Khamis, 6 Mei 2010

BAHAYA BESAR ! AWAS !




SILA BERI BELAS KASEHAN





SAKSI UTAMA KES TEMBAK REMAJA BERI KENYATAAN KALI KETIGA
- mStar

Saksi utama kes kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada 26 April lepas akibat terkena tembakan polis, dipanggil buat kali ketiga untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor petang ini, menurut peguam yang mewakilinya.

Muhammad Azamuddin Omar, 15, yang diiringi peguam yang mewakilinya N.Surendran dan Lathefa Koya dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Monaliza Mokhtar tiba di ibu pejabat polis itu kira-kira 5.20 petang.

Mereka keluar dari pekarangan ibu pejabat polis itu kira-kira setengah jam kemudian selepas kenyataannya direkodkan.

Bercakap kepada pemberita, Surendran berkata Azamuddin yang berada bersama Aminulrasyid dalam kereta ketika kejadian, hari ini ditanya sembilan soalan, sesetengahnya soalan yang sama pernah ditanya.

KAH KAH KAH…

woit…. JAGA JAGA… JANGAN PERGI BILIK SOAL SIASAT YANG TINGGI….kah kah kah..

woit… INGAT APA JADI DENGAN BENG HOCK…. kah kah kah..

kah kah kah… MINTA TEMU BUAL DALAM KANTIN…. kah kah kah..

kah kah kah…. KALAU BILIK TINGGI MINTA TILAM DUNLOPILO DI LETAKAN BAWAH SETIAP TINGKAP…… kah kah kah…

kah kah kah… NANTI ADA PULA KES BUNUH DIRI LAGI…. kah kah kah..

7 ulasan:

  1. kompom big mama pun xde lesen,patut ditembak.

    tembak di pusat kerna x lut di tempat lain.

    -big kepala lutut-

    BalasPadam
  2. awas jugak, jangan pegi kencing dalam bilik air balai polis, walaupun rasa nak terkucil

    er, saya rasa ada lagi beberapa perkara yg masuk kategori 'jangan' ni, ada sesiapa ingat boleh tambah?

    BalasPadam
  3. hahaha...kita tengok adik azamuddin punyer kes pulak...

    betul tu TT, nanti adik azamuddin tu akan membunuh diri kerana trauma kematian aminulrasyid di ribanya.

    macam kes beng hock jugak, dia sanggup bunuh diri kerana menjadi saksi kes rasuah rm2400. yang dituduh rasuah, masih sihat walafiat dan kes sudah jadi basi dan tak tau bila nak naik court.

    bukan susah sangat nak tipu melayu ni:

    1. mula2, cari orang berpangkat dan kaya, depa ni cakap apa pun semuanya betul.

    2. ambil masa dan lengah2kan membuat report dan lama2 orang melayu sudah rasa basi dah kes ni. biasalah, orang melayu, buat apa pun semuanya hangat2 tahi ayam. paling lama sebulan, kita tengok camana akan berlaku selepas 26 May ni...

    3. mulakan dengan bersyukur, suruh bersyukur, sebut allah 3 kali, ceritakan nikmat kehidupan adalah dari allah, KONFEM proses penyucian dosa akan berlaku secera optimum dan efektif.

    4. polis tertuduh akan pergi umrah dan buat haji anak beranak. konfem dosa2 sudah menjadi suci macam breeze, ataupun gi buat PHD macam razak baginda...konfem selamat dunia akhirat. kendian suruh semayang istikharah dan buat sunah dhuha... confem tiada dosa dan bersih macam bayi baru lahir...

    5. surat khabar dan media, memulakan dakyah dengan cerita2 baru yang lebih boom dan kes ini akan semakin dan kian lenyap ditelan masa.

    6. bulan june 2010 adalah paling sesuai untuk dimulakan perbicaraan. sebanyak 600 saksi akan dipanggil dan disoal di mahkamah. saksi2 ini akan ditanya soalan mengenai cara-cara membuat kueh, menanam bayam untuk popai makan dan taat setia kepada raja.

