Rabu, 30 Jun 2010
MALAM ESOK DI DEWAN PERHIMPUNAN CHINA - BERLABON
BERLABON MELABON DAN BERGEBANG
AUKU & SEJARAH KEBANGKITAN MAHASISWA '60AN
Tarikh: Khamis, 1 Julai 2010
Masa: 8:30 malam
Tempat: Auditorium KLSCAH, Jalan Maharajalela, KL (berdekatan Stesen Monorel Maharajalela)
Pelabon: Fahmi Reza (pengarah dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka & penyelidik sejarah gerakan mahasiswa)
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sekali lagi menjadi perhatian umum bila empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM bakal dikenakan tindakan disiplin di bawah AUKU kerana didakwa melibatkan diri dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.
Tetapi ramai yang sudah lupa bahawa suatu ketika dahulu pada zaman '60an, zaman sebelum AUKU, mahasiswa berada di barisan hadapan perjuangan politik menuntut hak mahasiswa dan mempertahankan hak asasi rakyat.
FAHMI REZA akan menyingkap semula sejarah disebalik penggubalan AUKU pada tahun 1971 yang lahir sebagai tindakbalas kerajaan terhadap kebangkitan gerakan mahasiswa di kampus Universiti Malaya pada penghujung tahun '60an.
MASUK PERCUMA!
Public lecture ini adalah siri pertama dari "AUKU Public Lecture Series" anjuran KLSCAH Youth, DEMA dan Malaysiakini.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 03-22746645 (Miss Loo)
TNG: Mat Sah ditangkap pada 17 April 2002. Boleh ceritakan apa yang berlaku pada masa itu?
BalasPadamMat Sah: Polis datang rumah pada pukul 12 malam, masa itu hanya ada saya, isteri, dan anak saya yang berumur lapan tahun dalam rumah. Saya belum tidur lagi, dengar ada bunyi depan, saya pun pergi tengok. Masa itu gelap, tetapi saya nampak ada seorang polis pakai uniform. Dia tanya saya, “Boleh cakap dalam?” Saya pun buka pintulah, lepas itu tujuh, lapan orang terus masuk dan gari tangan saya.
Saya tanya mengapa gari saya, dia cakap, “Saya terima maklumat bahawa awak terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara.” Dia tak cakap di bawah ISA atau tunjukkan waran pun.
Lepas itu?
Norlaila: Lepas itu mereka mula menggeledah rumah kami sampai pukul empat pagi, buka almari, buka laci, baju dalam pun mereka semak, bawah katil, bawah cadar sampai bilik ketiga. Kami letak banyak buku dalam bilik ketiga, mereka seronok jumpa banyak kertas, setiap buku mereka semak, lepas itu mereka jumpa artikel saya, dalam artikel itu ada gambar Saari Sungib, seorang pemimpin NGO (badan bukan kerajaan) yang ditahan di bawah ISA pada tahun 2001. Mereka nampak gambarnya, terus kata, “Ini! Ada link dengan Saari Sungib!” dan terus ambil artikel saya. Artikel itu saya punya, tetapi yang kena tangkap suami saya.
Mereka juga ambil CD games seperti Star Wars, CPU komputer, telefon bimbit, dan kamera. Saya ambil gambar SB (Special Branch) dengan kamera filem itu. Saya tak tahu mereka takut kamera. SB rampas kamera padahal sebenarnya mereka boleh ambil filem sahaja. Apabila saya ambil balik barang-barang tersebut tiga minggu kemudian, semuanya sudah dirosakkan dan terpaksa dibuang.
Mat Sah: Selepas mereka habis geledah, saya dibawa ke dalam sebuah van putih, depan duduk dua orang polis, belakang dua orang, sebelah satu orang, escort ada satu van lagi. Mereka bawa saya dari rumah pergi ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Ampang. Selepas lebih kurang setengah jam, saya dibawa ke balai polis Sentul, ambil gambar di sana, mereka tak tanya soalan pun.
Sampai hampir terang, naik van sekali lagi, mata saya ditutup degan kacamata hitam, sampai destinasi baru dia buka.
Mereka bawa you ke mana ni?
