Selasa, 2 Mac 2010

HARGA IKAN AKAN NAIK



INI CARA NAK NAIKAN HARGA IKAN DI PASAR




KPIAT SEDIA PELAN ‘B’ JIKA BOIKOT IMPORT IKAN BERTERUSAN - melayau

PUTRAJAYA 1 Mac — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) mempunyai pelan khusus sekiranya pengimport berdegil dan mahu meneruskan tindakan memboikot import ikan kerana membantah arahan menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan.

Noh Omar berkata, pelan khusus itu dijangka diumumkan esok selepas perbincangan diadakan dengan wakil pengimport ikan-ikan dari Thailand berhubung isu penggunaan kotak ikan itu.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sudah ditubuhkan bagi memantau masalah terutama kenaikan harga ikan sekiranya berlaku kekurangan di pasaran akibat tindakan boikot berkenaan.

"Harga ikan ini kita sedang pantau (dengan) menubuhkan jawatankuasa melihat masalah ini. Kita juga ada pelan B jika mereka terus boikot (import ikan), tapi pelan B ini kita akan umumkan esok,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama empat wakil pengimport ikan dari Indonesia.

Kini terdapat 22 pengimport ikan-ikan dari Indonesia dan 466 pengimport ikan-ikan dari Thailand.

Noh berkata, kerajaan tetap dengan keputusan supaya kotak berinsulasi itu digunakan kerana ia sudah tertangguh sejak empat tahun lalu. – Bernama

KAH KAH KAH..

woit... APA PULAK PELAN B INI ?.... kah kah kah

woit... PELAN B INI BUKAN IKAN NAIK HARGA?... kah kah kah....

woit.... APA TUJUAN GUNKAN KOTAK BERINSULASI INI?.... kah kah kah...

woit.... HAIRAN... MACAM MANA ADA 22 PENGIMPOT IKAN DARI INDON...kah kah kah..

woit... HAIRAN MACAM MANA ADA 466 PENGIMPORT DARI SIAM... kah kah kah...

woit... KALAU MEREKA JUAL IKAN KE MALAYSIA.... MEREKA PENGEKSPORT...kah kah kah..

woit... KALAU MEREKA INDON DAN SIAM.... KENAPA DIBERI SUBSIDI BELI KOTAK BERINSULASI... kah kah kah..

woit... BANYAK PEKARA TAK JELAS DALAM KES INI... kah kah kah...

woit... YANG JELAS HANYA PEMAKSAAN BELI KOTAK DARI SYARIKAT BUMIPUTERA...kah kah kah..

woit... YANG JELAS.... HARGA IKAN AKAN NAIK TAK TENTU FASAL... kah kah kah..

woit... HANYA KERANA SYARIKAT BUMIPUTERA INI NAK JUAL KOTAK... kah kah kah



14 ulasan:

  1. Kroni punya pasal

    indon akan naik minyak
    siam akan pijak kepala

    baguslah
    teruskan usaha anda

    ini pasal surat sudah sain
    kalau langgar jugak, surat saman datang

    Biarkan! Biarkan!

    BalasPadam
  2. ekonomi ala kejar carta orang kaya malaysia haha

    BalasPadam
  3. aku rasa kilang kotak ni ezam punya la..
    cuba check dlm kotak tu ada ezam tak..

    BalasPadam
  4. dah bertahun2 aku tak makan nasi kandar, aku hidup lagi.

    kalo kita semua boycott beli ikan kotak 1 tahun, tenguk siapa mampuih dulu.

    aku beli ikan dari pasar tani atau direct dgn nelayan, kalo tak makan ikan pun no hal.

    aku tak pernah dengar orang tak makan ikan mati dinegara ini.

    BalasPadam
  5. MEMANG BETUL DALAM ISU PENGUNAAN KOTAK-KOTAK IKAN INI, MASIH BANYAK YANG KABUR DAN TAK JELAS

    TETAPI YANG JELAS CUMA ADA '4' KILANG UNTUK BUAT KOTAK-KOTAK INI

    CUBA SURUH 'EZAM 6 KOTAK'..kah kah kah..PERGI SELIDIK SIAPA SYER HOLDER KILANG2 BUAT KOTAK IKAN INI?

    DAH TENTU PEMILIK KILANG2 INI IALAH 'PEJUANG2 TIPU MELAYU'...kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  6. keh..keh..keh..kelakarnya..
    belajar bahasa melayu x abis, nk betolkan bahas melayu orang..
    keh..keh..keh..
    Pengimport ikan2 dari indonesia and ikan2 dari thailand...
    Betol la ayat tu..
    pengimport mengimport ikan-ikan dari indonesia dan thailand..
    bukan pengiport ikan dari indonesia dan thailand

    ayat salah pon pun nk jdkn isu ke..pas tu bangang plk tu..
    keh...keh...keh

    BalasPadam
  7. ni kotak mat ezam tak mau jual skali ke?

    BalasPadam
  8. Inilah masalahnya bila menteri buat rakyat seperti budak budak sekolah.Sekarang bukan zaman Tun lagi.Sekarang zaman IT. Orang nak tahu kenapa kotak ini digunakan? Siapa yang untung jual kotak? Kotak Mat Ezam ada jual juga ka? atau kotak Bik Mama?.