    7. tempat kejadian pula sudah menjadi stesyen bas atau balai bomba dah waktu ni.

    8. kubur akan digali semula dan pakar2 akan dipanggil untuk mengenalpasti adik aminurrasyid ini tercirit ke tidak sebelum mati. kalau tercirit, polis salah. kalau tak tercirit, kene check perut pulak sama ada dia makan petai ke tidak... kalau makan petai, sahlah adik ini bersalah. kalau tak makan petai, akan disiasat lagi sewaktu adik ini dalam kandungan, omak dia makan jering ke tidak? kalau makan jering, maknya yang bersalah. kalau tak makan jering, kene check pulak dengan guru sukan sekolah rendah dan tadika dia dulu sama ada adik ini pernah ke tidak bergaduh dengan rakan sekelas? jika pernah, memang adik ini sah seorang penjenayah. waktu ini, orang melayu sudah tak amik pot apa2 lagi, dan mulalah ketawa walau apa berita disiarkan dimana2 media..

    9. buat analisis lagi dan akan mengambil masa berbulan2... mula2 pasal pistol, kemudian pergi melawat kilang pistol pulak... intervue abis kerani2 pemasaran pistol...

    10. musa hassan meninggal dunia atau bersara... lantik ketua polis baru... perbicaraan diteruskan...karpal singh sudah semakin tua dan tua..rambut semua sudah luruh...

    11. piala dunia, sukan olimpik, lim chong wei menang badminton, sultan kelantan tercirit tak dapat pergi singapore... tapi elaun bulanan duit rakyat yang dia dapat, tetap tak diceritakan...sensitif...

    12. ramalan kiamat, bumi retrograde, tsunami, gunung berapi, dosa tak leh taubat lagi...

    13. F1, anak beranak ditikam kejam, polis tercirit (kasihanilah)

    14. isteri polis simbah asid...nak kawin lain.. faizal tahir demam.. shereen tangkap badak... khai pergi umrah cuci dosa... britney spear diet makan ubi kayu...

    15. proton rugi.. harga minyak naik...kapal terbang terhempas.. POLIS TIDAK bersalah (kes 26 April di Shah Alam)... kambing wak jorno kene kasi biji kelepir...

    16. sultan kelantan sudah sihat, najib pergi umrah bersama khir toyo, lori langgar lari.... siti nurhaliza meninggal dunia... ziana zain dapat kontrek loji nuklear... scorpene dapat menyelam semula...pilihanraya kecil pekan, ahli parlimen meninggal dunia..

    17. happy ending...happy ending...happy ending...

    BalasPadam
  4. kahkahkah. tilam tebal mesti mau ada...i agree, sham! hehehe pagi2 dah mengilai sorang sorang..

    kantin sekolah bagus bunyinya. jangan masuk bilik sulit!

    BalasPadam
  5. kah...kahhh......
    biasa leee tuuuu nak tutup kes buat ceti lain dan lengah2kan proses bicara....
    yg untung dan menang puak2 gerombolan..
    waris mangsa mkan hati ulam jantung....
    pru 13 nie pakat2 pangkah gerombolan boleh dapat loji nuklier pulak utk bunuh anak cucu cicit kite....
    melayu.. melayuu....

    BalasPadam
  6. semua tu nak cari salah cakap je. Kalau kenyataan tak sama, mudah nak selamat.

    BalasPadam
  7. Ramai di antara penyokong kerajaan mengatakan yang salah bukan Polis?. Alasan mereka arwah Adik Amirul ini tidak berlesen untuk memandu dan juga tidak berhenti ikut arahan Polis. Maka Polis ada sebab untuk menembak keretanya. Tak patutlah rakyat marah.Punyalah kaki Bodek...

