkan. Dialog ini tak masuk akal. Dalam filem Sivaji The Boss balai polis hanya dijaga oleh Tok Sarjan Saab. Dalam Sodo Mee Part Two yang menjaga Balai Travers ialah Tuan Bakree Senin sendiri. Apa hal gedebe ini menjaga balai. Tuan Bakree Senin ialah seorang OCPD. Tuan OCPD tidak jaga kaunter balai untuk ambil laporan. Dia tinggal dalam bilik khas. Ada kipas angin. Kerja OCPD Saab bukan ambil laporan atau buat teh. Ni yang buat kepala pening nonton filem Melayu.

Semakin lama filem ini berjalan semakin kelam kabut jalan ceritanya. Laporan Sodo Mee ini diambil di mana ? Ulang shoot sekali lagi ke ? Di Balai Travers atau di Pondok Polis HKL? Alaaa bradeer.... kalau Marlon Brando berlakon pun gua rasa payah dia nak deliver line macam ini. Aku rasa aktor Bombay Jalalaludeen Hasani boleh jadi OCPD macam dalam Sivaji. Tapi kalau abang dia berlakon gua rasa kentut pun tidak ada bau.

Gua kurang faham kenapa si Mamat yang bernama Brad Pittail ini menjadi pengarah Sodo Mee Part Two? Si Mamat yang mengarah ini pun bukan hebat sangat otaknya. Semasa belajar dahulu dia slow sikit ( ini class mate dia seorang big lawyer yang joging hari-hari di Lake Garden bagi tahu). Dia slow kerana semasa kanak-kanak dia dihinggapi oleh wabak kurang cerdik. Mungkin badi wabak ini telah merosakkan daya fikir si Mamat ini. Itu fasal apabila dia bikin skrip drama, orang tidak percaya jalan ceritanya. Bila dia menjadi pengarah, cerita menjadi tidak lengkap dan berserabut.

Betul-betul filem Melayu. Turun lokasi dulu kemudian baru buat skrip dan cari pelakon extra. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita. Hidup PDRM... opps Hidup FINAS.

Gua dengar skrip ini telah di ambil dari skrip lama filem Fitna Al- Sodom Al Drebarli. Skrip ini telah memenangi hadiah ke 3 peraduan skrip anjuran Matt Madey. Brad Pittail dipilih menjadi pengarah, bukan kerana dia bijak tetapi kerana dia bernasib baik. Ketika Matt Madey jadi PM ( production manager) dahulu, Madey cukup prihatin dan telah banyak membantu pelakon-pelakon OKB - Orang Kurang Berfikir seperti pelakon Nazri, Fidah, Sami, AG dan GIP. Matt Madey cukup suka bergelojak dengan OKB. Matt Madey sebagai PM cukup cerdik mengemut bujet dan amat bijak dalam hal mengumpulkan pelakon-pelakon OKB ini. Kerana kurang berfikirlah maka Brad Pittail dapat menjadi pengarah. Kah kah kah.

Tentang lakonan? Satu habuk pun penonton tidak akan percaya. Yang paling tidak meyakinkan ialah adegan lakonan hero filem ini dalam Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa pelakon utama filem ini digambari dengan seorang Mamat Hitam Lagi Pendek Lagi Muka Tak Laku. Mukanya Mamat Hitam ini macam muka Aman Belon.

( Siapa Aman Belon ? Gua penonton filem Melayu yang setia. Gua tahu siapa Aman Belon. Muka Mat Hitam itu macam muka Aman Belon. Kalau tidak caya sila tanya Bapak Saudara gua Lebai Google.)

Apakah perlunya bergambar di dalam opis TPM? Siapa Mamat Hitam Pendek ini? Apa peranan dia dalam filem ini? Aku rasa Mamat Hitam ini adalah Mamat Bottom. Kalau muka gebu macam dia ini, kalau gua pengarah gua minta dia berlakon jadi hantu. Macam Aman Belon dalam cerita Pontianak. Mesti Rosmah.... opps Maria Menado menjadi takut.

Pelakon utama filem Sodo Mee Part Two ini gua dengar ialah pendatang baru yang bernama Sinful Buka Harihari ( tidak ada tali persaudaraan dengan si penyeludup beras di Perlis). Apa yang dia buka hari hari itu gua pun tidak tahu. Buka seluar ke atau buka punggung. Tingginya hampir enam kaki. Bila bergambar dengan Mamat Bottom itu gayanya betul-betul macam Wahid Satay berdiri disebelah Aman Belon. Kah kah kah. Filem kita berwajah Bottom ....oops berwajah kita.

