Rabu, 19 Mei 2010

BERITA SEDIH TETAPI BENAR




JANGAN SILAP INI BUKAN UNIVERSITI - INI ROTI BAKAR




PENSYARAH ,PELAJAR SERTAI PERTANDINGAN SULAMAN MANIK – melayau

JOHOR BAHRU 18 Mei - Para pensyarah dan pelajar Politeknik Johor Bahru bergabung tenaga menyertai pertandingan Piala Sulaman Manik Kristal FTIMDC 2010 di Yayasan Tun Abdul Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, S. Shantini Devi berkata, tiga pensyarah dan dua pelajar Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Fesyen dari Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual menyertai pertandingan tersebut.

Beliau memberitahu, setiap peserta menghantar sepasang baju kebaya nyonya yang disulam dengan manik Kristal untuk dipertandingkan.

Menurutnya, penyertaan itu terbukti mampu mengetengahkan bakat pereka muda dalam kemahiran menyulam sulaman manik kristal di politeknik.

"Sekarang orang ramai amat meminati fesyen sulaman manik kristal. Melalui pertandingan ini, para pelajar dapat membuka minda untuk mencipta rekaan terkini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, pertandingan dan pertunjukan fesyen tersebut mampu merangsang kreativiti, inovasi dan menjamin keunggulan pertumbuhan dan keutuhan perkembangan industri fesyen tanah air.

KAH KAH KAH…

nota:
lihat baca dan hayati berita ini.

sedarilah betapa sedihnya taraf keilmuan
di lembaga lembaga pengajian tinggi kita.
lihat lah tahap keilmuan para pelajar ini.
lihat apa yang dipertandingkan?

ada univerisiti mengadakan pertandingan debat
ada kolej mengadakan pertandingan menulis karangan
ada universiti mengadakan pertandingan mengatur bunga telor
ada universiti mengadakan pertandingan konda kondi

30 tahun dahulu universiti bukan seperti ini
kita berbangga dengan keilmuan pusat pengajian kita
kita setaraf berdiri sebaris dengan warga dunia

menyulam - mengatur bunga – membodek - menyundal
bukan tugas pensyarah atau mahasiswa
universiti adalah gedung ilmu
universiti adalah ruang mencanai idea dan pendapat
universiti adalah lembaga di mana percubaa ilmiah dilakukan

bila agaknya melayu hendak sedar
kita sedang menuju untuk menjadi daulah gagal
sama seperti burma zimbabwe isreal dan pakistan

jika dalam masa 10 tahun ini kita tidak memghumbankan
gerombolan yang hari ini maka masa depan kita amat gelap
akan sampai masanya :
kita semua akan mengambil bahagian dalam pertandingan memecah teloo kah kah kah


59 ulasan:

  1. Aku setuju... Ni sama taraf ngan kelas Kemas kat kg aku je....

    BalasPadam
  2. tt
    universiti bukan tempat ternak dan pengeluar ayam daging

    BalasPadam
  3. sedih tapi lawak..kahkahkaahhh!!!

    BalasPadam
  4. bro! nanti ada pertandingan telor siapa paling lanjut didunia..kah!kah!kah!

    BalasPadam
  5. aku suka bila kau komen pasal universiti. sebab aku pun student.

    BalasPadam
  6. Bhai TT,

    Bukan la pertandingan memecahkan telo... tapi... pertandingan meneka mana satu telo tembelang... hahaha...

    P/S ... Gua lulusan Politeknik Ungku Omar (PUO) la... tapi zaman Politeknik guna sistem penggal... satu exam dihujung penggal .. kantoi exam... sayonara la jawabnyer... bukan macam sekarang nih.. ader carry forward punya markah... sistem semester... hancuss....

    BalasPadam
  7. The fall or drop of our higher learning standard is caused by our so called national stations and newspapers media.
    They are more profession in "menyulam - mengatur bunga – membodek - menyundal", nothing else.

    It's better ask them to close down, waste no more tax payers' money.

    Sedih.....
    Malu.......
    Teruk.......

    Mungkin Mamak Kutty a/l kakidalammulut can do some changes with his frequent "STINK" mouth.
    Kah........kah..........kah.......

