Isnin, 21 Jun 2010
SERIBU TAHUN DARI HARI INI !
SERIBU TAHUN DARI HARI INI KAMI ADALAH SEJARAH
DEMI ZEUS AKU HANYA MEMBACA SEBUAH PUISI
TEMBOK PENJARA PUDU BERUSIA 100 TAHUN DIROBOH MALAM INI- melayau
Tiba detik 10 malam esok, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.
MAKA MEREKA PUN SAMPILAH
maka tembok tembok a farmosa itu pun diruntuhkan
satu demi satu dindingnya diletupkan
tuan farquhar melihat betapa bahaya kota ini
maka tembok tenbok itu wajib dirobohkan
yang ditingglkan hanya pintu
untuk jadi ingatan kepada anak cucu
maka tembok itu pun akan dirobohkan
semenjak 1895 tegak berdiri
kini akan diruntuhkan pintu demi pintu
batu demi batu
satu demi satu
seribu tahun dari hari ini
anak kepada anak kepada anak kepada anak
kepada anak kepada anak kepada anak kepada akan
melihat bahawa kami yang berdiri dihadapan tembok ini
malam kelmarin ada sejarah
seribu tahun dari hari ini
maka anak kepada anak kepada anak kepada
anak kepada anak kepada anakan kepada anak
akan menangis hingga keluar air mata darah
maka menangislah mereka beramai ramai
hingga lahir intan dan berlian
dari cucuran air mata
menangisi jejak sejarah
waktu dan sejarah yang tidak akan berulang
detik detik yang pergi
tembok tembok yang dihancurkan
hanyalah debu debu ingatan yang akan pudar
apabila tembok ini mula retak
zeus di kayangan bersama dewa dan dewi
melihat betapa angkuh dan bodohnya manusia
yang tidak mengetahui jalan cerita
yang tidak mengetahui makna sejarah bangsa
yang tidak mengethaui bahawa tembok itu adalah paku negara
malam kelmarin kami mendongak keatas langit
demi zeus
agar roh roh yang terkorban dalam tembok ini
akan tenteram dan selasa berkeliaran
bersama angin subuh sejuk dan menyegarkan
berapa ramai yang telah gugur
ketika tembok tembok ini dibuat
berapa ramai yang tewas di gantung penjajah
berapa ramai nasionalis gugur saheed menuntut merdeka
berapa ramai gelandangan miskin digantung tanpa peguam
untuk mereka buta sejarah
untuk mereka yang tidak tahu menilai erti bangsa
untuk mereka yang tidak tahu melihat tanda dan makna
untuk mereka yang mata hanya melihat emas dan tinta
demi zeus seribu tahun dari hari ini
anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak mereka
akan menangis dan menyumpah betapa bebal ibu ayah keturunan mereka
demi zeus seribu tahun dari hari ini
kami tahu
kami yang berkumpul malam kelmarin di tembok itu
adalah sejarah yang tidak akan berulang lagi.
esok ketika kau buka mata
semua nya telah pergi
semuanya telah terlambat
dunia ini musnah bukan kerana
ramai orang jahat
tetapi kerana ramai orang baik
tidak mahu melakukan apa apa
seribu tahun dari hari ini
yang kau lihat nanti hanyalah gambar
dan puisi ini
fucking shit government... money3... fuck
BalasPadamTanya Apno, "Berapa persen?"
BalasPadamJawab Cukong, "25 persen!"
Balas Apno, "Beres!"
Kata Cukong, "Cantek!"
tragis.
BalasPadamya benar. dunia hancur kerana orang baik yg tidak buat apa2.
hancur kerana orang2 pandai menjadi bodoh, membiarkan syaitan merajai akal & darah.
nah lihatlah anak2 ku nanti. betapa bangsatnya pemerintah dizaman ayahmu ini. sang celaka yang bodoh & tidak mahu belajar.
"Tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, terpaksa dirobohkan.
BalasPadamTembok Anak-anak bangsa Malaysia di sini yang berbagai kaum tak boleh dirobohkan."
We salute the fallen heritage.
"We cannot seek or attain health, wealth, learning, justice or kindness in general. Action is always specific, concrete, individualized, unique."
