Jumaat, 2 Julai 2010
ZIONIS ANTARABANGSA - ZIONIS TEMPATAN
KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT
2 Julai 2010
Pendirian Anwar dan KEADILAN tentang sikap agresif 'Zionis' jelas
Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.
Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:
Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."
Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.
Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara.
Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.
Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.
Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia.
JONSON CHONG
Pengarah Komunikasi
"sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia"
BalasPadamkeh keh keh, jap nak ludah khhaaaaaakkkk ptttuuiihhh!
beranikah najib???? muka lempeng basi buat bodoh yg senantiasa memberi kenyataan talam 18 muka depan media.
sudahlah umno. kaki putar belit. rakyat dah letih kena belit. sekarang kau akan terbelit dengan tangan ramping bik mama kah kah kah. akhir zaman, "fitnah itu umpama sepotong malam yg gelap", Nabi bagitau.
tak nampak. tak perasan. tau2 dah ada depan mata. tau2 dah "ter"sokong umno. tau2 dah "ter"pangkah umno. kah kah kah padan mooooka.
SABRI CHIK - BERBUIH MULUT..
BalasPadamNAJIB - BERBUIH APA YE?
HEHEHEHE...
Pembetulan -
BalasPadamIsrael pada 1948 di tawarkan Congo, tapi berkeras nak Palestin, so macam mana boleh jadi tanah air ? Sila betulkan sekiranya saya salah..
dah jelas & nyata anwar takut pada israel
BalasPadamanjing belaan ANUwar menyalak dah
BalasPadamKalau MINDA sudah tertutup dengan perasaan KHIANAT , SEMUANYA dikatakan mengarut.
BalasPadamBegitulah halnya dengan BARUA sekor ni.Pakar "SPIN"......
kah.. kah.. kah...
BalasPadamnuar ni slalu salah langkah... dulu dia dok suruh jibon perjelaskan isu apco... jibon wat dek je...
jibon belum jawab, nuar pula terjun perangkap... nah... sekarang kena jawab... kan dah penat nak buat road show.. dah le channel kena potong... nuar.. nuar.. dari jd tpm hingga jd ketua pembangkang.. langkah asik salah saja..
Kerajaan Malaysia di bawah penjajahan Umno(Baru1988, Umno 196 mati pd 1987, Umno skrg ialah Umno hantu raya)semakin lama semakin hilang akal dlm memerintah, Umno (hantu raya/Baru)sekarang demi untuk mempertahankan kuasa, sanggup tidak lg mengikut Perlembagaan negara utk memerintah.
BalasPadamSetiap institiusi kerajaan dan media di peralatkan Umno semahu-mahunya, selari dgn agenda Yahudi-Zionis antarabangsa yg ingin semua kerajaan di dunia ini mengikut telunjuk mereka dgn memerintah negara tanpa mengikut perlembagaan negara masing2 (perlembagaan bagi pengikut zionis ialah arahan dr Israel secara rahsia)
Dan penglibatan zionis dlm pemerintahan negara terutama ekonomi akan mengancam tokeh-tokeh cina di Malaysia dan org2 Melayu-Islam yg bukan ahli Umno-Apco.Ini mengembalikan sistem Residen di negara kita...Residen kita bukan lagi JWW Birch tetapi Residen Apco-Asiasoft menasihati Umno.
Kerjasama Umno-Apco-Asiasoft=Umco akan menyebabkan banyak hak-hak kedaulatan negara akan tergadai kpd negara lain dan merosotnya ekonomi negara setelah semua duit2 negara (dilondehkan dr semua tempat) dihabiskan utk mengekalkan kuasa-akibat mengikut nasihat tuan penasihat Apco-dan nasib negara kita akan berada di tangan Yahudi-Zionis Apco-umco.
1kerajaan Dunia Israel=1Malaysia=1Indonesia
kwsp sudah bukak bank baru MBSB (http://www.mbsb.com.my/)
BalasPadamWAH..INI BETUL2 MACAM ISHAM BAGITAU BAGAIMANA CUKONG BERNIAGA BERATUS2 TAHUN DULU DALAM ARTIKEL WANG FIAT DAN BAGAIMANA BANK BOLEH WUJUD TAK LAMA DULU.
