Selasa, 23 Mac 2010

BERHENTI SABENTAR DAN FIKIRKAN




MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI


Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh. Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sadikit demi sadikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.

Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.

Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.

Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam kota dan pekan yang hiruk piruk dan penuh dengan persaiangan.

Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.

Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.

Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.

Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.

Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.

Selama lebih dua puluh tahun ini , proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organistation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka. Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah apabila dalam hal pembudayaan United Malays National Organisation telah memperkukuhkan teras kefeudalan Melayu lama. Simbol dan upucara feudal diperkukuh dikalangan masyarakat Melayu.Ini bertujuan untuk memastikan manusia Melayu tidak akan melarikan diri dari jaringan perangkap politik United Malays National Organisation.

Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas. Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.

Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.

Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.

Ujian yang saya maksudkan ini ialah ujian yang didatangkan oleh kes Anwar Ibrahim. Kes Anwar Ibrahim yang ke dua ini akan menguji manusia Melayu dengan nilai-nilai kemelayuan mereka hingga ke akar umbi. Saya takrifkan sebagai ujian kerana apabila kes ini dibuka di mahkamah nanti maka seluruh warga Malaysia dapat membaca dan menilai apa sebenaranya disebalik pembicaraan kes Anwar Ibrahim ini.

Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memileh untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.

Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri

Diakhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi. (TT)

nota: bebas untuk diciplak jika membuat kebaikkan




25 ulasan:

  1. Sebab itu manusia melayu ini amat mudah jadi barua.

    BalasPadam
  2. Melayu Yang Meloya23 Mac 2010 pada 4:56 PG

    Simpang kiri atau kanan, yg pasti melayu tetap bergerak ke depan.

    Anwar atau Najib ; satu perhitungan penyudah buat lelaki melayu terakhir namun melayu masih keliru.

    Anwar dan Najib ; imam kapitalis akan terus mengharu-birukan melayu....

    BalasPadam
  3. wa angkat article ni bro..
    flasback arr tahun 70an damai gila kat kg lg2 klu ader sawah...
    perrhh..tak boleh beli beb..
    damai sungguh..

    BalasPadam
  4. KRISIS MELAYU PADA HARI INI TERJADI KERANA WUJUDNYA RAMAI MELAYU2 SPESIS 'MELAYU MAHAFIRAUN'...kah kah kah kah kah

    KEJUJURAN TAK PENTING...JANJI BOLEH TELAN AND NGAP...kah kah kah kah kah..kah kah

    BIAR BERDOSA...JANJI TAK SALAH DISISI 'MAJLIS TERTINGGI UMNO(MT)'

    BERDOSA NO PROBLEM...ASALKAN TIDAK DIDAKWA OLEH 'SPRM, PDRM DAN MAHKAMAH'

    KELENTONG SANA...TELAN SINI...KELENTONG SINI..TELAN SANA...kah kah kah kah kah

    PENCEN ASKAR BILA NAK NAIK? PENCEN SEBULAN RM720 NAK TELAN APA? kah kah kah kah kah kah kah

    http://jangantipumelayu.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Assalam mu alaikum wr wbt
    Minta izin untuk di ciplak ke laman sesawang saya....

    BalasPadam
  6. Tulisan yang hebat dan cukup klasik.

    Bacaan wajib untuk semua org Malaysia dan harus diedarkan.....

    BalasPadam
  7. salam

    kekacauan yang wujud,diwujudkan dan dimaintain oleh kerajaan pemerintah, telah menyebabkan kekacauan kepada seluruh sistem hidup Melayu di kampung, bandar, hulu antara orang tua,dewasa,muda dan kanak-kanak.

    kanak-kanak kacau kerana sistem pendidikan yang kacau.muda-mudikacau dengan sistem ekonomi,sosial,budaya dan politik yang kacau. Orang-orang tua pening memikirkan kekacauan yang wujud dan diwujudkan dalam masyarakat. Salah satu sebab yang semakin merisaukan dan mengacau pemikiran ialah akan nasib dan masa depan lelaki di Malaysia.

