Isnin, 19 Julai 2010

JANGAN TANYA SATU SOALAN




PROPAGANDA UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN




REALPOLITIK DI KEMAS KINI

Ada tiga pekara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib Rosmah. Tiga pekara ini wajib dilakukan untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka dari di rampas kembali oleh kuasa orang ramai.

Tiga pekara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan batuan penasehat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampong dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.

Tiga pekara ini ialah :

1 - Anwar Ibrahim mesti di ketepikan
2 - Parti Pas wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat
3 - Propaganda untuk menghuru harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan

Ketiga-tiga pekara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib Rosmah tiga pekara ini lebih penting dari dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke 10. Kerana rancangan ini bagitu penting sekali maka kerajaan Najib Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan.

Kerajaan Najib Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah jika Anwar ‘diketepikan’ maka Pakatan rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi.

Apa yang kita lihat hari ini - apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan aparacik politik Najib Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar.

Dalam strateji politik langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet , bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan di yakini umum.

Langkah pertama ialah mengkaitkan Anwar dengan lubang berak Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan lubang berak Saiful telah di tujah dan diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Muhamad pada tahun 1998 dahulu melalui lubang berak Azizan.

Apabila Saiful diberitakan tidak terberak selama dua hari kerana menyimpam bahan bukti didalam juburnya maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Ganja telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan.

Seluruh Malaysia telah senyum puas. Kemudian dengan tetiba warga se Tanah Melayu menjadi hairan dan tertanya-tanya siapakah agaknya yang menuliskan kata bual yang bagitu bodoh untuk si Saiful ini.

Seperti kes lubang berak Azizan , kes lubang Saiful ini juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib Rosmah. Propaganda lubang berak Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan.

Dengan cepat para aparacik dan jentera Najib Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strateji baru – ajen asing.

Harus di sedari bahawa surah – ajen asing – ini juga telah mula muncul pada tahun 1998 dahulu. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot. Dalam kes pertama tahun 1998 dahulu memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ajen CIA. Apabila berita ini tersebar kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat.

Menurut Pak Duta John R Malot – kerajaan Malaysia telah diberi amaran bahawa : sila jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai maka surah Anwar ajen Amerika pun mati tak berasap.

Pasti pekara yang sama juga telah terjadi sekali lagi kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini tidak lagi melaung-laungkan surah ajen asing ini. Pentabiran di Rumah Puteh melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman – tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA maka pasti pentabiran Obama ini , seperti tahun 1998 dahulu telah mengambil pendirian yang sama.

Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh aparacik dan jentera Najib Rosmah ialah memastikan parti Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adaklah langkah yang amat stratejik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika Pas dapat dipisahkan dari Pakatan maka dengan segera Pakatan rakyat akan luntur dan pecah.

Kita harus menyedari bahawa walau pun Pas mengakui parti Islam – ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam macam. Dalam politik yang di rebutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka disinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab Sosialis atau Kapitalis.

Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi – kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya – yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kueh bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telor. Warna, corak, reka bentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas yang akan , yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah disana dan tanah disini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

United Malays National Organisation sedar hal ini. Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisma dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisma. Ini hakikat. Ini realpolitik.

United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.

Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.

United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.

Waspada ! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib Rosmah untuk berunding dengan Pas ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan Pas maka Najib sang anak juga akan berunding dengan Pas. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warong Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa.

Keinginan berunding dengan Pas ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan - perpaduan Pakatan rakyat yang kompak wajib di lemahkan. Kota yang kukuh wajib di bocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau bilaukan. Pas wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua – sebahagian. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa.

Lalu kita smapai ke strateji ke ketiga : mengharu birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu gugat kerana slogan – ‘kita semua Melayu dan kita semua Islam.’ Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi ‘slow sikit’ kerana Dap ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli Dap. Malah Dap ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum.

Justeru musuh utama ialah Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau , masjid, kuil , sekolah, kasut, punggung, jubur – malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong.

Aparacik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada Adun PKR yang akan berpaling tadah.

Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerjaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab.

