Rabu, 3 Mac 2010
GURU YANG BER REFORMASI
KALAU TIDAK ADA MEREKA - KITA TIDAK AKAN BERADA DI SINI
PENGETUA, GURU BESAR, PEGAWAI PPD DAN GURU DI SOAL OLEH JPNPP EKORAN ADUAN UMNO NEGERI – laman reformasi
PULAU PINANG - 2 Mac: Seramai 32 guru telah di soal siasat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sejak minggu lepas. Soal siasat ini berpunca dari tindakan Umno negeri yang menggunakan jabatan Pelajaran Negeri sebagai salah satu tindakan “menekan” guru-guru yang dianggap sebagai “pembangkang” atau pun “menyokong pembangkang”.Tindakan tidak demokratik ini di lihat cuba kembali di zaman “Mahathirisme” dimana pada ketika itu, umno dianggap sebagai “tuan” kepada yang lain.Hanya ahli Umno sahaja yang boleh bercakap soal politik,hanya ahli Umno sahaja yang boleh berkempen, orang lain,parti lain tidak boleh berkempen.Jika tidak akan di tukar serta merta.
Menurut beberapa guru yang di Tanya oleh Era Pakatan, memberitahu bahawa mereka adalah orang biasa yang berbual sekali dan kadangkala tentang politik, dan adakah ini di anggap sebagai pembangkang?
“Malah kami dapati bahawa Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNPP, Daud Hasanuddin merupakan 2 orang wakil JPNPP yang bertanggungjawab menyoal kami, malah kami menganggap bahawa mereka adalah menjalankan tugas seperti yang di arahkan Umno negeri.”
“Badan perhubungan Umno Pulau Pinang yang membuat aduan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan KPPM yang arah Pengarah JPNPP mengadakan siasatan tidak rasmi itu.,” jelasnya kumpulan terbabit.
Menurut beliau, Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad terpaksa bersetuju mengadakan siasatan tidak rasmi tersebut mungkin disebabkan tidak selesa dengan desakan berkali-kali daripada pihak atasan.
Selain itu, ada juga maklumat yang menjelaskan bahawa ekoran keengganan beberapa pengetua,guru besar tidak mahu terbabit dengan program “Umno Juara rakyat” , dimana pihak Umno mahu menggunakan sekolah sebagai tempat untuk mereka menjalankan aktiviti di sekolah , dan ada pengetua dan guru besar yang tidak mahu mengunakan sekolah mereka sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti mereka.
“Sebab Umno negeri sendiri banyak kali mendesak Ibrahim Mohamad sebelum ini agar ambil tindakan kepada guru-guru terbabit yang didakwa agen pembangkang di sekolah,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, sumber dalaman dalam JPNPP sendiri memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaksa JPN mendapatkan latar belakang keluarga dan ideologi politik kedua-dua ibu dan bapa bagi kesemua guru-guru terbabit.
Menurut maklumat yang di berikan, punca utama ialah bagaimana seorang pion yang mengadu untuk bertukar ke sekolah lain.Namun pertukaran beliau tidak di layan.Dalammasa yang sama apabila tidak di layan beliau berjumpa datuk Shahbudin dan menyatakan bahawa Umno sudah tidak punya kuasa dan pertukaran beliau tidak dilayan. Maka Shahbudin sendiri juga telah mengarahkan agar peon tadi ditukar.Dalam masa yang sama Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi perhubungan Umno, mengarahkan agar mereka di siasat aktiviti mereka.
“Malah ada Pengetua dan guru besar juga di soal siasat, pegawai PPD juga di soal siasat hanya kerana berbual biasa dengan rakan-rakan berkenaan dengan politik.Apa salahnya berbual tentang politik dan kita bukannya negara diktaktor yang langsung tidak boleh berbual soal politik.
Dalam perkembangan yang lain, beliau menasihatkan JPNPP supaya tidak menganggap mereka sebagai agen pembangkang disebabkan segelintir mereka yang terbabit mempersoal inisiatif Umno memaksa guru-guru menyertai demontrasi anti Lim Guan Eng baru-baru ini, dan ada sesetengah pengetua dan guru besar yang tidak mahu sekolah mereka dijadikan tempat untuk sebarang aktiviti Umno.
“Kami kesal kerana Umno cuba menjadikan sekolah sebagai tempat untuk aktiviti Mereka, malahan memaksa pula orang ramai dan kaum guru hadir bagi menjayakan program mereka.perkara ini tdak pula bersalah bagi mereka,hanya kerana Bn memerintah.Umno adalah parti sebuah parti yang sama sahaja dengan parti lain.Kerajaan adalah rakyat.” Demikian jelas kaum guru yang di temui.
Sementara itu kumpulan terbabit tidak pula bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pegawai yang menyoal mereka kerna memahami mereka hanya menjalankan tugas atas arahan Umno .Ini adalah kerana tindakan ini seolah-olah mengganggu privasi dan hak asasi kaum guru, walupun ianya mengganggu emosi mereka ekoran surat panggilan itu datangnya dari bahagian tindakan dispilin JPNPP.
