Selasa, 27 Julai 2010

DI SINI DUIT BOCOR





SENJATA BARU UNTUK KESELAMATAN RAKYAT DARI SERANGAN NUKLEAR




BERLANJA PERTAHANAN RM180 BILION RINGGIT -mkini

Sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan jumlah yang besar sebanyak RM180 bilion.

Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004, yang seharusnya menyediakan Malaysia dengan kemampuan pertahanan yang sewajarnya, kata seorang penganalisis pertahanan.

Namun, angkatan tentera Malaysia dalam keadaan menyedihkan yang hanya dapat menangani operasi tentera selain perang (OMSP).

Hal ini tidak menghairankan kerana tuduhan rasuah dan salah pengurusan yang berkaitan dengan perolehan pertahanan terus ditimbulkan.

Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh yang lain dalam bajet 2009.

Perbelanjaan Kementerian Pertahanan telah meningkat lebih daripada lima kali ganda - dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010.

Jumlah perbelanjaan sepanjang tempoh tersebut ialah RM178.989 bilion - sama dengan kos membina enam Putrajaya atau 60,000 sekolah rendah.

Peruntukan untuk pertahanan berkisar dari 1.6-3.2 peratus daripada KDNK negara. Menurut Lam Choong Wah, editor portal pertahanan - KL Security Review - ini adalah sederhana dibandingkan dengan purata antarabangsa 2 peratus.

nota:
maka jelas disini bagiamana jual beli
alat senjata menjadi lubuk membuat duit
tahun demi tahun senjata baru di beli senjata
lama ditukar – semua jual beli senjata ada komisen
yang kita tahu hanya komisen untuk razak baginda
ini pun kerana altantuya di bunuh. senjata ini tidak
pernah dipakai. rasuah dan kick back berleluasa
dalam jual beli senjata – amalan ini merebak luas
jadi kalau musuh hendak menyerang tidak perlu jet
atau tank – hanya perlu bawa china doll dan mongol doll saja.

perhatikan jumlah duit yang hangus beli senjata:
180 bilion ringgit


berapa puluh buah hospital boleh dibuat?
berapa puluh sekolah boleh dibuat?
berapa kali warga muslim boleh naik haji percuma?
berapa banyak boleh diguna untuk subsidi gula?
berapa banyak boleh diguna untuk subsidi beras . minyak, tepong?
berapa banyak choli sais XXXXXXLLL telah dapat dibeli
dengan 180 bilion ringgit? kah kah kah


20 ulasan:

  1. Soalan analisis logik untuk menipu makcik Felda:

    "Apa salahnya kita berbelanja untuk pertahanan melebihi purata dunia? Ini menunjukkan kita antara negara terbaik yang mementingkan keselamatan rakyat."

    Hahahahaha.

    Membaca Tukar Tiub membuatkan saya sentiasa menginsafi soalan ini:

    "Sampai bilalah orang kita nak kena tipu?"

    Dan soalan ini:

    "Sampai bilalah Bik Mama nak jadi Small Mama?"

    BalasPadam
  2. beli senjata cap ayam je..
    harga smpi billion RM
    berperang tidak..
    beli kapal selam tak boleh menyelam..
    dh menyelam tak boleh timbul pl..
    beli jet enjin masuk pasir..
    buat pameran je lah..

    BalasPadam
  3. "berapa kali warga muslim boleh naik haji percuma?"

    haha haha hahaaaaa
    ini yang menarik ini
    moga TT dapat cepat pergi haji kerana itu adalah rukun ISLAM. amin. aku doakan untuk pokcik TT

    aku akan respek hingga tabik spring-kilas sekiranya Malaysia sebagai sebuah negara Islam dapat mamberikan tambang percuma untuk warganya menunaikan HAJI

    barulah sebuah negara ISLAM yang baiieeekk!!!!

    tidak payahlah pakcik-makcik tua dikampung terbongkok-bongkok pergi ke tabung haji buka akaun & menyimpan tiap-tiap bulan

    BalasPadam
  4. Ha ha ha..

    R&D senjata pun tak buat ..tengok..semangkuk-mangkuk Indonesia ..depa dah ada senapang buatan Indonesia..teknologi Indonesia...yang kita dok beli dari luar pasai apa..komisyen mashyuk...ha ha ha.

    Itu belum tenggok Singapura...jauh lebih canggih lagi senjata depa buat dari Malaysia..kita hampeh...ha ha ha.