Dimana akhirnya semua ini ? Dalam merancang realpolitik Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini stratiji utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib Rosmah susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Serawak. Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula agen-agen CIA yang lain? – apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti lubang berak Saiful – senjata dan propaganda akan memakan tuanya.

Dalam realpolitik ada yang lebih real. Yang lebih real ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim.

Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan : mengajak Pas datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau Pas meminta Najib melempang Muhyiddin – pasti Munyiddin akan kena satu pelempang. Kalau Pas meminta Najib menampar Khairy Jamaluddin – pasti Khairy akan di tampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang , Najib akan melakukan apa sahaja keculi Pas tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor. (TT)

42 ulasan:

  1. Rencana yang brilliant, bijak!

    Kalau rencana ini tidak membuka mata para pembaca dan rakyat Malaysia, I don't know apa lagi yang boleh mencelikkan mata rakyat Malaysia...

    BalasPadam
  2. Yang pasti dan harus dibimbangi,umpan enak lazat telah dimakan.Makan bukan saja bererti memamah dan menelan,tapi juga ia termasuk menghidu dan memuntahkan.Termasuk juga mengumat ngumit dari jauh menyebabkan pengumpan yang memperangkap umpan telah tahu umpannya akan mengenai.katalah apa saja,umpan itu busok,umpan itu lama atau umpam sudah tidak berguna lagi kerana habis tamat tempoh,realitinya perhatian terhapap umpan akan menyebabkan umpan terus disebut.

    BalasPadam
  3. ulasan dan kupasan yang bersahaja,
    tersangat baik dan mudah difahami,
    memang ada yang tak faham,
    sengaja tak nak faham.
    untuk ini kita kena BERDOA,
    kerana DOA adalah senjata kita.
    marilah kita samasama berdoa
    moga yang tak faham,sengaja tak faham akan diubah hatinya olih
    Sang Pencipta ..ALLAH YA RABBULALAMIN

    BalasPadam
  4. this article is awesome! respect! let's Destroy BN and keep an eye on our politicians...

    BalasPadam
  5. sib bek pas.. dalam hati mereka sudah di install kaspersky, jika tidak... pasti ku suruh mereka masuk gerombolan dgn menyerang virus2 trojan horse agar lebih mudah ditumbangkan BN

    BalasPadam
  6. TT jangan khuatir, AI berada pada 'sirotulmustaqim'. Apa lagi gerombolan nak klentong rakyat, rakyatpun bukan bangan sangat seperti warga FELDA sana. Rakyat dah sedar dan akan ajar habis-habis UMNO pada PU13 nanti, tak percaya? "Ambillah pisau nak ku belahkan dada."
    Rakyat dah sampai ke kemuncak'enough is enough' biarlah UMNO berdengung dengan Ketuanan Melayunya yang sarat dengan retorik kosong dan Najib dengan 1 Malaysianya yang sarat dengan 'pelbagai tarian etnik' bukannya pandai mentadbir tapi bermunafik!
    Percaya Najib kini tak senang tidur, baca bahasa badan/mulut dan gerak-gerinya - banyak berlakon dan berpura-pura kerana Perancis akan korek juburnya!

    BalasPadam
  7. susuk = benda-benda yang dimasukkan ke dalam badan oleh dukun dan bomok kononnya supaya pemakainya mempunyai kuasa luar biasa.

    sosok = penampilan

    BalasPadam
  8. artikel menarik trima kasih bro.. baru la terbukak minda.. rupo2nyer kaki klepet ni berada dimano2..

    BalasPadam
  9. orang2 zaman sekarang yang sibuk nak membangkang kerajaan...

    Dah tengok muvi Shuhaimi Baba- Hati Malaya, staring Maya Karin & Rusdi Ramli pasal Malayan Union dan saat2 orang dulu2 nak capai kemerdekaan.

    Brilliant!

    Malaysia dah cukup aman, toksah la sibuk nak protes benda2 yang remeh temeh.

    Lu cukup makan, lu ada tempat tinggal, bebas dapat pendidikan, takda bom sana sini; syukur..