    Bayangkan 70% pelajar universiti sekarang ialah perempuan. Ramai pelajar lelaki Melayu yang kurang berpendidikan, terlibat dengan gejala sosial, dadah,pengangguran, jenayah dan segala macam kekacauan.

    salah satu sebabnya ialah kapitalis-ibu bapa bertungkus lumus, terpaksa mencari pekerjaan,(kadang2 3 kerja) dgn meninggalkan anak-anak di bawah jagaan pembantu, nursery, atau tanpa jagaan(latch-key kids). tujuannya untuk membeli kereta, rumah, tv dan segala macam dianggap perlu kerana pengaruh iklan.

    Anak-anak lelaki Kurang Kasih Sayang(macam Ezamke?)terbiar.jiran-jiran sudah kurang semangat mengambil berat,gotong royong, tanya khabar. semua enggan menjaga tepi kain orang lain. Akhirnya,kita hanya mampu melihat anak jiran tanpa berkata apa-apa. Ada anak lelaki yang berani membawa anak gadis ke rumah sewaktu ibu bapa bekerja,menonton video lucah secara ramai-ramai dan sebagainya.

    Kekacauan masyarakat melayu dan kaum lelaki ini kerana pegangan agama yang makin kurang, nilai yang semakin nipis dan jati diri yang makin hilang.

    lelaki melayu (sebilangan wanita) begitu keliru dengan suasana di sekeliling. Politiknya (UMNO/BARISAN/PR/MEDIA/PROPAGANDA),rasuah bermaharajalela, agama diajar dengan cara yang jumud dan kaku,media dengan rancangan hantu,khurafat,hiburan yang terlampau.

    Akhirnya,kemana kita, Lelaki Melayu dan wanita melayu. Wanita Melayu/remaja masih boleh bertahan sebab itu mereka masih boleh concentrate dalam pelajaran, kurang terlibat dengan masalah sosial(ini boleh dipertikaikan) tetapi secara comparativenya remaja/lelaki melayu makin-makin ketinggalan.

    Pemuda lulusan Oxford yang diharap memimpin pemuda Melayu juga kacau apatah lagi pemuda yang tidak tamat sekolah menengah.Kacau-kacau dan kacau. itulah Melayu. chaotic!

    BalasPadam
  8. Bukan Melayu saja yang baik budi pekertinya pada suat masa dulu melalui zaman kacau-bilaunya, malahan semua masyarakat yang disapa golobalisasi, agama atau kapitalisme turut menerima hukum itu, termasuk orang Asli dari seluruh pelosok dunia.
    2.Kes AI itu menarik. AI terlalu banyak kena lanyak kerana mahu mencabar dan membawa perubahan dari kena ISA, mata lebam, dipecat, diaibkan dengan saga Liwat I dan Liwat II dan terakhir ini kes 16 September yang tak menjadi. Seorang pejuang tulen wajib melalui itu seperti pejuang-pejuang tulen yang lain termasuk Nabi/RASUL Islam.
    3. Dasyat ya pengaruh kapitalisme boleh membikin kita hanya berkiblat dan ke masjid yang boleh membawa wang. Kini semua imam masjid dibayar gaji, Profeosr Kang Kung diberi gaji yang lumayan tapi bagaikan tikus kerana tak berani menegur kebobrokan pentadbiran negara. Kini segala-galanya wang dan wanglah adalah sebenarnya yang dicari, disujud, dirukuk, diimankan walupun ramai tak mahu bersetuju dengan pendapat ini. Agama Islam hanya dikaitkan dengan jangan makan babi, buka aurat, jangan minum tapai, intai orang bermaksiat, mendendang lirik al-Quran dan banyak lagi isu-isu bodoh tetapi dilihat bagaikan BESAR yang jika tidak ditangani akan meruntuhkan syariat agama dan tentunya 'Ketuanan Melayu'. Kapitalisme menghilangkan keupayaan kita memikir, menerenung kembali ajaran yang silap, bersikap kritis pada kebatilan sementara segelitir elit yang mengambil kesempatan kebangganan orang Melayu berfikir terbuka dan rasional untuk merompak harta kekayan negara dengan seribu daleh dan silap mata yang bertentanagan dengan fakta yang terbentang luas.

