Sabtu, 10 Julai 2010

HANYA SATU FATWA




SENIMAN PUN BERFATWA




MUFTI WILAYAH : ESQ PROGRAM MURTAD TERANCANG, GALAK ISLAM LIBERAL
- minsider

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang mengeluarkan fatwa mengharamkan program motivasi ESQ berkata, kandungan modul syarikat yang berpusat di Indonesia itu sarat dengan metode dan fikiran liberal, yang bertentangan dengan Islam.

“Lebih bahaya lagi apabila fikiran tersebut diserap melalui platform latihan kepimpinan yang terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa agama.

“Oleh itu, ia perlu disekat sebelum merebak menjadi ‘barah’, yang bakal merosakkan akidah dan syariah dan sukar dikawal lagi,” kata beliau dalam kertas kerja kajiannya bertajuk “Gerakan Islam Liberal Indonesia dan Kaitannya dengan ESQ”.

Program ESQ, yang wujud sejak satu dekad lalu, diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bulan lalu kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme dan ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

ESQ TIDAK BERTENTANGAN AKIDAH , SYARIAT - melayau

Mufti Perak, Harussani Zakaria menegaskan, modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn. Bhd. tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Malah, menurut beliau, program tersebut juga tiada kena mengena dengan fahaman liberalisme atau pluralisme seperti didakwa.

"Dalam Persidangan Muzakarah Fatwa Kebangsaan melibatkan mufti-mufti seluruh negara yang bersidang tiga kali sebelum ini, telah membincangkan secara terperinci tentang isu ESQ

nota:
ini lah apa yang dipanggil fatwa.
fatwa selalu di salah ertikan sebagai hukum
fatwa sebenarnya hanyalah pandangan hasil dari fikrah manusia
pandangan ini pula lahir dari pengalaman, keilmuan,
pegangan siasah si pengeluar pendapat.

ada fatwa jika masuk akal akan dipakai
ada fatwa tinggal fatwa

inilah keindahan fikrah manusia
manusia befikir untuk melakukan susuatu
agar hidup dalam alam ini lebih sempurna
selesa dan bukan terus menerus dalam ketakutan
hingga tidak dapat merayakan kehidupan

nota:
sesiapa yang membesar ditahun lima puluhan
akan teringat lagu s.effendi yang bernama
fatwa punjangga – sila cari dan rayakan.

11 ulasan:

  1. kah.. kah.. kah..

    aku berfatwa... lagu fatwa pujangga adalah haram... sebab s affendi bukan mufti... kah.. kah.. kah..

    tp aku suka lagu tu...

    dlm esq ada pelbagai pendekatan dr fahaman lain yg diubahsuai utk applikasi peserta muslim... tu yg mufti wilayah ragui...

    tp atas dasar bisnes ramai tolak pendapat mufti ini.

    BalasPadam
  2. Kalau ESQ diasaskan dalam negeri, cepat orang Islam Malaysia akan terima bulat bulat. yang tak mau teriam fatwa mufti W P ini ialah kerana pandangan bahawa apa yang diimport mesti ok. Nak sertai seminar ESQ ini bukan murah, jadi, tak best lah kalau diharamkan. Macam mana pemilik syarikat ESQ dan fasilitator nak buat duit.

    sri hartamas

    BalasPadam
  3. bagus mufti ni..bab ni cepat je bagi fatwa...bab judi bola,rasuah pilihanraya...diam je..hidup mufti..mufti 1 malaysia...

    BalasPadam
  4. Esq tu module trainaing utk orang2 high class la sgt sedang orang miskin semua xyah p program tu dah!!

    dah dilatih fizikal ngan mental tu mantap...tak dak duit pun boleh hidup bahkan bertambah montel anak2.

    Puak2 yang hampir2 tersesat ni lalu jumpa jalan pulang dgn esq la konon so let it be.

    Tak payahla nak sekat2...byk lagi kerja2 murtad yg mufti kena buat tak payahla dok ganggu kerja buat orang2 berduit nak laburkan duit depa...dlm mencari jalan pulang!

    Jangan kan Fatwa pujangga bro...fatwa nenek moyang kita pun dah cukup mantap dgn syair dan pantun yang tersusun indah untuk kita apply ke dalam jiwa dan ruh kita...lalu lahirlah insan seperti
    TT.

    tt the legend...i like!!!

    BalasPadam
  5. bro TT,
    lu punye pendapat psal ESQ ni?

    BalasPadam
  6. yg mufti wilayah bimbang pasal akidah perkara akidah perkara pokok
    tak boleh ada sedikit pun syak.. semua mesti berhati hati.esq kata Muhamad saw menjadi rasul atas usaha beliu sendiri hingga Allah pilih setelah Muhamad saw berusaha bersungguh utk menjadi nabi..

    BalasPadam
  7. Pendapat anda ttg ESQ?

    Mufti penang, johor, pahang, perak terima ESQ.
    Mufti wilayah tak terima,
    masalahnye, die dah masuk belum esq tuh?

    ESQ HARAM, SURE HEBOH HALAL.
    memang cayaa.

    BalasPadam
  8. Kalau esq kata "Muhamad saw menjadi rasul atas usaha beliu sendiri hingga Allah pilih setelah Muhamad saw berusaha bersungguh utk menjadi nabi".. Mungkin kata-kata perlu di teliti.. kerana ia boleh memesongkan akidah... barang diingat segala ketatapan telah ditentukan oleh Allah s.w.t

    BalasPadam
  9. Tahniah kpd mereka yg telah dianugerahkan iman dan akidah yg teguh. Masuk dlm lubang mana pun sentiasa dilindungi Allah, manusia lain tak leh nak kelentong.

    (Dalam banyak2 alumni ESQ ni, aku ada ternampak muka Muka Hasan.)

    BalasPadam
  10. Ada sapa-sapa lagi nak bagi FATWA???

    Bagi lah. Takper....

    Semuanya BELUM MUKTAMAD.
    Help me please... You help me,I help you.

    BalasPadam
  11. ESQ nama baru bagi Kekuatan Akal,Kekuatan Jiwa dan Kekuatan Emosi yan aku belajar pada tahun 80 an dari ustaz pondok,cara penyampaiannya dengan menggunakan kaedah syarahan dengan dengan contoh-contoh dari riwayat hadith Rasulallah.kisah para tabiin.Tetapi sekarang diguna latarbekang muzik dan penceramah melakunkan watak sedih hingga tesedu untuk mempengaruhi peserta terutamanya perempuan.Para cendiliawan Islam perlu membuat keputusan LILLAHITAALA.tiada kepentingan lain selain atas kepentingan agama Islam semata-mata.

    BalasPadam