Isnin, 7 Jun 2010

KONGRES KE-6 PARTI KEADILAN RAKYAT




LELAKI BERPERUT GENDUT BERBATIK LENGAN PANJANG


Saya telah mengikuti perkembangan Parti Keadilan Nasional dari awal dulu lagi. Sejarah awalnya: parti ini ditubuhkan di Hotel Renaisance Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pelancaran PKN ini berlangsung disebuah hotel yang agak chic dan mahal.

Saya tidak masuk pun ke dalam dewan hotel itu. Saya hanya berligar di tepi jalan di hadapan hotel. Saya ternampak ramai lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang keluar masuk dalam hotel. Saya berdiri di tepi jalan bukan pengencing tapi pemerhati dari jauh.

Babak petama di Hotel Renaissance ini berlangsung ketika ramai penyokong Anwar Ibrahim menganggap tidak lama lagi Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Maka mereka pun melabor. Melabor untuk parti politik ini adalah teras hegemoni budaya Gerombolan United Malays National Organistaion.

Di pilihanraya tahun 1999 – ramai juga lelaki berperut gendut dan berbaju batik yang menampil diri dan melabor lagi. Perlaburan mereka jatuh meleset. Maka berakhirlah zaman ‘pink form Anwar Ibrahim’ . Maka bermulalah zaman realis bahawa kuasa bukan ditangan individu atau kerana retorik individu tetapi dengan penyusunan ombak rakyat yang kompak untuk mendobrak kerajaan zalim Barisan Nasional.

Saya datang ke kongres/perhimpuanan parti hanya untuk melihat. Bukan untuk mendengar ucapan atau untuk mendengar gebang ahli-ahli politik. Sekali sekala saya mendengar juga. Tapi ini bukan tujuan asal. Saya menghadirkan diri untuk memerhatikan apakah yang dipakai oleh orang yang datang ke perhimpunan tersebut. Atau apa baju dan kasut yang di pakai oleh ahli-ahli parti. Untuk saya ini lebih penting dari seribu ucapaan.

Ketika Parti Rakyat dan Parti Keadilan Nasional bercantum pada tahun 2002 – satu upacara telah di adakan di Dewan Perhimpuan China Kuala Lumpur. Ketika itu saya datang menebeng dan melihat dari jauh. Saya perhatikan Dewan Besar tidak penuh - banyak kerusi kosong. Lelaki berperut gendut dan berbaju batik hampir pupus.

Ada muka-muka baru yang saya lihat ramai – Apek China memaki baju T-berkolar dan berselipar. Ini pendatang baru. Lalu saya mengambil kesimpulan bahawa si Apek yang berselipar ini pastilah datang dari Parti Rakyat. Yang berkopiah puteh tidak bagitu ramai. Yang berbaju Melayu , bersamping dan bersongkok langsung tidak kelihatan. Mak Cik Mak Cik bertudung laboh pun tidak kelihatan. Anak muda kelihatan ramai.

Dari pemerhatian ini saya mengambil kesimpulan bahawa satu budaya baru telah muncul di Dewan Perhimpuan China ini. Malah satu sejarah terlakar kerana percantuman dua parti politik yang berasaskan warga Melayu telah diadakan di Dewan Perhimpuan China dan dihadiri oleh ramai Apek-Apek China dan anak muda. Selipar Jepun dan baju T Pagoda telah diterima untuk masuk ke persidangan.

Zaman berarak dan beredar. Satu lagi Kongres PKR telah diadakan. Kali ini di Ipoh. Saya juga datang menumpang untuk melihat siapa yang datang dan apa pakaian yang akan dipakai. Didalam negara kuku besi seperti Malaysia ini bukan senang sebuah parti pembangkang untuk mendapat tempat mengadakan persidangan.

Jika hotel di lamar – hotel ini akan diberi amaran. Dewan milik orang ramai yang bersepah-sepah tidak mungkin dibenarkan untuk dipakai oleh parti pembangkang. Puak Gerombolan akan menindas dengan pelbagai cara untuk memastikan kuasa terus di tangan mereka. Akhirnya kongres PKR di Ipoh telah diadakah di sebuah Tok Pekong.

Nah ! Ini satu sejarah lagi. Bayangkan kongres PKR diadakan di Tok Pekong China. Rasa kekok orang Melayu didalam dewan Tok Pekong China tidak wujud lagi. Ini satu pembudayan yang amat radikal. Kalau dahulu di Dewan Perhimpunan China – kali ini di Tok Pekong China. Kini PKR telah bergerak jauh dari hegemoni budaya Gerombolan.

