Rabu, 14 Julai 2010

SEKEPING SURAT DARI AKU




DIMANA KAU SEMUA SEKARANG ?




SURAT DARI AKU KEPADA KAU

setiap kali aku melihat gambar ini
setiap kali aku bertanya
dimana kau semua sekarang?

gambar pagi 3 disember 74 ini
adalah rakaman sejarah
setiakawan anak muda dengan kamu tani
setiakawan anak muda dengan penoreh getah
setiakawan anak muda dengan kaum buruh

dimana kau semua sekarang ?

setelah kau berijazah dan berdiploma
adakah kau masih bersetia dengan janji
janji yang kita lakar di sudut pidato
janji untuk menegak keadilan

pasti kau telah bernikah beranak dan bercucu
tidak seperti gambar ini
apakah kau telah berperut gendut
menjadi pegawai mengutip laba
memasang lukah mengumpul harta
memungut upti kiri dan kanan
berbaju batik dan bederajat tinggi
atau
kau menjadi susuk yang soleh
yang setia kepada janji
yang telah kita lafazkan di sudut pidato

dimana kau semua sekarang?

aku menuliskan surat ini dengan kenangan dan air mata
teringat pada janji janji setia
ketika bergerak di jalan raya
ketika berkumpul dan bersetia
ketika di tembak dan di belantan
ketika rebah dan bangun semula

dimana kau semua sekarang ?

tidak kah kau lihat betapa pertiwi sakit sengsara
tidak kah kau lihat pedih dan perit negara bangsa
tidak kah kau lihat terseksanya anak semua bangsa

jika kau membaca surat aku ini
jangan kau salah prasangka
aku bukan meminta dana
aku bukan meminta derajat
aku bukan meminta simpati

aku hanya ingin bertanya apakah kau masih setia
pada janji janji yang dilakar pada pagi itu
aku hanya ingin bertanya apakah kau masih setia
pada ilmu yang kita pelajari di gedung itu

dimana kau semua sekarang?

jika pagi ini kau di veranda banglo rumah mu
mengira kereta dan speda cucu mu
menghitung saham dan luas tanah mu
merancang percutian di kota eropah
aku meminta kau luang kan sedikit masa
lihat kembali gambar ini
ingatkan kembali pada janji dan cita cita
untuk mendirikan negara bangsa
yang adil dan berbudaya

dimana kau semua sekarang?

jika pagi ini kau bercanda canda dengan kekasih muda
mengira-gira saham emas dan bhara
mengumpul harta tidak terkata
aku meminta kau luangkan sedikit masa
lihat kembali gambar ini
gambar kita di pagi itu di masjid negara
berjanji dan bersetia
menentang kezaliman
menumpas kebatilan

jika surat ini tidak sampai
jika surat aku ini tidak dibaca
jika surat aku ini tidak dibuka
akulah sebenarnya bersalah
menulis surat ke alamat berubah

p/s
wahai agin yang lalu
tolonglah sampaikan surat aku
wahai angin lalu
lakarlah gambar ini dilangit biru
agar dapat dilihat oleh kawan kawan aku
diseluruh pelusuk seluruh penjuru
detik kami melakar janji
bersetiakawan untuk duji

39 ulasan:

  1. Bro, sedih tengok gambar tu....ada kawan lama sudah pergi meninggal kita sejak kolej ke 5, tahun 70an dulu...Al Fatihah

    BalasPadam
  2. hatiku sangat tersentuh dengan sajak ini.

    BalasPadam
  3. Peerghh wa caya lu masa taun tu lu la hero babun.....sajak ni memang makanan kau masa belajar UM tak abis dulu.....nostalgia...nostalgia kelope betul la budak NesMilan ni....sekarang ekau dah balik London apasal plak kelope kau kuncup pulak...langsung tak ado pendirian semua orang kau belasah....Dulu kau bukan PAS ke DAP kau ado darah sosialis...sekarang ni jadi iblis ikan bilis...hasut orang buat demostrasi jalanan jer( tapi kau tak ikut demo hasut orang buat demo itu mmg kojo kau)...kau jangan malu kan orang jemapoh kau balik kampung ado nak disunat kan kelope kau sekali lagi nnti...apo kono kau jang...

    BalasPadam
  4. nengok ghope gambo sambil membace sajok(gamoknye)mike, bedeghau daghoh teman TT. Syabas TT...apa lagi kengkawan lama muncui le kome untuk sesame nengok nasib pertiwi kini...udoh ghope bughung kiwi makin pupuih...ditelan dik bangsa sendighi. Moh bangkit sesama meghobah dan menguboh...bior terlantor kebenoran yang nyata...mohhh kome....

