Sabtu, 6 Mac 2010

PAGI AHAD DI SHAH ALAM




MARI BERSAMA MERAYAKAN ULANG TAHUN GERKAN ANTI PPSMI





PADA 7hb March 2010


HARI AHAD


TEMPAT : Auditorium, Muzium Selangor.

MASA : 8.00 - 12.00 tengah hari

semua dijemput hadir - kita merayakan
perjuangan kita sesama sendiri




PETANG SABTU INI DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM - JAM 5.00

Maka dengan itu, kami dengan berbesar hati menjemput anda ke Pekan Frinjan 9.0 pada 6hb Mac 2010, hari Sabtu, jam 5.00 petang sehingga 12 tengah malam bertempat di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam, Selangor (sebelah Plaza Alam Sentral)

Pemuisi, pemain teater dan pemuzik yang akan membuat persembahan.

Persembahan akan bermula pada jam 8.30 malam

AKISTIK:

Bottlecapt Zalila Lee Farah Saad Shh..Diam! Mei Chern Beeha feat Zuzu
Maleena Saisoku Monophone Ili Syazwani

KATA LAUNG:


Nurul Shmurul Cici Suleiman Aisyah Baharuddin Intan Suzana Ahmad Aleya Ariana
Marini Rafar Dila Raden feat Faiz

TEATER: Mana Teater

Monolog dari Dira Abu Zahar
dan buku puisi catatan Fared Ayam akan muncul pertama kali di sini
di samping Gondol

Gerai-gerai jualan buku, t-shirt dan barang-barang seni lain dari penggerai anak-anak muda juga akan turut memeriahkan suasana dari jam 5 petang

SEMUA ACARA ADALAH PERCUMA!

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok independen bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Sokongan pihak tuan dalam menjayakan usaha ini amatlah dialu-alukan, dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.




3 ulasan:

  1. ishhh... busynya ujung minggu... sampai senin ada progarm jugak di stadium shah alam

    BalasPadam
  2. Wei! Tukar tiub

    Tang lain eden setuju kat ekau
    tang bahsa engklis yang ekau sedut dalam eklan ekau tu eden tak sotuju bonar.

    Misalnya:
    -intelektualisme
    -t-shirt
    -inisiatif

    kato nak hapus ppsmi!

    BalasPadam
  3. Kalau korang ingat ppsmi sudah dimansuhkan, korang silap!

    Tak percaya?

    1.Cuba korang tengok kertas soalan matematik, sains, fizik, kimia dan biologi anak-anak korang tahun ni.
    Guna BM ke BI?

    2.Cuba tanya anak korang. Cikgu ajar subjek tu guna BM ke BI?

    3.Cuba bukak beg anak korang. Buku teks subjek tu guna BM ke BI?

    Kalau tak salah aku, pemansuhannya dijalankan berperingkat-peringkat. Tahun 2012 baru nak mula (ibarat kura-kura tua jalan daki bukit)

    Itu pun hanya dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Masuk tingkatan 6 atau matrikulasi, ikut PPSMI balik!

    Tak percaya lagi?
    Tanya lebai Google

    BalasPadam