    Lagi satu ..salah guna kuasa atas dasar Keselamatan...sebab deal beli senjata tak boleh bagitau kat umum...KESELAMATAN..tapi janganlah melampau ..kalau Brazil Boleh beli Eurocopter yang sama tapi lebih murah kenapa tidak Malaysia?????

    Hmmmmmmmmm..aku pun tak tahu ..ha ha ha.

    BalasPadam
  5. Kecanggihan Malaysia; US mencipta pesawat tanpa pemandu, Malaysia mencipta pesawat tanpa enjin, US mencipta kapal selam boleh menyelam, Malaysia mencipta kapal selam tak boleh menyelam....canggihnya Malaysia tanah airku..

    Nota:
    Di Kuala Kangso ada pesawat skyhawk tengah standby di depan jam besor kuala....kah...kah..kah..

    BalasPadam
  6. Kita amat percaya perbelanjaan pertahanan negara sentiasa meingkat jumlah yang besar berpunca pameran senjata di Langkawi.

    Pada awalnya kita merasa seronok melihat kemampuan senjata baru yang dipamerkan oleh negara luar namun disebalik pameran itu wujud skandal, penipuan oleh Kementerian Pertahanan terhadap rakyat Malaysia.

    Malang sungguh kita sebagai rakyat Malaysia diperbodohkan dengan membeli senjata dengan harga yang amat mahal tetapi tidak digunakan.

    Perbuatan menipu rakyat dalam penyelewengan membeli senjata jenis murah berharga mahal adalah jenayah peringkat menteri yang mesti kita adili sebaik mungkin.

    Jangan biarkan menteri yang bertanggongjawab ini terlepas lari dari menanggong segala kejahatannya kepada rakyat Malaysia.

    Kejar dan tangkap mereka walau pun sehingga kelubang cacing...

    BalasPadam
  7. inilah satu lagi projek kelentong rakyat tajjan UMNO/BN.....belanja berbillion2 ringgit beli senjata tapi tidak pakai, ataupon beli senjata ali-baba yg sebenarnya wang telah masuk kocek !!! patutlah UMNO banyak wang beli undi !!

    Apa jadi dengan Kapal 'Altantuya' Selam yg tak selam ????? Banyak Wang sudah belanja tapi hasil tarak !!!

    BalasPadam
  8. Kejar dan tangkap mereka walau pun sehingga kelubang cacing...
    ______

    Kejar dan tangkap mereka walau pun sehingga kelubang ddor mak dia!

    BalasPadam
  9. hahaha....Malaysia beli Sukhoi, Singapore adakan program kerjasama F-35 dgn Israel.

    Singapore cadang nak order 100 buah.

    Apa menatangnye F-35 nie?

    F-35 ialah pesawat generasi baru buatan AS dgn kerjasama byk negara termasuk Israel & Singapore.

    Kelebihan F-35 ialah sukar dikesan radar(Stealth). F-35 tak perlukan landasan utk berlepas dan mendarat.

    F-35 menggunakan teknologi V/TOL(Vertical Take-off Landing). F-35 boleh berlepas dan mendarat mcm helikopter tapi boleh dogfighting mcm jet pejuang.

    Sukhoi TUDM perlukan landasan utk berlepas dan mendarat.

    Siape punye yg lagi canggih?

    nak tahu lebih lanjut sila Google-F-35.

    BalasPadam
  10. Nota:
    Di Kuala Kangso ada pesawat skyhawk tengah standby di depan jam besor kuala....kah...kah..kah..
    -Tanpa Nama 2010 Julai 27 11:35


    tambah catatan:
    di seremban ada pesawat tak tau apa tengah tersangkut kat bumbung rumahkodai sebolum hotel seri m'sia & bus stand... agaknya inilah kapalterbang yg hilang 2 enjin tu, tupasal dah sonyap jo tak buleh begorak laie dah!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot
    klickdefella(klakka-la)
    twitter: averagejoeMY

    BalasPadam
  11. Bhai TT...

    Gua suka kat gambor yang lu publish tue... nampak macam hebat jer kalu pakai cam tue... hahahaha

    BalasPadam
  12. Canggihnya pesawat F-35 ni tanpa perlu landasan untuk berlepas dan mendarat. Singapore melihat akan keperluan ini.

    Tapi Malaysia... cuba bayangkan landasan kapalterbang kita di bom oleh musuh kalau ada lagi kat bawah dah tak boleh berlepas, kalau ada kat udara dah tak boleh nak mendarat...kes naya ni...