    BalasPadam
  10. Jahat sungguh gerombolan ni. Tapi ramai yang tak sedar sedar lagi, masih lagi bongok.

    BalasPadam
  11. Ayuh mari kita semua kejapkan barisan pakatan rakyat.
    kita tanamkan azam untuk mengtebaraikan bn/umno pada pru13 nanti. jangan kita termakan gula gula bn/umno yang sedia telah naik harga.jangan kita kalah dengan pujuk rayu siputeri santapan jiwa jantan umno.jangan kita ternganga mendengar gurindam tv tiga suku.
    jangan kita jadi sampai masak dengan gorengan berita meloyakan dan berita menghairankan.
    Ayuh kita nyah dan nyeh kan depa
    dari persada politik tanah ayer.
    sekian terimakasih.

    ****Mat temonyeh****

    BalasPadam
  12. hehehe ayat yg last tu best la hehehe

    BalasPadam
  13. Ha ha ha.

    Nak buek camano..makcik Felda tak baco Tukar Tiub...ha ha ha.

    Orang yang baca Tukar Tiub kena nasihatkan makcik Felda supaya jangan baca Utusan Melayau dan Berita Hairan..ha ha ha.

    Ilmu kalau tak di kongsi mana ada berkat...kalau nak berkat kongsi ramai-ramai...ha ha ha.

    Nice un-Spining Bro TT..ha ha ha.

    BalasPadam
  14. rasa mcm bru lepas masuk kuliah laa bro..ekau bg ceramah mmg mantap..steady bro..

    BalasPadam
  15. hahhahhaa... jangan jadi hamba kepada orang yang bodoh... kadang2terlebih cerdik pun akan membuatkan kita jadi bodoh...

    BalasPadam
  16. Aku pun tak paham fikiran orang Melayu AMNO nie..walupun berbagai2 pendedahan tapi masih lagi percaya akan keburukan Pemimpin AMNO...
    Tapi bila dah sedar jadi macam bapa sahabat aku..dia rasa nak tendang saja TV tu setiap kali siaran berita kerana sudah berapa lama ditipu oleh AMNO...Aku pasti selepas PRU13 nanti jika PR berjaya memerintah wujudkan 2 TV satu untuk pembangkang iatu AMNO dan satu PR punya..jadi kita boleh tengok berapa banyak TV penyokong AMNO yang pecah akibat ditendang bila media PR mendedahkan apa yang sebenarnya belaku sebelum ini...
    hehehehehe

    BalasPadam
  17. Pak TT, nak tanya satu soalan kat Mat Mongol buleh? satu aje? soalannya Bik Mama dulu kawen ngan Mat Mongol anak dara lagi ker? kah.. kah.. kah..

    BalasPadam
  18. Satu lagi Pak TT tulun sampaikan ucapan tima kasih saya pada Puan Ainon Mohd kerna usaha beliau memperkayakan lagi perbendaharaan kata para pembaca blog Tukar Tiub... syabas saya ucap pada nya... hihihi

    BalasPadam
  19. niceeee TT!

    skrg tggu pulak counter argument dr apno

    dorg kn ade cyber force

    haha

    BalasPadam
  20. Dalam dunia ni hanya ada sitem kapitalis dan sosialis...betul ker...mane pg sistem islam..habis tu masa islam berkuasa selama beratus tahun dulu gune sistem ape?..kalu tak tahu bukan bermakne takde...

    BalasPadam
  21. ...
    inilah yang membezakan TT dengan bloggers lain. TT have already viewed "the other side" of opposition thinking. nice bro, keep it up!

    moga ALLAH melindungi TT & mengurniakan TT kesihatan yang baik. Jadilah hambaNYA yang bersyukur.

    dikurnikaan akal yang tajam
    penulisan yang ampuh
    menyerang sang pemimpin yang korup
    membuatkan bik mama panas buntut

    kah kah kah kah

    BalasPadam
  22. Apa yang berlaku terhadap pemimpin Pakatan Rakyat khususnya pemimpin tinggi seperti Anuar Ibrahim adalah tindakan dari unit rahsia yang dinamakan sebagai unit "cipta bukti palsu.."

