Khamis, 29 April 2010

HAIWAN PELIK DI TEMUI DI SETAPAK




BERITA TERBARU


Satu bentuk haiwan baru yang berwarna warni
telah ditemui dua hari dahulu di Setapak Kuala Lumpur.

Para biologis dan pakar kajihayat dari beberapa universiti
tempatan dan luar negara telah agak terperanjat
apabila bila melihat rupa bentuk haiwan baru ini.

Ketika ini haiwan ini telah di panggil SENATAK untuk
mengambil sempurna Setapak nama kawasan yang
haiwan ini ditemui.

Besar kemungkinan Senatak ini ada bertalian susur
galur dengan keluarga katak - walau pun dari segi ilmu alam
Setapak amat jauh dari Pasir Mas Kelantan.

Spesis Senatak ini akan di bawa ke parlimen
untuk disahkan samada ada ianya haiwan atau binatang jelmaan. ( Ajensi Berita)


MUKA SENATAK YANG AKAN DI BAWA KE PARLIMEN



9 ulasan:

  1. Kalau takat senatak tu..aku hentak je bro..lepas tu sumbat dlm kotak..garenti kencing tarak bunyi punya. Senatak ni kalau bertemu katak..alamat berketak-ketak la dia..elok juga kurung dia kat dlm kotak tu..bior dia berkawan dgn jin..main wayang lawak seram la apa lagi.
    Tapi senatak ni kuat demand bro...takut lepas masuk kotak..dpt main wayang skit, tengok2 kena hayun masuk kotak besar kat putrajaya...tu kira lawak sadis jugak bro!

    BalasPadam
  2. juga di Perak akan ditemui beberapa exkotak....

    BalasPadam
  3. hoi TT..

    ini kau cakap pasal EZAM KOTAK ek?

    BalasPadam
  4. Ezam Mohd Nor antara empat dilantik senator

    Apr 28, 10 - Malaysiakini

    Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

    Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

    BalasPadam
  5. katak ni warna oren la.... ni mcm katak eksotik yang dilarang import eksport. katak ni tak boleh dimakan.. katak ni hanya untuk peliharaan. katak ni dah puas memperagakan warnanya yang cantik walau pon sebenarnya katak ni katak puru yang hitam...

    tak sia-sia katak ni memasuki acara lompat jauh... dan lompat tinggi...

    berita terkini... seorang pengawal keselamatan menemui katak ini ditangga bangunan parlimen. agaknya katak ni prince charming kot?

    BalasPadam
  6. Bro TT, ni citer psl MP Wangsa Maju tu ke?, tiunaseng punyer MP...

    BalasPadam
  7. salam sahabat,

    lu rasa la kalu menatang nie "cam" sama todi bole bikin tonik tak?
    hang try test tengok.

    rasa2x lu kalu aku pinjam benda nie jumpa bomoh nomboq hang rasa bole buat duit tak???

    wakakakaka

    BalasPadam
  8. kah kah kah
    Spesis tersebut memang berasal daripada Malaysia tapi dah pindah indonesia. Spesis ini dinamakan katakkotak. dalam bahasa latin dipanggil kotakkatak.Dalam ilmu biologi dipanggil katakpurukotak. Dikelantan dipanggil purukatakkotak.

    BalasPadam
  9. aku mula2 pening gak..puas duk pikir mengapa TT namakan SENATAK.. baru ku tahu rupa2nya EZAM Kotak akan di lantik untuk di senator kan dan masuk parlimen...kah kah kah kah

    Memang patut lah kita gelar SENATOR KOTAK atau ringkasnya SENATAK...

    Ada lagi kat perak tu..dah jadi barang eksotik dah..boleh lah di panggil EKSOTIKTAK...KAH KAH KAH KAH

    Caya lah lu TT..

    BalasPadam