    BalasPadam
  9. saya setuju dengan isham,orang-orang melayu akan diuji dengan kes anwar ibrahim. adakah mereka akan diam membisu ataupun akan bangkit berjuang menentang kezaliman. sesungguhnya kita diberi akal untuk berfikir dan mampu menilai sesuatu dengan pertimbangan yang matang.

    BalasPadam
  10. Membaca tulisan tuan, saya rasa seperti kembali mendengar kuliah di Akademi Pengajian Melayu, UM.

    Saya setuju dengan tulisan tuan. Betul, inilah kesedihan yang ditanggung oleh mereka yang mahu berpegang kepada nilai-nilai nenek moyang. Kapitalisme merogol nilai-nilai yang kita anuti selama ini, bergilir-gilir tanpa henti. Kita membuat sesuatu jika ada balasan dari sudut material. Keinginan untuk diiktiraf dalam masyarakat yang mengukur eksistensi melalui kekayaan material, memabukkan manusia. Runtuhnya institusi kekeluargaan juga berkait rapat dengan keserakahan mencari harta.

    [peminat watak Basri - protagonis dalam 'Cinta Hari-hari Rusuhan']

    BalasPadam
  11. U r d best bang Rais!!

    Apa yg sekian lama dicari2 cara hendak dihuraikan dan disampaikan untuk mengerti dimanakan pincangnya budaya melayu dari tahun 70-an hingga kebelakangan ini. Patutlah org2 UMNO takut/bimbang dgn melayu2 yg mampu berfikir dan mahu berfikir, sekarang telah terjawab.

    Perkembangkanlah budaya fikir ini ke anak-anak muda, jiwa-jiwa muda.

    Sekian. Terima kasih bang Rais.

    CL

    BalasPadam
  12. Politikus-politikus yang dah layu menjadikan melayu pun layu!!!

    BalasPadam
  13. satu tulisan yang dah lama ditunggu.
    sememangnya melayu sekarang adalah
    melayu yang keliru dan kacau
    dalam apa bidang sekali pun.paling
    jelas pabila melayu bercakap hal
    keislaman mereka.aduh...lemas

    BalasPadam
  14. aku ade terbaca kt suratkhabar yg kerajaan belanjakan rm30 sehari utk seorg banduan di penjara termasuk banduan warga asing(38%)yg tak kurang ramainya.. jadi klu sbln kerajaan belanjakan lbih kurang rm900 utk seorg banduan.. jd klu ade antara melayu kita yg bergaji dlm rm1000 sbln.. bleh katakan taraf hidup umat2 melayu ni sama dgn banduan2 termasuk banduan warga asing.. tambahan lg dgn gaji rm1000 sbln nk kena menyara satu keluarga.. itu dh kira taraf miskin lg dr banduan di penjara.. fikirkan2lah..

    BalasPadam
  15. Melayu I

    Apa yang terlalu sibuk memperjuangkan melayu? adakah perjuangan bangsa atau perjuangan menggunakan kuasa... untuk meraih segala kuasa dan kekayaan. Adakah berjuang untung menghalalkan agenda yang tersembunyi. Gunakan perlembagaan, gunakan parlimen, gunakan undang-undang sebagai perisai untuk mengaburi mata rakyat.

    Nabi kita tidak mengajar supaya kita membanggakan keturunan. Adakah nabi berjuang atas nama Quraisy... keturunannya, atau atas nama Bani Hasyim... kabilahnya. Tidak bukan. Nabi kita mengajar untuk perjuangkan islam atas nilai-nilai pekerti yang mulia. Nabi ajar untuk perbetulkan akhlak dahulu.