    BalasPadam
  8. Jelas tiada kepimpinan institusi seperti universiti atau politeknik, tiada hala tuju melainkan mencebur dalam kegiatan yang bukan teras keilmuan. Jelas juga kepimpinan UMNO yang terasnya 'Ketuanan Melayu' tak tahu apa itu ilmu, pembinaan ilmu lalu buat kerja-kerja lelucon, itupun disangka sebagai membangunkan ilmu. Mereka tak tahu negara Singapura dulunya ada seperti Universiti Malaya dan kini berpisah jadi Nasional University of Singapore telah mendahului UM kita yang kini terkapai-kapai mendapat ranking dalam kelompok terbaik di Asia /Dunia. Naib Canselor kita terus merapu sana sini, membebel nak ikut Islam, dapat ISO dan tamadun Melayu zaman kesultanan dulu agar kembali cemerlang tanpa perlu pecah otak atau kerja keras oleh staf akademiknya membuat kajian dan menulis di jurnal antarabangsa. Mangkuk punya kepimpinan. Mereka percaya jika Ungku Aziz/Raja Nazrin/Profesor Kang Kung Nordin Kardi/Shahul(UiTM) atau Bik Mama beri berkat maka prestasi keilmuan mengikut acuan kita akan setanding malahan lebih hebat dari Harvard/Oxford/NUS/Cambridge!

    BalasPadam
  9. tt... IPT kita la ni mmg teruk... bebudaknya nak periksa pon mintak tolong lecturer bagi soklan bocor... kalau nak dengar mereka meluahkan pendapat bernas... mereka luahkan BERNAS.. perut kenyang...

    Jangan kita terkejut kalau ketika ini degree holder bersamaan dengan tahap MCE, diploma holder macap tahap LCE... memang tahap kepandaian bebudak sekarang hebat2... lihatlah UPSR, PMR, SPM dan STPM... kalau 'A' ni boleh susun macam piala... semua kerana tuition... zaman dulu tak ada tuition, zaman dulu zaman struggle. Tapi lihat lah tahap kecerdikan mereka... mereka kurang cerdik semasa dalam U... semua disusunkan, semua diaturkan... nak buat mcm mana udah dasar pendidikan begitu... jgn ada suara2 yang berani mencampuri urusan tiada kaitan dengan kuliah dan pengajian... pasti kene sumbat.

    Jangan heran tt... satu hari nanti ada pensyarah2 serta pelajar2 IPT menyertai pertandingan ratu cantik kerana ada kursus baru di IPT... kursus jaga badan dan solekan...

    hehehehe...

    BalasPadam
  10. bro tt, hang tulis roti, tapi aku belek2, selak2, tenung2... tatap nampak gambaq teloq sebiji. lalu aku yakin itu bukan roti. aku bukan melayu dari spesis mudah ditipu dan aku tidak percaya memkhinzir-buta sahaja apa orang lain bagitau, alhamdulillah atas mata yang boleh melihat jelas serta akal yang boleh berfikir waras kurniaan Engkau, ya Allah :-)
    semoga Engkau izinkan aku terus-menerus gunakannya untuk mengisi masa yang juga kurniaan Engkau, untuk membuat perkara2 yang jauh lebih berfaedah buat diriku sendiri serta jauh lebih bermunafaat untuk masyarakat, berbanding menghabiskan masa aku masuk pertandingan menyulam manik2 kristal atau masuk rancangan mencipta rekod membentuk logo 1malaysia terbesar menggunakan pau!

    salam.

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  11. pertandingan MENAHAN KENTUT & "BARANG" DI DALAM LUBANG QUBUL bila nak buat??

    Ketua Hakim pertandingn dah ada ... Yg Mulia Ustaz Saiful b Buhari Al-Coffee, Bekas Pimpinan Pelajar Universiti Apa Whatever..

    BalasPadam
  12. pakcik isham, itu pendapat pakcik isham saja. pelajar2 itu sebenarnya telahpun menjadi juara dunia dalam pertandingan menyusun manik dimana para pelajar dan pensyarah universiti di seuruh dunia tidak mampu mengambil bahagian kerana tidak dapat melepasi saringan awal.

    pertandingan menjilat ini adalah untuk meningkatkan kreativiti yang amat dikehendaki negara bagi mencapai wawasan 2020.

    pihak universiti di seluruh dunia terutama oxford telahpun mengiktiraf kerja2 menyusun manik ini adalah paling berprestij di dunia. hatta malaikat dan nabi2 sekalipun tidak mampu berbuat demikian.

    BalasPadam
  13. itu pensyarah sana itu pelajar masok pertandingan sapa punya cagu palaing panjang maaa,,,,,,lagi ada taraf

    BalasPadam
  14. memang benar
    sekarang gedung ilmu ini ingin mencipta nama
    kerana sudah tidak termampu mengejar yang pertama
    kita buat jadi yang pertama

    melakukan perkara bodoh
    sungguh bijak mereka ini

    visit
    http://melodymockers.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. MINTAK MAHAF. INI BERITA TIDAK BENAR

    Seorang tua yang berkahwin secara koboi dengan seorang perempuan wayang kulit, dijatuhi hukuman denda dan penjara sebulan kerana tidak mendapat izin daripada pihak yang sepatutnya memberi izin. Bagaimanapun hukuman ke atas orang tua itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

    Adalah dijangka mahkomah rayuan akan menerima rayuan tersebut untuk mengelakkan prk. Sehubungan itu, orang ramai diseru mendengar dan meniru alasan orang tua ini di mahkomah rayuan supaya dapat menggunakan alasan yang sama apabila terdesak dan menghadapi masalah yang sama berkaitan kawin koboi pada masa depan.