Apa yang tidak masuk akal ialah apabila adegan Sinful hendak di liwat oleh seorang tua berumur 60 tahun , kenapa si Sinful TIDAK menendang atau menerajang si peliwat yang semakin tua ini. Kenapa tidak menggunakan ‘method acting’ atau ‘kung fu Bruce Lee. Adegan ini skripnya tidak di tulis dengan betullaaa. Kalau ada pergaduhan lagi best. Lagi suspens. Lagi erotik. Inilah skrip filem Melayu kantoi all the time.

Penonton berfikir....mustahil hero kita yang baru berumur 23 tahun, tinggi 6 kaki tidak dapat menendang bakal peliwat yang sudah berumur 60 tahun. Kenapa tidak ada struggle dalam adegan ini. Patutnya ada dialog – ‘ ciss orang tua 60 tahun....jangan liwat bontot aku jika kamu tidak ada Ky Jelly...’ Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

Ingat tidak Maria Schneider yang nak di liwat oleh Brando dalam Last Tango In Paris pun ada tendang menendang. Ingat atau tidak adanya butter yang di gunakan oleh Brando. Semasa Bernardo Bertolucci membuat adegan ini berapa kilo butter terbarai. Ini baru skrip yang meyakinkan.

Dalam Sodo Mee Part Two ini tidak ada adegan melawan. Ini amat-amat kurang meyakinkan. Hampir mustahil seorang anak hero yang lubang bontotnya hendak di jolok tidak dapat melawan. Kalau dia tidak jaga bontonya siapa yang akan menjaga. Apakah perlu JJ datang membantu? Lagi bahaya nanti , kena raba-raba sebelum dijolok.

Orang ramai telah mula bercakap tentang skrip filem Sodo Mee Part Two ini. Kegagalan skrip ini sudah nampak jelas. Kalau skrip ini gagal satu lagi krisis pasti akan timbul. Matt Madey tuan punya skrip original akan bertindak menyaman pengarah filem ini. Saman akan diajukan kerana filem Part Two ini telah memalukan Matt Madey penulis asal skrip ini.

Dari majalah Cine Revue du Fou dari Paris, saya difahamkan mungkin skrip filem ini dapat di selamatkan dengan prop yang cukup menarik. Kali ini Tilam dan Bantal buruk yang ada dalam skrip asal tidak akan dipanggil untuk berlakon. Saya difahamkan tilam dan bantal akan diganti dengan minyak lintah dan kain gebar. Dan besar kemungkinan ada beberapa prop baru yang sedang direka oleh Brad Pittail. Prop-prop inilah nanti diharapkan akan meyakinkan penonton Malaysia.

Saya juga mendengar beberapa ekor lintah hidup juga akan dibawa sebagai pembantu ‘special effect’ untuk mengeluarkan darah dalam babak pemeriksaan doktor. Darah perlu menitik keluar dari bontot Sinful Buka Harihari untuk menyeramkan penonton. Satu kamera angle yang unik sedang disusun di mana lintah tidak kelihatan tetapi darah menitis keluar dari bontot. Ini gua rasa akan menjadi satu adegan yang lebih hebat dari Last Tango.

Kalau adegan darah meleleh keluar dari bontot Sinful Buka Harihari ini dapat dikamerkan maka gua yakin filem Sodo Mee Part Two ada peluang untuk di murtabakkan sebagai filem lawak Melayu Internasional untuk kurun ini. Gua rasa kalau scene ini berjaya gua yakin Sodo Mee Part Two boleh bertanding untuk mendapat piala Le Fou du Monde di Cuntt Filem Festival. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita. (TT)

nota:
tulisan ini telah keluar dahulu.
kini ulang baca untuk kita sesama
ketawa. nak curi cerita ini
silakan tapi jangan bagi tahu
pada zul nordin nanti dia
marah kah kah kah




32 ulasan:

  1. punah dah budak ni
    kata kaki lorong belakang
    kepala kertapi pun boleh masuk/ konar
    bodo lar sapa ambik budak ni jadi laki

    BalasPadam
  2. hebat, hebat pengarah filem ini, tapi dia masih boleh dikritik. Ok TT, tajam sungguh penamu.

