Rabu, 25 Ogos 2010

BELAJAR DARI JANJI MAFIA




KESETIAAN PADA PERJUANGAN




PAS MINTA PEMIMPIN PAKATAN HENTIKAN DEBAT HUDUD - mkini

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut Dzulkefly sekiranya perbalahan umum itu berterusan, maka sejarah akan berulang yang menyaksikan pakatan pembangkang menumbangkan sesama mereka. Kali terakhir, kejadian seumpama itu berlaku pada 2001 apabila DAP meninggalkan pakatan Barisan Alternatif .

KOMENTAR TUKAR TIUB

sesiapa yang membaca buku godfather garapan
mario puzo akan bertemu don vito corleone
yang akhirnya menjadi don

sesiapa yang menonton godfather buatan francis ford capolla
akan betemu dengan marlon brando yang menjadi don.

di babk akhir sebelum don menghempus kan nafas nya
dia telah memberi ingatan kepada anaknya micheal yang dimainkan
oleh al pacino


come here micheal… remember whoever talk to barzini is a traitor in the family…’

sama seperti kata kata don corleone :
sesiapa yang terus menimbulkan isu hudud dan negara islam
adalah pembelot terhadap perjuangan rakyat yang nak menghumbankan united malays nationals organisation.

21 ulasan:

  1. satu keras kepala,satu lagi ketegak.itulah rumusannya.
    TGNA cakap apa yang ada dalam Perlembagaan PAS dan Karpal cakap apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.
    Kita kena terima realiti semasa walaupun keinginan kita ada.Selagi demokrasi ala Malaysia (dan banyak lagi negara termasuk Negara Islam)mengamalkan SATU ORANG SATU UNDI,keinginan yang dizahirkan olih TGNA tak akan tercapai(ini adat kata atau cakap adat).
    Dah berulang kali ia ditimbulkan dan dah berulang kali kita terpaksa berusaha menyejokkannya.
    Bertanya juga kita kadang kalanya.Hudud memang dinafikan di Malaysia,tapi bagaimana beberapa undang "kesedaran"yang gagal dilaksanakan di Negeri Kedah dan Kelantan padahal undang undang(Enakmen Islam)jelas telah digubal.Kenapa yang terang terang berzina(kes buang anak yang dikenalpasti)tiada ada apa apa tindakan.Malah disatu negeri Pakatan seorang Ketua Agama dengan sewenang wenag mempermainkan talak terhadap isteri kedua.Sepatutnya ini yang perlu dilihat dulu,bukankah ia dibawah kemampuan kita.
    Jika kita inginkan apa yang termaktub dalam perlembagaan kita,satu saja yang harus kita lakukan dan pasti UMNO bersorak seumur hidup meraikannya:KELUAR PAKATAN.Ada mahu?.

    BalasPadam
  2. bro TT....

    adakah kita perlu mengenepikan ayat Quran semata2 kerana mahu menghumban gerombolan...

    Bro TT perlu baca Surah Al-Maidah terutama ayat ke-38.. baca tafsir sekali kalo xpaham bahasa Arab.

    Bukankah sebagai Islam, kita perlu mengikutnya 100%.... bukan hanya ikut 99%, 70% 50% atau secolek 1%..

    saya byk bersetuju dgn Bro TT tp yang ni kurang skit..

    BalasPadam
  3. unkle hisyam
    saya rasa pihak pemimpin pakatan rakyat perlu memahami & menganalisis salah satu ayat dari Don Vito Corleone's yang paling diingati & terkenal didalam sejarah wayang gambar untuk menghentikan perbalahan ini..

    "I'M GONNA MAKE HIM AN OFFER HE CAN'T REFUSE"

    p/s:r sutradara Stanley Kubrick percaya "the godfather" adalah filem terbaik yang pernah dihasilkan di abad ini..

    BalasPadam
  4. HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU!

    BalasPadam
  5. becoz..i dont believe in drug bussiness..i dont believe it now...& i dont believe it then..im a reasonable man

    BalasPadam
  6. Dan selang kemudian, Michael ternampak Tessio berbual-bual dengan Don Barzini semasa majlis pengebumian Don Corleone.

