Isnin, 16 Ogos 2010
CATATAN DARI UBUD
MAKAN DAN MEMAHAMI TANDA MAKAN
hari ini aku telah tidak lagi mencari makanan
di restauran - aku cari masakan orang bali yang asli
makanan direstauran bukan sahaja mahal tetapi tidak
menarik selera.
aku bertemu dengan tahu goreng bersama kuah kacang
aku bertemu dengan bakso orang jawa
aku bertemu dengan bebek garing orang bali
aku bertemu dengan satay madura
di bali tidak ada tempat untuk orang bali melepak di cafe
semuanya di buat untuk memberi nikmat
kepada mat saleh - orang bali tidak memiliki
ekonomi untuk sama masuk ke restoran atau ke cafe.
lalu tempat makan mereka kecil tersorok
dan hampir kurang selesa
disini tidak ada kelas pertengahan
kamu ada duit atau kamu tak ada duit.
SATE MADURA
aku makan sate kambing madura - ini masakan mak cik
dari madura - mereka ini beragama islam - kedai nya kecil.
bila aku tanya berapa kilo kambing sehari - jawabnya dua ekor
sehari - disembelih di rumah sendiri - nah ini bukan daging kotak
bukan daging industri - daging segar - aku tidak suka daging
kecuali daging segar dan yang baru di korbankan.
kopi bali adalah antara kopi indon yang baik - hari ini
entah berapa cawan aku minum.
selesai makan sate aku meleser ke jalan utama - nah tetiba aku terperanjat
melihat satu kumpulan orang dalam gelap tidak jauh dari pasar ubud
awas - di bali ini - walau pun di jalan utama - tempat shopping utama -
agak malap - ini mengingatkan aku dengan bangla - cuma di bali ini
mungkin beberapa watt cerah sadikit drai dacca - gelap dan malap.
bila aku rapati kumpulan orang ini maka aku baru sedar bahawa yang
dikerumuni ilah seorang mak cik yang sedang menjual makanan. aku rapati
dan melihat yang dijual ialah - ketupat,sayur kangkong dan kuah kacang -
ini sahaja yang terupaya oleh orang biasa di bali - harganya 1000 rupiah
berbandung dengan 40ribu rupiah untuk gado-gado atau nasi goreng.
aku amat hairan kenapa mak cik ini berniaga dalam gelap ?
tidak lama kemudian aku nampak lagi cahaya pelita - bila aku hampiri
seorang mak cik bali sedang menjual kacang-kacang dan keropok.
lampau minyak api jenis ini telah lama pupus di malaysia. banyangkan
dihadapan seberang jalan mak cik ini ilah kedai polo dan dolce gabbana
yang terang benderang - si mak cik hanya memakai pelita minyak.
bila malam berterusan aku lihat ramai warga bali duduk duduk di tepi jalan
ada yang mencangkong - tidak ada kerusi - mereka berkumpul kumpul melihat
mat saleh bergaya masuk ke restoran -
ini mengingatkan aku kembali di zaman sebelum merdeka di mana segala nikmat
hidup hanya di rasakan oleh orang china atau mat saleh - aku masih ingat lagi
ketika aku camping di port dickson yang 'enjoy ' hanyalah china dan mat saleh
orang melayu ketika itu sama seperti yang aku lihat malam ini di ubud.
memang di sini ada dolce gabbana - ada polo - ada prada - ada billybong - tapi
warga bali hanya melihat para bulek bershopping dan bergembira menikmati hidup. tidak mungkin warga bali memiliki modal untuk bershopping.
di satu lagi persimpangan jalan aku ternampak seorang kakak membawa raga - menjual keropok dan makanan yang lain - air dari thermos - inilah yang terdaya oleh ekonomi orang bali.inilah contoh kedai orang bali.
ditepi tepi restoran pasti akan ada menebeng dua tiga lelaki bali - mereka bertanyakan setiap bulek yang keluar dari restoran sama ada memerlukan teksi atau tidak.
jika bung karno melihat apa yang aku lihat pasti indonesia akan berevolusi sekali
lagi.
SANG SAKA
esok adalah hari ulang tahun kemerdekaan - kau melihat sang saka
di setiapa pelusuk. aku juga melihat cogan cogan kata yang
ingin mengingatkan kepada makna kemerdekaan - yang yang tidak ada
ialah gambar bung karno - malah gambar sang presiden hari ini
juga tidak kelihatan.