Ketika kongres di Tok Pekong ini berjalan saya perhatikan lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang tidak seramai di Hotel Renaisance dahulu. Ramai yang datang berpakaian agak lekeh dan sempoi. Untuk saya ini satu petanda yang amat membanggakan. Selipar dan baju T pagoda sekali lagi menjadi trend di Ipoh.

Saya perhatikan yang datang ke Tok Pekong itu terdiri dari Mak Cik dan Pak Cik yang datang dengan bas dari Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Memang dari wilayah yang jauh mereka datang. Mungkin kerana berita telah tersebar Anwar Ibarahim yang telah bebas akan datang ke Kongres di Ipoh.

Saya tidak muncul di kongres Pulau Pinang dan di Seremban. Saya terlupa sebab apa saya tidak datang. Jadi saya tidak ada catitan jenis pakaian apa yang terdapat di Kongres tersebut. Apa yang saya amat yakin ialah lelaki berperut gendut dan berbaju batik mula berkumpul kembali. Mereka datang kerana Anwar Ibrahim telah di bebaskan. Mereka menunjukkan muka sekali lagi. Ini juga sebagai melabor saham. Budaya Germbolan datang sekali lagi ke dalam PKR.

Minggu lepas saya ke Kota Bahru. Saya datang menebeng dan tumpang melihat kongres ke 6 Parti Keadilan Rakyat. Kali ini semuanya telah berubah. Kongres kali ini diadalah sesudah 8hb March 2008 – ertinya satelah mendapat kemenangan dan wujudnya Pakatan Rakyat.

Kongres Angkatan Muda Keadilan diadakan di satu tempat peranginan di Pantai Chinta Berahi. Saya sampai diawal pagi. Ketika saya sampai yang saya dengar hanya desiran ombak. Esoknya saya lihat tempat bersidang yang agak lumayan berbanding dengan Tok Pekong di Ipoh dahulu. Lebih tersusun dan teratur. Para perwakilan ada bilik dan tempat penginapan. Ini lumayan.

Untuk saya gerakan akan muda ini paling penting. Anak muda adalah nadi sesebuah organisasi politik. Tanpa tenaga muda tidak mungkin ada parti politik yang boleh berkembang. Bila saya menjengok muka ke dalam dewan persidangan AMK – saya senang hati kerana hampir 400 orang anak-anak PKR muda sedang berdebat dan berbincang.

Kemudian saya terlihat ramai perwakilan di dalam dewan yang memakai baju biru. Mungkin ini baju resmi AMK. Ini satu kesilapan besar. Anak muda yang beruniform sampai dunia kiamat pun tidak akan dilihat cool. Anak muda cool pemecah ruyung tidak akan mengikut arahan bagaimana mereka harus berbaju atau berseluar. Yang suka beruniform adalah mereka yang suka ditarik hidung. Uniform diwujudkan agar individu hilang identiti diri. Saya hanya tersenyum – bermula dengan berbaju biru dan mungkin akan berakhir dengan berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang.

Esoknya saya masuk ke Dewan Kelantan Trade Center . Saya pun tidak faham kenapa bangunan ini dipanggil Kelantan Trade Center. Apakah dengan pengunaan BI ini akan membuktikan bahawa kerajaan Kelatan ini hebat dan berwibawa. Jika ini hujah nya maka ini samalah seperti drama swasta yang menggunakan I dan You untuk membuktikan bahawa para pelakon drama ini berilmu.

Dalam Dewan saya perhatikan bahawa tradisi lelaki berperut gendut dan memakai baju batik berlengan panjang semakin berkurang. Lelaki berperut gendut dan memakai baju batik berlengan panjang ini ramai telah keluar dari PKR. Tetapi jangan silap baca masih ramai lagi lelaki jenis ini menjalar dalam PKR. Tetapi buat sementara waktu mereka tidak memakai baju batik dan telah cuba mengempiskan perut.

Kenapa saya memperlekehkan lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang? Jawabnya cukup senang. Perhatikan muka Zahrin, Zul , Salehuddin dan bengolan lain yang telah lari meninggalan PKR. Perhatikan perut mereka. Semuanya gendut dan boroi. Mereka ini juga sering dilihat memakai baju batik berlengan panjang.

