Jumaat, 23 April 2010

BAGAIMANA BARUA DILAHIRKAN




ISU CALON : MIC TUNDUK KEPADA UMNO
- malaysian insider

Ketika kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor memasuki kempen hari keenam. Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan pembangkang yang menyatakan MIC telah tunduk kepada Umno dalam pemilihan calon untuk bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Diaz berkata MIC, parti politik terbesar yang mewakili India di negara ini, adalah rakan Umno dalam Barisan Nasional (BN) dan soal sesebuah parti komponen tunduk kepada komponen lain tidak timbul langsung.

“Konsep berkongsi kuasa yang diamalkan BN telah bermula sekian lama di mana kita duduk bersama dan bincang.

KAH KAH KAH KAH... KAH KAH KAH..

woit.... BETUL KE CAKAP SEMBAB INI ?.... kah kah kah...

kah kah kah kah.... MARI KITA KAJI DAN LIHAT.... kah kah kah


IMEJ HAMBA DENGAN TUAN



MEMBACA NAHU TANDA DAN MAKNA MELALUI SEMIOTIK

Semiotik ialah ilmu memahami tanda dan makna. Setiap objek dan imej dalam dunia ini memiliki rupa dan bentuk - isi dan bingkai. Semiotik ialah ilmu yang khusus untuk kita memahami imej melalui tanda dan makna.

Tanda tanda dalam imej adalah bahasa dan nahu yang memiliki makna. Filem yang kita tonton itu juga adalah tanda yang memiliki bahasa yang wajib dibaca melalui nahu filem. Gambar sama seperti filem hanya ianya tidak bergerak tetapi memiliki nahu. Justeru - semua imej dalam dunia ini memiliki nahu yang menyimpan makna untuk dibaca. Terpulang lah kepada diri kita sendiri sama ada bijak atau bebal untuk membaca nahu imej itu.

Justeru Batu Hitam di Mekah memiliki tanda dan makna untuk orang Islam. Nahu dari imej Batu Hitam ini ialah kesuciaan. Patong Shiva pula memberi tanda dan makna kesucian kepada orang Hindu. Ayers Rock di Australia dianggap suci oleh Orang Asal di sana. Gitar Fender yang tersangkut di musium Elvis di Memphis memiliki tanda dan makna kepada rockers seluruh dunia.

Apabila kita melihat satu objek atau imej - objek atau imej ini akan menghantar signal untuk kita pecahkan agar kita dapat memahami apakah makna signal ini. Dalam ilmu semiotik proses ini di panggil signifier dan signified - tanda dan makna.

Mari kita kaji dan fahami gambar terbaru tentang Kamalnathan dengan Muhyiddin. Mari kita sama sama fahami imej ini melalui pendekatan semiotik.

Sekali pandang imej ini memperlihatkan Kamalnathan ialah seorang hamba yang sedang tunduk menyembah tuannya. Kamal bagitu tunduk dan syahdu.

Lihat pula betapa angkuhnya muka Muhyiddin. Muhyiddin kelihatan begitu bangga walau pun Muhyiddin memiliki muka yang amat hodoh dalam gambar ini. Muka hodoh ini dilihat bagitu angkuh - malah kalau di baca bahasa badannya kita akan mengetahui bahawa dalam hati nya berkata : cilaka keling ini - entah basuh atau tidak tangan nya.

Kejijikan amat jelas dari imej Muhyiddin. Dia jijik melihat hambanya. Tetapi dalam masa yang sama si tuan tidak ada pilihan melainkan menjalan kan 'ritual' cium tangan ini yang dianggap satu budaya. Cium tangan juga memiliki tanda dan makna. Yang mencium tangan ialah hamba. Tangan yang kena cium pastilah tangan tuan. Budaya cium tangan ini adalah sebahagian dari budaya - tuan dan hamba.

Justeru imej ini amat terang memperlihatkan hubungan tuan dan hamba. Si tuan tidak akan memperlihatkan muka jernih. Si tuan tidak akan tersenyum. Jika tuan senyum atau bermuka jernih maka hamba tidak akan memberi penghormatan. Diladang kapas atau gula - tuan yang hodoh dan bengis akan ditakuti oleh hamba abdi. Lagi ganas, lagi hodoh muka tuan itu atau lagi jahat si tuan memperlakukan hambanya - makin setia si hamba. Lagi banyak hamba dihina lagi tunduk si hamba ini kepada tuan. Tuan yang berair muka jernih atau tersenyum pasti tidak akan dihormati.