    BalasPadam
  3. zul nordin is an idiot!!!


    gibuk

    BalasPadam
  4. kah kah kah kah

    skrip ni paling lawak : "Apakah perlu JJ datang membantu? Lagi bahaya nanti , kena raba-raba sebelum dijolok."

    kah kah kah kah kah kah kah kah kah . lawak bro! gua ketawa sampai meleleh air liur..

    p/s : bro, kalau cerita ni diselitkan sekali dengan pelakon rahim tambhy chik, pasti hilang si bontot saiful kah kah kah

    " filem kita bontot kita.. opss kah kah kah."

    BalasPadam
  5. Hahah...macam-macam ada....
    Kenapa tak boleh bagtau YB Zul? Rugi la....

    BalasPadam
  6. Lokasi tak pastike, arahan kelas tigake, pelakon bebalke yang menjadi juri pada Sodo Me adalah mereka yang dah kena racun fikirannya seperti Mr Hacks dulu yang hidungnya dah kena cangkuk Najis atau Madey. Filem ini sama dengan tajuk filem' Tuhan kamu ada lubang jubur tak?" Siapapun sulit nak jawab kerana nonsense, bahalol, tahi unta dan baghal!Benar TT ini satu KETOLOLAN sejarah dalam tamadun Melayu-Islam di negara!

    BalasPadam
  7. Muahahahah ....mmg lawak kelas pertama la bang TT ...tabik spring pecah perut wa pagi2 walaupun tgh sedih nie kakaka.....

    Cish berani kao nak suntot buntut ku tanpa KY Jelly ...waduh waduh skrip Seri Paduka Agong betoi

    BalasPadam
  8. Tuan Direktor...tolong jgn tayangkan 'shot' yg ada bontot & tolo Si Saiful Spastik (oppps..slapstik) pada sesi tayangan perdana nanti...habih pocah spek
    3D den nanti dibuek ae!

    BalasPadam
  9. Anugerah grammy award untuk filem ulang tayang terbaik tahun 2010...wakakaka...

    BalasPadam
  10. aku minta izin tuk copy n paste bro..haha!!

    BalasPadam
  11. Apa punya cerita da.... LIWAT tanpa LIWAT? Si pekak hakim guna pakai logik apa da....LIWAT tanpa Liwat sungguh baghal dan si PEKAK hakim boleh guna logik itu! Macam u rogol tanpa rogol dan u kena caj merogol...BENGGONG SEKALI DONG! Apa ni? Budak sekolah pun tahu, orang dewasa pun tahu, Polis, guru, guru,petani, kondaktor bas, penjual ikan dan mungkin Prof Kang Kung pun tahu tapi liwat tanpa liwat itu nonsense, malangnya tiada siapa boleh perbetulkan.

    BalasPadam
  12. KAH KAH KAH

    TT MEMANG TERBAEK!

    KAH KAH KAH
    INI KERJA SENI PALING HEBAT!

    BERJAYA BUAT GUA TERSEMBUR AIR KOPI O KERASSS YANG SEDANG DIMINUM SEBENTAR TADI..

    MEMANG CELAKA
    KAH KAH KAH

    SYABAS TT!
    KAMI PENONTON SETIAMU

    KAH KAH KAH

    BalasPadam
  13. Pengkritik filem ni macam marah jek...

    Tak sesuai ke skrip kali ni?

    BalasPadam
  14. Dulu pada episod LIWAT I, istilah liwat menjadi cakap mulut, kini LIWAT II, istilah JUBUR akan jadi hidangan dan cakap mulut semasa. Tiada siapa dari kalangan 'penjaga etika , moral, agama, pendidik, ustaz, imam, pendakwah, guru yang ada membantah kekerapan istilah ini diguna sedangkan pengaruh ke atas minda anak-anak muda yang berjumlah jutaan tidak diambil peduli, satu pendidikan seks kepada mereka terbuka dari UMNO.

    BalasPadam
  15. Ada can filem ni jadi box-office kalahkan Avatar, 1Malaysia Boleh!

    BalasPadam
  16. KY jELLY TU APER YEK??????

    BalasPadam
  17. "FILEM ANIMASI TERKINI"

    Anda pernah menonton filem "A Shitfool Magic World"?