Mat Sah: Pada masa itu saya tak tahu, saya dikurung selama 59 hari di sana. Selepas itu, baru saya dapat tahu tempat itu Police Remand Centre dekat Jalan Ipoh.
Sampai sana, dia suruh saya buka baju, semua pakaian ditanggalkan termasuk seluar dalam, dia check lah.
Lepas itu, dia bagi satu baldi, baju uniform lockup, cawan plastic untuk minum, sabun sebiji, tuala kecil, itulah untuk lap muka dan mandi, berus gigi dengan Colgate. Berus gigi itu dia potong sampai pendek sahaja; dia kata, “Takut nanti you bunuh diri.”
Dalam bilik yang saya tinggal itu ada satu katil simen, tak ada tingkap, hanya lubang-lubang kecil di atas dinding, kena selalu mandi kerana panas. Makanan yang dibaginya, macam apa yang YB Teresa [Kok] cakap, memang teruk. Ada satu kali dia bagi makanan basi.
Saya diberi nombor 095 di sana, selama saya di situ, dia tak panggil nama, saya sudah tak ada nama, dia panggil nombor saya sahaja.
Dalam dua bulan itu, hanya tigu minggu saja saya dikenakan interrogation, yang lain itu hanya duduk dalam bilik itu. Mereka panggil saya pada pukul sembilan pagi, dibawa ke sebuah bilik, dalam bilik kecil itu ada dua, tiga air-con pasang kuasa penuh, beberapa jam duduk situ. Mahu buang air pun mereka tak bagi pergi ke tandas, bagi botol.
Selalu ada tiga officers, seorang buat kita senang, pujuk-pujuk: “Mau makan apa? Minum apa?” Seorang lagi buat kita marah, dia akan tanya soalan macam: “Bagaimana you buat seks dengan isteri?”
BERSAMBUNG DI:
http://www.thenutgraph.com/what-happens-under-isa-detention/
Mahasiswa Kini
BalasPadamMahasiswa kini
hidup terpinggir
di rimba buku
di sisi mereka ada AUKU
yang bertaring dan berkuku
saba waktu
boleh membaham dan mencengkam mulut-mulut celupar
Mahasiswa kini setelah bosan memeluk buku
mereka belajar memandu atau bermain gitar
menyanyikan lagu Melayu :
' nak dar rindu'
yang boleh melenakan bangsa Melayuku
dan lembu-lembu
di Tanah Melayu
oleh Ahmad J. Hussein
program yang bagus. siswa siswi mesti bangkit! jangan tidur ja.
BalasPadamjangan jadi mcm siswa-siswi uitm kena ikat, tak berani bersaing! bila ada cadangan buka kuota untuk bukan bumi terus melompat mcm kera!! tak berani tengok dr sudut positif!.. sepatutnya diadakan perbincangan atau debat secara ilmiah sebab itu hanya cadangan saja.
semua dah jadi melayu totok sebijik mcm gerombolan! kononnya hak melayu dicabul! apa laaaaa..
tu la sebab kalau tengok produk pemimpin keluaran local macam macai... beku kaku... tiada keberanian... ikut acuan... tak berani buat perubahan... seronok dalam zon selesa...
BalasPadambudak sekolah sekarang pon mcm tu jugak... exam oriented... titik bengik.. tak ada common sense... pandai tapi tak bijak... berotak tapi tak berakal...
MOHON BUAT ROAD SHOW PULA. TERUTAMA DI PENANG, YANG SUATU MASA DULU AWAL 70AN GERAKAN MAHASISWANYA AMAT LANTANG. MAI LAH KER PENANG!
BalasPadamsesuai sgt utk pencacai2 UMCO berlabon...kasi bukak skit minda sempit dorang yg tiap hari dikenceng dgn utusan meloya & tv3suku
BalasPadamaku baru habis baca Adventures of a trendy rebel sham, memang beza mahasiswa 1974 dgn yg sekarang, malu aku sham, aku mahasiswa umur 24 tak macam lu dengan Anwar Ibrahim masa tu, kalau tak silap aku apa yg aku baca umur ko baru 21 masa kau keluar Malaysia kan? Apa yg pasti AUKU melahirkan bohjan dan bohsia. Kimak!
BalasPadam