Isnin, 28 Jun 2010

NAJIB TER MAKAN PAU WAU KA YA SINGAPURA




SITI AMINAH ABDULLAH DAN ISTERI ROSMAH




ADAKAH NAJIB DIUGUT UNTUK TERIMA KEPUTUSAN RUNDINGAN MALAYSIA – SINGAPURA YANG MERUGIKAN ?


Kenyataan Media
25 June 2010


Ogos 1965, regim pemerintah Negara telah menyerahkan Singapura. Kelemahan regim ini ditutup dengan perbagai sentiment. Rakyat yang terbakar dengan perbagai sentimen pada waktu itu melupakan kelemahan regim sehingga tergadai hak dan kedaulatan Negara. Semenjak itulah perbagai isu hubungan dua negara ini muncul dan tidak selesai.

Antara isu yang tidak diselesaikan dan berpanjangan sejak dulu antaranya ialah isu pembangunan tanah milik KTMB dan sekitar tambak Johor. Walau apa pun tuduhan terhadap Perdana Menteri sebelum ini namun jelas mereka mempertahankan kedaulatan Negara dan tidak mahu menerima tawaran rundingan Singapura yang jelas berat sebelah.

Namun baru – baru ini hasil pertemuan tertutup Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawat di Singapura. Kononya telah menyelesaikan beberapa isu tertangguh sekian lama. Dilaporkan di media Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Dilaporkan juga Najib turut menyatakan, 271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan.

Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini di mana Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.

Ini, bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan.

Walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usaha sama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.

Najib juga, gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011.

Tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.

Hampir pasti bahawa kos operasi KTMB pasti akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan pada masa akan datang.

Maka KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad yang juga dibawah perlaburan Khazanah Nasional.

Apa yang berlaku ialah kita bakal membentuk satu lagi perjanjian seperti perjanjian air dengan Singapura yang jelas amat berat sebelah dan menggadaikan kedaulatan Negara.

Semua ini mengarut dan tak masuk akal. Selepas pengumuman di Singapura , banyak bantahan kedengaran di Malaysia. Namun Perdana Menteri Singapura hadir pula ke Kuala Lumpur seolah ‘mengingatkan’ Najib mengenai sesuatu agar Najib terus mempertegaskan persetujuan Malaysia dengan keputusan berat sebelah yang dipersetujui di Singapura.

Seolah seperti ada sesuatu yang mengikat Najib untuk akur walaupun ia jelas merugikan Negara. Dari aspek politik juga Najib jelas akan rugi kerana suara bantahan yang keras sudah mula kedengaran. Namun Najib seolah terpaksa meneruskan.

Adakah Najib diugut dalam mempersetujui perjanjian ini ?

Berdasarkan kenyataan bersumpah yang di ikrarkan oleh Balasubramanian pada 1 Julai 2008 menyatakan Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura. Maknanya Najib pernah berada di Singapura bersama Altantuya.

Adakah ‘perisik’ Singapura telah mengumpulkan rekod tersebut ? Adakah rekod tersebut digunakan untuk mengugut Najib dalam akur dan bersetuju dalam satu lagi penggadaian hak dan kedaulatan Negara ?

Najib perlu tampil dan berterus terang depan rakyat Malaysia. Jika benar dia diugut rakyat Malaysia seharusnya bangkit bersatu bersama Najib yang sedang menghadapi ugutan melalui rekod maklumat risikan Singapura ini.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat isu ini sebagai isu besar kedaulatan, maruah dan masadepan Negara. Untuk itu 2 Julai ini Solidariti Anak Muda Malaysia akan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai isu ini dan surat terbuka ini akan dicetak sekurang – kurangnya 20,000 naskah akan diedar seluruh Negara bagi mempertingkatkan pemahaman rakyat agar bangkit mempertahankan kedaulatan Negara.

BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che’GuBard
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

17 ulasan:

  1. Din. . kalau hang anak jantan hang siar komen yang ni. .

    jawapan sebenar pasal KTMB klik SINI

    BalasPadam
  2. kah..kah..kah.. udah terlambat... perjanjian udah terpahat... kasih udah terikat... hubungan menjadi erat, diri makin terjerat... tak nampak ke muka dah pucat... kalau dulu ketua negara nampak keras kepala sebab kepala dia pandai dijaga.. la ni... kepala juntai sana sini... perisik mau untung tak mau rugi...

    ini bukan negara matahari naik bro... kalau di sana ketua dia sanggup letak jawatan namun perkara sensitif dia tak kan ganjak seinci pon... sini lain bro... apa boleh jual... kasi jual... apa boleh gadai, kasi gadai... apa bolem rembat, kasi rembat... tengok je la gamaknya.

    BalasPadam
  3. yg sebenarnye singapore ade video seks najib
    sbb tu najib takot
    diorg threesome dgn baginda
    hahahaha

    BalasPadam
  4. Jangan terpedaya semangat yang lemah.Belum terlambat.Aku sudah menyusuri Tanjung Pagar,banyak nostakgia tetapi kita juga salah(KTMB) membiarkan tidak terjaga..Teruskan SAMM...aku tabik semangat begini sebab masa kecilku juga dahulu menentang Singapura keluar dari Malaysia.Fuhhh kerana takukan Lee Kuan Yew.Kenapa PM TAR ketika itu tak tangkap LKY dengan lSA? Apakah TAR juga kena pau????

    BalasPadam
  5. itu telur sudah kena pegang
    mana mau lari?
    mesti...mari!!!
    kah..kah..kah..klakka-la.blogspot.com

    BalasPadam
  6. dulu rajagopal dengan muka penyangak bagi percuma singapura,lepas tu madey n badwi kepala batas bagi pulak batu putih,mai mat monggol ni jual pulak tanjong yang takdak pagar tu.tak abih-
    abih melayu umngok lagi bongok jual mesia ni.tapi nak kata apa lagi,puak-
    ni dok ada kat situ atas undi maklong-
    maklong kat felda,semua yang hulu-hulu lah.melayu ni cukup bangang lagi tongong.sampai bila nak jadi camni.
    sedih la aku.

    BalasPadam
  7. Barula bole buat S shape Jambatan dan KATANYA singapore jalankan konspirasi PEMBATALAN terusan Segenting KRA BETULKE?

    BalasPadam
  8. "rakyat Malaysia seharusnya bangkit bersatu bersama Najib yang sedang menghadapi ugutan"

    WAHHHHHHHHHHHHHHHH???

    BalasPadam
  9. malangnya negara kita dapat pm asyik kena buli je ngan spore.. minggu lepas tol link kedua turun 30%, takde sapa nak kondem ke... diskaun yg menguntungkan hanya 20% orang johor dan sebanyak 80% orang spore..

    BalasPadam
  10. Mrs Murujib Al Mongoli, Mr 40%! Semua nak kasi orang 40%! Kg Baru pun akan di potong 40% kasi pada bukan penduduk....kini 30%+10% pun 40%.....40% rakyat bukan kotak? Singapori pun dapat 40%. Johore sudak book 40% ka atau Malaysia nak kasi 40%?

    BalasPadam
  11. WOII tt,BILE NK DELETE IKLAN KAT ATAS TU...DH CANCEL BUAT APE NK LETAK LG ADVERT TU?

    -madey kimak-

    BalasPadam
  12. Lol..


    kalau tak buat deal..Nanti singapore pegi buat tuntutan,kita hilang macam tu ja tanah.

    Baik dapat 60% dari lesap terus.Lagipun,sekarang tanah tu bersepah.Ko nak bangunkan apa dengan tanah kecik-kecik bersepah celah2 bukit?

    baca dulu fakta baiii...

    merepek la ko ni din.

    BalasPadam
  13. Solidariti Anak Muda Malaysia...,

    Kalau kita dengar percakapan Mohd. Najib dan melihat artikel yang dituliskan oleh media arus perdana berkaitan dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura, menunjukkan bahawa kerajaan Mohd. Najib sedang berniaga.

    Kita sebagai rakyat Malaysia sedia maklmum bahawa pemimpin UMNO Baru keseluruhannya memang kuat bekerja dan pandai berniaga.