Untuk saya baju batuk berlengan panjang muncul dari hegemoni budaya Gerombolan United Malays National Organisation. Saya anggap pekara yang paling bodoh yang kita lakukan ialah meniru apa yang dilakukan oleh musuh kita. Menerima apa yang dibudayakan oleh musuh membuktikan kita tidak memiliki fikrah untuk melakukan yang baru.

Kita bukan sahaja wajib menolak parti Gerombolan. Ahli PKR, penyokong PKR dan kaum kerabat Pakatan Rakyat juga wajib menolak budaya yang disebarkan oleh Gerombolan. Berperut gendut dan berbaju batik lengan panjang adalah budaya Gerombolan. Ini wajib dilupuskan. PKR wajib melahirkan seni dan budaya sendiri. Jangan jadi malas - duduk melangok menerima baju batik berlengan panjang sebagai budaya sendiri. Kerana malas ini maka perut terus jadi gendut. (TT)


23 ulasan:

  1. berbaju batik berperut gendut

    aku rasa terlalu loya dengan lelaki jenis ni
    aku rasa lelaki jenis ni terlalu manja
    lelaki mat bunga
    lelaki belia
    lelaki Auuwwwww!

    aku nak muntah bro...
    sebab aku lelaki cool!

    BalasPadam
  2. SETUJU DENGAN OLAHAN TT..

    Berbaju batik berperut gendut berpakaian seragam merupakan budaya Gerombolan..

    BalasPadam
  3. Tertarik dengan tulisan T.T berkenaan "Hegemony Kebudayaan Gerombolan". Gramsci pernah menerangkan "hegemony" adalah satu bentuk pengawalan (control) yang dilakukan oleh Kumpulan Dominan dalam Politik ( Gerombolan).Tak salah meniru Dominasi Kebudayaan hegemony gerombolan itu tetapi PKR perlu memperbaharui, dicipta kembali, modify, dan perlu mempertahankan "hegemony kebudayaan PKR yang berbentuk baru".Di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat perlu mencipta "Hegemony Kebudayaan" dengan menggunakan Intelektual yang berfungsi kebudayaan yang baru. Intelektual ini adalah barisan hadapan dalam mengusai "Putera Jaya" di PR13.Saya setuju dgn T.T dalam membentuk "Hegemony Kebudayaan" baru ini golongan muda dalam PKR adalah nadi utama untuk kejayaan Parti PKR untuk dimasa hadapan. "Berbaju batik berperut gendut" perlu dihindarkan bagi menjayakan hegemony kebudayaan dan sosial yang baru.Elobarasi T.T perlu dibaca dan diteliti dalam sudut sains politik...ia bukan satu coretan melawak...

    BalasPadam
  4. Bro...

    Baju rasmi gua - T.Shirt putih + seluar jeans levi's bundle + kasut sport bundle... kadang2 pakai kemeja petak2 sebab ada poket, senang nak simpan cover lens camera...

    Bila masuk dlm kongres, ada belia PKR tanya gua - apasal x pakai baju batik..?

    Eh... ni kongres "boria" ke..?

    Kah kah kah kah kah...!!!

    BalasPadam
  5. anak muda yg cool harus menolak budaya baju batik ni.

    p/s:baju batik pakai p teratak dangdut ok!
    ngahahah

    BalasPadam
  6. Wow wow wow... Aku cool sebab berbaji batik berlengan panjang dan beroerut gendut. Sama macam Khalid Ibrahim. Amacam?

    BalasPadam
  7. "Yang suka beruniform adalah mereka yang suka ditarik hidung. Uniform diwujudkan agar individu hilang identiti diri" - Kahkahkah! part ini saya amat setuju, bro.

    BalasPadam
  8. dlm PKR ada 3 org yg suke berbaju batek...anwar,azmin n khalid ibrahim...kdg2 samsul gendut pun ske gak...kohkohkoh

    BalasPadam
  9. DI Kelantan Trade Center, ramai yang berbaju batik dan berperut gendut di atas pentas. kebanyakkannya yg diatas pentas dulu perutnya tidak gendut. Tetapi selepas kemenangan 2008, gendutnya menjadi-jadi. Sebahagian besar sudah jadi Ahli Parlimen sudah jadi ADUN. Kegendutan perut mereka telah buatkan mereka tidak senang untuk bergaul dengan kami dibawah yg perutnya masih slim dan kempis sebab tak cukup makan tapi kerja lebih.