BERSEMBANG
aku sempat bersembang dengan seoarang anak muda bali
yang aku tanyakan kerjanya - dia menggangur - telah dua tahun.
malah 50 ke 60 % anak muda di bali ini tanpa pekerjaan. ayahnya
tukang ukir - sesekali ukiran terjual - pernah melamar kerja tapi
gagal - ianya hanya bercita untuk menjadi pelayan -
lihatlah bagaimana otak anak muda ini telah di jajah - dia tidak
dapat befikir jauh selain dari menjadi hamba kepada bulek.
SATU YANG POSITIF
aku tidak nampak kedai jual bangkai lembu di sini
dekat lapangan terbang aku ada ternampak kedai
menjual bangkai ayam - di ubud tidak kelihatan
langsung dua kedai jual bangkai ini.
juga tidak kelihatan 7/11 disini.
ini amat positif.
orang tidur awal disini - tadi jam 11.00
aku pergi ke jazz cafe - banyangkan pemusik
telah berhenti bermain.
nota:
ke mana perginya mokhtar lubis
yang dulu dizaman sukarno bukan
main bising mengkritik bung karno
dengan senja di jakarta -
aku yang melihat senja di bali ini
tidak tahan - melihat warga bali
hanya jadi hamba abdi kepada mat saleh
Salam.pada hemat kamu isham mengapa bangsa yang kononnya 'sanggup mati anak jangan mati adat ini' atau bangsa yang menghargai kesenian lebih dari diri sendiri telah ber tukar menjadi bangsa yang rela dijajah?adakah kehendak material atau desakan hidup membunuh semangat juang atau kerelaan diri sendiri yang merelakan mereka 'dibantu' oleh mat saleh yang menakluk tanpa mereka sadari.apakah kepekaan bangsa melayu sendiri sudah hilang sehinggakan bangsa 'asing' ini datang dan berbaik hati utk menjajah mereka?semoga perjalanan kali membuka pesepsi manusia yang mengganggap melancong ke bali adalah satu riadah paling bagus dengan melihat kesusahan bangsa kita sendiri.apakah view in dirasai oleh kamu seorang atau bagaimana rakan2 yang lain. Adakah mereka bersetuju dengan pandangan mu atau mereka juga sebagaian manusia yang suka menakluk.salam sahur dari bumi malaysia.jaga diri baik-baik.
BalasPadamSedih mengenang nasib warga-warga kecil yang terus menjadi hamba untuk bertahan hidup (T_T)
BalasPadamnota tt yang begitu bermakna
BalasPadamrisau tt itu, gundah tt itu, boleh berjangkit ke mari dan dalam satu tempoh, boleh menjadikan kita seperti orang-orang bali itu.
skalanya mungkin berbeza namun senarionya tetap sama-tiada kuasa ekonomi serta chukonglah yang menguasai segalanya
sbb itu ada yg meletupkan bom kat bali...ketidakpuashatian terhadap apa yg berlaku di bali. ditambah dgn semangat jihad...pasti ada yg sedia korbankan diri bagi memberitahu dunia ketidakkenaan yg berlaku di bali!
BalasPadamDulu, ramai penduduk berkaki ayam. Troli airport dihijack untuk mencari sekupang!
BalasPadamyb
ko x puasa ke isham?..wakakaka
BalasPadamContoh salah urus tadbir negara.boleh terjadi kat mana mana ceruk dunia bro.
BalasPadamBagi yang pesimis pasti akam mencela,ni lah yang korang dapat dari api reformasi...hahaha
kau terlalu teliti dan terang macam kamera slr.
BalasPadamolelh itu bersyukurlah dengan negara kita. walaupun tak berapa hebat, tapi sekurang2nya takde mcm kat bali tu.
BalasPadamhargailah. toksah nak bergaduh2 cam orang tak bertamadun
yang pasti mereka sangat patriotik..
BalasPadamMas. Nanti jgn lupa ke tampak siring temple. Sana ada holy spring boleh berendam. Sgt fresh. Kasi migrain hilang.
BalasPadamPegi sana ya.
woi!woi!woi!
BalasPadam1.Apa yang boleh dipelajari dari insan bernama TT ni!!