Quoted by
John Dewey
US educator, Pragmatist philosopher, & psychologist (1859 - 1952)
kulihat gambar yg dilukis oleh orang yg dimban dan ditahan masih kekal di dinding kaku itu...
BalasPadamlukisan itu menunjukan sifat tak kenal sifat... sifat tak kenal jasad... yang menjadi kenangan hanya perbuatan tangan2... seni, rezki dan kejahatan...
tangan-tangan juga yg membina, tangan-tangan juga yg meruntuh
mata hanya bergenang
mulut hanya tersengeh
hati hanya keluh kesah
demi kuasa, demi harta
mereka terus ketawa kah.. kah.. kah..
kabinet buat keputusan penjara pudu perlu diroboh kerana:
BalasPadam1. atas tanah kerajaan. tanah boleh 'dibangunkan' semula dgn nilai komersial mega yg berupaya mengisi semula kantung negara begitu juga poket kroni yg kedua2nya sedang kempis tahap sakit gastrik
2. mewujudkan projek. dapat rentang lagi 1banner tertera "lagi 1 projek kerajaan bn". cukong printer kain rentang dah lama takde printing job tu
3. tak relevan. jel pudu sudah tidak berguna lagi, kerana tiada lagi banduan/tahanan sebab chip polis dah merajuk taknak polis2 tahan penjenayah dan mat rempit lagi. sebaliknya tahanan polis cuma yg kena ISA (dan ini boleh bypass pudu, hantar je direct ke kamunting!)
-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
Nothing is sacred, TT. Demi pembangunan, semua perlu dirobohkan dan dibina semula. No heritage, no history. Apa nak jadi dengan Malaysia. AIRPORT SUBANG DIRUNTUHKAN, TAKDE SAPA AMBIL POT. Itu ikon aku dulu. Kalau tunjuk pemimpin negara balik dari luar negara, mesti ada gambar Subang Airport. Kalau sambut atlit balik atau menang bola, badminton, mesti ada gambar Subang Airport. Kalau PM balik pun, ada gambar Subang Airport. Sekarang dah hilang ... Hancus, hancus, hancus.
BalasPadamsejarah hanya rentetan peristiwa sahaja,
BalasPadamsejarah mengingat kisah silam,
sejarah sautu faktar yang penting,
sejauh mana pentingnya sejarah dari kemajuan???
kemajuan yang bagaimana sepatutnya dilaksanakan???
kemajuan utk keroni
atau kemajuan utk rakyat????
tembok memberi makna,
tembok berlin dihancurkan rakyat kerna kezaliman pemerintah,
tembok besar cina dipelihara kerna kesan sejarah,
tembok lukisan dijalan pudu?????
DIROBOHKAN KERNA CUKONG2 KRONI2 KELAPARAN DUIT AND MONEY.....
HANCUR NEGARA KERNA PEMERINTAH
MUSNAH RAKYAT KERNA PEMERINTAH
HANCUR ISLAM KERNA PEMERINTAH
BANGKIT MELAWAN PEMERINTAH YG ZALIM...
http://www.facebook.com/pages/RIP-Pudu-Jail/132332076790680
BalasPadamerm maybe salah masuk but I do love the puisi.bestnye.sy bute seni tp sy hargai y ini :P
BalasPadamxiclosehai hicyam,
BalasPadamDemi kemakmuran perut2 cukong cibai lahanat, robohkan seluruh bangunan tua yang lebih 50 - 100 tahun.
Majid Jamek 1908, Central Market 1908, Bangunan Sultan A. Samad, Stesen KTMB 1890-an, Budhist & Hindu Temple, Gereja yang hampir 100 tahun, Parlimen kurang 50 tahun & manyak lagi gua cakap lu hicyam.. ROOBOOOOHKAN !!!
Cukong2 gendut ini buta seni, buta sejarah, buta nilai warisan & tengkorak hidup tadak sentimental value. Buaya cukong ini hanya tau wangbesar, wangbesar & wangbesar !.