    Dikatakan unit ini dicipta oleh pengampu Tun Mahathir yang terdiri dari orang awam, kakitangan kerajaan, polis, sprm, peguam negara dan kakitangan duta malaysia diluar negara. Unit ini masih digunakan sehingga hari ini.

    Unit rahsia kerjanya mencari dan menyimpan maklumat seseorang seperti yang diperintahkan seperti maklumat diri, keluarga, kerjaya, bank, perniagaan, hutang syarikat. Mereka membuat pernilian apa jua kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh seseorang itu...

    Dari situ mereka merancang mencipta kesalahan dan bukti palsu. Tujuannya adalah untuk mengugut, mendera dan menyingkirkan.

    Tun Mahathir tidak pandai menuduh Anuar Ibrahim melakukan liwat jika tanpa ada unit rahsia ini...

    Polis tidak memampu mencari bukti palsu tanpa ada unit rahsia ini...

    Peguam negara tidak akan mampu mencipta dakwaan palsu jika tiada unit rahsia ini menyediakan bahan-bahannya.

    Unit rahsia ini bertindak mengikut arahan dari orang berkuasa... siapa dia..?

    Dan unit rahsia ini bertindak bukan hanya pada pemimpin pembangkang tetapi ia mengugat juga kepada pemimpin BN yang dilihat mahu membuka sesuatu pekong yang tersorok didada seseorang pemimpin...

    Pada kebiasaannya kita secara tiba-tiba digemparkan oleh media arus perdana dengan berbagai isu yang berkaitan dengan keperibadian buruk terhadap seseorang.....

    Bagaimana Utusan Malaysia boleh menuduh Anuar Ibrahim sebagai alat CIA atau agen Amerika hanya berpandukan penulisan dari sebuah blog yang tidak dikenali dan tidak tahu kebenarannya..? Siapa yang memberi maklumat seperti ini jika tidak dari unit cipta bukti palsu..?

    Pernahkah anda melihat ada pemimpin tinggi kerajaan mengeluarkan kenyataan seperti orang bodoh, kerana apa yang dikatakan bercanggah dengan fakta sedia ada....? Inilah keburukan mendapat makluat dari unit cipta bukti palsu.....

    Kita percaya Perdana Menteri serta kroni-kroninya amat bergantung harap pada unit ini demi masa depan politik mereka.

    Tanpa unit rahsia ini, kerajaan Barisan Nasional dan UMNO Baru telah lama dikuburkan oleh pemimpin pembangkang khususnya Pakatan Rakyat....

    BalasPadam
  23. @ Tanpa Nama 2010 Julai 19 15:45

    Puan Ainon tu, gedebe TT. Lepaih ni leh suruh dia jadi setiausaha TT.

    Sini bukan tempat nak betulkan perbendaharaan kata, spelling ..nahu grammer apa pukimak ka... pegi main jauh2..

    Sini tempat nak tune supaya tak sokong gerombolan lagi walaupun gerombolan turunkan harga minyak hingga 50 sen seliter...

    Senang saja nak checkmate PR ni, turunkan harga barang dan harga minya agak2 hampir masa PRU13...

    Aku jamin, PR musti lingkup punyerlah. Sapa berani bet dengan aku.. kalo menag, dapat main jubut saipul.. Kalo Puan Enon yang menang, dia kene seluk jubur sepol sampai ke ketiak... ok tak Puan Enon...

    BalasPadam
  24. //Dalam dunia ni hanya ada sitem kapitalis dan sosialis...betul ker...mane pg sistem islam..habis tu masa islam berkuasa selama beratus tahun dulu gune sistem ape?..kalu tak tahu bukan bermakne takde...//
    sistem islam hanya akan ujud bila ego mansuia dah hapus..understand!!

    BalasPadam
  25. Tanpa nama 2010 Julai 19 14:49;Ni satu lagi bodoh percayakan movie yg silap haribulan based on history written by the british bastards and stupid malay bloody fools!!! Malaysia aman???!!! Woi! Buta ka??? Bebas dapat pendidikan??? Kah! Kah! Kah! Ni gila mana mai ni????

