Khamis, 26 Ogos 2010

HARTA ROMPAKAN




INI BUKAN REBAN AYAM TAIB MAHMUD - INI RUMAH WARGA SERAWAK




JUAL TANAH KEPADA ANAK - SERAWAK RUGI LEBIH 300 JUTA RINGGIT – mkini

Sebuah syarikat yang dimiliki oleh anak-anak Abdul Taib Mahmud berjaya memperolehi tiga bidang tanah di Kuching pada harga yang tersangat rendah. Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri itu kehilangan potensi pendapatan RM300 juta.

Ahli parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang membuat pendedahan itu berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan seluas 269 ekar di bandaraya itu kepada Monarda Sdn Bhd pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu pada kadar purata RM291,000 bagi setiap ekar.

"Harga pasaran adalah dalam lingkungan RM1.5 juta dan RM2 juta bagi setiap ekar. Jika dijual secara tender, kerajaan negeri akan memperolehi pendapatan antara RM400 hingga RM500 juta,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.


nota:
apabila kerajaan pakatan rakyat mengambil
alih pentabiran negara - kes kes tanah
seperti ini wajib di buka kembali

kes kampong chu badak
kes kampong berembang
kes kampong buah pala
kes tanah selangor yang diberi oleh toyo pada pemandunya
kes tanah tasek utara


mana yang patut di ambil kembali
mana tanah yang kena curi oleh cukong di rampas kembali

akta tanah wajib di hapuskan untuk menjaga
agar tanah orang kampong tidak kena rembat

kalau ini dalam manifesto pakatan rakyat
jamin pakatan rakyat akan mengambil alih
pentabiran negara ini


nota:
tahukah anda bahawa pemandu kereta khir toyo
jadi kaya raya sehingga kan dia
memerlukan seorang pemandu keretanya.


4 ulasan:

  1. drebar toyo dpt 200 ekar tanah..lepas tu kononnya tubuh syarikat nak jual tanah tu dgn harga yg lebih tinggi..so ramai lah org2 yg termakan ajakan dari org2 yg berkaitan drebar ini..semua keluar duit sorang sikit..konon pemegang saham dlm syarikat tu..so bila jual dapatlah 1 ekar 1 juta sorang..kononnya...aleh2 lepas bee end tumbang kek selangor duit tu lesap kemana..yg dah keluar duit melopong sampai skrg..yg tukang ambil duit hilang..cari2 pun x dapat..tu lah kerja Bee end masa memerintah..menipu dan terus menipu..kaya dgn duit haram..sampai ke anak cucu kau lah x selamat ..amin

    BalasPadam