Selasa, 24 Ogos 2010

INI REAL POLITIK




UBU GARIS POLITIK TEPAT





KARPAL NAFI BELIAU SENDIRIAN TOLAK HUKUM HUDUD, NEGARA ISLAM
– berita hairan

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, hari ini menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata, penasihat DAP, Lim Kit Siang, juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lalu bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah

KOMENTAR TUKAR TIUB:

sekali pandang kelihatan karpal singh dan lim kit siang ini bekerja sebagai ajen gerombolan. mereka mahu status quo yang ada hari ini wujud.

kenyataan ini amat keras. tapi inilah realpolitik.

kenapa tt berkata demikian?

ini dari pengalaman di zaman front sosialis dahulu. ini ketika parti buruh dan parti rakyat bersatu. pihak musuh telah meracun dengan satu isu:
bahasa.

agen musuh dalam parti rakyat mahu bahasa melayu ini di panggil bahasa kebangsaan.

agen musuh dalam parti buruh mahu bahasa melayu ini di panggil lingua franca/bahasa bersama


lalu mereka bergaduh. para sb berkerja keras mengapi api agenda ini. akhirnya setiakawan dua parti ini bungkus. perserikatan mereka pecah. semua ini tercatit dalam sejarah. kalau kita lupa sejarah maka kita hanyalah bangkai bernyawa.

sekarang berulang kembali - isu hudud dan negara islam.

agenda utama dalam negara ini ialah menghumbankan gerombolan ke dalam tong sampah sejarah. ini ajenda induk.

bukan hudud. bukan hutut. bukan sutut.

malah musuh kita pun bukan semua ahli gerombolan – hanya beberapa ekor gerombolan –
gerombolan jahat yang kita lawan. ada yang boleh diangkut bersama dalam satu kabilah yang besar untuk mendirikan negara malaysia baru yang lebih demokratik.

negara islam ke hudud ke sutut ke mutut ke adalah ajenda sampingan. ini pemahaman strateji realpolitik – politik untuk merampas kuasa. jangan lari dari pegangan ini.

sesiapa membawa isu sampingan dan membesar besarkan isu sampingan ini boleh dilihat sebagai agen musuh.

ini samalah seperti kita melihat bagaimana lim guan eng di serang dengan isu sampingan. isu khutubah ini adalah isu sampingan yang dibesar besarkan walhal kebajikan warga pulau pinang ada agenda utama.

rakyat vietnam angkat senjata nak halau amerika
bukan mahu bahasa peranchis atau bahasa vietnam
rakyat iraq angkat senjata nak halau amerika
bukan nak sunni atau nak shiah
rakyat afghanistan nak halau amerika
bukan nak tanam koko atau nak tanam ganja

dalam realpolitik hanya satu sasaran
dalam realpolitik hanya dada musuh di tikam
dalam realpolitik hanya satu tujuan

waspada ! mereka yang suka membawa isu sampingan:

isu menentang konsert
isu buka tempat hiburan
isu tak suka anak muda merayakan kemudaan mereka
isu suka menjadikan anak muda tua
isu lok leh lok leh
semua ini ada pemberat perjalanan ketika ombak rakyat
semakin ampuh untuk menghumabankan gerombolan.

ini samalah seperti pernah berlaku di era reformasi. beberapa bengolan dalam era reformasi – malaon malaon ini - telah meletakan agenda agenda sampingan apabila agenda utama ialah turun ke jalan raya.

akhirnya terbukti bengolan bengolan ini semuanya adalah agen gerombolan dan kini masuk kembali ke sarang gerombolan.

membaca agenda musuh bukan susah
membaca agen msuh juga bukan susah
kalau media musuh suka isu itu
di besar besarkan maka ianya menguntungkan musuh

sesiapa tidak belajar dari sejarah adalah bangkai bernyawa.