    Untuk memastikan alasan ini tidak dilupai, orang jantan boleh menyalin dan menyimpan alasan tersebut dalam lipatan songkok masing-masing. Alasan ini juga boleh diedarkan kepada saudara mara belah lelaki yang berhajat untuk kawin koboi tetapi tidak mendapat kebenaran bini tua.

    sekian berita hari ini.

    BalasPadam
  16. Bachelor Jahit Kristal (Hons)
    Diploma Jahit Kristal (CGPA 3.48)
    Prof XXX Jahit Kristal
    Fakulti Jahit Kristal
    Major dalam Menjahit Kristal
    Universiti Jahit Kristal
    Mahasiswa Bidang Jahit Kristal

    Universiti Konda Kondi
    Bunyi macam top university kat Jepun

    BalasPadam
  17. jgn dihina aktiviti meyulam manik bro... sebab aktiviti sebeginilah yang memartabatkan universiti di malaysia.. menjadikan paling dikagumi, dicemburui dan tersohor serata dunia, menyandang ranking no 1 mengalahkan universiti2 lain...

    syabas canselor, vc, dekan dan ahli akademik sekalian...

    hiyaaaaaarkh,, ptuiii

    BalasPadam
  18. pelajar/pensyarah SENIREKA PERINDUSTRIAN uitm kedah buat batik!! jual batik!! apa barang ntah!

    BalasPadam
  19. Wah hebat..hebat..tahniah kerana menganjurkan pertandingan sulaman manik. Unibersiti teman lagi hebat..pertandingan ngecat bilik kuliah..!!! Hadiah..hamper roti pat segi..!!

    BalasPadam
  20. Saya secara keseluruhan tu bersetuju dengan apa yang dibincangkan dalam nih.

    Cuma sedikit pertanyaan. Mereka yang menyertai adalah dari pensyarah dan pelajar Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Fesyen dari Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual.

    Jadi saya tak nampak apa yang salahnya dengan menyertai pertandingan tu.

    Tak tau la pulak kalau pelajar fesyen kalau nak masuk pertandingan, kena masuk pertandingan automatif atau pertandingan robotik.

    Sori kalau saya ada yang tak dapat tangkap maksud kat sini.

    BalasPadam
  21. Universiti aku pulak 28 jam satu hari, 8 hari seminggu, 34 hari sebulan meeting pasal akreditasi, kelas dah tak payah fikir.. menteri kat kementerian pun macam hampeh tak tau apa, dengar aje pembodek punya cerita.. polisi kejap2 tukar. Menteri kat KPT ni sepatutnya bukan letak orang politik, tu le pasal kangkung-kankung membiak subur kat universiti sekarang ni.
    Sekarang ni kerja pensyarah bukan mengajar tapi buat borang isi borang. Buat dokumen berlambak-lambak macam bagus,kualiti students lansung takde.. mana nak ada kualiti masuk kelas pun sebagai syarat aje tak sempat prepare apa... kalau tak ready sangat bagi aje group asg. lepas tuh takpayah marking.. markah agak-agak aje.
    Kalau korang nak tau ni le kerja hakiki pensyarah kat universiti sekarang ni.. meeting buat dokumen, takde close loop. last2 dapat le hasilkan student yang macam sekarang ni.
    Nak fikir pasal high impact journal...lupakanlah, conference cap ayam bolehlah.. tu pun cedok report student lepas tu tumpang nama ramai-ramai... sape-sape pensyarah kat sini mengaku aje lah jangan nak tipu benda ni..

    BalasPadam
  22. Masa kita dulu, guru kita lulusan U kat US, ex lecturer juga. Bayangkan quality guru di sekolah menengah masa dulu. Kita batch akhir HSC/MCE. Lulus habis beb! Cara dia ajar macam kat U pula.

    Lecturers sekarang mungkin tak lepas Tofel pon!

    Next in Malaysian U - pertandingan main guli!

    BalasPadam
  23. rasenye memang patut kot mereka join pertandingan ni. kan mereka ambil jurusan yang berkaitan. lainlah kalau bidang arkitek masuk pertandingan nyulam menyulam. bab ni saya rase takde yg pelik.
    yg paling pelik cikgu disuruh gotong royong sempena hari guru...ha ha ini pelik ya amat

    BalasPadam
  24. apa la bongok tahap cipan ko ni.

    "tiga pensyarah dan dua pelajar Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Fesyen dari Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual"

    apa yang korang harapkan diaorang buat?? nak berdebat? nak berdebat pasal apa? pasal telo ko dah lanjut???