    Adakah alasan penggunaan kotak ini diterima pakai? Untuk tujuan mengekalkan kesegaran ikan? apa? selama ini rakyat malaysia makan ikan tak segar.

    Untuk tujuan keselamatan?
    kalau untuk tujuan keselamatan, lebih baik suruh anggota polis cari dan tangkap penyamun perompak. Tangkap pak iran jual dadah. Tangkap mat gelap black money. Apa punya menteri. Cakap sekolah tinggi.Rakyat tanya x pandai jawab. Balunlah apa yang ada sebelum PRU 13. Lepastu pi hijrah Australia..

    BalasPadam
  9. kah kah kah!
    ni kerja dah lama,
    siapa yang dapat lesen bot laut dalam!
    adakah benar bot laut dalam ni ambil disel sabsidi?
    Kenapa pula bot ini mendaratkan ikan diThailand?
    Perompak dan penyamun grombolan tentu tidak tidak boleh jawab?.
    Depa ni dah lama kaya....

    BalasPadam
  10. MENYUSAHKAN RAKYAT SUNGGUH!! NAK MAKAN IKAN PUN SUSAH LEPAS NI, HANYA PASAL KENA PAKAI KOTAK, IKAN DINAIKKAN HARGA.. CAKAP TERUS TERANG NGAN RAKYAT HARGA IKAN DINAIKKAN JGN JADIKAN SEBAB NAK NAIK HARGA IKAN KENA PAKAI ALASAN MACAM NI, PAKSA PENGIMPORT IKAN BELI KOTA DAN PAKSA RAKYAT TANGGUNG KENAIKAN APA ERTINYA SEMUA INI? NAK SUH RAKYAT JADIK NELAYAN ITU PLAN B NYA KAH? MEMANG LA TAK MAKAN IKAN TAKDA KES ORG YANG MATI SEBAB TAK MAKAN IKAN. TAPI IKAN NI DAH MACAM BERAS, MAKANAN RUTIN HARIAN. TAK MAKAN NASI PUN TAKDA ORG MATI DAN KEBULUR.. ITU BUKAN ALASANNYA.. KERAJAAN SKANG TAKDA HATI PERUT - NI SEMUA NAK MENGUNTUNGKAN KRONI2 JER ITU ALASAN SEBENAR BUKAN SEBAB NAK IKAN SEGAR ATAU NAK JAGA KESIHATAN. PERNAH ADA KES KE KOTAK LAMA TU BUAT HAL? IKAN TAK SEGAR? ADA KERACUNAN IKAN DI KOTAK LAMA? ADA KE? KELUARKAN LA STATISTIK JIKA ADA. NI ALASAN TAK KUKUH DAN TAK RELEVEN HANYA SEMATA2 UNTUK KEPENTINGAN KRONI SAHAJA. RAKYAT JUGA YANG MENJADI MANGSA.
    - JANGAN SEKOLAHKAN RAKYAT YANG DAH SELAMA INI BERSEKOLAH!. BANGHAL!

    BalasPadam
  11. Apalah bodoh dan bangang sangat kerajaan ni nak paksa beli kotak baru untuk ikan-ikan ni.

    Ezam kan banyak kotak yang belum digunakan. Kenapa tak guna je kotak-kotak ezam tu bagi free kat rakyat.

    Kerajaan sama ngok dengan kotak.

    BalasPadam
  12. konpom nih kompeni KOTAK ezam la nih.

    BalasPadam
  13. untuk tujuan keselamatan chip digunakan pada kotak?

    hebat chip ni... buatan mana tu? chip ni boleh baca isi kandungan kotak... memang hebat...

    setahu aku yang tak lah celik teknologi ni... chip tu akan terima input dari mesin atau komputer... so apa data yang dimasukkan sekali pon data itulah yang akan disimpan dalam chip tu tanpa mengira isi kandungan kotak. masukkan bom, senapang, dan apa saja dalam kotak dan rekodkan data ikan dalam chip.

    sampai di pengkalan lkim, pegawai scan chip saja... lulus untuk bawa masuk... pelik.. pelik..

    bukan ke di pemeriksaan kastam, kerajaan dah beli mesin scan mcm x-ray yang gedabak besarnya.. yang itu untuk apa? perhiasan saje ke?

    sendiri mau pikir la...

    BalasPadam
  14. aku cadangkan plan B:

    supplier kotak tambah kepala sebagai pengimpot ikan... so ikan boleh bawa masuk, kotak pon tak payah pening2 nak juai...

    aku cadangkan plan C:
    pengimpot ikan tu dimasukkan saja dalam kotak yang tak ada pembeli tu.. puas hati.. biar sama-sama tak dapat

    aku cadangkan plan D:
    jadikan kotak tu bahan yang boleh dimakan. boleh juga dijual kat pasar tani

    aku cadangkan plan E:
    cipta slogan satu rumah satu kotak, paksa semua orang beli kotak untuk simpan ikan yang dibeli dipasar. rasanya unit terjual lebih tinggi dari kalau jual pada pengimpot...

    becoz the bottom line is easy money, big profit, lavish life, big share

    BalasPadam