Belajarlah dari negara komunis seprti Rep. China, Russia. Negara Eropah Timur & Barat, negara India & Timur Tengah - mereka sayang/bangga dengan warisan datuk nenekmoyang mereka.
Hoi cukong2, lu belajarlah nilai adab warisan dari negara komunis, sosialis, kapitalis, Islam @ negara mundur Afrika.
" Penjara Pudu, Jalan Pudu
Pudu Raya,
nostalgiaku - memanggil-mangil
namamu...
Bro TT,
BalasPadamaku suka puisi ni.
kalau aku ada di malaya, aku sure pi join TT gak.
woittt.... TT...
BalasPadamapa maksud 'demi zeus'?
mengucap bro!
nak lawan gerombolan, lu kena guna Islam bro... sosialis tak layan!
Kenapa mesti ada Zeus??
BalasPadamTOLONG JAWAB.
Atau org yang deklamasikn ini bukan Orang Islam?
hari ini pada tahun 9090
BalasPadamcicit kita seorang propesor
menggali dan menemui seketol batu tembok pudu
saiznya bukanlah terlalu besar
tetapi cuma sebiji telor angsa
dan mereka bergumbira ria
Dalam agak-agak bak sejarawan
lalu terisytiharlah
tembok pudu lahirnya tahun 1511 sebelum Masihi kata propesor
dan ahli sejarah anguk-angguk
Dalam agak-agak ala sejarawan
Maka riuh pula propesor batu-batan
tembok pudu asalnya bukanlah tembok
tapi pecahan batu taburan dari langit
dan ahli batu-batan angguk
Propesor niaga menelek pula
umpama sejarawan ternama
batu itu jadi petanda
di sinilah gedung niaga gah zaman portugis di Tanah Melayu
dan ahli-ahli niaga angguk-mangguk
Lalu datang lagi ramai propesor
menggali dan meneliti
mencongak dan mengagak
memikir dan mentafsir
tidak pernah terjumpapun
bahwa batu itu asalnya runtuhan tembok penjara pudu
Bro TT, harap tolong jangan lagi menggunakan perkataan Zeus, pembaca TT ramai beragama Islam, lebih elok gunakan perkataan seperti Dia atau Yang Berkuasa. Harap faham persaan kami.
BalasPadamagak bila nak kasi runtuhkan rumah besar haram Toyol ?? rumah besar haram Mukhriz ?? dan rumah-rumah besar haram pemimpin-pemimpin UMNO/BN ???
BalasPadamruntuhkan ajela
BalasPadamkecoh betul
tembok tu kalau korang nak simpan order sama haji vinsentan suruh hantar ke rumah
awang adek pun cakap takde nilai warisan pada pudu jail
hahahaha
-excavator-
bro isham,
BalasPadamsajak kau dah bagus tapi perkataan zeus tu yang tak berapa nak sedap didengar la.
tang yang roboh tembok tu memang aku tak setuju.
kenapa bersumpah demi dewa greek?Zeus??
BalasPadamu have a god,the real god,Allah,the most worthy of ur devotion..why swear in others name?huh!that is one good poem but too bad u;re too ignorant about some particular stuff.
Inilah kojo keparat gerombolan mendahulukan cukong...mengabaikan rakyat...
BalasPadamgerombolan mmg cerbussak!!!
Antara 2 melayu, baik aku sokong melayu UMNO dari sokong melayu sembah dewa.
BalasPadamhmm... kenapalah orang-orang melayu nie masih ada yang close minded...
BalasPadamzeus, allah, tuhan...penggunaan istilah itu juga yang dipersoalkan...
bangsa melayu ialah bangsa yang paling sensitif di malaysia. sampai bila mahu jadi pintar kalau masih tidak dapat memandang dari perspektif yang lain. sempit oh sempit. dibodohkan dengan berita harian...lantas sukar melihat dari perspektif yang lain.
Tanpa sejarah kita tidak akan mengenal masa depan.
BalasPadamakidah kena jaga. tukar le demi Yang Maha Berkuasa
BalasPadamwoit !! anon 19:43, tolong la sikit...ni dah abab 21 la bukan zaman Sultan Melaka lagi tahu !!!!