    BalasPadam
  25. gua pun bekas student PUO. kelas ada dalam 30 student, setiap tahun 5 atau 6 orang gugur, sebab fail exam. yang tinggal, hanya yang berkualiti dan betul - betul bersemangat untuk berjaya. gua pun berjaya...he he he

    BalasPadam
  26. kekeke, apa tu konda kondi! familiar tapi taktau apa tu, hehe

    BalasPadam
  27. sulam manik...

    ishhh.. aku tak tau nak menangis ke nak gelak..

    sedihku berbaur hiba
    hibaku bertukar gundah

    psstt.. kalau korang supply barang kat universiti, confirm kaya.. diorang taktau pasal price..

    BalasPadam
  28. TT..YANG INI BARU BETUL, BUKAN KANGKONG PUNYA CERITA..ADA VISI DAN MISI!

    BANGGA KALAU ADA CAW AL AZHAR KAT P PINANG! INSYA ALLAH..


    Penang’s Balik Pulau to be education hub - MINSIDER

    BUKIT MERTAJAM, May 19 — The Penang state government has identified a 200-acre site in Balik Pulau, to be turned into a hub for excellence in education, by inviting higher learning institutions to set up their campus.

    Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the project for the hub was in the process of land acquisition which is expected to cost about RM100 million.

    “We are discussing the prospect with investors and work is expected to start in a year or two,” he told reporters after handing out contributions to religious schools in the state at Permatang Nibong here today.

    Lim said the state government had discussed the setting up of higher learning institutions at the hub with two renowned international higher learning institutions.

    “I hope world renowned Islamic universities like Al-Azhar University can set up their campus here,” said Lim who handed out grants totalling RM1.75 million to 21 religious schools and Maahad Tahfiz in the state.

    “The grants may not be enough to overcome their total expenditure and I hope the Federal government will also support through some form of contribution to ease their burden,” he said. — Bernama

    BalasPadam
  29. Non-Excremental Individual19 Mei 2010 pada 6:08 PTG

    tolong siapa2 pun sila jgn ckp kerja bodoh ni satu kerja seni

    BalasPadam
  30. Aiyoyo......
    Menteri-menteri pun bagai "PHD ciplak"

    How can you expect commoners be better........

    Haaaaaaaa.............

    "Upper part of beam not straight;then how can you expect lower part be straight too."


    "Men make history, and not the other way around. In periods where there is no leadership, society stands still. Progress occurs when courageous, skillful leaders seize the opportunity to change things for the better."
    Quoted by
    Harry S Truman
    33rd president of US (1884 - 1972)

    BalasPadam
  31. Nanti kalau IPTA dah dapat autoriti dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA)untuk memberikan penarafan program tentu salah satu syarat untuk dapatkannya adalah anjurkan pertandigan pensyarah dan pelajar dalam acara sulaman, main congkak, main layang-layang dan lain-lain

    BalasPadam
  32. Izinkan saya mencelah saudara TT. Pada pendapat saya yg kurang cerdik ini, tidak ada masalahnya dengan pertandingan yang disertai. Apa sebenarnya masalah yg anda semua lihat? Lihat saja kursus yang diambil oleh pelajar2 tersebut.. Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Fesyen dari Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual. Sijil beb..bukannya degree! sila baca betul2. Pertandingan yg disertai pula memang pada saya bertepatan dengan kursus yang dipelajari. Maksudnya apabila mengambil kursus tentang fesyen, maka sesuailah menyertai pertandingan fesyen. Tak gitu? Takkan nak sertai pertandingan perahu layar pula.. Kalau nak komplen, kena fikirkan apa rasionalnya, bukan setakat komplen sahaja. TQ

    BalasPadam
  33. kpd anon 14:23

    kalau ko suka, aku lagi suka bila Pak Isyam komen pasal u.

    sbbnye aku dah berenti. takat sem 3 je.

    xde kualiti langsung kite nye u. aku bukannye bodoh tp byk sebab aku berenti dr u. pensyarah xde kualiti. buku xde. kalo buat praktikal lg la xde kualiti.

    sistem u skrg budak2 diajar kejar markah utk lulus je. xde kualiti pengetahuan dan kemahiran.

    tp ramai kawan2 aku yg kuar u skrg xde kerja. korg bayangkan ijazah engineering pon x laku kat pasaran. majikan xnak yg fresh. diorg nak yg ade pengalaman sekurang-kurangnye 5 tahun berserta ijazah.

    skrg kawan2 aku duit pon xde, kerja pon xde.

    aku wat bisnes, dapat byk duit. x pernah aku dgr kalo kite buat loan bank, banker akan minta tgk diploma atau ijazah, semua benda nie hanya utk minta kerja je. tp skrg kerja pon xde.

    bukan aku nak maksudkn belajar tak bagus. tp kpd student u, korg kena ada PLAN B. Iaitu buat bisnes a.k.a. jadi usahawan. kalo sebulan leh simpan RM2-3 RIBU, lama-lama leh kumpul byk duit bila kuar u. kalo xde kerja pon korg ade duit simpanan dan asas perniagaan.

    sebab tu skrg kerajaan PR Selangor wat program keusahawanan di kalangan pelajar2 yg dah kuar u.

    mmg kerajaan BN mcm setan tp atas diri sendiri jugak kalo nak maju.