    BalasPadam
  10. @ Tanpa Nama 2010 Jun 7 04:10

    Aku suka komen kau... mantap. Satu perkataan yang aku pernah dengar setiap kali, tapi aku baru tahu maksudnya dengan tepat apa yang dibawa TT iaitu "SAINS POLITIK".

    Terima Kasih menyedarkan aku pasal apa itu sains politik. Cantik sekali apa yang TT dan Nik Aziz bawa. Anwar dengan cara dia, melewati apa yang TT bawa, namun beliau tidak mampu mengawal kesemuanya kerana dia juga telahpun lena dalam gerombolan untuk beberapa lama.

    BalasPadam
  11. Dari pemerhatian aku, separuh dari tulisan ini ok dan separuh lagi pendapat peribadi.

    Nak tadbir negara bukan mcm tulis blog.

    BalasPadam
  12. Aiseh bro,
    akoo kena start jogging dan buat sit up la lepas nih
    baru boleh buang gendut di perut nih

    BalasPadam
  13. Mmg lu da jangka da benda ni ms lu tulis pasal kongres sblum ni kat Melawati..

    BalasPadam
  14. i hate uniform too!7 Jun 2010 pada 10:50 PG

    tengok saja si Khairy dalam TV haritu, siap pakai unform huduh dengan jahitan U M N O. I would've said NO...ngok sungguh...

    BalasPadam
  15. bro , gua suka pakai baju batik malah yang kain lembut lagi best tapi gua rock dari dlu , lu tanya le sejarah rock gua tau semua tapi gua suka pakai baju batik tapi gua ingat isham nak metaforkan baju batik tu sebagai mamat munafik kononnya nak perjuangkan rakyat tapi hakikatnya hanya untuk kepentingan mereka , alah macam apa yang akan kita dengor ucapan di parlimen pagi ini , itu the bottom line yang isham nak maksudkan dan kemunafikan itu masih banyak di pimpinan pakatan , gerombolan tak yah cakap , itu akidah mereka ,
    2. sapa cakap blog cam ni tak leh pimpin negara , dear mtgbertam , memang blog cam ni tak nampak gah mcm mamat nak berdegor2 retorik mcm gerombolan dan pakatan tapi thought mcm ini akan tersebar dan akan memberi kesan akan memberi kesan cepat atau lambat
    believe me , keep doing what you can do best , bro isham ...

    BalasPadam
  16. Bro Isham,

    aku berterima kasih dgn penulisan ni sbb ada elemen menyedarkan sesuatu sebelum terlewat....

    baju batik berperut gendut tu adalah satu perlambangan manusia2 opurtunis, rakus n sentiasa menyimpan pisau belati dibelakang tangannya....

    tang part AMK pakai baju uniform tu aku setuju jugak...golongan muda kena cool, jgn jadi tua sebelum tiba usia tua...jgn terlalu poyo kena sempoi walaupun dah jd adun ke MP ke....kalau jiwa rock maintain rock...barulah generasi muda boleh dekat n hormat walaupun tak pandai hujah berdekah2 tp otak bijak.....

    ini cuma pandangan ringkas aku.....motif penulisan ni kesedaran sebelum terlewat......

    BalasPadam
  17. seorang peniaga batik dari klate bagitahu aku...tiap kali PAU (Persidangan Agung Umno) kat PWTC dia bawa kain batik yang berharga RM100-200. Dijual dgn harga sama di Pasar Wakaf Che Yeh. Tapi tak laku. Bila dia diberitahu supaya benda sama kena jual RM700-800 hingga RM1000 sepasang baru laku.Barang sama kualiti sama diangkat harga tinggi baru laku.
    Moralnya org2 gerombolan dekat PAU tu angin tinggi, saling menunjuk2 beli barangan mahal, sombong; tidak sedar mereka tertipu peniaga batik dari Klate (yg belum tentu penyokong parti gerombolan)!
    Jangan mengikut atau terpengaruh stail puak gerombolan!

    jalan JPJ,panji.

    BalasPadam
  18. unkle hisyam
    saya rasa seolah-olah ada jurang dan pertembungan dua budaya di antara anak muda dan generasi terdahulu.
    mereka selalu memperlekehkan dan sentiasa memandang serong.. mereka mengangap mereka lebih beribawa, bijak dan afdal serta cool dari segala segi..
    saya lebih rela berambut dread lock dan tak terurus seumur hidup dari berambut pendek kemas berkilat semata-mata mengharapkan projek kelas F..

    p/s:uniform saya sepasang baju berkolar bulat, seluar di atas lutut dan sepasang sepatu vans old skool yang lusuh (dan AJ1 blk/red yang kusam dan berlubang di tapak har!har!)