    BalasPadam
  26. Bro TT

    Retorik Ketuanan Melayu hanya alunan marhaban UMNO untuk meleka dan melalaikan PAS.Digunakan Tok Ufti bersyair tentang persaudaraan dan perpaduan. UMNO fitnah PAS tidak pula berhukum, PAS tolak pelawa padu-padu diijmak sebagai memutus tali persaudaraan dan mengancam agama. Kalau UMNO kantoi dlm PRU 13, bukan Melayu yg hancur tapi UMNO yg pupus. YB yg terpilih dalam PRU nanti sama ada ADUN atau MP tetap Melayu kerana calon PAS dan PKR yg berbangsa Melayau akan berlawan dgn calon UMNO/BN yg juga berbangsa Melayu. Jadi mana rasionalnya Melayu akan hilang kuasa kerana MP/ADUN Melayu akan bentuk blok dan konsensus jika kepentingan orang Melayu terancam! Ada reti? Jenis hati pulur! Satu lg Jaguh Kampung Pekasam cadang suruh wujud mata pelajaran Perlembagaan di sekolah.Spesis dua alam ni tahu ke tak sejak 1986, calon STPM dah belajar dah perlembagaan bg m/pelajaran Pengajian Am.Dia yg tak belajar perlembagaan kerana tak pernah ambil periksa STPM! Semua lulusan undang-undang universiti tempatan wajib belajar subjek constitiution, jadi semua peguam lulusan universiti tempatan dah lulus m/pelajaran ini! Dia sorang yg tertinggal kereta api. Lulusan dr U komenwelth wajib ambil dan lulus CLP ada reti ke? Jangan meraban tak tentu pasal.Asal ada isu sikit aje suruh buat m/pelajaran baru.Pendidikan sex, Rasuah, Lalu lintas dan macam macam, semua nak timbun di sekolah, apa dia ingat sekolah tempat pelupusan sampah ke? Lu fikir oi!

    BalasPadam
  27. Kepada Tanpa Nama Berkata
    2010 Julai 19 14:49

    woi bodoh...duduk diam2..jgn menyampuk org bersembang...

    BalasPadam
  28. Sekadar omong2 jenaka mengisi masa lapang... tapi masa aku tak lapang, malah terbuang dengan bacaan ini.

    Mengata dulang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih.

    UMNO, PKR, 2 kali 5. Takde beza.

    Dua2 nak menang, memberi hujah dan propaganda tanpa bukti dan data. Dan tanpa segan silu.

    Mmg cara jaguh kampung bercakap berasap tanpa bukti dan yg lain mendengar dan terima sebiji sebiji.

    Hahaha. Bodoh la melayu sampai bila2 kalau macam ni.

    BalasPadam
  29. Kepada mereka yang cakap pasal sistem ekonomi Islam:

    Mula-mula sekali, adakah kamu tahu apa itu ciri-ciri sistem ekonomi Islam?

    Harus kita pandaikan diri dahulu sebelum memberi komen agar pembaca lain tidak terkeliru. Baca kalau belum faham sebelum memberi komen.

    Ekonomi Islam sebagai satu bidang atau sistem kebajikan manusia yang konkrit dan lengkap itu sebenarnya tidak wujud. Apa yang dimaksudkan dengan 'sistem ekonomi Islam' ialah ekonomi seperti yang diamalkan sewaktu zaman kegemilangan empayar Islam yang terbentuk dari Timur Tengah, Afrika Utara hingga ke Eropah Selatan.

    Sistem ekonomi Islam ini ciri-cirinya ada perdangangan pasaran (seperti kapitalis) dan ada sistem kebajikan rakyat (elemen sosialis). Maka sistem Islam boleh dikatakan merupakan satu campuran, dan jatuh dibawah kategori yang dinamakan sistem sistem sosialis demokrat.