Mula2 resit simpanan barang2 berharga, kemudian resit menjadi duit. Kemudian kebas duit la, apalagi??? Mula2 bagitau nak berniaga, kemudian bagitau untung...5 tahun kemudian, bagitau tak untung, 10 tahun kemudian, bagitau perlukan dana untuk selamatkan bank, 6 bulan kemudian, amik duit simpanan KWSP orang ramai untuk selamatkan bank.
canggih otak umno berniaga.
diharap PR tidak terperangkap dgn permainan politik umno zionis!!!
BalasPadamjika dilihat kebelakangan ini, banyak syor2 atau cadangan bn yang seolah membelakangi rakyat.
contohnya isu Parlimen baru, kelulusan Judi bola, penarikan balik subsidi barangan, pemansuhan UPSR & PMR, MEB, jambatan bengkok & banyak lagi isu yang menyentuh sensitiviti rakyat sedang dimainkan umno zionis untuk mengaburi mata rakyat.
akhirnya apa yan terjadi kepada isu2 tersebut... batal... tangguh... tak jadi... masih dalam pertimbangan, atau setidak2nya keputusan hanya akan dibuat setelah mendapat feebback rakyat!
semua isu2 atau cadangan ini, jika dilihat sudah pasti akan mendapat reaksi negatif rakyat!
Apakah umno zionis terlalu BODOH dengan sengaja menimbulkan isu2 atau cadangan2 tersebut?
Akhirnya segala isu2 tersebut akan dilihat oleh rakyat yang kebanyakan sebagai berjaya diselesaikan dengan bijak oleh KERAjaan umno zionis... walaupun PR pembangkang mendakwa bahawa sebarang keputusan yang dibuat adalah hasil desakan PR tetapi dengan sinis nya zionis umno akan mendakwa ini adalah hasil usaha & keperihatin mereka kepada rakyat!
manakala PR & pembangkang pula akan dilihat & dilebel kan hanya pandai berdemo & membangkang sahaja... tanpa ada usaha untuk membantu KERAjaan dalam menangani isu2 tersebut.
diharap perkara ini dapat diambil seriuos oleh kepimpinan tertinggi PR.
Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan.... Hmm.. hmmm yang ini apa pula:
BalasPadam" bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild telah membuka pejabatnya di Kuala Lumpur melalui bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC). Mereka terdiri dari Goldman Sachs, Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika. Sebenarnya Goldman Sachs sudah menguasai saham-saham beberapa syarikat besar di Malaysia. kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs."
Ini khidmat APCO sebenar....(sedutan dari tulisan - Ibnuyaacob)
ahli-ahli politik sendiri tak pernah tahu dan paham siapa yang mereka protes dan boikot sebenarnya Zionis atau Yahudi... huhuhu..
BalasPadamKalau anda mengamalkan ketelusan ............
BalasPadamMengapa banyak komen2 yang tidak disiarkan?
Bila baca kembali novel :SHIT: aduh GELINYA !
BalasPadamSeakan akan berlaku kepada PR dalam masa terdekat ini.
ITULAH KEAGGONGAN ALLAH !
AKAN DIBAYAR "CASH" DIDUNIA INI....
"Ulasan anda telah disimpan dan akan boleh dilihat selepas kelulusan pemilik blog."
BalasPadamYang haq tetap haq.Yang bathil tetap bathil.
BalasPadamJangan menjual maruah diri dek kerana sedikit imbuhan.Santapan rohani kepada keluarga biarlah yang haq bukan yang bathil.
unkle hisyam
BalasPadamgosh! where are you?
waa... ini sudah sehari tak update... apa macam?
BalasPadamhei hisham dah kena gantung permit dari kdn tak update 2hari.
BalasPadamhallooooooooo mana update????????????????????????//
BalasPadamTT pun ada life gak.. Kita pun kerja ada cuti 2 hari atau kurang2 1 hari.. Bagila TT rehat..
BalasPadam