    BalasPadam
  34. perguruan cilat cekak19 Mei 2010 pada 7:02 PTG

    Sepatutnya bebudak kat Universiti diajar cara2 mempertahankan bontot, supaya mereka dapat mempertahankan diri sekiranya ada kemungkinan berlakunya perbuatan liwat.

    jangan jadi macaman budak setpol, kata kena liwat tapi macam tak kena liwat.

    BalasPadam
  35. Apa nak jadi IPT kat Malaysia ni? Macam kepala bana dibuatnya.

    BalasPadam
  36. Bekas Penyokong UMNO!19 Mei 2010 pada 7:33 PTG

    Betul tu!

    Professor professor besar takde satu habuk pun dalam jurnal2 impak tinggi (High Impact Journals), atau tak pernah menulis buku ilmiah yang diterbitkan oleh penerbit akademik yang diiktiraf (Blackwell Science, Edward Elgar, Ashgate, dan sebagainya).

    Mereka ni setakat tulis pasal research yg tak dikritik dan tak bermakna, yang diterbitkan dalam jurnal buatan universiti sendiri, tak payah la research pun, pegi makan kangkung wei.

    Takde telur nak hadir di konferensi antarabangsa utk bincangkan keputusan kajian... sebab kajian bodoh, atau takde program kajian pun.

    Professor2 uni tempatan pandai bodek, buat polisi polisi bodoh. Mintak tunjuk CV, malu nak tunjuk sebab tak pernah terbitkan buku.

    Inilah hasil Ketuanan Melayu.

    Inilah ciptaan UMNO-BN.

    Inilah dia kehancuran budaya ilmu dan institusi pengajian tinggi tanahair kita.

    Semoga Allah menyelamatkan negara kita.

    BalasPadam
  37. "DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aibkan orang, monyet pun jangan."

    Dan gara-gara ayat itu Badrul Hisham Abdul Jalal terpaksa merengkok lima hari di penjara.

    Lelaki berusia 40 tahun yang mengakui beliau adalah ahli PAS berkata 'kata-kata' itu diletakkan di Facebook halaman perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan bagaimanapun mendakwa kata-kata itu sebagai ugutan untuk membunuhnya.

    Menceritakan bagaimana isu berkenaan timbul, Badrul memberitahu wartawan bahawa beliau tergerak untuk memuatkan kata-kata itu ketika bekerja pada Rabu lalu.

    "Sebagai orang Islam, saya cuma mengingatkan Saiful supaya tidak mengaibkan orang. Lagipun, kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau mati pada hari esok.

    "Ia bukan satu ancaman,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini

    BalasPadam
  38. Syabas, inspektor sahab! Akhirnya suma graduan bumiputera akan mendapat degree:

    Bachelor in Bead-Sewing (Over-honors)
    a.k.a BBS (bunyi macam degree law, yek, ahahahaha) atau nanti graduan tu akan translate dgn bangganya sbg Bujang dalam Manik Jahit (maklum, tak pas baso inggeris, ahahahahaha, translate terus!)

    Waaa, bukan main hebat lagi unibersiti dan politakteknik kita suma ni yek, silalah majukan kokurikulum masing2 ke times university ranking kalu berani. Pasti teloq takdaq, prof kat obersea tu kesian nengok sambil pikir: hmm, rupanya petronas twin tower tu je tinggi, akal melayu ni takat pendek jarum jahit manik pulak yer...

    Kah kah kah kah!!! dekah dekah kah kah

    BalasPadam
  39. Lagi banyak BN cakap pasal Islam, judi bertambah..
    2010 Mei 19

    PERMATANG PAUH, 19 Mei: "Lagi banyak Kerajaan Barisan Nasional (BN) membicarakan pasal Islam, lagi banyak perjudian tumbuh. Contoh terbaru 'judi bola' yang bakal mewarnai masyarakat ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia bulan depan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bercakap pada majlis penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) tahun 2010 di Madrasah Al-Aminiah, Permatang Nibung pagi tadi, beliau menambah, judi bola akan menjadi trend terkini apabila kerajaan memberi lesen kononnya menghindarkan perjudian haram terutamanya kaki bola ketika perlawanan itu nanti.

    Menurutnya, memberi lesen bukan jalan penamat untuk membanteras perjudian di negara ini sebaliknya menambah kemelut sosial yang telah kusut sejak bertahun lamanya.
    Katanya, generasi muda terutamanya akan hanyut dilanda arus perjudian setelah kerajaan sendiri memberi kebenaran.

