Khamis, 8 April 2010
TELAH DI TEMUI PUNCA NYA !
6 PUNCA PENGUNDI TOLAK BN SELANGOR PADA PILIHANRAYA LALU – berita hairan
Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengenal pasti enam punca pengundi menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 sehingga negeri yang menjadi kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang.
Mohd Zin Mohamed, berkata enam punca itu telah menunjukkan seolah-olah BN tidak berpijak pada realiti sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.
Beliau berkata punca pertama ialah prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat terutama di kalangan hubungan parti komponen BNitu sendiri. "Punca kedua apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan konvensyen selama sehari itu di SACC Convention di sini hari ini.
Mohd Zin berkata turut menjadi punca ialah pergolakan dalaman BN lebih dijadikan tumpuan berbanding usaha membina kekuatan parti itu sendiri selain khidmat dan pendekatan yang dilakukan BN lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.
Beliau berkata punca lain yang turut menyumbang kepada hilangnya kepercayaan pengundi terhadap BN ialah apabila BN ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.
"Punca paling nyata mengapa pengundi menolak BN pada PRU lepas ialah apabila BN kurang dan tidak memahami aspirasi pengundi muda," katanya.
KAH KAH KAH…
woit… INI KAJIAN TAK BETUL …TIDAK TEPAT… kah kah kah..
woit… TAK KAN SAMPAI ADA ENAM SEBAB… kah kah kah..
woit… ENAM SEBAB INI BANYAK SANGAT… kah kah kah…
kah kah kah… RAKYAT SELAGOR TOLAK GEROMBOLAN HANYA DENGAN SATU SEBAB…. kah kah kah..
woit… HANYA SATU SEBAB SAHAJA BUKAN ENAM… kah kah kah..
woit…RAKYAT SELANGOR AMAT MARAH PADA TOYO … kah kah kah..
kah kah kah… KERANA AMBIL PENYAPU DARI PEJABAT MB… .. INI SAJA SEBABNYA...kah kah kah
thun lepas aku sokong pmbgkg sebab paklah jd pm.
BalasPadamsiapa suka paklah ?
thun ni najib.
aku sokong dia.
Orang tua-tua kata, penyapu tu sial... Kah kah kah.
BalasPadamsebab keenam, mat jin jadi menteri jkr bukan menteri besar... kalau mat jin jadi mb rakyat selangor pasti suka...
BalasPadamhahaha... depa ni tau bukan enam sebab tapi berpuluh, beratus malah beribu sebab. tapi asyik dok kira tebal fulus, sibuk dok cari tanah yang belum dirampas, sibuk dok ukur saiz rumah, sibuk dok intai model kreta tercanggih dalam pasaran, sibuk dok usha dahi licin, sibuk dok shoping sana sini... depa dok lupa... siapa yang naikkan depa. udah terlepas baru nak tengok apa silap... baru perasan tak abih tibai lagi... hehehehe.
Si anak Toyol tu jenis tak sedo diri. Aku tengok dia ni la ni meroyan macam Yakjuj dan Makjuj pulak. Sudahlah kaya meliyun-liyun, duduk diam2 lah. Ini instinct nak mentekendarah dia ni tak pernah padam. Yelah, boroi dengan duit tak berkat.
BalasPadamAku sokong Khir toyo..pasal dia TOYOL..!!bole bela buat meyamun..kah!kah!kah!!
BalasPadamkah kah kah
BalasPadamsebab tambahan
aku benci perompak dan penyamun.
UMNO selangor tersohor kerana memiliki teramai ahli politik yang jadi penyamun & perompak, atau bekas penyamun & perompak.
Salah tu mat zin...sebenarnya rakyat tolak BN kerana...Pemimpin BN adalah perasuah...itu aje.
BalasPadamcari punca pon bukan bole menang PRU 13..nnti lebih terok pulak jadi nye sbb e2 sbb semua mau kasi sedap telinga melaunnn2 dengar jeee..... ada berani test kt perak lah .......tanya depa ... mau ke ..x mau...baru cerita sapa chmpion ......suara rakyat mau dengar ..lu org poltik punye suara bnyk macam bursa saham ...skejap turun skejap naik...semua klentong sama sama pun main kaummmm...
BalasPadam