    Pada asasnya, tak kira ekonomi Islam atau yang lain, kalau sebuah sistem pentadbiran dan kebajikan yang mendepankan kuasa rakyat dan perkongsian kekayaan secara adil dan berperikemanusiaan, ianya ialah eknonomi jenis sosialis. Ada beberapa jenis sistem sosialis (sila baca), dan sistem-sistem ini boleh diaplikasikan kepada mana-mana masyarakat ikut kesesuaian.

    Saya dengan hormatnya seru para pembaca Tukar Tiub agar membaca dari sumber-sumber yang lebih lengkap dan boleh dipercayai tentang semua ini.

    Tolong jangan buat andaian yang berdasarkan apa yang didengar di surau saja tentang 'sistem ekonomi Islam'. Fahami apa itu ekonomi Islam, dan ekonomi Islam itu jatuh bawah kategori apa.

    Pelajarilah sebelum membuka mulut. Oleh kerna itulah kita dikurniakan dua telinga dan satu mulut.

    Sekian.

    BalasPadam
  30. bravo bro, satu rungkaian yg menarik..
    retreat sedang berjln. kah kah kah...

    BalasPadam
  31. penutupnya terbaik!!! (sambil buat tangan good!)

    BalasPadam
  32. BERITA GEMPAR!

    BERITA BARU MASUK!!

    MUFTI UMNO DAH KANTOI!!!


    Pemuda PAS Perak menolak Mufti Perak Datuk Harussani kerana "sikap perkaumannya yang terlalu tinggi".

    Baca beritanya di sini!

    BalasPadam
  33. http://www.forbes.com/2010/07/14/world-happiest-countries-lifestyle-realestate-gallup-table.html

    aku hidup dalam tekanan!!!

    BalasPadam
  34. hg pa ni tk dak gheja len ka! asyik nak kutuk saja kat orang...suluh muka hg pa di cermin tu dulu tg mana yg kurang, diri sendiri pun tungging terbalik inikan pulak nak perbetulkan orang...ngkorang pikirlah sendiri.

    BalasPadam
  35. NAJIB NAK RAMPAS SELANGOR DGN CARA PLG KOTOR19 Julai 2010 pada 11:02 PTG

    KERAJAAN MALAYSIA SEKARANG DI PIMPIN OLEH ROSMAH, NAJIB TIMBALAN JER, NAJIB YG ADA KUASA BESAR DI SELANGOR, SBG PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI, DAN SELANGOR NEGERI YG KAYA RAYA...JADI UMNO SERANG/FITNAH DAN BUAT APA SAJA KAT SELANGOR...

    HARAP2 ALLAH MEMBANTU KERAJAAN SELANGOR, TERBONGKAR SEGALA KEJAHATAN UMNO YG 'LAMA DAH' MEMERINTAH SELANGOR...

    BalasPadam
  36. serius aku tak tau apsal ade lagi org nk pertahankn BN aduhhhhhhhhhhh celiklah segera wahai rakyat bro aku salut ko =))

    BalasPadam
  37. ada jugak yg hayal tgk filem hati malay..
    itu filem la dol..
    lu apa cerita..
    org cerite pasal malaysia..
    lu cerita malaya..
    ..kpd rakyat m'sia..
    mari kita kasi tumbang barisan nesenel
    pru13..

    BalasPadam
  38. TT you are a Terror..a terrorist..you terrorise APNO..LOL!

    Selagi Tok Guru Nik Aziz mempunyai nafas dalam badan APNO tak mungking berjaya memujuk PAS berkahwin dengan APNO..LOL

    Selagi AlMalikul Mat Sembab, Raja jambantan & dging 5kilo, berfatwa PAS akan bertambah kuat untuk menentang APNO>BEEND.

    Kenaikan harga gula 25 sen akan menaik geram pacik/macik Felda; nelayan; torehgetah dan warga miskin tegar dalam/luarbandar. APNO>BEEND akan menemui maut menjelang PRU13.

    BalasPadam
  39. United Malays National Organisation ayat ni patut digunakan dengan meluas oleh semua penulis. Jangan lagi guna singkatan UMNO dan lain spt umngok apno dan seumpama. Biarlah ramai yang sedar UMNO ni sebenarnya ialah United Malays National Organisation

    Artikel yang bagus

    BalasPadam