    Tambahnya, tokoh agama dalam Umno khususnya kenapa mendiamkan diri sedangkan jika membabitkan pembangkang bukan main lagi mereka ke hadapan.
    Sepatutnya, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, mereka bersuara kerana judi merupakan perosak masyarakat yang nyata dan harus dibanteras bukan digalakkan.

    "Mana dia tokoh agama yang sanggup bercanggah pendapat dengan tokoh politik pembangkang jika timbul isu agama. Kenapa mereka diam membisu. Sepatutnya mereka malu dengan status Malaysia sebagai Negara Islam tersohor di dunia, " ujarnya.

    Beliau berkata, rakyat Negeri Pulau Pinang harus berterima kasih kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang begitu prihatin terhadap Islam dan perkembangan sekolah agama yang berada di bawah penguasaannya.

    Katanya, Ketua Menteri banyak membantu dengan memperuntukkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan terbaru kepada SAR semata-mata mahu melihat perkembangan Islam walaupun beliau bukan individu Islam berbanding Ketua Menteri atau Menteri Besar Kerajaan BN.

    "Mereka tidak langsung memikirkan bagaimana untuk memartabatkan Islam termasuk SAR yang masih berada di tahap rendah berbanding sekolah agama lain di Malaysia," katanya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

    JUDIHALAL.COM

    BalasPadam
  40. Mana Perkasam Katak Ali !?

    Perjuang yang "Holy" sekali.
    Perjuang yang "Judi" sekali.
    Perjuang yang "Madey" sekali.

    Ciss....! Ciplak punya perjuang.
    Bila di perlu, sengaja hilang sendiri.
    Ciss....! Ciplak punya perjuang.

    Kah....kah.......Kah.......


    "Some people have so much respect for their superiors they have none left for themselves."
    Quoted by
    Peter McArthur

    BalasPadam
  41. chisss bedebah korang semua berani korang kutuk bik mama & isterinya....kerana adanya kangkonglah nasi lemak jadi sedap, krna kangkonglah sotong kangkong jadi sedap..krna kangkonglah yong tau fu jadi enak..dan krna kangkonglah bik mama & isteri dah jadi macam kongkang....

    BalasPadam
  42. abg isham,
    ulas mengenai kerugian besar simedarby

    BalasPadam
  43. < Kalau kita tak memahaminya jangan komen tak tentu pasal ini menunjukkan kedangkalan ilmu orang yang komen ..Sijil Kemahiran Khas Reka Bentuk Fesyen di Politeknik Johor Bahru diambil oleh pelajar yang berkemahiran khas@OKU pekak dan bisu ..apa yang anda harap dari mereka sebagai pelajar untuk masuk pertandingan pidato..sebab mereka pekak dan bisu ..sebelum kita bagi pendapat selidikilah dahulu ..supaya kebodohan orang yang bagi komen tidak terserlah kebodohannya>

    BalasPadam
  44. universiti ialah tempat mengeluarkan cendawan-cendawan yang hanya tahu bercakap guna skrip kat tv. di depannya title prof, dr.

    aku cadangkan apa kata buat sukan lari bawak telur, mesti boleh buat rekod baru ni.

    BalasPadam
  45. Future newspaper hotline: "Pensyarah MIT kagum dan mahu mempelajari Menyulam dari Universiti di Malaysia"..
    jangan marah haaa, nanti kena jual kah kah kah kah.

    BalasPadam
  46. kah kah kah!
    kau org asyik kutuk aje,
    kami hari-hari buat kajian,
    hari-hari tulis nota,
    hari-hari masuk kelas tambahan,
    hari-hari pergi kelas,
    hari-hari mendengar ajaran,
    kami berjanji pada 2015,
    Universiti kami akan keluarkan graduan lulusan UPSR kelas pertama.

    BalasPadam
  47. tt... namapaknya ramai lagi yg tak paham apa ada dalam kepala hotak kau ni...

    seperti yg kau kata... kau adalah yg songsang... pandangan kau terlalu kritis... pandangan kau menerobos apa yang zahir, melihat apa yg tersirat...

    tapi ini blog kau, hak engkau... tajuk besar, tajuk kecil, paparan imej dan berita semua mcm tak berkaitan.. tp kalau pikir sikit dalam maka akan tahu apa yg ko nak sampaikan...

    syabas bro... tulis dan terus tulis apa yang kau nampak, apa yg terlintas dalam hati... hanya orang yg paham saja boleh tahu apa yg ko nak sampaikan...

    tak gitu tt...

    BalasPadam
  48. Hahaa... mesti korang ttau para pnsyarah dan pelajar PTPL Shah Alam ari tue BERGANDING BAHU BERKERJA SAMA mmbina KUEH APAM TERBESAR di 1MalYsia..