“ Kita tidak pula bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kita tahu ini bukan arahan sesiapa kecuali perhubungan umno negeri dan walau kita tahu Umno di sebalik semua tindakan ini.Malah tindakan terkebelakang inilah yang menyebabkan makin banyak yang menolak parti tersebut akhir-akhirnya . Malah mungkin ada orang yang bercita-cita hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri gamaknya “, kata seorang guru yang terbabit yang mengakui tidak lagi menyokong parti tersebut akhir-akhir ini kerana tidak demokratik dalam tindakan mereka.
UMNO keparat, berlagak macam hulubalang Sulatn di masa lampau.
BalasPadamsri hartamas
bodoh bin bangang punya Umno!
BalasPadamsaper pembangkang di Pulau Pinang tu?
kesianya cikgu-cikgu ni..kalau tak join unmno kene..apa la..professional la ckit..bagi la ruang cikgu-cikgu ni nak hidup bebas ckit..nama pun cikgu..kerja diaotg bagi celik masyarakat..
BalasPadamDulu aku skola ckgu aku ada yang jadi ketua cawangan Umno..ok je..
SIASAT SAMPAI MATI...kah kah kah kah..kah kah
BalasPadamTOK SAH MENGAJAR...SURUH MURID2 BALIK RUMAH...SIASAT SEMUA GURU2 DARI PAGI SAMPAI MALAM..kah kah kah kah..kah kah kah
Cerita wayang ni berulang lagi... hanya versinya diubah suai sikit. Satu masa dulu dalam lewat 90an... guru-guru disiasat samada menjadi penyokong mata lebam atau tidak, jika didapati ya (biasanya akan jadi 'ya' bila mereka bukan favorite boss) maka tindakan menghantar mereka ke hulu (sebab kat hulu masih kurang guru, so masalah kekurangan guru di hulu selesai. "serampang dua mata")akan dilaksanakan.
BalasPadamcantikkan politik uBN, bila ketua cawangan lebih berkuasa dari pegawai atasan kerajaan. kecut perut omak oii...
Ini sudah jadi lumrah UMNO memperalatkan agensi kerajaan termasuk sekolah-sekolah untuk kepentingan diri mereka.
BalasPadammakin poning kopala cikgu nie...mana pi niat utk mendidik? dah jadi niat membodek?
BalasPadamsian umno..kalau boleh semua depa nak guna.Polis, hakim, spr, imigresen, majlis bandaran, ketua kammpung semua dah dapat.universiti semua dah kena control, sekarang sekolah pulak, lepas ni tadika..lepas tu bayi dalam kandungan pun depa nak control.benda dalam kain pun kalau boleh depa nak kontrol..ish..ish teruk sungguh politik depa.
BalasPadamyg aku tak faham tu..depa tak sedag-sedag. Lagi kontrol lagi orang meluat.menyampah..jijik..
depa tak sedag2 lagi yg kena kontrol tu manusia..depa lupa sejarah manusia. sejarah manusia ialah tak suka dikontrol.sampai satu tahap semua akan pecah. cuma tunggu time..PRU lepas dah pecah 5 negeri..PRU akan datang silap2 semua habis..sebab tu lah..sebab politik kontrol, politik membodohkan orang.
UMNO ni tak akan jadi parti yg cerdik dah. tak nampak jalan camana. melainkan kena ubah upside town.terbalikkan kesemuanya..
woi, bn dah memerintah PP pulak ke??? bila??? sapa pemerintah, sapa pembangkang la ni??? sudah tukarka????? ke aku mimpi ni....????
BalasPadamgila politik..gila kuasa..gila segalanya..
BalasPadamkelantan lagi teruk,
BalasPadamsemua pengarah pelajaran kelantan balaci umno,
dulu datin nik khatijah-bekas pemangku pengarah pelajaran kelantan dinafikan hak untuk menjawat jawatan Pengarah kerana beliau tidak tunduk dengan desakan annuar musa & umno (Baca keratan Akhbar tahun 2005-Isu Pengarah Pelajaran Kelantan
Datin Nik Khatijah memangku pengarah selama 2 tahun disebabkan UMNO menyekat peralihan kuasa, kemudia selepas Datin bersara, Ismail MD Noor (pemangku pengarah selepas datin) dilantik sebagai Pengarah kerana menyokong UMNO...
kes ini perlu disiasat kerana HAK DATIN NIK DINAFIKAN, beliau seorang wanita yg hebat dalam sektor pendidikan di negeri kelantan dinafikan hak sebagai bakal pengarah...guru2 terpaksa berdiam diri kerana takutkannuar musa pada ketika itu sgt berkuasa thadap JPN kelantan.....
Rujuk keratan akhbar Isu Pengarah Pelajaran Kelantan tahun 2005 & 2006...
bekas guru kelantan
Kakitangan Kerajaan nie jenis tak sedar diri, dah Kerajaan bagi kerja, bagi gaji, bagi bonus RM500 dua kali bayar pangkah la um-NGOK! Nie tak nak gak pangkah pembangkang, apsal pembangkang yang bayar gaji ke?
