Sabtu, 24 Julai 2010
TAK PERLU SELRAS SELARAS
SEMUA BUAT TAK SEDAR
RASUAH RUGIKAN NEGARA RM10 BILION RINGGIT – berita hairan
Malaysia boleh menanggung kerugian sehingga RM10 bilion setahun sekiranya gejala rasuah tidak dibendung di negara ini.
Bank Dunia juga menganggarkan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan sesebuah negara merudum antara dua hingga empat peratus setahun.
Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Akhbar Satar, berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) penipuan/penyelewengan terbesar direkodkan di negara ini pada satu-satu tahun adalah pada 1998, membabitkan nilai mencecah RM4.6 bilion.
“Jumlah itu kemungkinan jauh lebih besar sekiranya mengambil kira statistik ACFE dikeluarkan tahun lalu yang menunjukkan hanya 2.3 peratus kes penyelewengan termasuk rasuah terbongkar di seluruh dunia,” katanya pada Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini, semalam.
nota:
lihat dan baca betapa banyaknya
rasuah dalam negara ini
dari nak beli pensil
hingga ke kapal selam
semuanya rasuah
dari ahli jkk di ulu kampong
hingga ke pegawai kelas a
semua tahu amalan rasuah
dari budak pejabat
hingga ke menteri
semua tahu amalan rasuah
dari polis trafik
hingga ke kpn
semua tahu amalan rasuah
dari pelajar sekolah pondok
hingga ke mufti
semua tahu hal rasuah
tapi semua buat buat tak tahu
semua dapat kuah
sikit pun ok
banyak lagi ookay kah kah kah
nota:
kalau tak ada rasuah
hopital boleh free
sekolah boleh free
tak perlu selaras gula
selaras dalam kain tak pa kah kah kah
"Ini Bank Dunia cakap mana boleh percaya.... sebab Anwar kawan dengan Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia. Ni agenda Anwar nak memburukkan Malaysia - our fundamental is strong, takda kemelesetan ekonomi.... sebab itu kita boleh kasi laras-laras sama itu subsidi.
BalasPadamHarga barang mana ada naik? subsidi turun saja......" Agak-agak boleh pakai statement ni?
you help me,i help u...
BalasPadamMengambil kira data yang dipaparkan, di tahun 1998 rasuah di negara dilapurkan pada nilai RM4.6b dan ini ialah hanya 2.6% daripada nilai sebenar - tak dapat dibayangkan berapa pula jumlah rasuah ditahun 2008 yang dilapur dan berapa pula peratus sebenar.
BalasPadamKita amat bersyukur yang kita tidak terjebak didalam perkara rasuah ini.
Terimakasih TT kerana mendidik kami perihal betapa untungnya sekira isu rasuah ini difahami akan meranapkan negara.
TT,
BalasPadamDi malaya ni, Mana pemimpin dan pembesar yang tidak rasuah? Mulakan dari ketua ugama hingga ke pemimpin Jawatan kuasa Keselaman Kampong.
cuba sebatkan lima ekor.Aku nak hafal.
Tuan TT,
BalasPadamAmalan rasuah ni bukan depa tau saja!
Tapi banyak yang tumpang semangkok.
Zaman Razak anak Husein dulu, pakat2
himpun melayu bongok dan bahlul
kat FELDA,
Depa ni la...
PEMBIAK RASUAH No 1 !
Mai PRU..
99.99% pangkah UMNGOK!
i hep u, u hep me
BalasPadamtak ada rasuah = amno dah jadi bangkai
TT,
BalasPadamHeiran jugak rupanya PDRM pun ada data tentang rasuah.Data ni(1998) data melibatkan PDRM atau seluruh Malaysia?Tak usah kiralah 2.6% tu,yang RM 4.6 billion tu,tak dengar pun PDRM ada membawa mana-mana pihak kemahkamah.Tak pernah pun lihat dimana-mana dada akhbar PDRM keluarkan senarai orang/pihak yang makan rasuah besar.Cukup heiran bin Ajaib.