    BalasPadam
  19. spesis hati2-ada-projek-sebalik-mi:

    berbaju batik warnaterang berlengan panjang
    jika bertelefon bimbit, saban masa tak lekang memegang

    berkasut kulit/pvc hitamberkilat dilap tisu
    jika berbual telefon, hello datuk, dan projek mesti jadi isu

    berseluar slack kainlicin berseterika dengan side tajam
    jika orang kebiasaan hulur tangan, jeling ke lain bila bersalam

    berstokin nipis kadang2 putih kadang2 hitam
    jika orang kenamaan sambut salam, tunduk bongkok sambil erat digenggam

    -average joe-
    klakka-la.blogspot
    klickdefella(klakka-la)

    BalasPadam
  20. jangan ditiru gaya gerombolan...

    cari identiti sendiri...

    kalau bersongkok, bersongkoklah..

    kalau jeans, jeanslah...

    tapi kalau baju batik tu dah macam badut sarkis kepala dunga!

    Kah kah kah...

    BalasPadam
  21. bagi wa, batik tu takla teruk sangat... gendut pon seksi jugak... unipom tu adalah kesegakan dan seragam... so bagi wa benda tu sebenarnya tak gambarkan apa2 pon.. lebih merupakan pesyen, penampilan, gaya dan keseksian jak....

    yang menjadi teruknya bila minda kita diunipomkan, bila minda kita digendutkan, minda kita dibatikkan seperti mana acuannya. ini yang menyebabkan sifat bodek, bodoh, barua dan bacul menjadi pakaian peribadi seseorang yang menganuti agama dunia (sujud pada harta dan kuasa)

    apa yang ada dalam pkr seperti struktur, biro dan perancangan politik memeang ada kemiripan kepada bekas kebanyakan ahli parti ini, baik dari kalangan ahli biasa hingga keperingkat pemimpin. maka identiti ini menjadi kembar tapi seiras kepada umngok. satu perkara yang dapat membuat kita membezakan kembar ini adalah dasar pejuangan yang ketara berbeza serta sifat non-racial dalam kepartian...

    memang perlu buat sesuatu agar pkr dilihat amat jauh berbeza dengan 'qorin'nya supaya ia menjadi sesuatu yg baru yang mempunyai identiti dan budaya tersendiri.

    keluarlah dari kotak pemikiran yang sedia ada.

    BalasPadam
  22. kalau perut kurus, slim, tapi malas ke masjid, buat apa bro Hisham.

    apakata bro hisham buat tinjauan ke masjid pagi pagi, berapa banyak jumlah perut slim pergi masjid suboh suboh.

    persidangan politik pascal slepas praya umum ke 12 dah tak relevan dah, sebab yg menang, pendirian banyak yang tak sama sebelum praya.

    la ni, baik pkr, amno, 2,2 ada kesamaan, 2,2 di bawah chukong.jika tak di bawah chokong, dah tentu kedai judi di sgor, kedah, ppinang tutup sebagaimana di kelantan, judi ni bukan takat bola je, judi nombor pun judi juga, knapa tak tutup di sgor kedai judi no? sebab umno bagi lesen, jika umno bagi lesen tapi jika kjaan negeri tak benarkan premis beroperasi, kedai judi tak boleh buka atas bumi woi.

    berzina tu di ukur kepala takuk masuk ke dalam, berzina tak kira main banyak kali atau main 2, 3 round, benam kepala takuk dah kira berzina walaupun tak mancut.

    BalasPadam
  23. TT I FEEL U MEN.POLITICAL WILLING HARUS KUAT.DIHARAP PARA PEMIMPIN P.K.R.,ANAK MUDA BERJIWA REVOLUSI,ORANG MALAYSIA YANG MAKIN BERWIBAWA.MARI KITA CABUT DAN BUANG PAKU YANG SEDANG TERPACAK DIHATI KITA ITU.PAKU YANG MEWAKILI JIWA HAMBA,CUKONG,OPOTUNIS,PARASIT,TUAN KEPADA HAMBA,HIPORKRIT,MALAUN DSB.BERDIRI SEBAGAI SATU ENTITI YANG NAKKAN PERUBAHAN TOTAL PADA CARA PEMERINTAHAN DAN BAGAIMANA KITA MAHU DEPERINTAH.

    BalasPadam