BalasPadamTakkan tak boleh bezakan Zeus dan 'A'!!
malang betul masih ada manusia yg pikir macam tu !! gua ingat ini mesti budak yg sudah kena kaw kaw BTN UMNO !!
Kah,,kah,,kah,,,Oh Zeus, nama hang pulak akan diharamkan oleh budak UMNO ni !!!!!
Semalam mereka kata bangunan tua itu pusaka bangsa
BalasPadamsemalam juga mereka kesal A Famosa warisan Portugis dirobohkan Belanda
Malam ini tanpa rasa kesal mereka merobohkan tembok penjara pudu yang usianya lebih tua daripada mereka
Sayang sekali sejarah budaya negara tinggal kenangan
Anak cucu kita hanya mampu menonton serpihannya di bucu muzeum negara
Apa komen Prof Zainal Keling??
Setuju??
Apa Lu ni TT
BalasPadamLu tak pakai otak ka bro?
Ada lombong minyak lu kasi orang
Ada tanah ketapi lu bagi orang
Ada lapangan terbang tentera lu nak beri orang
Ada lapangan terbang subang lu kasi orang
Ada kampung baru lu nak bagi orang
Ada jel lu bagi orang
Ada pulau lu kasi jatuh kat orang
Apa lu ni bro?
Semua lu bagi orang apa yang tinggal bro?
Anak kucing siam aje ke bro?
Mangkok betol la lu TT!
Tepat jam seploh
BalasPadamMaka tamatlah sebuah kenangan
untuk selama-lamanya
Yang ada hanya sejarah!!
Sejarah kerakusan, ketamakan dan kekuasaan
Selesai sudah.........
Tahniah!!!
Anak kucing adalah lebih berharga daripada bangunan lama penjara pudu
BalasPadamApa korang nak cakap, cakaplah!
BalasPadamAku bimbang satu aje....
roh-roh manusia yang penah kena gantong kat situ pindah pulak kat istana putrajaya
Aku kerja kat putrajaya woooi!!
tolon la weei!!
Elok di robohkan apa menyakit kan mata je.....kalau orang cina yang buat buat tak nampak je kalau melayu ada ye yang sakit hati...kenyang dengan puisi teruskan huhuhuhu
BalasPadamTT
BalasPadamLagi kisah sedih seorang tua di negeri sembilan tersiar di Malaysiakini.
Seorang thambi bernama Nadarajah nak jual rumah RM150 ribu untuk menjamin anaknya
Begitulah pengorbanan seorang bapa kepada anaknya walaupun itulah satu-satunya rumah yang dimiliki untuk kehidupan hari tuanya.
Saya amat simpati.
Selamat hari bapa.
Demi Zeus tu tak syirik ke?
BalasPadamTeringat aku akan satu bangunan lama dibandar Seremban bersebelahan bangunan Umno gampang Munkee dekat Terminal One.
BalasPadamBangunan lama tu pernah dijadikan sebagai sekolah Convent.
Diawal 90an bangunan lama tu lenyap sama sekali. Sedih bukan kepalang kerana aku anakjati N9 menghargai peninggalan lama.
Dihadapan bangunan lama ada sebuah padang bola yang sangat subur tanahnya peninggalan penjajah.
Dari umur yang baru pandai belajar menyepak bola dan sebelum itu lagi padang ini mempunyai rumput yang benar-benar asli dari zaman kolonial.
Kerakusan bangsat pemimpin umno mendirikan khemah yang besar diatas padang, akhirnya keaslian tanah itu seakan merajuk dan tidak subur lagi.
Sememangnya pemimpin BN ini berasal dari golongan beruk yang tidak tahu menilai apa itu peninggalan sejarah.
Gampang dan sial lah hendaknya kehidupan pemimpin ini hingga ke generasinya sampai akhir dunia ini kerana membuat kerosakan yang menguris hati manusia yang menghargai sejarah.
Amin hendaknya...
Demi Allah . . .
BalasPadampatut la melayu hari ini tak sokong umno sebab sejarah.
BalasPadamsebab umno sendiri meruntuhkan bende2 sejarah!
wakaka..
mari kita runtuhkan umno pulak.
demi 'pembangunan' !!!