    Dalam perniagaan targetnya adalah keuntungan. Jika sesuatu perniagaan itu boleh dijayakan dengan mudah dan mendapat keuntungan yang besar hanya dengan menjual anak dan isteri supaya melakukan zina.... mereka akan lakukan juga siapa boleh melarang...?

    Pekara pokok adalah keuntungan, soal isteri yang diperalatkan boleh digantikan dengan perempuan lain yang lebih montok, soal anak pula boleh bikin yang baru....

    Lihat saja Pos Malaysia Berhad, Proton, Sime Darby Berhad dan banyak lagi syarikat yang dikendalikan oleh Khazanah Nasional...

    Bila untung mereka kaut sebahagian besarnya. Kalau rugi... rakyat Malaysia yang tanggong. Dan itulah yang lakukan oleh Tun Mahathir dan kesannya kita tanggong hingga kehari ini.

    Satu demi satu harta pusaka rakyat Malaysia digadai dan dijahanamkan.

    Ada ahli UMNO Baru 'kesah'...?

    Apa khabar peneroka felda yang berdemostrasi...?

    KENAPA marah bila dikatakan 'FELDA BANGKRAP...?'

    Harta benda dan duit anda dicuri orang sehingga anda dipaksa berhutang tapi yang peliknya anda pula yang terpekik terlolong bersubahat mempertahankan maruah orang yang mencuri itu...

    Anda bodoh atau anda bangang..?

    BalasPadam
  14. Yang jadi "Ahli Lembaga Pengarah" dlm Khazanah Nasional mana ada semangat Melayu. Cakap Melayu pun pun gagal.Jika dilatih beruk bercakap Melayu pun mungkin berul lebih pintar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.Sebab itu anak syarikat dalam Khazanah Nasional banyak yang gulung tikar,bangkrap! lni pula hendak buka bisnes tanah KTMB di Singapura. Mula-mula 60%,lama kelamaan lingkup habis dirembat Cukung Cina Singapura.Hei Pemuda UMNO!!!! Kamu sekarang ini, dah jadi pondan ke,bapuk ke, banci ke???? Nanti Mak Nyah tibai kamu baru padan muka!!!! Bersatulah Melayu sedunia!!!!

    BalasPadam
  15. apa punya bengap sahmental nih!!
    gurujib jual tanah kat spore tu pong dia nak puji jugak. Sahmental ingat tanah itu mak bapak dia punye ker?

    lol betoi mental nih
    otak letak dalam rahim

    BalasPadam
  16. JUAL JANGAN TAK JUAL
    BAGI JANGAN TAK BAGI
    NANTI KRONI MAYAK RUGI
    AKAN CUCU AKU DAH KAYA
    ANAK CUCU MELAYU PEDULI APA

    MELAYU MANA ADA DUIT BELI TANAH
    CUMA NAMA SAJA TANAH MELAYU
    MELAYU KALAU BELI HARGA MURAH
    CUKONG KALAU BELI HARGA MAHAL

    JUAL JANGAN TAK JUAL
    BAGI JANGAN TAK BAGI
    BUKIT GENTING SAPA PUNYA
    BANDAR ISKANDAR SAPA PUNYA
    PENANG SAPA PUNYA
    IPOH SAPA PUNYA
    CAMERON HIGHLAND SAPA PUNYA
    KUALA LUMPUR SAPA PUNYA
    ALOR SETAR SAPA PUNYA
    BANDAR MELAKA SAPA PUNYA
    KUANTAN SAPA PUNYA
    BENTONG SAPA PUNYA
    JOHOR BAHARU SAPA PUNYA

    MELAYU TINGGAL KAMPUNG MELAYU
    MELAYU PUNYA RUMAH PPRT
    MELAYU PUNYA RUMAH FLAT
    MELAYU PUNYA RUMAH TERES
    MELAYU PUNYA RUMAH KOS RENDAH

    AMENO MEMPERJUANGKAN MELAYU

    BalasPadam
  17. sampai ati ko najis,nape ko x d cipta jd rama2,...sedih btul jd cmni,ko xmmpu lepas kn jawatan la..bodoh bnggng,biaq muyidin jd pm,xpn pggil madey ganti ko,ko g haji la tobat byk2..hina betul ko ni,nk ajak rakyt sume masuk lubang najs sama ko ke...

    BalasPadam