    BalasPadam
  5. cukuplah jika 25 orang saja yang ada bergambar semasa peristiwa itu masih kental hingga kini jati dirinya demi anak bangsa,aku yakin 200 peratus nasib kita anak bangsa tidaklah sehampeh ini!!!

    tapi aku jugak yakin semangat itu telah mula meresap pula ke jiwa anak2 muda yang kool zaman ini...

    ayoh TT...cukuplah seketika kita bersyahdu mengelamun...teruskan memimpin kami anakmuda yg sayangkan negara bangsa...

    selamatkan negara kita dari penjarah pengkianat musang berbulu ayam...agama islam tapi amalan zionis...teruskan TT...kita redah sampai pecah...demi negara agama dan bangsa KEADILAN HARAKAH ROKET mesti diselamatkan

    BalasPadam
  6. Kau saja Wiramarhaen yang tak berubah Sham, yang lain telah kalah ditelan zaman.

    p/s : Sham, apa cerita Juliet Chin? Tak kan gagal Sham? kah kah kah

    BalasPadam
  7. "Ada juga pemimpin berjaya melarikan atau menyelamatkan diri. Antaranya, Setiausaha Agong UMSU sendiri Sdr. Hishamuddin Rais . Selain Sdr. Kamaruzzaman Yaacob dan Sdr. Adi Satria; Prof. Syed Husin Ali (UM), Prof. Tungku Shamsul (UM), Sdr. K.S Nijar (UM), Sdr. Lim Mah Mui (UM), Sdr/i. Sabiha Abd. Samad (ITM), Sdr. Anwar Ibrahim (Presiden ABIM), Sdr. Ab. Rahman Rikaini (YDP PMUKM), Sdr. Ahmad Kamal Selamat (YDP PMUSM) dan Ibrahim Ali (Presiden KSITM) antara yang ditangkap polis di bawah ISA pada waktu itu...." dipetik dari http://promahasiswausm.wordpress.com

    Bro, sekaki katak nampaknye... hahahaha

    BalasPadam
  8. salam buat pakcik tukar tiub yang telah banyak mengajar aku mengenai kehidupan

    BalasPadam
  9. syabas bro....wa tau lu punya perasaan...aku jamin sbhgn besar yg ada dlm gambar tu dah lupa pun janji2 perjuangan mereka dulu...yang pasti tak lupa ialah lu bro....sungguh nostalgia syabas!!

    BalasPadam
  10. tulisan yang begitu menyentuh jiwa seseorang mengerti apa itu janji yang telah di ucapkan,

    terima kasih untuk semua ini.

    BalasPadam
  11. rasa nostalgia sesuatu yg semulajadi. nostalgia terbit dari kecintaan yg cukup mendalam hingga berupaya meninggalkan kesan walau musim2 beredar.

    tapi nostalgia jangan hingga membebankan,
    jangan hingga memberatkan kaki2 dari menapak terus dalm perjalanan panjang belum nampak kesudahan,
    jangan hingga membebalkan otak2 dari merancang terus dalam perlawanan epic belum nampak kejayaan.

    jadikan nostalgia sekadar melepas rindu terpendam buat seketika. jadikan nostalgia sebagai bara untuk membakar oksigen yang sentiasa berlambak di mana-mana walau tak nampak dek mata.

    kalau 70an dulu sekadar 500 atau 1ribu yang terbakar semangat juang mereka, ingatlah, kini jumlah susuk yang mengaku rakyat negara sudah berlipatganda di mana-mana walau tak kenal dek kita, maka bakarlah semangat juang 500ribu atau 1juta pula!

    lawan tetap lawan, kini dengan lebih ramai bilangan!
    lawan tetap lawan, untuk menghapus penipuan dan pencabulan!
    lawan tetap lawan, demi kebaikan dan keadilan semua, bukan hanya untuk segelintir bangsawan!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot
    klickdefella(klakka-la)

    BalasPadam
  12. itu gambar tangkap time racing kuda ke bro? i like.

    BalasPadam
  13. Bro...tidak semua sahabat dulu betahan dengan kilauan emas.

    Lawan tetap lawan......

    BalasPadam
  14. HISHAM,

    DEPA ADA TEPI KAU TAPI KAU TAK KENAI. DEPA KENAI KAU. INI MASALAHNYA

    -AZIZI ABDULLAH

    BalasPadam
  15. semua orang ada kenangan...
    hisham adalah orang yang selalu terkenang masa lalu.. umur pun dh tua, zaman skrg lain bro...

