Selasa, 22 Jun 2010

BERSEDIA UNTUK DEMO BESAR 3 JULAI



DARI DULU LAGI DEMO ADALAH BUDAYA MELAYU UNTUK MENENTANG YANG ZALIM




GMJ POHON PERMIT POLIS ADAKAN DEMO 3 JULAI INI -mkini

Penganjur perhimpunan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan memohon permit polis bagi mengadakan protes membantah lesen judi sukan pada 3 Julai di ibu negara.

Jurucakapnya, Suhaizan Kaiat berkata GMJ akan memohon permit itu Khamis ini untuk membolehkan peserta protes itu berhimpun di tiga lokasi - Masjid Negara, Masjid Jamek dan kompleks Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Beliau yang ketua penerangan pemuda PAS berkata, GMJ juga akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung isu yang sama kepada Najib Razak Rabu ini.

nota:
seluruh anak muda diminta
bersedia untuk turun ke jalan raya

tunjukan marah kepada apno dan para cukong yang telah
merosakan kuala lumpur. kumpulkan kermarhan
dan semburkan dijalan raya 3 julai ini.

mari besama sejarah. mari bersama membuat sejarah.
anak muda adalah pengukir sejarah bangsa.


NOTA SEKOLAH POLITIK:
bila kita berdemo
maka mahafiraun terkencing dalam seluar
madey kata demo bukan budaya kita
ini ertinya demo adalah senjata yang
amat berkesan untuk mendobrak gerombolan

bila gerombolan tak suka demo
ertinya demo itu baik untuk seluruh malaysia

kalau musuh kata tak baik
ertinya baik untuk kita
kalau musuh kata baik
ertinya tak baik untuk seluruh malaysia kah kah kah

9 ulasan:

  1. ..jom turun,

    nanti makcik2 yg tengah shopping kat jalan TAR pun akan join sama. pakcik2 anak2 muda yg tengah cari jaket dekat chowkit road pun boleh join sama.

    apa nak malu.apa nak takut.kita menyuarakan bantahan. kebenaran. menegur pemimpin. menampar penguasa yg tidur. menerajang punggung lahanat2 pembodek pemimpin.

    kalau ada FRU pancut air asid. kalau ada polis bantai dgn kayu. yg menarik tudung anak2 dara & makcik2 reformis. yg menyepak badang kering tian chua.

    apa nak takut. pejuang mana kenal takut. takut adalah kepada Allah. Rabbul Jalil Sang Penguasa yg menyoal di padang mahsyar nanti-

    BalasPadam
  2. bro tt,

    memang betul kata madey dan cerdik pandai gerombolan, demo bukan budaya kita... apa yang menjadi budaya kita hanyalah satu..... rasuah... sayangi rasuah dan anda akan disayangi oleh parti penyayang tajaan bik mama

    BalasPadam
  3. bhai TT,
    ucapkan selamat jalan kepada gitaris bass slipknot. dia mati akibat dos berlebihan

    http://themalaysianinsider.com/showbiz/article/slipknot-bassist-died-of-accidental-overdose/

    BalasPadam
  4. salam...

    ada harapan kena sembur lagi ngan fru ni.leh join ni..

    BalasPadam
  5. Hi !
    TT,

    Tambahkan satu lokasi , iaitu depan Time Square demi Pudu Jail, di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
    Inilah lokasi yang "spot" on...!

    Ooi.....Zooo Nordin, jumpa nanti !
    Ooi.....KatakdiTempurung Ali, jangan hilang diri!
    Ooi.....Songkok setinggi "LanChou", mesti sampai!

    You oreng,mesti datang dengan "Ginseng" sekali yang ber-1000.... untuk Mamak Kutty.

    Ooi... jangan salah angkat "Ginseng" yang untuk perhimpunan 1000 orang aje....
    Kah.......kah......kah.....


    "Some people have so much respect for their superiors they have none left for themselves."
    Quoted by
    Peter McArthur

    BalasPadam
  6. demo mmg bukan budaya.... kalau budaya kita wat benda ni secara kerap.. sbb bila budaya ia jd kebiasaan...

    demo ialah saluran menyuarakan bantahan bila suara tidak mahu didengar melalui saluran yang formal...

    demo ni macam mogok jugak... bila dah jalan perundingan berakhir dengan jalan buntu, maka mogok adalah jalan terakhir... mogok juga bukan budaya...

    kalau demo dan mogok adalah jalan terakhir untuk mengatasi kebuntuan.. maka berdemo lah atau bermogoklah demi keadilan.

    BalasPadam
  7. Kalau pulis bagi permit buat demo bantahan judi tu.

    Maka dengan sendirinya aku akan mengambil MC pada hari tersebut untuk berarak di sana.

    Kalau tak dapat permit, aku akan MC jugak untuk melepak di sana jugak

    BalasPadam
  8. Demo tu budaya anwar yang napak hebat tapi sendiri tau perangan macamana huhuhuuh

    BalasPadam