Khamis, 8 Julai 2010
KEDAI BUKU DI TANJUNG
SIAPA KATA BAHASA MELAYU TIDAK INDAH
jangan ingat aku hanya datang untuk makan
bila di tanjung aku akan pergi mencari buku
bulu tangan kedua dan buku buku klasik peningalan sejarah.
aku juga akan mencari segala jenis macam komik
komik adalah teman hidup aku
sesiapa tidak dengan dengan nancy, slugo, lucy, charlie brown,
tin tin - mereka masih tidak memahami hidup.
kalau tak kenal beano dan dandy macam mana nak kenal dunia kah kah kah
TERJUMPA INTAN
tadi aku terjuma sebuah buku cetakan pertama di cap balik
keluaran the malay school series published for the education department of
education federation of malaya - 1956.
buku bernama : ilmu mengarang melayu
pengarang : zaaba
tulisan : jawi
nasib baik aku tahu membaca jawi - terus buku ini aku ambil
sambil makan dan minum aku membacanya
buku ini cukup indah
dibawah ini aku ingin menuliskan beberapa potongan dari buku ini
aku bertujuan untuk memberi ingatan kepada malaon malaon yang
tak sudah sudah mengahancurkan bahasa
tak habis habis mengambil bahasa luar
keran mereka tidak memiliki perbendaharan kata kata
yng lumayan - mereka memandang rendah bahasa melayu:
PETIKAN:
baginilah juga boleh dilihat dalam beberapa majalah dan surat surat khabar
melayu yang lain demikian juga dalam setengah kitan-kitab baharu sekarang:
teradang kadang dipakai perkataan arab dan terkadang kadang perkataan inggeris pada hal melaayunya ada atau boleh dicarikan.
jadinyaseolah olah pengarang itu hendak menunjukankan dirinyanya sudah terlapmau faseh dalam bahasa dagang itu sehingga telah lupa atau tiada gemar lagi akan bahasnya sendiri ! maka tiadalah orang kebanyakan faham akan karangannya itu.
( ini tulisan zaaba pada tahun 1947 - ada apa apa perubahan ! )
PETIKAN INDAH:
puteh rupanya bunga kechubung
anak buaya mati di pantai
hati rasanya nak peluk gunung
apakan daya tangan tak sampai
KECANTIKAN:
badannya gembal tingginya sedang
mukanya bulat bukan mengambang
leher berketak dadanya bidang
rambutnya ikal mayang seludang
matangnya bintang sedang besarnya
hitam berkembar lentik alisnya
hidung pun manchung kena potong nya
bibir terbelah manis senyumnya
lengannya bulat penuh berisi
tangannya gebu memutih parsi
jarinya tirus halus melangsi
berbanyang nerah warna tak lesi
kakinya berseh macam tak jejak
meah berbayang sebatang dipijak
( tulisan pak janggut dalam majalah saudara pada 6 febuarari 1935 )
MENCARI BAHAGIA
aku mencari di kebun india
aku bersiar di kebun yunani
aku berjalan di tanah roma
aku mengambara di tanah barat
segala buku perpustakaan dunia sydah ku baca
segala falsafah sudah ku pereksa
akhirnya aku temui kedalam taman hati sendiri
disana telah lama menanti aku
( madah kelana )
bahasa jiwa bangsa...
BalasPadamBhai TT...
BalasPadamAder satu lagi... kalu sesapa tak pernah baca komik Archie... sure dier tak kenal dunia jugak... hahaha
Wei... mana boleh dapat lagi komik Tin-Tin tue... gua suka la dier punya lukisan... cerita tentang wartawan tue dengan anjingnyer..
bro..
BalasPadamatas pasar chorasta (tempat jual jeruk )tingkat atas ada banyak kedai jual buku tangan kedua dan buku2 lama.
Kalau nak best beli kat lorong kulit, lorong kulit ada dua, satu dekat stadium, buka pagi...satu lagi dekat lebuh carnovon buka petang.
Makan nak best, selain line clear, boleh kena capati bakar dekat letter india. kalau susah nak berak @ sembelit boleh kena roti canai taruk daging and kuah daging pedas punya dekat penang road.
hotel kalau nak best pilihlah hotel paris dekat lebuh melaka....
...
BalasPadamaku tersangatlah benci dan meluat melihat anak-anak muda sekarang terhangguk-hangguk mendengar muzik bercucukkan headphone di telinga, bangga dengan irama dan lirik-lirik barat
rock memang boleh rock, tapi hormatlah bahasa ibunda
belum lagi campur ahli-ahli keparat i'm spik no ingliss kah kah kah
berikut adalah ayat klasik yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila; [menggambarkan budaya kenduri-kendara orang melayu, semangat bergotong-royong]
Yang buta meniup bedak,
Yang pekak membakar meriam
Yang kurap memikul buluh
Yang bisu menyimpan rahsia
Yang cerdik diajak berunding,
Yang bebal disuruh arah,
Yang rendah menyusuk kalung,
Yang tinggi menjulang rabung.
Maha Suci Allah yang menganugerahkan manusia dengan ketajaman berfikir!!!
Membaca khazanah lama mengingatkan kembali bahasa melayu masih sama di gugusan nusantara.bukan macam sekarang.
BalasPadamHAHAH...
BalasPadambahasa juga dirosakkan dan diseraP utk Para Pelajar sekolah rendah contohnya mataPelajaran sivik tahun 3, salah satu tajuknye aPPresiasi, atau dah memang ade dlm bahse melayu -menghargai.
sakit hati sungguh!
sangat2 banyak, n x mustahil bangsa kita melayu sendiri yg akan merosakkan bahasa kita, sPt mana jatuhnya melayu krn melayu sendiri..
-guru english-
Terbaik ni dol!
BalasPadamSkang ni aku merupakan penagih buku tegar hasil didikan Hishamuddin Rais. Terima kasih Tukar Tiub.
P/s : Sham, buku TAPAI ko dalam bahasa melayu tarek ke??
TERBAEEEEKKKK AR BRO!
BalasPadamyang kurik kendi
BalasPadamyang merah saga
yang baik budi
yang indah bahasa.
duakali celakalah kalu:
" you help me i help yau" - kata njeeb tu.
tidak ikhlas dan tidak amanah!
cantek snggh
BalasPadamyang kurik itu kundi
BalasPadamyang merah itu saga
tak ada bangsa lain yang berpantun dalam dunia ni kecuali Melayu.
pantun tidak ada dalam kamus orang barat, lalu dimasukkan "pantoum" ke dalam dalam kamus mereka.