BalasPadamLain kali Kerajaan kena buat peraturan baru, nak kerja ngan Kerajaan kena isi borang keahlian um-NGOK, baru betul.
hehehe..
Anak Melayu Makan Pengat,
Sendiri Mau Ingat!
Jika Ahmad tarmizi kamadudin ialah orang yang sama pernah mengajar di Bagan serai, Aku sebagi kenalannya dengan ini tidak mengiktirafnya sebagai kenalanku lagi
BalasPadamKuasa siapakah yang tiada tolok bandingnya. Kepada yang berugama Islam tentu tidak ragu ragu tentang hal ini. Sama sama kita tunggu.
BalasPadamALLAH HU AKBAR.
ameno semakin gila dan akan terus sewel
BalasPadamaku cabar ameno, kalau hampa berani dan sememangnya berani, hampa suruh semua 1.2 juta kakitangan kera jaan pakai uniform yang ada lambang umno sebelah kanan dan dacing sebelah kiri, termasuk tentera dan polis.
BalasPadamsemua kenderaan perdaganggan termasuk kenderaan tentera, polis,
kapal terbang, kapal laut, kereta sewa, teksi dan yg sewaktu dengannya diletakan lambang umno dan dacing.
Kalau hampa pemimpin ameno berani aku cabar sekali lagi, buat macamana aku suruh.
aku percaya hampa (ameno) tak akan buat, sebab rakkyat akan kata ameno semakin gila berkuasa.
saye rekemen kt anda sume tgk dokumentari "capitalism: a love story" oleh michael moore. docu yg wajib ditgk utk para penyokong sosialis!!
BalasPadamIsu pengarah jpn kelantan aku pernah dengar.anuar musa sendiri melantik pengarah pelajaran kelantan.
BalasPadamcheck it out
BalasPadamhttp://www.mail-archive.com/perakan@yahoogroups.com/msg00889.html
Annuar musa menafikan hak datin nik khatijah sebagai 'Pengarah Pelajaran Kelantan yang sah' & melantik ismail md noor sg pengarah pelajaran ameno
BalasPadamhttp://www.mail-archive.com/perakan@yahoogroups.com/msg00895.html
PERLU SIARKAN ISU PENGARAH PELAJARAN KELANTAN, AMIK IKTIBAR AMENO KONTROL JPN KELANTAN, 'PEMBANGKANG KELANTAN' PIJAK KEPALA
BalasPadamdamansara perdana
umno tak ada kuasa? ini bukan cerita baru. kerajaan yang umno jadi tulang belakang pemerintahan memang tak ada kuasa. masa dekat pru 12 8 mac 2008 dulu ada orang muda umno beri ceramah. masa tu bekalan minyak masak jadi masalah. dia ni mengaku terus terang kerajaan tak ada kuasa untuk atasi bukan sahaja masalah ni, masalah lain juga. sebab tu depa hampir lingkup! harap pada pru 13 nanti lingkup terus. orang dah meluat dengan kaedah yang dilaksanakan oleh umno/bn ni.
BalasPadamha, kite duk blaja tinggi-tinggi mesti tahu ape yang betul n ape yg salah..
BalasPadamkalau da taw benda 2 salah, x kn kite still nk ikot n sokong kn..
x di nafi kan di kebanyakan guru dapat berfikir ape yg baek n ape yg salah..
internet pembongkar segala-galanya
da naek fed-up tgk surat khabar utusan kt libary maktab guru 2
~pemuda sedar , dum-dum tak die hard fan, guru pelatih~
ajak debat pun bacul igt dorang berani wat camtu ka??..menyalak kt tv3suku,utusan pitnah berani laa..wakakaka
BalasPadambodohnya kamu Tanpa Nama..
BalasPadamsbb politik pon, ko boleh putus kawan/hubungan sesama Islam..
patutnya, ko pegi tegur/nasihat
kepada Tanpa Nama:
BalasPadamseharusnya anda tidak patut membiarkan diri anda diperbodohkan oleh mainan politik kotor...seharusnya anda harus berfikiran secara rasional sebagai seorang muslim dgn mengekalkan persaudaraan sesama islam..politik hanyalah mainan duniawi yg tidak pasti apakah kesudahannya..seharusnya anda mengekalkan persaudaran atas dasar islam berbanding politik...mengapa anda harus beremosi dalam hal seperti ini, anda seorang yg mungkin sudah dewasa seharusnya menggunakan pertimbangan yg wajar dan seharusnya(sepatutnya)bijak membezakan diantara tanggungjawab, amanah dan arahan..
kepada Tanpa Nama
BalasPadamkamu telah memutuskan hubungan sesama Islam..
bertaubatlah..
Islam itu syumul.. x perlu nak putus2 kawan disebabkan fahaman politik yg berbeza..
sepatutnya, kamu menegur apa yg salah