Isham,,
BalasPadambagaimana kau melihat sungai,jalan raya sebagai satu medium untuk manusia bergerak??
maksud aku, sejarah manusia bergerak dengan ada nya material sebegini (jalan raya yang lebar) memudahkan & mempercepatkan perjalanan sejarah manusia.
semakin lebar jalan, semakin lekas manusia bergerak. maka semakin banyak waktu tidak terbazir.
jadi, ada nya waktu yang terluang akan membolehkan orang-orang di malaysia ini memikirkan budaya, peradaban baharu. tidak terfikir kah yang sebenarnya kesesakan jalan raya juga merupakan satu cara "masa" bagi manusia dicuri. seolah-olah "surplus value" oleh Karl Marx. idea marxisme/komunisme yang kau sanjung sangat tu..
lagi pun apa sejarah nya Penjara Pudu kepada bangsa. itu tempat tahanan pesalah. bukan saksi sejarah keberjayaan bangsa malaysia pun.
apakah bijaksana nya sejarah jika ia mengajar kita untuk lebih progresif, menjadi bangsa yang menerima pembangunan.
tetapi menentang perobohan ini kerana alasan sejarah.
apakah ertinya SEJARAH?
ia bukan mengajar kita untuk menyimpan tembok yang menghalang pembangunan tetapi untuk membina sejarah baharu, memberi semangat.
aku tak setuju sejarah dilenyapkan, sebaliknya
SEJARAH BAHARU tercipta.
semoga jalan yang lebih lebar ini akan mempercepatkan lagi pergerakan sejarah manusia di Malaysia untuk menentang kezaliman!!
~ukm~
stadium merdeka dan stesen keretapi KL berdebar2 tnggu nasib mereka..
BalasPadamgolongan pemodal ni akan terus menerus rakus membolot segala kekayaan bangsa. kita warga marhaen cuma mampu marah dan marah.
BalasPadamcukup2lah pembangunan. shopping complex banyak2 untuk apa? tengok pavilion yang dulunya BBGS. cuba tanya, siapa saja yang berbelanja di pavilion?
pembangunan plastik. cuma mengayakan golongan pemodal. inilah akibatnya kalau kita terus2an menjadi hamba kapitalis. mereka akan gunakan cara licik untuk justify perbuatan mereka. dan kita akan terus menyokong perbuatan mereka kerana tertipu kononnya semua itu adalah "pembangunan".
woittt?!!...bila nak robohkan umnok ni?.....umno tu dah lama sangat tercangok...buat semak jer....
BalasPadamkah kah kah kah kah kah ....
Bab keja2 runtuh meruntuh ni memang fevret keja gerombolan. dorang mana amek port ada nilai sejarah ke tak. pi lantak aaa. yang penting duit masuk poket/bank swiss dan ada bajet nnti utk pru13 atau prk.. apa yg boleh runtuh, dorang runtuhkan termasuk surau, masjid, kampong melayu dan lain2..
BalasPadampenggunaan nama zeus tu apa maknanya eh? xkira la perspektif lain ke apa ke kan alasannya tapi xperlu la nak berbangga dengan dewa greek tu... jgn jadi jahil cam 'tanpa nama'...rosak akidah tanpa disedari..hidup hanya sementara. kat dunia ni kita leh la cakap apa2 ikut suka..
Tuan TT.
BalasPadamAPCO/Apno akan kata.kita benci penjajah dan kita akan musnahkan penjara pudu dan segala peninggalan penjajah.penjajah telah memenjarakan pejuang2 melayu di penjara pudu dan kita mesti musnah kan penjara pudu kerana penjara ini telah meninggalkan kesedihan yang teramat sangat kepada anak cucu pejuang.
Minggu lepas aku baru shj balik dr Kota Paris dan London.Nah..lihat mereka2 yang bertamadun dan tahu menghargai sejarah.mereka menjaga bangunan2 bersejarah dan tahu nilainya pada tamadun mereka.
Oh Pemimpin2 Negara ku.Keuntungan poket mengisi tembolok yg sementara itu lebih utama dr sejarah Negara ini.