Imej yang kita lihat ini membawa makna budaya yang lebih luas lagi. Imej ini adalah manifestasi hubungan MIC dengan g United Malays National Organisation.

Sekali lagi kita lihat secara terperinci imej muka Muhyiddin. Mukanya sembab dan masam - memberi makna yang dia merasa agak jijik terhadap objek dibawah matanya. Dia melihat seoalah-olah ada saekor biawak sedang menjalar dilengan. Perhatikan betul-betul garis matanya - ini garis mata yang memberi makna penghinaan.

Malah biji matanya menjeling sadikit. Kalau perhatikan dengan lebih rapi muka Muhyiddin maka kita akan melihat liku dan retak retaknya dan kontour daging daging yang berlebihan dimukanya. Daging dakunya agak berlebih hingga menutup ruang lehernya. Sekali pandang muka Muhyiddin macam muka saekor biawak yang kenyang.

Imej yang kita bincangkan ini akan terus menjadi imej klasik untuk sesiapa yang ingin mengkaji hubungan budaya hamba dan tuan - antara United Malays National Organisation dengan MIC. Justeru amat tepat apabila MIC disifatkan oleh Hindraff sebagai mandor untuk gerombolan. MIC dilihat sebagai orang suruhan yang setia atau barua yang setia untuk melakukan kerja kerja bawahan yang gerombolan United Malays National Organisation tidak ada upaya untuk melakukan.

Mari kita kembali kepada imej diatas - Si hamba yang sedang mencium tangan tuannya tidak mungkin akan dapat melihat reaksi tuannya kerana dia menunduk. Juga tidak mungkin hamba ini dapat melihat keseluruhan dari apa yang dia sendiri sedang lakukan. Mata hamba tidak akan menjalar dan memerhati apa yang sedang berlaku disekeliling. Mata si hamba tertumpu kepada tangan tuannya.

Tetapi dengan munculnya teknoloji baru maka detik detik ini dapat dirakam. Jika si hamba tadi dapat melihat rakaman detik-detik ini ada dua kemungkinan : dia akan merasa malu atau dia akan merasa bangga. Malu kerana masyrakat India akan melihat dirinya sebagai barua yang tidak berguna kepada bangsa dan agamanya. Atau dia bangga kerana telah diterima untuk menjadi hamba dan barua. TT




21 ulasan:

  1. Aku cium tangan mak ayah, makcik pakcik, nenek datuk dan ustaz rapat kami je. CM datang salam hari raya kat masjid al-azim pun tak cium la bai.

    -anak malaysia-

    BalasPadam
  2. TT,

    UMNO lembab tu akan putar belit situasi untuk menyesuaikan gerombolon BN/UMNO. Babi punya parti.

    Apa yang keluar dari mulut lembab tu memang manis kedengaran. Lepas undi,lembab akan sokong perkosa ibrahim! dan aniayai rakyat dan tipu melayu dan orang asli kan?

    UMNO/BN mesti di kuburkan di hulu selangor. Harap TT ada tolong PR buat kempen.

    EC dah main kotor...dah pindah 13,000 pengundi ke tempat lain. BN/UMNO main kotor sedaya upaya untuk menang. Allah mesti jatuhkan hukuman pada gerombolan terutama lembab ni.

    apa pandangan TT?

    orang kampung

    BalasPadam
  3. kedudokan tangan kiri dipinggang mengiyakan lagi paparan hamba ngan tuan.bersalam tapi hati tidak sekata.

    BalasPadam
  4. "Sekali lagi kita lihat secara terperinci imej muka Muhyiddin. Mukanya sembab dan masam - memberi makna yang dia merasa agak jijik terhadap objek dibawah matanya"

    - tukar tiub

    p/s: ayat yang dasyat bro..memang kreatif dan power!!hahaha...

    BalasPadam
  5. ala tak best la artikel kali ni, tak macam artikel lain, artikel apa itu semiotik ni bagus cuma terlalu berlebihan mengutuk 2individu mangkuk tu, berlebih sangat pun bosan juga membacanya,

    hormat dan takut adalah dua perbuatan yg berbeza, india tu cium tangan kerana takut bukan kerana hormat..