    Tapi Malaysia ada kekuatan yang tersembunyi... iaitu disetiap kampung dan rantau ada 'benda' ni terutama menjelang raya... MERIAM BULUH...bunyi gempak tapi habuk pun tarak...kah..kah..kah..

    BalasPadam
  13. Sapo kato pertahanan Malaysia tak hebat.. Malaysia ado C4.

    BalasPadam
  14. Gambar yang telah dimuat naik oleh Pak TT itu tak lain tak bukan ialah... BH/CBM3XL Binocular Night Vision Device BNVD) yang akan dibeli oleh Kerajaan Malaysia dalam sedikit masa lagi untuk kegunaan operasi skodeng pada sebelah malam oleh ATM. Menurut sumber-sumber daripada kroni terdekat, pembelian secara rundingan terus untuk peralatan BH/CBM3XL Binocular Night Vision Device BNVD)telah dipersetujui dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di bandar Moron, utara Mongolia.

    BH/CBMXL = Bau Hapak Coli Bik Mama 3XL

    BalasPadam
  15. beli bom billion2 tapi letup kat monggol doll lepas ni mana punya dol akan kena letup.......sarip dol

    BalasPadam
  16. Woit Bro TT

    Apalah lu komen macam tu, tak baek tau.

    Tak bangga ke bila sambutan hari merdeka, Tentera kita berbaris dan tunjukkan kehebatan peralatan ketenteraan tu.

    Jet sukhoi tu boleh buat pertunjukan udara.... wuiyooo... terbeliak mata makcik felda cari mana jetnya... dengor bunyi je..

    Terpesona, perkosa, songkok tinggi sampai terjatuh songkok ke tanah dek medongak nengok jet sukhoi.

    Tahun ni menteri jelobu nak pamer kapal selam sekali kat dataran merdeka. Maka terkezut lah bro TT.. tak sangka kera jaan mesian sungguh hebat. Tak rugi berbelanja berbelion hengget

    BalasPadam
  17. aku harap kawan-kawan boleh terima pandangan nie:tak salah belanja untuk pertahanan walau sampai rm180b,tp kualiti tentera sekarang kenalah sama dengan nilai rm180b.tak boleh juga kata boleh bina 60,000 sekolah dengan 180b atau boleh bagi haji percuma...pertahanan tetap satu keutamaan,kalu tak dah lama negara ni dijajah indon masa konfrontasi atau komunis..persoalannya bolehkah kerajaan berubah dengan menetapkan kualiti selaras dengan nilai belanja?..fikir fikirkan jawapannya..tepuk dada tanya imaann..

    BalasPadam
  18. CIA telah ramal kerajaan Singapura membelanjakan SETAHUN hampir USD5 billion (RM17.5 Billion). Jane's Defenc weekly pernah lapurkan Tentera Singapura akan menjadi paling termoden di rantau Asia Tenggara. Perlumbaan senjata di antara negara kita dan Singapura memang dah lama telah diketahui. Ia tidak boleh elakan. Cuma kita pertama kali dengar seorang Senator yang berani mempertikaikan kontrak Kementerian Pertahanan.Sepatutnya ahli parlimen perlu kerja kuat dan menyuarakan tentang belajawan Pertahanan negara dibuat cara tulus. Kita perlukan pertahanan yang baik untuk maju.

    BalasPadam
  19. Yang dipertikaikan di sini, perbelanjaan 180 bilion untuk ketenteraan tidak padan dengan kualiti yang terhasil darinya. Kalau dah belanja banyak tu, Malaysia sepatutnya begitu hampir dengan kemampuan ketenteraan Singapura. Tapi hakikatnya tentera Malaysia tak ubah macam regim Pol Pot. Cuba tengok kem2 tentera begitu daif sekali dengan bangsal2 usang, jentera2 buruk, sekali musuh jatuhkan bom, bersepai.

    Jadi sebenarnya peruntukan beratus bilion itu tidak digunakan untuk ketenteraan, tapi hilang, lalu masuk kocek Najib.

    BalasPadam
  20. (Sepatutnya ahli parlimen perlu kerja kuat dan menyuarakan tentang belajawan Pertahanan negara dibuat cara tulus. Kita perlukan pertahanan yang baik untuk maju.)
    ahli parlimen be end otak udang,otak sume pk masyukk je,bayang TUDM sg besi nk d jual,ahli parlimen snyp je

    BalasPadam