    Maka tidak hairan jika dahulukala melayu dilihat sangat sopan dan santun, menghormati orang lain serta haknya, mengajar untuk saling membantu. Lihatlah zaman sebelum merdeka bermulanya islam bertapak di tanah melayu... disitulah melayu diajar akhlak dan budi yang tinggi hingga dijadikan adat resam.

    Bermulanya kemerdekaan yang diacu dari england maka perubahan telah mula berlaku dengan persainagan politik dan ekonomi. Melayu mula tamak dan rakus.

    BalasPadam
  16. Melayu II

    Selepas merdeka maka kita diajar demokrasi... bukan syura... siapa pengamal demokrasi ini? bukankah inggeris? kita diajar untuk bertanding, berkempen, dan akhirnya kita mula pandai menipu... apa tidaknya bila kuasa sudah dalam genggaman, mulalah perancangan asabiah bermain dihati. Dalam syura tidak diajar ini semua... malah kalau berpegang kuat pada agama, manusia itu takut untuk memikul amanah kerana terlalu beratnya beban yang akan dipertanggungjawabkan.

    Bila zaman kapitalis sudah merasuk kedalam jiwa melayu, maka tercipta pula penswastaan untuk bersaing dengan kaum lain... hanya wadahnya itu bukan membantu rakyat marhaen tetapi meratah seluruh tenaga rakyat marhaen ini. Cuba lihat apa jadi dengan harga bahan asas seperti tenaga, makanan, pendidikan dan kesihatan.

    Semakin menyedihkan apabila wakil2 yang rakyat campakkan kedalam dewan parlimen tu... mereka bukan berjuang untuk rakyat tetatpi lebih kepada parti dimana mereka bernaung... dengan harapan bila kuasa masih boleh dikekalkan, masih ada harapan untuk mengaut apa yang belum dikaut oleh orang-orang sebelumnya.

    Apa yang mereka lakukan zaman ini akan menjadi ikutan zaman akan datang... generasi baru belajar dari generasi sebelumnya. Dan apabila ada yang cuba menentang arus, maka dayungannya akan lebih berat sehingga perahunya akan ikut dihanyutkan arus, akan diterbalikkan oleh ombak-ombak dijeram. Akhirnya... tenggelam ditelan oleh kerakusan manusia berhati binatang.

    Zaman ini jika diminta untuk memilih antara Tuhannya dan Wang... maka dimulutnya kata memlih Tuhannya, dihati memilih Wang, maka tangannya akan meragut wang tersebut. Oleh itu kita ini bertuhankan siapa? Hanya boleh dijawab oleh hati manusia bukan mulutnya.

    BalasPadam
  17. jambatan dan jentolak tengah bergerak ke perlis..har!har!har!...

    BalasPadam
  18. Celaru.Memang dah celaru pun.
    Berbudaya bangsa,feudal dan adat.
    Ditambah pula taat.
    Maka datang ugama,melayu Islam mencuba berjalan seiring dengan feudal,adat,taat bersandar dari fatwa-fatwi yang entah darimana.
    Seakan kontra dengan logik akal.
    Terpulanglah kepada diri untuk bebas memilih kerana dalam perjalanan usia dibekalkan akal untuk berfikir dan diberikan hati untuk menerima(hak/batil).
    Tanyakan benar hatimu,sesungguhnya hati kamu tidak pernah berdusta.Lidahlah yang berdusta oleh mainan akal.



    ==================================



    Sumber :Ihya Ulumiddin-Imam Al-Ghazali.

    Anak kunci bahagia ialah waspada dan cerdas,sedangkan biang keladi celaka ialah sikap menipu diri dan alpa.Tak adalah kurnia Tuhan terhadap hambaNya yang lebih besar dari iman dan ilmu ma'rifat,yang mana hanya bisa dicapai dengan cerahnya hati oleh cahaya pandang-tembus.Tak adalah kutuk yang lebih besar dari kekafiran dan kedosaan yang mana jalan meluncur kepada keduanya tak lain dari butanya hati oleh sungkup gelap kebodohan.