    BalasPadam
  6. http://www.facebook.com/pages/Fan-Pakatan-Rakyat-Boleh-Mencapai-3-Juta-Orang-Sebelum-Fan-Barisan-Nasional/110989328933830?ref=ts

    BalasPadam
  7. ala.. superimpose je tu.. skarang kan photoshop dah ada.. kekeke..

    tapi.. aku kurang minat dengan posting artikel ni.. tak se-genius macam penulisan-penulisan dulu.. mungkin kerana gambar sudah memberitahu noun(nahu) isi artikel..

    BalasPadam
  8. kah kah kah...ulasan yg membuka minda, lawak pun ada tapi amat bermakna...best la bro..bru aku tau ada ilmu semiotik rupenya...nak kena blaja secara formal pasni sbb sblom ni memang penah praktik pun menda2 ni cuma xbape mendalam..

    BalasPadam
  9. bila nak buat buku macam gambar altantuya kasut aku dah tak tahan simpan duitni..
    pastu jemput dr medy rasmikan

    BalasPadam
  10. kamal anak NATANG nie lahir kat sungai siput ker??dan pengundi sungai siput ker??

    wakakakakaka diBUDUHkan melayu ameno..

    nie no. I/C kamal anak NATANG...cek kat SPR...mcm maner mamat nie blh ngundi kat sg. siput???wakakakakaka

    651018106495

    BalasPadam
  11. Nah ini lah terjadi sebagai budaya UMNO selama 52 tahun..menghambakan rakyat!!!

    "Rakyat DiHambakan UMNO diUtamakan"

    Al Malikul Mat Sembab kelihatan Kenyang , Kepuasan dan Menjijik!!

    Kenyang kerana puas makan keringat rakyat.

    Kepuasan kerana pilihan BN dijadikan hambanya dan Mat Sembab beri nama baru iaitu "Kamal Alan Nathan" dan bukan lagi Kamlanathan. Calon ini terima je nama baru kerana tuannya MatSembab dari UMNO telah tukar nama nya. Dia bangga dengan nama baru kerana dia menjadi Melayu (Kamal), Christian (Alan) dan masih Indian (Nathan). Ini lah tabi'at pemimpin gerombolan "DO WHAT I SAY DON'T DO WHAT I DO".

    Menjijik kerana tangan nya dicium oleh walaupun dia seorang Melayu (Kamal) tetapi dia juga seorang Christian (Alan) dan seorang Indian, yang segelintir pemimpin UMNO, anggap sebagai pendatang.

    Wahai rakyat dan pengundi kawasan P.94 Hulu Selangor undi la Datuk Zaid Ibrahim untuk kepentingan dan kebahagian kamu.

    Allahuakhbar Allahuakhbar.

    BalasPadam
  12. kelass, bro! analisis semiotik bro lebih menarik dari lecture kelas linguistik pensyarah aku dulu....

    lepas ni nak cari buku semiotics, cantek bro! Memberikan inspirasi pd students uni2 di malaysia yg tersepit dlm kekurikuluman nan hado...

    kontour daging, ha ha ha HA!!:))

    BalasPadam
  13. Original ke jam Dato pakai ni?
    Macam beli kat Petaling Street jer...
    Dulu saya beli RM10 je

    BalasPadam
  14. Lembut sungguh tangan Dato...ni mesti selalu pakai Jonhson 'n johson

    BalasPadam
  15. tambi kamal,
    ayo! ayo! teruk punya orang! tengok dulu tangan siapa you cium, tangan tu yang duk kebas duit rakyat.
    lebih you cium you punya kaki.

    BalasPadam
  16. macam cium tangan sendiri pun ada

    BalasPadam
  17. artikel dari penulis mabuk..!

    BalasPadam
  18. cun. ulasan yang jujur, segar, tanpa tapisan serangan yang terus dari hati

    MIC...kubur sudah kata mari...UMNO pun bukan dah jadikain kapan ada dalam satu gambar dulu?

    BalasPadam
  19. kupasan yg terperinci, teliti, ada depth; bukan keris sejengkal tapi berhajat besar nak menikam laut amoi selatan

    rock on bro!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  20. atikel ni best dan tak bosan

    BalasPadam