    Adoii.. Standed Kueh Apam yer student kiter..

    Ini kesah benar..!!

    IPT Kueh apam.. kehkehkeh.

    BalasPadam
  49. Akupun turut sedih. Sungguh malang Malaysia. Patutlah institusi pengajian tinggi Malaysia duduk kat ranking belakang. Perutnya minda! Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Elok tukar nama ke pada Malas-ia. Malas nak garap minda supaya jadi negara tersohor dalam bidang pengajian tinggi.

    BalasPadam
  50. Sepatutnya mereka haros rekacipta Baju Kalis Perluru dan flak jacket yang fashionable dan berharga murah.
    Ramai ibubapa akan beli Baju Kalis Perluru untuk anak anak mereka.
    Saya pon mau beli satu.

    BalasPadam
  51. Hmmmm...pendapat Sarah,pertandingan sebegitu tak salah dan tak memalukan serta tak menjatuhkan tahap 'intellectual' satu2 manusia serta IPT.

    Seni kraf memerlukan creativity yang lebih dari biasa.Janganlah saudara pandang rendah pada 'Seni' :(

    Seni tak salah,yang salah 'shareholders' di IPT berkenaan.Andai kata mereka itu bijak,sudah pasti institusi pengajian di Malaysia akan sering menganjurkan pertandingan yang mengarah kepada penambahbaikkan kualiti hidup manusia dan alam sekitar...masalahnya pertandingan sebegini,ongkosnya tinggi dong!

    IPT tempatan,mahupun system pendidikan kita...amat gila glamour.Jika ada mengatakan sebilangan anak2 seni gila glamour...mencari publisiti murah,saudara semua jangan lupa...para cendiakawan di IPT juga tak lepas dari penyakit ini.

    Maka janganlah ketawakan seni...walaupun tidak penting tapi kecil hati saya :(
    Orang2 seni bukan tidak bijak dan jahil teknologi.Sebagai contoh diri saya sendiri...walau tak sebijak mana tapi pernahlah juga 5 tahun menelaah 'sarjana Fizik tidak muda' di universitiTEKNOLOGImalaysia,dan 4 tahun cuba mempelajari dunia mass komunikasi di Uitm.Tapi saya amat sukakan seni!

    Walau buka seni jahitan sulam kristal,tetap juga kerja yang saya lakukan sekarang bukan sekadar kerja...tapi hasil seni!

    Universiti memang bukan tempat menjahit,menternak,bercucuk tanam...tapi penambahbaikkan dalam teknologi berkaitan dengan jahitan,perternakkan serta pertanian...adalah satu kebutuhan.

    Sekali lagi,jangan ketawakan seni...ketawakan mereka yang gila glamour dan publisiti murahan.

    BalasPadam
  52. ahahahahahahahahaa..klakar gila la posting ni...ahahahaha..yng lagi aku nyampah..graduan tempatan susah dapat kerja...graduan luar..siap leh jadi menteri.. ahahahaha sapa??? ahahahah sapa ye???ada la sorang tu..lulusan industrial economy.. ehehehehe..

    tambah lagi..membodek dan menyundal..

    sound direct tu..

    bab piala menyulam ni???..tk heran la politeknik..tapi...daripada contest..baik projek..lagi bagus..ini terkenan piala dunia la ni.. ahahahahaha

    BalasPadam
  53. hai hicyam,
    Lu taruh itu foto TELOR @TELUR?.. "itu sebiji telur ayam cikgu"... "betul murid-murid, itu telur ayam"...
    Klau lu cakap itu babi cibai punya telur, gua hantam sama lu..


    "BELAJAR SAMBIL
    MENCABAR
    PENGETAHUAN TIDAK TERJUNTAI
    SEPERTI PISANG
    BANGSAMU TIDAK TERMAJU
    TANPA PEMIMPIN
    BERPENGALAMAN MENCABAR DAN TERPELAJAR"..
    (Mahaguru Ungku Aziz, Universiti Malaya 1974)