2.Perjuangan!intelektual!moral!!agama!
3.Kesiaaaaannnnnnn!!!!!!!!!!
itulah perbezaan antara dua darjat...
BalasPadamDarjat Puak kaya semacam pemimpin UMNOBN@UPCO dengan keangkuhanya dan kesombongannya..
Darjat Puak Miskin semacam rakyat jelata sering ditindas, dipaksa beli Barangan Naik (BN)..
Selagi UMNOBN@UPCO menerentah, selagi itulah rakyat akan dimiskinkan oleh BN
"..ini mengingatkan aku kembali di zaman sebelum merdeka di mana segala nikmat
BalasPadamhidup hanya di rasakan oleh orang china atau mat saleh - aku masih ingat lagi
ketika aku camping di port dickson yang 'enjoy ' hanyalah china dan mat saleh
orang melayu ketika itu sama seperti yang aku lihat malam ini di ubud..."
Askum Bro..makna nya dasar yg Gomen Mesia buat dah berjaya. Terutamannya DEB.
Akui lah sekali sekala, apa salahnya. :-)
Frm HHalem
kelas menengah di bali ada, tapi kecik je, terdiri dari keturunan hindu kasta atasan raja2 bali dulu2.
BalasPadamMochtar Lubis dah marhum la bang, lima tahun lepas
BalasPadamtu la hisaham nasib baik aku sokong maday, dia banyak bawak perubahn untuk orang melayu..kalau aku sokong kau gerenti jadi aku macam melayu bali...
BalasPadamBaguslah anda telah mendapat pelajaran dari pengembaraan ini. Pulanglah dengan penuh keinsafan bahawa dinegara Malaysia nasib bumiputera lebih baik dan lebih terbela dan keluarlah dari kelompok yang tidak pernah mahu bersyukur yang sedang tuan tunjangi saekarang ini.
BalasPadamSalam
salam..
BalasPadampak sham,mane cerite nak jumpe awek ni? cerite pasal projek masa hadapan? biler nak kongsi ...?
kami dah lame tunggu citer pak sham yang ni...
isyam, apa kurang di malaysia, coba kau lihat di sekitar bandar2, anak muda berpeleseran, punyai motor dari ibu ayah, kerjanya menjadi kuli pada kapitalis, bukan menghina kerja namun sedih melihat mereka diperlakukan begitu, najib terus gembira menghabiskan harta rakyat. yang tinggal hanya manusia yang mengharapkan keadilan akan tertegak yang entah sampai bila akan muncul agaknya, MALAYSIA PERLUKAN REVOLUSI, MALAYSIA PERLUKAN REPUBLIK.
BalasPadam1. Selamat Datang ke Pantai TOK BALI, Pasir Putih Kelantan. Malam menyediakan laksam dan kropok lekor panas.
BalasPadam2. Kelapa bali si kelapa pandan
Berbau wangi enak rasanya
Retorik sekali rakyat dahulukan
penaka tanah air belum merdeka.
3." Mantan MB Selangor, belum siap ke lagi rumah Ala Bali? "
Begitu sekali penjajahan masih leluasa walau pun tenteranya tiada.
BalasPadamNasihat Rosmah Kepada Mereka Yang Terumbang-Ambing Di Lautan Gelora Kerana Beraya Tanpa Suami
BalasPadamIsteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihati isteri dan keluarga anggota tentera yang terpaksa bertugas di dalam dan luar negara semasa Aidilfitri supaya bersabar dan tabah menghadapi situasi tersebut.
Katanya, beliau sebagai seorang isteri begitu memahami perasaan apabila suami yang juga ketua keluarga terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada negara meskipun pada sambutan Aidilfitri.
"Percayalah, saya pernah melalui situasi yang sama ketika suami saya (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada ketika itu bertugas sebagai Menteri Pertahanan terpaksa meninggalkan saya di Rome disebabkan beliau ingin menyambut Hari Raya dengan anggota tentera kita yang bertugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bosnia Herzegovina.