    Bagi yang belum pernah tengok, filem ini lanjutan drp filem "The Driver and The Hacks" arahan Mad Dey pada akhir tahun 1990-an.

    Ceritanya menarik. Kisah seorang hero (lelaki macho dan lemah-lembik) melahirkan beberapa orang anak walaupun telah disahkan pakar masih dara sunti, suci, belum pecah dara serta tiada kesan tusukan vertical.

    Keindahan filem ini dapat dilihat melalui kebijaksanaan PM (Production Manager) mengarahkan watak Gunn petit sebagai Pak imam yang menggunakan kesaktiannya melalui transformasi DNA janin ikan talapia merah untuk melahirkan bayi.

    Filem ini dijangka bok opis (Katak kotak) memandangkan ada promo secara glokal dan global ke australia dan US oleh jurupromo terkenal, KJ (Kate Jackson) dari Pilah.

    Jom tonton "Shitfool & Magic World di pawagam berdekatan.

    BalasPadam
  18. oit..filem2 jgn main2

    kah..kah..kah..

    nanti entot2 datang marah.

    kah..kah..kah..

    filem x lepas lpf

    adegan lucah terlebih

    kah..kah..kah..

    patut letak adegan ganas baru lulus

    kah..kah..kah..

    letak C4 dalam jubo seefool. baru nmpak bodoh. baru nampak btol2 berlubang kena jolok.

    kah..kah..kah..

    baru senang taik keluar. elak sembelit.

    kah..kah..

    BalasPadam
  19. Satu dunia sedang tertumpu pada lubang bontot Sayfool
    keh..keh..keh

    BalasPadam
  20. I cabar you buat filem tu.
    You pengarah dan penerbit sekali.
    Tengok boleh lepas Censorship Board.
    Kalau lepaspun, I takkan tengok filem lucah starring al-juburi.
    Meluat tengok dia.

    BalasPadam
  21. mamat ni jadi talian hayat gerombolan..agak2 Bro..brapa juta harga belakang mamat ni..

    BalasPadam
  22. Update plase! Update plase!
    Apa cerita? Dah pukul 4 lebih ni. Pak imam yang sama ke ambik kes ni?

    BalasPadam
  23. dapatlah 'Sai-fool' jadi jurucakap KY Jelly !!!!

    Sai-fool dah supply KY Jelly pada bik mama kut !!!

    BalasPadam
  24. tuan tanah,

    tapi yang betulnya budak 23 cocoh orang tua 63 tahun?perasa ada dua dua tempat belakan depan. baru tak ada bruce lee ke oleh budak tu


    taman laman

    BalasPadam
  25. heheheh...adoyai terbaik la bro...
    mcm film review...kreatif! gmbr 2 best hehehe...guna photoshop ke??

    BalasPadam
  26. Kepala hotak lu memang berjambul daaa...TT

    BalasPadam
  27. zulo nodin is KING OF FIRAUN....dont play-play,me spik no inglis,lagak macam taliban tapi hampeh,penatje ngudi kau...tak masyukkkke pasal tu nyalak2 mcm bik dog bak hill,sori mi spik no inglis like kj kah kah kah kah de man fom okspot

    BalasPadam
  28. Cassa and Sall mama:
    TT tak gelak hari ni biar aku gelak
    Kih kih kih kih kih kih kih kih kih kih kih kih kih kih

    BalasPadam
  29. daripada ko jadi budak2 kutuk mangkuk saiful ni. baik ko buat entri lain ke. ni tak, nak jugak amek tau hal politik saiful bodoh ni. tak payah sebar propaganda camni. x gune doee. sume org dah tau die ni penipu je lebih. bgg la namenye tak mlawan si nuar nak sodomy die.

    kesimpulannya, tak perlu buat cerita camni. sbb ni mnmpkkan diri penulis bodoh dan kbudak-budakan. ok :)

    BalasPadam
  30. @kadang-kadang:

    ko ni bodoh ape? bila masa TT tu matang? harap je tua bangka. orang datang sini nak gelak2 mcm budak2 sekolah bukan utk berfikir.

    jom gelak ramai2 kahkahkahkahkahakah.

    BalasPadam
  31. bro,hebatla filem ni...aku jamin box-office....katak2 je yg suke beli tiket...hahahahahah....

    BalasPadam