    Mereka ini tidak memahami sebenarnya kenapa rakyat marah?. bukan di sebabkan polis tembak atau bencikan Polis.Yang rakyat marah disebabkan cerita "cover-up" polis yang berpangkat tinggi itu.. yang keterlaluan dan memperbodohkan rakyat. Ada parang ..penjenayahdan lain-lain tanpa buat penyiasatan. Siap mulakan kenyataan begini rakyat atau Pegawai Tinggi Polis?. Pasukan Polis perlu marah dengan ketua mereka yg keluarkan kenyataan tanpa usul perekasa..bukan Rakyat!!! ...nak undur keretalah maka polis tembak nak selamatkan diri. Hahaha...apa sayang dengan patrol car engkau oang itu lebih dari nyawa seorang insan?. Ram jelah...ada dua kereta peronda bukan?.Ini cerita dongeng.Cerita drama Melayu di TV 3/4. Maka ini kenyataan Polis seperti inilah rakyat naik bosan dan marah dengan pegawai tinggi PDRM (Bukan PDRM kerna ketua boleh silih berganti PDRM tetap utuh). Yang beri kenyataan Akbar itu tahap bangang tidak tahu apa akan berlaku dengan dengan kenyataan begini pada surat khabar. Orang kerajaan sepatutnya marah pada orang beri kenyataan itu.

    Orang ramai tahu dalam gelap dan kejar mengejar itu, polis tidak tahu siapa pemandu. Mereka cuma ingin berhentikan kereta dengan cara yang mudah dan selesa...short-Cut...tembak seperti dalam filem-filem barat. Tetapi mereka tidak tahu pulak risikonya kemungkinan disebabkan jalan yang tidak rata peluru akan mengenai pemandu dan boleh membunuh. Inilah kesilapan anggota Polis terbabit. Mereka bukan sengaja tetapi cuai dan ingin cepat menyelesaikan kes dan lepas itu waktu untuk minum teh tarik di kedai Mamak. Tindakan anggota Polis tersebut cuai...dan terlalu aggeresif dan tidak punyai moral dan etika kerja sebagai pegawai Polis dlm keadaan mencabar. Ramai Polis diluar sana cuma bekerja untuk gaji tambahan dan berlagak kuasa. Inilah sikap Polis rakyat membenci. Ada Polis yang amat jujur dan perihatin dan bijak menjalankan tugas tetapi mereka ini kebanyakanya cuma duduk di Pejabat saja kerana tak mahu terbabit dan takut pada Allah. Pegawai Polis seperti ini dihina sebagai "Polis tak tahu cari makan Polis bodoh"...Sistem duit Balai ada lagi kah?...Kah...kah...kah. Kalau nak kata berkhidmat untuk negara dan rakyat tanyalah kepada Askar Melayu, tentera, Polis Hutan yang dulu duk kat hutan sebulan atau dua bulan tak tahu bila kena ambush dgn Komunis. Atau pun bila kaki atau tangan akan putus kena bobby trap.Tugas Polis Urban/Bandar ini masih boleh makan kat kedai mamak pakai uniform beramai-ramai..Piilah negara orang kalau pakai uniform boleh jamu selera di kedai mamak?..pasal inilah drive-in McD diperkenalkan. Ini makan pakai uniform pasai ada harga diskaun. Hari-hari balik rumah peluk bini. Sempat naik petrol car pii beli sayur&ikan kat Pasar kerana dapat diskaun. Orang Awam bukan bodoh sekarang. Dulu tahun -50an boleh kata macam-macam...berhidmat untuk negaralah dan lain-lain. Kalau satu buang sekarang yang tungg 100 org lagi jadi Polis..kerana semua tahu kenapa. Saja menyusahkan pengambilan baru dengan banyak alasan je!. Sudahlah yang kaki bodek itu...bodek sajalah takat mana boleh...Semua tahu tugas utama Polis menjaga kepentingan UMNO..kedua baru Rakyat...Kha..kha...kenaikan Pangkat UMNO bagi...Jangan salahkan PDRM...cari Makan...

    BalasPadam