    BalasPadam
  7. Betul kata Dzulkefly tu.
    PRU13 dah nak sampai.
    Apa yang PR patut buat kokohkan ikatan perpaduan.
    Fikirkan bagaimana cara nak tumbangkan BN.
    Bukannya bertelagah sesama sendiri.
    Kini BN semakin lemah.
    Jangan pula PR ikut lemah.
    Apabila di taqdirkan PR berjaya ke Putrajaya pakat baik-baik macam mana nak uruskan hudud.
    Jangan bila dah menang lupa diri lupa daratan.
    Berperang pula sesama sendiri.
    Kebajikan rakyat harus diutamakan jangan abaikan.
    Rakyat dah bosan dengan wakil-wakil rakyat yang mereka pilih terutama yang sombong dan bongkak.
    Telatah mereka di Parlimen sangat mengaibkan.
    Rakyat mau hidup aman dan bersatupadu antara kaum.
    Bukannya menelan isu perkauman yang sengaja di api-apikan.
    Kini jalan ke arah itu masih jauh dan berliku.
    Kedamaian yang berada dihujung terowong masih gelap.
    Tidak nampak cahayanya walaupun sikit.
    Dengan doa dan harapan.
    Semoga PRU13 akan mengubah segala-galanya.

    BalasPadam
  8. rujukan lain tadaker...?

    BalasPadam
  9. Kepada Tanpa Nama 6:14.

    Kamu tak mengerti Islam ke?

    Antara yang paling penting sekali dalam Islam ialah MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN.

    Tanpa ini, takde maknanya.

    OLEH SEBAB ITU LAH MENGGULINGKAN REJIM GEROMBOLAN YANG KORUP MAHA MENZALIM ADALAH MENJADI TUGAS PALING UTAMA KITA BAGI MEMBEBASKAN RAKYAT, MENDEMOKRASIKAN RAKYAT, MEMULANGKAN BALIK HARTA RAKYAT KEPADA RAKYAT.

    INI TUGAS NOMBOR SATU KALAU BETUL-BETUL ISLAM.

    Hal nak nikah gantung ke tidak, hal nak potong tangan hudud ke tidak, itu semua ritualistik dan undang-undang yang kena apply tengok keadaan dan situasi dan zaman.

    Kalau ada hudud, tapi BUDAYA KEBENARAN DAN KEADILAN tidak ada, memang tak Islam lah.

    Ingat: Empayar Genghis Khan dari Mongolia pun kalau setakat potong tangan untuk mencuri, tapi MASIH ZALIM, Islam ke tu?

    Fikir-fikirkan.

    Kenalkan dulu apa itu prioriti dan apa itu benar-benar penting dalam Islam.

    Dr. Dzulkefly Ahmad pintar. Luas pandangannya. Dia faham.

    Kamu faham ke tidak?

    BalasPadam
  10. Mana lebih penting
    Hudud ke atau Putrajaya?
    Tanpa Putraya Hudud sampai kiamat pun tak leh jadi Kat Malaysia niii...faham?

    Kalau tak faham , pi terjun lombong.

    BalasPadam
  11. al pacino,marlon brando!!woah wat great method actors they r..the greatest!..go n c al pacino's tour de force performance in dog day afternoon!!woohoo!!

    BalasPadam
  12. kepada PHOLAN,

    Mmg betol Stanley Kubrick akui Godfather filem terbaik pernah dihasilkan.

    Tp Stanley Kubrick hasilkan filem 2001: A Space Odyssey yg jauh lebih hebat dari AVATAR arahan James Cameron's. Bayangkan tanpa teknologi CGI tahun 1968, aku masih kagum dgn cinematografi beliau. Filem nie membuatkan kite berfikir bagaimana sifat manusia yg suka berperang akhirnya memajukan teknologi senjata sekaligus mengembangkan teknologi balistik utk ke angkasa lepas(escape velocity).

    Cuba korang cari di Utube- The best cut in cinema history- satu babak yg sangat tersirat maknanya.

    Tp aku heran la, kenapa xde pengiat seni tempatan yg hebat mcm diorg nie haaaa. Gunakan filem utk buatkan masyarakat berfikir.

    Byk citer ntah ape2 ntah aku tgk. layan filem tamil lagi bagos.....

    BalasPadam
  13. Karpal nih pun satu... duk ontok2 ajo lah. Osah loyar buruk eh.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama 10:45:

    Putrajaya itu cuma nama dan jalan untuk 'membuang kemungkaran dan kezaliman maha besar' (Amar makruf nahi mungkar').