"Ketika dalam perjalanan pulang, helikopter yang dinaiki beliau 'delay' (lewat) dua jam disebabkan ada anggota rombongan yang sesat dan dalam masa dua jam itulah saya ni cukup risau memikirkan keadaan suami saya dan masa dua jam tu pula terasa lama, ibarat macam 20 hari," kata Rosmah
Komen:
2 jam ibarat 20 hari????, kah..kah..kah.., nnt kt akhirat lg lama, 1 hr = 1000 thn, cuba la kira kalu sejam brpa lama?
nonsense la puaka ni (krng pahala posa aku...), abis tu isteri yg suaminya msk penjara, msk ISA apa tu yg bertahun2 tu lg trok mnderita...
woit tt..
BalasPadamapa ko pergi enjoy kat bali??
sini kita org lagi enjoy tau...
chukong MCA dan tuannya UMNO sedang bergaduh..muahahahahha
kebanyakan malaysian ni lbh menagungkan budaya luar...apalah kiranya kita lebihkan budaya kita sendiri, maksudnya budaya yang ada di tanahair tercinta. Apa kurangnya kita, kerajaan tertua didunia ada di tanah air...tp ada org kesah. kalau dah ada kerajaan tua sndiri tapi sayang kita masih melebihkan budaya luar..apalah gunanya kita ni memiliki mykad. Kalau nk agung kan budaya luar, pergi, minta jadi orang sana plak. Kalau dah budaya sana, makanan di sana lbh sedap...pergilah..jadi org sana...pakai kad pengenalan sana...x malulah kita,,org sana berpusu-pusu masuk kesini. SEBAB APA? Aku cinta MALAYSIA, cinta budaya MALAYSIA, cinta makanan Malaysia. Pulut sekaya, lompat tikam, ghasidah dll
BalasPadamhttp://arabnews.com/economy/islamicfinance/article103426.ece
BalasPadammintak ulasan sikit
tidak mustahil suatu hari nanti malaysia pun akan jadi seperti ini selagi golongan yang membodohkan rakyat memerintah..
BalasPadamgeng bn kelahi: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm
BalasPadamBro..tau pun lu bezakan Malaysia sebelum merdeka dan selepas merdeka.
BalasPadamapakah kita nak smpi ketahap ini,apakah kita masih saggup jd pencacai umngok..nah saudara2 kita perlu bina kerajaan baru yg lebih adil dan saksama,yg sanggup menolong rakyat nya...kita harus merubah keadaan yg ada skrg..bgun rakyat..hidup rakyat
BalasPadamTerima kasih, Pak! Saya mahasiswa dari Jakarta, merasa tulisan Bapak bisa membuat saya insomnia, tak bisa tidur, apalagi sehabis perayaan 17-an baru-baru ini. Ini membuat saya bertanya2 apa arti dari sebuah kemerdekaan...Salam hangat dari Ciputat, Jakarta....
BalasPadamMana Hicam nih x update?
BalasPadamLama sangat pak-chu-cheng??
hahaha
Senyap jer kat Bali brader? Bulan lepas gua ada ke sana, mistik sgt la tempat tu bagi gua. Sampai tido malam pun macam kena kaco jer...
BalasPadamBaru lepas baca buku lu, TAPAI. Very interesting... :-)
isham... hang ni senyap je kat bandung nih.. ada pigi kedai buat jes-extender ka?
BalasPadamko suruh ismail sabri dan hishamuddin hussin pakai menatang ni... sure hang takdak idea nak komplen depa lagi...
Lawyer MACC Abdul Razak kena gelak berdekah2 dalam mahkamah...
BalasPadamInilah kualiti peguam kerajaan kita.. inside country harap kat government protection sahaja..outside country kaput!
patutlah kita kalah kes & kehilangan Pulau Batu Puteh bila lawan dengan Singapura!
Dr porntip said "I disagree".
BalasPadamMacc lawyer said "oh okay, agree."
Dr porntip: "no, disagree".
Pak lawak la lawyer macc..
lamanya ko naik kapal terbang TT... tok leh nak update blog lasun..
BalasPadamAku sudah kena candu berjenama TT.
Kalo ko buat stesyen TV sendiri macam ni, dah 3-4 hari asyik ulang filem yang sama... boleh terbakar kepala aku camni TT! Mengkala ko pasang pulak Bik Mama punyer iklan... boleh muntah2.. lu ada paham ka?
lamanya cuti,
BalasPadamTT perasan tak, sepanjang bantuan 1mesia ke Gaza, tiada serangan dari israel. Keluar je rombongan, kena serang dengan jet plak gaza. macam ada apa2 konek tion jerk.