    BalasPadam
  16. Sham,
    Aku percaya lebih dari 90% masih bersemangat kental utk membina negara. Cuma caranya berbeza. Kita telahpun menjangkau lebih dari 55 tahun.
    Masih terbayang orang2 kampung berarak ke bandar2 Kedah utk meminta pembelaan semasa harga getah merudum dan harga barangan naik.Hujan pulak tak renti2.
    Walau pun sebagai pegawai Kerajaan
    kita masih boleh membila rakyat asalksn jangan rasuah dan pentingkan diri...Nasir

    BalasPadam
  17. woit tt, ini lawak..betul2 lawak.. mahfuz buat 'hal' lagi...hehehehe

    Mahfuz: Umno 'demam', tuduh sesat tapi pelawa

    Jul 14, 10 1:46pm

    PAS hari ini bersedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno meskipun parti Islam itu secara jelas menolak pelawaan Umno itu, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


    Harakahdaily memetik Mahfuz (kanan) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka.

    "Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin," katanya sinis.

    Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS.

    "Setelah tuduh PAS sesat, kemudian nak pelawa kerjasama pulak.

    "Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup," katanya

    BalasPadam
  18. "Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup," - MAHFUZ OMAR, PAS

    KOMEN:
    MAHFUZ BUAT SILAP LAGI...TALIAN HAYAT UMNO IALAH JUBUR SAIFOOL..MUAHAHHAHAHAHAHAH

    BalasPadam
  19. Muhyiddin kata UMNO bersedia temui PAS.

    Najib pula kata UMNO tak perlukan PAS, UMNO ada kekuatan sendiri, tambahnya.

    Masing-masing bertelagah nak pikat PAS atau pun tidak.

    Najib adalah benar bila beliau menyatakan UMNO ada "kekuatan sendiri" - kekuatan apa?

    Ya, kekuatan menipu, kekuatan berbohong, kekuatan memfitnah, kekuatan menabur janji, kekuatan mengeksploitasi agensi-agensi kerajaan, kekuatan memperkudakan SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain.

    Hei Najib,

    pinggan tak retak nasi tak dingin. UMNO tak hendak, PAS lagi tak hingin!

    PAS juga ada kekuatan, kekuatan PAS terletak kepada kesetiaan ahlinya terhadap prinsip perjuangan, kepada keimanan terhadap Allah dan RasulNya dan kepada doa yang bakal menghantar UMNO BN ke lembah kehancuran!

    BalasPadam
  20. kingkonglee69@gmail.com14 Julai 2010 pada 4:38 PTG

    hai hicyam,

    "mobilasi 5 ribu siswa di padang selangor club – isu kemiskinan rakyat baling 3.12.1974"

    kureng ajar lu hicyam, lu buat gua nostalgis/melankolis - bibir mata gua sudah mula berat dengan air mata. 34 tahun lalu macam semalam hicyam. 'angry young man'/anak muda julung berkeris. demi marhen & keadilan. mahasiswa menggugat.
    Kamarazaman Yacob, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)1973/1974.peristiwa besar politikal pelajar seperti Demonstrasi Baling, Peristiwa Tasek Utara, gerakan antiimperialis. Hamzah Kassim, Majid Yakob, CC Yong, Yong Ah Chit,Yunus Ali , Abu Zer dan beberapa yang lain.rampasan kuasa Universiti Malaya pada 21 September 1974. PMUM, telah diharamkan pada 22 September 1974.
    hicyam lu masih ingat nombor 37, Jalan Abdullah, Bangsar. rumah Abu Yacob, wakil Al-Fatah (PLO), yang telah berkahwin dengan Rohana Ariffin. bertemu dengan seorang terpelajar yang baru pulang dari Universiti Australia, Abdul Ghani Othman orang johor. budak baik zahid hamidi roomate kamaruzaman yacob di kolej 5.
    1975 AUKU dipinda & siswa jadi ulat buku sedangkan diluar kehidupan membiak ular.
    detik waktu yang berlalu itu bukan saja dihetong dari bulan ke tahun tapi dari degup jantung/nafas. kawan, rakan, sahabat & teman tetap hidup dlam ingatan dengan perjuangan yang tersendiri. dan kenangan terus menghambat pergi...

    BalasPadam
  21. Bro, Najib dgn Lidah kontot balas kenyataan Sembab berkenaan padu-padu. Hahahaa, ada makna tak tu.

