Sabtu, 8 Mei 2010
MANA SEMBAB HILANG - SATU MALAYSIA TUNGGU FATWA
KENAPA TAK LAPOR MUKA DEPAN JUDI BOLA - TAKUT PADA CUKONG CHINA
KERAJAAN TIMBANG IZIN PERTARUHAN PIALA DUNIA – berita hairan
KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram.
Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein, berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.
Sambil mengakui sudah ada pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan, beliau berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa.
“Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
KAH KAH KAH…
woit…. GUNAKAN PERKATAAN PERTARUHAN…. kah kah kah..
woit…INI BERJUDILAAA NAMANYA…. kah kah kah…
woit…. MALAON MELAYU NI … HANYA JADI BARUA VINCENT TAN…. kah kah kah…
PELIK PELIK PELIK ….KAH KAH KAH..
woit…. BILA ZAHID IBRAHIM ADA KUDA …. MELAYAU BUAT MUKA DEPAN…kah kah kah…
kah kah kah…. BILA LESEN JUDI…. SEMUA SENYAP….kah kah kah..
woit…. MANA DIA MULUTI PERAK…. BILA NAK KELUAR AIR LIUR…. kah kah kah…
woit… MANA DIA GURBIM…. HILANG TAK DENGAR SUARA…. kah kah kah..
woit… MANA DIA PUKIPM….. BILA KELUAR KENYATAAN AKHBAR….kah kah kah…
woit… MANA DIA GUPAMAS…. TAK ADA PULAK BISING…. kah kah kah..
woit… SEMUA MAHU JADI BARUA VINCENT TAN….. kah kah kah…..
nota:
tolong jangan kacau vincen tan
dia member katak pekasam kah kah kah
KENYATAAN PARTI KEADILAN RAKYAT
PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK CADANGAN MENGHALALKAN JUDI
DASAR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG MEMBAWA KEHANCURAN
7 MEI 2010
Parti Keadilan Rakyat membantah keras cadangan kerajaan BN untuk menghalalkan judi pertaruhan sukan. Perkara ini telah dibangkitkan di parlimen oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau mencadangkan bahawa rancangan ini boleh dilaksanakan sebelum tibanya musim mengaut keuntungan dalam Piala Dunia yang akan bermula bulan hadapan.
PKR dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat. Meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long.
Kerajaan BN tidak menghiraukan fakta bahawa golongan miskin dalam masyarakat akan menerima kesan buruk akibat pelaksanaan dasar judi ini. Biarpun perjudian merupakan tabiat yang wujud pada setiap peringkat golongan masyarakat, namun ia memberi kesan besar terhadap golongan berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak boleh kalah dalam perjudian mereka untuk cepat kaya. Kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golonganyang kaya.
Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ia akan memperbanyakkan lagi pembuat pertaruhan haram dan 'jerung' ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.
Cubaan tidak masuk akal Awang Adek untuk meluluskan rancangan ini sebelum Piala Dunia menunjukkan betapa rakusnya BN untuk mengeruk duit Rakyat.
Warga Malaysia menyukai Piala Dunia dan sukan bola sepak umumnya. Menghalalkan perjudian akan hanya membawa lebih ramai orang ke dalam kancah kitaran ganas yang berakhir dengan kemiskinan dan ketagihan judi.
Lebih teruk lagi, kerajaan BN bersekongkol dengan agensi perjudian yang tidak telus dalam urus niaga kewangan dan keuntungan mereka, berbanding dengan negara-negara lain yang mana terdapat perjudian terkawal.
Cadangan ini hanyalah skim buat duit yang tidak bertanggungjawab dan dicadangkan oleh BN serta ianya merupakan permulaan yang berbahaya dan menghancurkan. Ia perlu ditolak dengan serta-merta.
Latheefa Koya
Ketua Penerangan PKR
Ada Judi halal dan haram kah?...macamlah orang Malaysia ini bodoh sangat?. nak tipu org Felda bolehlah..itu pun kena bagi duit...Menteri Judi halal ini, nasib baik tak jadi Menteri Besar Serambi Mekah(KELANTAN)kah...kah nanti bina kasino no.2 kat Golok. Judi untuk semua agama adalah haram...budha kah ...Hindu kah semua kata haram ..tak ada yang kata halal. Tak caya tanya Mr.Sam.atau Taukeh video haram...kah..kah!.
BalasPadamisham aku pernah baca dalam buku meruntuh dan membina malaysia pasal ini :*
BalasPadamjudi, zina, arak
BalasPadamdosa besar tu
tak kan tahap timb montori pun jahil
tak blaja agama nih!
ke nak share saham akhirat
judi tak ada lesen - haram
BalasPadamjudi ada lesen - halal
hukum judi agama baru agaknya
mentri si pening lalat
Ini lah tahap kebodohan dan kebodohan dan terus bodah nya seorang menteri umngok yang cuba menghalalkan perjudian.
BalasPadamHati nya sudah mati sudah tidak mengenal halal dan haram.
Si bingai harus dibawa berjumpa Mufti Harussani dan dengar apa kata mufti ini. Adakah halal atau haram??????.
jangan bimbang, si kitul ini akan terus mendapat gelaran2 bangang dari rajagopal2 pada setiap ulangtahun sultan.
BalasPadamteringat aku kat rtm dulu ada kes datuk abdullah hishan ngan pompuan yang baca berita sharma kumari, zina suka sama suka adalah halal...tup2 beberapa tahun lepas, sultangopal pahang bagi lagik pingat tan sri ke apa ntah kat dia...
aku harap satu hari, raja2kontol kita tidak akan segan silu pula akan memberi gelaran tun pulak kat si penghalal judi ni.
Ini kes nak cari duit untuk Pilihanraya Umum 13....takkan tak faham....NGO melayu tak boleh cakap banyak...nanti tak masyukkk....lagi pun...mengikut fatwa mauufti islam umno....lesen yang akan dikeluarkan itu dipanggil PERTARUHAN, bukannya JUDI...Pertaruhan dengan Judi adalah tidak sama dari segi EJAAN...oleh itu...JUDI adalah HARAM....PERTARUHAN adalah HALAL...kahkahkah
BalasPadamtt... kerajaan nak kawal judi tak berlesen dengan cara beri lesen... kah kah kah...
BalasPadamitu namanya kerajaan yang nak main judi... judi bola ni judi bermusim, habuannya memang banyak dan melimpah ruah. satu yang nyata senanglah juak-juak gerombolan tompang dua kaki.. sebab ada lesen kerajaan dah halalkan judi tersebut. senang bah duduk mesia... haram boleh jadi halal.
jenis menteri nak runtuhkan agama
BalasPadammufta-mufti pekak badak pula
telinga sumbat $$
mulut tampal $$
Apa kata Mantan Bakal MB Kelantan tu?
BalasPadamHu..Hu...Nak halalkan judi a.k.a pertaruhan sukan?
Bewok sungguh. Tak reti2 hala-haram. Pak Mufti tolong ketuk kepala Awe Ade' tu ngan terompah!
~~budak pantai irama.