    Yang sebenarnya takut kepada Allah itu diantara para hambaNya ialah orang2 berilmu(Surah Fathir 28)

    Dalam pembukaan Kitab Zabur terpancang : - Pokok pangkal kebijaksanaan ialah rasa takut kepada Allah.


    Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ismail a.s. : Carilah Daku disekitar orang2 yang tunduk hatinya !

    Nabi Ismail bertanya : Siapakah mereka itu wahai Tuhan ?

    Firman Tuhan : Mereka ialah orang2 miskin yang jujur !



    Rosaknya rakyat adalah kerana rosaknya raja,dan rosaknya raja ialah kerana rosaknya para Ulama.Runtuhnya para Ulama,adalah kerana cinta harta dan tuah kebesaran.Orang yang dipengaruhi oleh cinta dunia takkan sanggup melakukan hisbah(Amar Makruf Nahi Mungkar)terhadap rakyat rendahan,apalagi terhadap para pembesar dan raja2.
    Allah jua tempat kita memohon bantuan dan bimbingan dalam segala hal !


    Orang2 yang terkena tipuan diri adalah banyak kelompoknya,tapi dapat dihimpunkan kepada empat golongan :

    Pertama,dari kalangan para ulama.

    Kedua,dari kalangan para pe-'ibadat.

    Ketiga,dari kalangan orang2 tasauf.

    Keempat,dari kalangan orang2 hartawan.

    ......Begitu pula seorang yang menganggap ahkirat masih diragukan suatu keharusan baginya untuk secara berhitung dan ber-hati2,agar menilai :-Hari2 bersabar menahan diri,berupa seumur maksimum manusia,adalah amat pendek dibandingkan dengan apa yang diberitakan tentang keadaan akhirat.Kalaupun berita orang ini bohong,yang terluput dari diriku hanyalah sekadar kemewahan selama hidupku.Sedangkan daku selama masa tiada yang berlangsung dari zaman Azali sampai sekarang,juga tiada bermewah.Baiklah kukira saja bahawa diriku masih dialam tiada.Tapi andai kata apa yang diberitakan orang itu benar,maka diriku akan kekal di Neraka selama2nya,dan ini tiada terderitakan olehku !

    Kerananya Imam 'Ali-karramallahu wajhahu - mendamprat orang2 Atheis :- Sekiranya apa yang anda katakan itu betul,anda selamat dan kamipun selamat,tapi kalau kebenaran ada dipihak kami,maka kami selamat dan anda binasa !

    *Maaf Isham !Tulisan ini adalah sebahagian dari wejangan Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin.

    BalasPadam
  19. melayu mudah tertipu dengan dengan kebijaksanaan orang yang pandai menipu dengan mengunakan nama pemimpin yang berkuasa,melayu jadi takut,keliru.. dan dibantu pula olih pembodek ahli akedemi yang pro demi kepentingan diri sendiri, yang boleh di katakan penakut untuk memperjuangkan hak rakyat keseluruhanya...

    BalasPadam
  20. Tak kira Anwar ke sesiapa saja nama kata melayu yang bersuara menegakkan kebenaran pasti ada suara2 sumbang yang cuba untuk menjatuhkan kelantangan suara itu.

    Keberanian memikul tanggungjawab melahirkan rasa kemegahan bangsa lalu pasti ramai yang memuja dan ramai yang menghargai.

    Puak2 pengecut ini adalah hasil ciptaan goblok pemerintah yang membuat dasar jawatan presiden tidak boleh dipertandingkan. Ini samasekali bukan perjuangan bangsa melayu yang takut dipukul ombak.

    Ketentuan siapa diri kita adalah dengan kebebasan berfikir.
    Bila fikiran jadi mandul bukan saja meramaikan barua seperti kata tupingera bahkan ramai melayu yang jadi kuda kayu,kuda kepang,pecacai angkat najis dan yang sama waktu dengannya.