    Soalnya nak berhudud-hudud ke atau mahu terbalikkan kezaliman dan kemungkaran maha besar?

    Mana prioritinya?

    Selagi sistem regim zalim tak ditukar, nak berhudud-hudud buat apa? Masih dalam sistem zalim, benda buruk akan tetap berlaku walau berapa banyak kita berhudud-hudud pun.

    Jangan terlalu taksub.

    Guna akal. Pikir.

    BalasPadam
  15. ooi aku ada nama..mana priority nya?
    Putrajaya lah..jadi pemerintah , baru bolih buat apa yang kita suka.
    Ada faham, kalau tak faham. gi terjun lombong kat dengkil.

    BalasPadam
  16. Hidup UMNO! Hidup Cukong! Hidup Gerombolan! mari bersama menindas MELAYU.

    BalasPadam
  17. hahaha... isteri rosmah ketawa terbahak2... sejarah barisan alternatif bakal berulang... umpan mengena... dua2 orang tua ni dah makan umpan umno... pr13 makin hampir... pokok sudah mula goyang... sikit ari akar cabut... putrajaya terlepas... hudud tinggal bayang2...

    jangan guna akidah sebagai serangan balas... sebagai islam mengatakan hudud tidak praktikal adalah haram dan batal iman... tetapi tangguh hudud sebab kekangan kuasa dibolehkan... jangan jadi mat jenin...

    BalasPadam
  18. politik tok guru unik..sekurang2nya hudud masih diingati

    BalasPadam
  19. salam bro...

    bagi saya apa yang berlaku hanyalah ulasan spontan tok guru terhadap persoalan yang diajukan oleh pemberita...kalau tidak ada siapa yang nak gatal mulut menyampuk satu ulasan yang begitu mendatar itu,isu ini akan hilang begitu sahaja......

    Tetapi bila ada yang melatah dan bercakap tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapi,inilah jadinya...nak tegurpun semua dah tua2 dah....jadi loyar paling kanan pulak tu....tapi asyik dok kena main dengan puak gerombolan.....aduyai....

    BalasPadam
  20. komen aku mudah dalam hal ni.guna la istilah sir wal hazar. diam-diam dan sembunyi.

    persetankan hudud selama-lamanya. tapi laksanakan hukum potong tangan menggantikan sebat & penjara.

    Persetankan hudud selamanya- lamanya.tapi gantikan hukum gantung sampai mati dengan pancung dikhalayak ramai.

    persetankan hudud selama-lamanya. orang kahwin berzina kene penjara dan denda tukar kepada hukuman rejam sampai mati.

    kalau kita boleh mempersetankan hukuman penjara untuk gadis buang bayi kepada hukuman bunuh. apala sangat pancung, sebat, rejam dengan lembing. Continual improvement orang quality kata. dah tahu hukuman sekarang gagal cari la penambahbaikan. kekadang bodoh juga karpal singh dan sezaman.

    dah tahu jalan licin sebb sebelah kilang minyak punca mati 20000 orang jangan jadi polis bodoh pasang kamera tangkap saman ekor.hahaha buat la keje lain.

    mcm tukar tiub cakap la. ko pakai adidas aku pun pakai adidas tapi aku original thailand kau ori jerman. harga aku 300% lagi murah. pakai kat badan juga.

    senang citer macam ni la. dulu wawasan 2020 tetiba paklah islam hadari tetiba najib 1 malaysia naik pakatan rakyat jadi MALAYSIA Baru.semuanya jenama. yang paling penting tindakan menghasilkan impact terbesar.

    nik Aziz patut belajar lagi mcmn dapat bajet islam hadari beriban -riban untuk aktiviti pas.haha. sekarang kene guna element 1malaysia nak dapat bajet.

    generasi bundle membenci hudud tapi mencintai pelaksanaan hukuman potong tangan, pancung sampai mati, rejam sampai mati dilaksanakan di malaysia memandangkan hukuman tuhan reid tak tak effisien masa kini. CHina boleh hukum tembak kalau merasuah.lekeh la malaysia.

    generasi bundle

    BalasPadam
  21. kepada tanpa nama 12.31,
    setuju dengan pendapat anda..
    2001:A Space Odyssey adalah salah satu wayang gambar yang yang sentiasa saya putarkan tanpa henti pada waktu malam jika penyakit sukar beradu datang menyerang ..
    p/s: semoga stanley kubrik berehat dengan aman..

    BalasPadam