    BalasPadam
  22. Congratulate to all French nationality !

    Bastille Day is the French national holiday which is celebrated on 14 July each year.


    Read more detail about "Bastille Day" from here:
    http://www.bing.com/reference/semhtml/Bastille_Day?q=bastille+day&FORM=hphot1


    "I finally figured out the only reason to be alive is to enjoy it."
    Rita Mae Brown
    US author and social activist

    BalasPadam
  23. itulah perjuangan. Ada yang rela berkorban & yang terkorban. Kenapa mesti prejudis dengan teman2 lama. Mungkin mereka menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding pada 1974.
    Kabarnya ketika itu, idealisme perjuangan mahasiswa bercampur-aduk dengan segala faham nasionalis, sosialisme, komunisme & Islamisme.
    Ideology apakah engkau wahai kingkonglee69 ketika itu. Komunisme ? ? ?

    BalasPadam
  24. Itu satu sajak yang sangat menyayat hati. I admire and respect the burning desire to fulfill the promise you had made with a pack has not died down. To some commentors here, there is nothing wrong with adopting sosialism theory. Most Malaysian has been raised to think that socialist and communist are the same. They are similar but not the same. Last night I talked about social welfare to my husband. And I wonder, which Asian country will be the first to introduce this socio security(like in Europe). It is but a dream. Nevertheless I hope to see this dream realized and I hope the firt asian country to do this is Malaysia. And I hope it will be the PKR-DAP-PAS's eventual struggle.

    BalasPadam
  25. sbb itu lah memang payah memahami perjuangan... kecuali mereka yg pernah berjuang dah jatuh diheret kezaliman...

    yg bersorak... yg berteriak dibelakang.. tidk meresakan apa-apa... dalam berani masih ada kerisauan pada siksa yg menanti..

    tanyalah pada simiskin, tanyalah pada sipapa... tanyalah pada yg tidak punya apa2... mereka lebih tau apa itu perjuangan... mereka lebih tahu apa itu kemerdekaan diri..

    jangan ditanya merka yang kekenyanyan... jangan ditanya pada mereka yg dilambung khayalan... dan jangan ditanya mereka yg hidup penuh kesenangan... mereka akan menjawap... kami bahgia dan hidup dalam aman... tiada rintangan... tiada halangan... yang kami tahu hanyalah hiburan..

    BalasPadam
  26. sham........
    bila tengok gambaq lama tu aku teringat betoi kat kwn-kwn lama.....

    hang ingat dak operasi rotan dulu tu.......kat kolej ke 5...depa tibai telinga aku becucoq darah........
    depa masuk menjarah satu kampus......
    tau-tau hang dah hilang.......puas kwn-kwn dok cari hang........lepaih tu baru tau hang dah blah pi India??.betoi ke??......
    FRU Corner jadi saksi segalanya...
    UM n UKM begabung masa tu.......

    tengok gambaq tu......tangkap lintok maaaaa........
    restoran Pak Jamlus masih ada kat jln Pantai.....hang mai laa sesekali boleh kita borak-borak......aku dah pencen dah...

    dok ingat nak pasang dua.......
    lama punya dah expired.......kah kah kah

    BalasPadam
  27. bro sham..

    wa rasa demonstasi zaman sekarang lagi brutal..sebab wa tengok demo zaman bro sham dlm gambar, mahasiswa ikut undang undang, berada tidak melepasi tali keselamatan..demonstasi zaman skarang, semua pakat langgar pita keselamatan sebab polis sb pun ikut sama sama demonstrasi..kahkahkahhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  28. Inilah yang dikatakan perjuangan,
    berbagai cara, bermacam cerita.
    sajak ini sungguh menyentuh jiwa antara perjuangan dan janji setia.

    percayalah saudara, matlamat hanya untuk bangsa yang tercinta, kita hampir sampai kepenghujungnya, hanya yang cekal dan tabah dapat meneruskan perjungan, harta, tahta dan wanita memisahkan kita.

    yang telah pergi al fatihah
    yang bercucu,cicit berbahagialah
    yang mengaut laba ingatlah
    yang membujang, mungkin kau seorang.

    sesungguhnya kita akan menghadap illahi dan disana menjadi saksi, siapa perjuang yang sebenar.

    BalasPadam
  29. 90% teloq mereka sedang di picit dek bik mama...dah jadi robot@ tukang salak macam berhim kataki

    BalasPadam
  30. Apa??..Ibrahim Ali (Presiden KSITM)....
    itu dulu ..
    sekarang dia terus mengekalkan KSITM (Katak Si Ibrahim Terus Melalak)...