    Biarkan kami terus bebas dari belenggu cengkaman mereka kerana kita tidak berhutang dengan mereka dan tidak pula termakan budi mereka.

    Ada yang bengong pula bersuara, tak malukah kita menerima segala pembangunan yang sudah tersedia hasil pemerintahan mereka, dan tak malukah menerima gaji yang sudah dibayar oleh kerajaan.

    Awatlah bengong sangat...siapa pun yang perintah pasti kena bayar gaji orang bodooooh...dan sapa pun yang memerintah, kena lah jalankan kerja...

    Bangun melayu bangun...bangunlah anak2 melayu..bangunlah wahai bangsaku..

    Jadilah! tok sah dok lena sangat2 satgi sembab muka2...mulalah melayu pun layuuu...

    BalasPadam
  21. Great..Berfikir lah wahai bangsa Melayu..



    Peminat Dum Dum Tak
    -Guru Pelatih-
    -Belum cukup umur mengundi-
    -Cita-cita : merakyatkan pendidikan

    BalasPadam
  22. darah campuran jawa dan arab23 Mac 2010 pada 10:50 PTG

    Melayu sudah hilang jati diri.
    bangsa yang dulu hebat, kini mula menyalahkan diri.

    Apakah suatu hari nanti, ada anak2 melayu yang malu untuk megisi borang tentang kedudukan bangsa mereka?

    Adakah suatu masa nanti, ada anak2 melayu, tertunduk malu, keresahan, kebimbangan, kebiggungan bila ditanya status bangsa mereka.

    Mengapa Bangsa ku jadi begini, apakah kerana Pemimpin yang terdiri dari bangsaku, mulai membenci diri mereka sendiri disebabkan mereka melayu.

    Atau adakah pemimpin2 dimalaysia ini, bukan darah melayu asli?

    Tuanku Abdul Rahman
    Tun Abdul Razak
    Tun Hussein Onn
    Tun Mahadir Mohammed
    Tun Abdullah Ahmed Badawi
    Bakal Tun Najib Razak

    Apakah mereka2 ini bukan darah melayu?

    Kembalilah melayu dengan kemegahanmu dari dulu kini dan selama2nya.

    BalasPadam
  23. simple jer kat aku...kalau Melayu itu ada jati diri sbg muslim yg berpegang pd iman n ajaran agama
    -Takkan mudah terpedaya n terpengaruh dakyah umno...
    -dah pasti faham isu liwat dsai ni satu fitnah..tp masih ada melayu2 tolol yg bangga dgn ketuanan yg dilapikkan dgn isu agama percaya maha pembohongan ni...nampak tak MEMBACA<MEMAHAMI<MENGHAYATI isi hukum Islam-bahlol walaupun rajin gi surau,jd ajk masjid,gi haji berkali2....
    -dah pasti tau makna kebebasan fikrah manusia...dalam al-quran dah terbentang luas ayat2 peringatan,kesedaran, panduan...tp HARAM TAK IKUT...berlagak tau mengaji tp takde penghayatan..sekali lg bahlol....

    BalasPadam
  24. melayu jenis amno sudah lama mandol

    BalasPadam
  25. Saya setuju dengan apa yg sedara Hisham. Ini fakta pemikiran manusia Melayu. Adat dan agama telah digenggam erat oleh sistem kapitalis yg mengalir dalam Malaysia. Propaganda terjadi disebabkan duit. Baik propaganda dalam politik mahupun agama. Kekeliruan pun terhasil dari propaganda ini dan langsung masing2 membuat andaian sendiri dan meng"fusion"kan agama baik adat. Sekarang ujian untuk semua manusia Melayu untuk menguji permikiran masing2 samada masih waras lagi atau tidak utk terima keputusan. Harap tiada yang hipokrit tidak mahu menrima fakta dan pentingkan diri sendiri dengan menafikan fakta. SEDARLAH!

    BalasPadam