-Kiung-
kat kuala pilah bro..ingat tak bangunan dari moyang aku dulu dia orang sebut POSOPIS..sekarang lu datang tengok bro..ada lagi ka?.ghaib bro.
BalasPadamada kah patut bangunan begitu dimusnahkan secara demo memadam api oleh bomba bro..itulah kerja exco pelancungan masa tu..demo memadam kebakaraan.
mungkin tanah tu dah ada yang ngap sekarang ni atau masatu dah kena ngap.
dan kini tibalah masanya pemikiran kuno kita yg terpenjara selama ini bebas sebebas-bebasnya bersama keruntuhan bangunan sejarah 100 tahun ini..... ayuh kalian semua .... bangun dan sedarlah bahwa kalian sudah bebas..... bebas memperjuangkan hak, kemakmuran, keadilan serta kesucian agama dan tanah air tercinta. Ayuh bersama kita robohkan dan robekkan kebejatan umno bersama kebatilan perjuangan mereka selama ini.... ayuh bangun kita sam senada dan seirama hapuskan umno. kuburkan umno. lenyapkan umno dari muka bumi Tuhan Yang Maha Esa ini.
BalasPadamNilah orang melayu, orang kisahkan tembok bangunan bersejarah yang dirobohkan, dia sibuk memperkatakan ttg 'demi zeus'.
BalasPadamDlm Al-Quran ada 'demi masa', apa penjelasannya?
demi zeus ke..demi zorro ker..tk payah nak sibukkan yang itu..baca sahaja apa nak disurahkan..
BalasPadamkeh keh..
BalasPadamdemi zeus? Bajet habis seni lah tu.ahahahaha..
blah la..tuhan mana ntah ko berkenan sangat tu.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
Seni punya pasal..akidah letak belakang...
KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
Sekali lagi..
Bajet habis seni lah tu.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
Oh..apa nak heran.Nik Ajis ada.boleh kuar fatwa.Oh..apa nak heran lagi.nuar berahim bontot agen yahudi boleh backing.Oh..lim kit siang anak beranak boleh tolong jawab kot.
Tak lepas takpa..karpal dengan anaknya kan ada.Kang datang la dengan kerusi roda dia tu.Bajet macam profesor X dalam X -MEN lah kot.hahahaha..
Cabut tayar kerusi roda tu baru dia tau.
Sekali lagi...Demi Zeus?
KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
Din din..kalau aku letak din yang berumur 10 tahun dulu depan ko..mesti dia malu dengan dirinya.Malu dengan dirinya di masa hadapan yang barai.
KAH KAH KAH KAH KAH
satu puisi yg menyentuh. boleh tak saya kongsi puisi ni dalam facebook?
BalasPadamunkle hisyam
BalasPadamrindu dengan article TT, hampir separuh purnama tidak mendengar surah surah songsang dari unkle hisyam.Di negeri uncle Mao tiada blogs mahupun Youtube..
brader ukm,
BalasPadamnak kurangkan kesesakan jalan raya bukan lebarkan jalan....tapi tukar ke pengakutan awam.
lagi banyak masa terluang seperti kau cakapkan tu boleh lah fikir puas-puas
sape mau bet dgn wa lps ni bangunan soltan abdul samad akan terima nasib sama?..wakakakaka
BalasPadamYang patut dirobohkan:
BalasPadam1. United Malays National Organisation (UMNO).
2. Barisan Nasional.
3. Tugu Negara
4. Bangunan Lama Lorong Hj Taib..rumah2 pelacur n rumah2urut
5. Panggung Colossium dan kelab2 malam dll tempat judi, minum ara dan maksiat....
vicmoro kombet
"demi zeus"...
BalasPadamwe are on the same ship bro!
ha ha ha
to tanpa nama yg komen kat bwh2 ni(aku x ingat mana 1)nak buat sejarah baru kena ingat sejarah lama jugak..
marah2 skarang xguna,we should educate anak2 muda lebih hargai sejarah.bukan dengan menghafal buku teks.baru dapat sokongan massa.
sesungguhnya massa itu emas.
umno pun mana tahan dengan massa berdemo di jalanan bukan?