    BalasPadam
  54. Tanpa Nama 2010 Mei 19 16:18

    kalau hang benar2 rabun tak jelas fakta yang disakat diejek pembaca2 lain, meh sini aku tolong pimpin tangan hang tunjuk jalan sebenar. banyak perkara yg janggal lagi menyakitkan jiwa bila terbaca berita2 macam ni. aku tunjuk hang 2 je lah:
    1. intipati berita
    memanglah betul tak disangkal bahwa apa yg pensyarah&pelajar tu buat adalah berkait langsung dengan jurusan pengajian depa. itu bukan intipati lawak bodohnya. yang dikutuk ialah berita sedemikian boleh mendapat tempat di dada berita. bila sesuatu diberi peluang baek dapat melekap kat dada, maknanya benda itu penting lagi dibanggakan.
    adakah 'kejayaan' demikian sesuatu yg sangat hebat dan memang wajar dibangga lagi diwar2kan seluruh negara, jauh lebih hebat dari kejayaan seekor ayam betina menetaskan sebutir telor lalu diriuhkan seluruh kampung sahaja?
    adakah hang termasuk seorang yg bangga sangat dengan pencapaian sedemikian sehingga layak ditempel di dada atau kat dahi hang?
    tanpa nama, apa yg depa buat tu, kakak, mak, nenek hang pun boleh buat lah... jangan underestimate kepandaian saudara2 perempuan sebelah ibu mahupun sebelah bapak hang, mereka tak perlu jadi pensyarah atau pelajar politeknik baru dapat ilmu tu! kat pekan2 kecil banyak kedai jahit cina yg menawarkan 'kursus' buat benda2 jauh lebih advanced dari tu! dan takde pun masuk berita!
    mafhumnya, itu hanya perkara biasa je yg tak perlu diheboh2kan, buat malu je bising2 sedangkan orang lain boleh buat benda lain jauh lebih bijaksana dari tu, apatah lagi orang lain tu takde pun kelulusan 'akademik' tahap kolej ke poli ke!
    catatan tambahan: kalau pelajar jurusan fesyen bergabung dengan penuntut perisian dan robotik, lalu mereka menghasilkan mesin dan perisian yg boleh menempel manik2 kristal mengikut apa jua gaya reka pada apa jua jenis fabrik pada kelajuan sehingga 1 ribu manik seminit, itu barulah bahan berita yg bangga didengar!

    2.lemau idea
    kalau perkara (1) tadi hanya melucukan tahap loya, perkara (2) ni lebih serius dan lebih mendalam kesan dan maksud tersiratnya!
    bila dada2 takde apa2 perkara hebat dapat dipampangkan untuk tatapan hang & aku, ini mafhumnya seluruh negara takde apa yg hebat nak diwar2kan atau nak dibincang secara intelektual. maknanya seluruh negara telah ketandusan buah fikiran. negara telah dilanda kemarau pemikir2 dan perekacipta. negara yang tiada kreativiti dan inovasi. negara yg gagal membuat sebarang contribution ke arah memajukan peradaban &tamadun manusia sejagat. negara yg hanya tahu meniru memkhinzir-buta! dari situlah mula bertapak pensyarah2 yang 'berjaya' meraih taraf PhD menerusi thesis ciplak! budaya tidak-berfikir-dalam ini diperturunkan pula pada pelajar2 lalu vicious cycle ini berterusan. ketinggalanlah tamadun melayu.
    tuah mungkin berkata 'takkan melayu hilang di dunia', tapi persoalannya, dalam bentuk & keadaan apakah melayu itu wujud dalm dunia masa hadapan? dalam pemikiran benak yg ketinggalan dan menjadi bahan jenaka tamadun lain? atau hang mahukan tamadun melayu yg mengepalai kehebatan tamadun2 lain?

    celikkan mata & akal kurniaan Allah. sendiri mau fikirlah. sebelum terlambat dan org2 lain dah zas! jauh maju meninggalkan kita terhegeh2 masih di zaman kuno.

    salam.

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  55. nia sara dan yg sewaktu dgnnya:
    tak tau ke sdr hishamuddin rais aka bro tt sendiri adalah berlatarbelakangkan seni? tak percaya? mungkin anda terlalu muda untuk kenal pakcik tt. tanyalah pada dia sendiri.

    tetapi sebelum anda melatah atau berkecil hati menganggap intipati yg diketawakan adalah 'seni' itu sendiri, cuba baca dahulu posting yg baru saja saya submit sekejap tadi.

    peace.

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  56. Salam Bro Isham,
    tragedi di thai sekarang ni Bro tak nak ulas ke, kenapa jadi lagu tu, sebab thaksin ke? atau demokrasi di THAI sudah mati ke?...

    saja tanya...hehe

    BalasPadam
  57. nia sarah jgn sedih..

    Bro TT ini pon org seni. Seni yang berkualiti mcm apa yang Sarah buat tu..kalau ada masa join program yg tt anjurkan...tengok pada kualiti seni dia..

    yang bro TT marah sbb semata2 gila glamour, buat benda 'seni' yg bkn2..cth..burger terpanjang la..keropok terbnyak la..seni apa ini?

    BalasPadam
  58. ade jugak yg tak paham maksud bro tt hahahahahah bro tt marah sama itu org u yg tak mau pikir buat sesuatu ug bertarap u bukan nye buat sesuatu yg bertarap itu sekolah menengah ka itu tadika kemas cumi dan ciki ka apa ka,hahahahahahah artikel itu bro tt kena paham betol2,,,itu pon korang tarak paham ka??????benda simple maaaa

    BalasPadam