Selasa, 13 April 2010

SEMUA SUDAH SEDIA UNTUK BERTOMOI



DAPATKAN TIKET SEKARANG UNTUK KERUSI DI TEPI GELANGGANG




HULU SELANGOR SAKSIKAN NAJIB-MUHYIDDIN MAKIN RETAK – harakah daily

Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hubungan Muhyiddin Yassin dipersoalkan oleh sesetengah pemerhati politik kerana berjaya membiarkan Najib Razak keseorangan berkempen di Hulu Selangor minggu lalu.

Najib datang tanpa kehadiran pemimpin kanan Umno, cuma kelihatan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dan pemimpin Umno Selangor.

Kalau diambil kira dari segi kepentingan politik, kehadiran pemimpin kanan Umno di Hulu Selangor lebih penting bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan ini pada 25 April ini.

Situasi yang berlaku itu boleh diimbau terhadap pergolakan yang melanda kepimpinan tertinggi Umno sebelum ini.

Mahathir Mohamad pernah menafikan berkali-kali ada masalah dengan timbalannya, sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998.

Begitu juga Mahathir dengan Musa Hitam, sebelum beliau digantikan Ghaffar Baba.

Di Terengganu, konfrantasi antara Idris Jusoh dan k Ahmad Said pada awal dinafikan, akhirnya tembelang pecah juga.

Situasi serupa melingkari Shahidan Kassim dengan Mohd Isa Sabu di Perlis.

Dalam dunia politik banyak kali sejarah dicatat, penafian akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga dengan episod Muhyiddin sekarang.

Ketika datang merasmikan program Juara Rakyat di Machang, Kelantan minggu lalu, tiba-tiba beliau menyebut tiada masalah dengan Najib Razak.

Tiada seorang pun tanya sehingga perlu dijawab begitu. Ramai melihat sebagai seorang pemimpin ‘jujur’ Muhyiddin tidak mampu untuk menyembunyikan apa yang berlaku.

Tidak perlu Muhyiddin untuk menafikan perkara tersebut di khalayak ramai, tanpa udang di sebalik batu. Orang kampung yang tidak mengetahui hubungan dingin Muhyiddin-Najib akhirnya tahu juga.

Berdasar fenomena itu, Muhyiddin sudah benar-benar gelabah sekarang. Mahathir pernah mempunyai empat Timbalan Menteri Perdana sepanjang berada di puncak kuasa.

“Mungkin fenomena itu boleh diulangi Najib. Ini kerana mentor Najib ialah Mahathir dan bukannya bapanya sendiri.

”Najib banyak terhutang budi kepada Mahathir kerana berjaya menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi lebih awal,” kata seorang bekas pegawai kanan kerajaan.

Hayat Muhyiddin juga tidak mungkin panjang di kerusi sekarang kerana di ibu pejabat Umno di PWTC, Najib dan Rosmah Mansor dikatakan sudah meletak orangnya menguasai posisi di situ.

Kehadiran Rauf Yusoff sebagai Setiausaha Kerja Umno Malaysia difahamkan ada kaitan dengan Najib-Rosmah.

Sumber Umno di Kuala Lumpur memberitahu pegawai dan kakitangan di pejabat berkenaan tidak senang dengan kehadiran Rauf.

“Saya diberitahu baru-baru ini ada bantahan di kalangan petugas di pejabat Umno kerana tidak puas hati terhadap tindak tanduk Rauf,” dakwanya.

Cengkaman Najib-Rosmah sudah terbenam jauh apabila didedah ada arahan supaya media kerajaan membuat liputan meluas lawatan Rosmah ke Amerika Syarikat minggu ini.

nota:

rakyat satu melaysia sedang menunggu
rakyat tak sabar menunggu. nak melihat
tinju meninju antara mat mongol degan malikul sembab.
satau malaysia mula bertaruh dari sekarang kah kah kah




2 ulasan:

  1. Bik mama bakal tpm selepas rombakan kabinet tak lama lagi.

    petama kali dalam sejarah malaya. org pompuan jadi tpm. satu penghormatan untuk wanita 1malaya

    BalasPadam
  2. bertomoi ??...
    di mana gelanggangnya bro??.....
    pakai cawat tak?.....

    kah kah kah kah kah kah ......

    BalasPadam