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  31. bernostalgia adalah tanda orang itu sudah tua...kah kah kah

    maka dengan itu jangan lah berhentii mencipta sejarah.

    BalasPadam
  32. tapi wa fikir balik, bro sham..dalam ramai ramai tunjuk berani zaman bro dulu, wa cakap, wa fikir, wa tengok, lu dan 2,3 kerat sahaja yg tetap pada landasan perjuangan..

    yg lain, ada yg telah masuk keluar masuk gerombolan, ada yang dah diberi ujian praktikal masa telah ada jawatan, tapi tak mampu nak aspirasi perjuangan mereka, wa fikirkan bro, mungkin sebab dulu yang ikut demo sebab ikut ikut sahaja, ada yang ikut demo, bila dah berjawatan, walaupun msia pesat dibangunkan(bukan membangun ye, beza, dibangun dan membangun) ada yang melupakan orang orang yang tak berupaya sebab dah berjawatan dan dah ada duit dalam poket, bini atas katil..

    wa rasakan bro sham, pada usia bro ni kan, wa rasa elok bro ajar anak anak muda terlebih dahulu mengenai apa itu kapitalis, apa itu perjuangan sebenar, dan apa syarat syarat sah nak berdemo, wa fikirkan bro sham, jika 5 ribu mahasiswa pun berdemo, tapi tak faham apa itu kapitalis, apa itu perjuangan, apa syarat syarat sah berdemo, maka jadilah seperti apa yang bro sham alami skarang, yg gi berdemo beribu, yang masih meneruskan perjuangan hanya bro sham dan 2, 3 kerat..yang lain tah ke mana, bukan tak mampu, malah mereka yang dulu turut berdemo, jauh lagi mampu skarang, tapi dah tak berdaya..

    maka bro sham, wa fikir, jika lepas ni nak berdemo, biarlah 7 orang sekalipun, tapi ketujuh tujuh orang ni terus berada pada landasan perjuangan yg sebenar..jika kita jemput 10000 sekalipun, 9993 pakat 5 x 5 = 25 perangai kesudahan macam brahim ali,lokman pun tak guna..wa rasa lu faham apa wa sampaikan.

    BalasPadam
  33. Dunia ini HAK ANAK MUDA.. Teruskan memudakan perjuanganmu Isham walaupun sudah senja umurmu.. bakinya masih muda lagi.. 70 baru tua.. lu ada lebih 15 tahun lagi nak berjuang..

    Jangan ikut gerombolan, umur 40 sudah berlagak tua. Tengok KJ, biji pelir pun takder biji benih, semua orang tua UMNO dilanggarnya juga hanya kerana ada sijil nikah saja. Otak takder!!!

    BalasPadam
  34. Aku juga anak generasi mahasiswa menggugat ketika itu...walaupun aku junior...hingga kini aku masih seorang pejuang....siapakah aku????Aku bukan partisan...tetapi pemimpin NGO, penulis dan penyair!!!!Salam perjuangan!!!!!!

    BalasPadam
  35. wahai angin sepoi bahasa
    berlalu dikau daun guguran
    sampaikan salam rindu terasa
    gelora janji masih ada sinaran.
    wahai hujan bak mutiara
    membasahi bumi alam membisu
    tersenyum ku bebas badan dipenjara
    warkah "dari aku" masih ada untokku.

    BalasPadam
  36. interesting and nice use of words...
    sethu2105@gmail.com

    BalasPadam
  37. Harta, tahta ,wanita (Kapitalis+ sistem Dajjal) adalah ujian bagi pejuang marhaen dan pejuang moral.

    BalasPadam
  38. sajak bro memang menyentuh perasaan....saya bangga dengan mahasiswa waktu zaman bro, zaman saya (awal 90an - kuat bercintan aja)

    BalasPadam
  39. Foto hitam putih itu menarik kesyahduan. Nostalgia habis. Aku baru tahun 1 UKm jln pantai baru..gema laungan hasrat mahasiswa menggugat keadaan yang 'senget' pihak berkuasa. Sudut pidato mengasah bakat dan mengajar erti juang. FRU koner jadi sarang 'seteru'. Masjid AlRahman terhidup gas pemedih. pejuangan mesti diteruskan...
    Kini kalau ada foto terbaru ttg demo, tentu bercolor dan tetap akan membaling hasrat menentang kezaliman lagi dahsyat dan berfitnah yg lebih tajam...lawan tetap lawan.

    jalan JPJ panji.

    BalasPadam