Jumaat, 5 Februari 2010

TAK ADA KERJA LAIN NAK DIBUAT




AWAS PENGGODAM/HACKER SEDANG BUAT KERJA



HARAKAHDAILY DISERANG SAMPAI TUTUP - malaysianinsider

Di tengah kehangatan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, server Harakahdaily.net telah diserang dan terpaksa ditutup.

Harakahdaily, iaitu situs berita PAS, mula tidak boleh dimasuki jam 1.30 tengahari tadi. Ia disebabkan oleh serangan di server farm pembekal menyebabkan pembekal terpaksa menutup server itu.

Menurut bahagian teknikal Harakahdaily.net, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikannya dan sasaran 6.00 petang telah diberikan untuk Harakahdaily.net pula.

Yang terakhir, Harakahdaily.net menyiarkan satu analisa tentang perbicaraan Anwar dari Sodomi I hingga kes sekarang.

Penekanan diberikan tentang peranan internet dan blog yang tidak ada semasa Sodomi I dahulu.


JARING NAFI TERIMA ARAHAN PM PERLAHAN KELAJUAN INTERNET – malaysiakini


JARING Communications Sdn Bhd tidak tahu menahu mengenai dakwaan wujudnya arahan dari perdana menteri supaya memperlahankan kelajuan internet sewaktu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdapat satu SMS yang disebarkan yang mendakwa Ketua pegawai eksekutif (CEO), Dr Mohd Awang Lah menerima arahan seperti itu, juga untuk menyekat laman-laman web pembangkang.

SMS tersebut berbunyi: Berita terkini : Dr. Mohd. Awang Lah, CEO Jaring menerima arahan Dari pejabat Najib untuk melambatkan 'speed' internet & 'block' site2 pembangkang. Sebarkan.

"Saya tidak sedar mengenai arahan seperti itu," katanya lagi.

Capaian ke laman web berita tempatan, termasuk Malaysiakini, biasanya akan menjadi perlahan sewaktu berita-berita penting dilaporkan seperti ketika pilihan raya dan kini perbicaraan kes liwat tokoh pembangkang itu yang mendapat perhatian meluas pembaca.

nota:
serangan terhadap web dan blog
akan berterusan. ada yang akan dilambatkan.
ada yang akan diserang seperti harakahdaily.
semua ini untuk memastikan berita tidak sampai
kepada warga.




12 ulasan:

  1. Malaysiakini lambat gila loading mlm td..

    BalasPadam
  2. Bro sham, kejahatan ini tidak mengenal siapa.. Andai keadilan itu terjual di tepi pasar, nescaya mereka akan membakar hangus-hangusan sehingga debu - debu keadilan yang terbakar itu mereka akan lenyapkan selenyap-lenyapnya...

    " apa disangka kentut bisa mengganti rasa keadilan ?
    di negeri ini hak asasi dikurangi
    justru untuk membela yang mapan dan kaya
    buruh, tani, nelayan, wartawan dan mahasiswa
    dibikin tidak berdaya "

    W.S Rendra (1972)

    BalasPadam
  3. insyaAllah slagi anda menggunakan blogspot saya rasa tiada masalah kerana blogspot dibawah kelolaan Google.inc

    BalasPadam
  4. betul la tu, connection internet in this few days mmg x bole blah.. ade org tgh bt keje kot tu..

    BalasPadam
  5. Dok Kecoh Hal "Jubur" Epul, Enjin Sukhoi Hilang 2 Bijik..!
    Kecoh punya kecoh kes liwat Anwar, tak de sorang pun perasan laporan berita dekat bawah ni...
    Two more RMAF jet engines 'lost'

    PETALING JAYA: Two more fighter jet engines were "lost" by the Royal Malaysian Air Force (RMAF) in 2007, apart from the two F5 engines that were stolen from its Sungai Besi air base.

    The other two engines "lost" belonged to a newly-delivered Sukhoi Su-30MKM Multi Role Combat Aircraft (MRCA). The aircraft suffered "foreign object damage" (FOD), as it goes in air force lingo, after its engines sucked in stones and other objects as it landed in June 2007.

    Sources said the two NPO Saturn AL-31FP engines were scrapped after suffering "catastrophic damage" when the brand-new Sukhoi jet landed on the runway at the Gong Kedak air base in Kelantan.


    PENDERHAKA PUNYA BEKAS MENTERI PERTAHANAN MR JIBBY!

    BalasPadam
  6. Ni lah kerja2 celaka BN...sentiasa terkedepan dlm membangsatkan sesuatu isu penting...kerana gerombolan jgk lah, melayu berani memaki sekarang..sbb gerombolan mmg munafik.

    BalasPadam
  7. TM dan Jaring akan jawap semua kelambatan adalah kebetulan dengan tarikh bicara Anwar.
    Blog cokia' pun depa kacau dan ganggu id.
    Tu pun,kalau tengok dengan hebahan:Malaysia akan lakukan pencapaian internet bertaraf dunia.........pirahhhhhhhhh

    BalasPadam
  8. don't trust anything until it is officially denied.

    BalasPadam
  9. Nampak sangat ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memburuk-burukkan kerajaan dan PM khasnya. Dah memang orang ramai nak tahu pasal kes ni, memang hang lah.

    BalasPadam
  10. aku sanggup tunggu blog tukar tiub dr utusang

    BalasPadam
  11. malam ni pun sama jugak....

    BalasPadam
  12. malam ni pun sama...

    slow gilerrrrr....

    hacker india uphan najis sedang menyerang!!!!

    BalasPadam