19 ulasan:

  1. masalahnya DAP yg bangang bawa isu sampingan ni..bangang, kena la kita kata bangang..realpolitik konon..huh..
    hasan

    BalasPadam
  2. tanpa nama 02:26
    bangang yang betul betul bangang.
    bangang 1 kerana paham tapi buat tak paham
    bangang 2 kerana ini memang manusia bangang anak gerombolan.

    BalasPadam
  3. Setuju dengan TT..

    Masalah metaliti dan kebiasan politik yg menjadikan "PEMBANGKANG SENTIASA KALAH" , masih membelenggu sesetengah politician.

    50 tahun menjadi pembangkang..50 tahun ikut rentak gerombolan..
    Rugi 50 tahun kalau masih berperangai sama; sentiasa termakan umpan gerombolan.

    Please let other people lead if you still cannot read gerombolan punya agenda.

    We want changes..bukannya nak tengok sandiwara sapa yg betul sapa yg kuat. Sapa taiko..
    Go to hell with taiko..
    We want changes!!!

    BalasPadam
  4. PR belom jadi kerajaan persekutuan.
    PR belom duduk PutarJaya.
    PR belom menang pilihanraya.
    PR bukan nya majoriti dalam Parlimen.
    PR belom tendang umno kedalam Laut Cina SElatan
    PR belom boleh tempeling muka Bik Mama

    Setakat ini hudud chuma setakat "sideshow" macham melepas kentut dalam bilek ..berbau sementara waktu.

    Karpal haros ingat bahawa hudud ni semuanya kentut sahaja...sebab Pas perlu bawa bincang dalam Parlimen dan Hudud Pas haros dapat sokongan ...kalao tidak , semua ni chuma kentut -kentut dan cakap cakap kosong.
    Karpal , steady dan relax sikit lah oii.

    BalasPadam
  5. Ini la masaalah kalo singh dah lupa nak pakai turban banyak agenda musuh boleh dalam otak yang tak bertutup.

    kah kah kah kalau dah lupa minta kavita tolong ajar cara nak ikat turban.

    BalasPadam
  6. TT suroh DAP senyap jela, memekak je , aku tensen to la ngan karpal singh ngan lim kit siang tu, bantutkan perjalanan reformasi je, tunggu 2 ekor tu mampos je, tgk lim guan eng rilek cool je, bodo chisei punya olang tua

    tantawi plak lu jangan la nak poyo2, bukan nak tentang tegakkan hudud, g bincang elok2 suda la dgn DAP kasi penerangan, yag ko gi declare kt utusan tu buat pe bodoh, tujuan ade tapi strategi kosong , fakap.

    BalasPadam
  7. hahaha..

    1. Zionis dah ajar bagaimana wujudnya KUBUR PALESTINE PALSU... sikit hari lagi, laporan kematian teoh adalah palsu juga la.. takder kes la TT.

    2. Mahkamah dipecah masuk dan diceroboh... dan yang paling penting, file2 siasatan kerja2 jahat gerombolan mesti hilang punyer...Apa kerja pak guard depan mahkamah yerk? PACHUCENG?

    3. Masa untuk melihat Melayu Islam, (huarhuarhuar) syahid kerana mercun sudah tiba. Ketagih nak pergi berperang kat Palestine, tapi kerajaan 1malaysia tak bagi... letupkan anak melantun hingga ke atas pokok... ini sudah bagus nih.. Latihan melawan bom fosforus zionis sudah berjaya...

    4. isu hudud? mainkan isu agama adalah bisnes terbaik gerombolan... melayu islam makan babi ni sudah cerita lama, hampir 99% produk di pasaran ada unsur babi, tulang babi, puki babi, taik babi, bangkai babi, cuma tak makan secara langsung saja.. sbb tak lalu... kalo babi yang sudah diproses, melayu balun saja... mengaku islam mengalahkan nabi muhammad lol.. haibat...

    ketawa jangan tak ketawa... sebelum ketawa diharamkan...

    BalasPadam
  8. mintak la penasihat2 politik yg terer nie, g la nasihat skit DAP, jgn duk bangkang sangat TG Nik Aziz nie...kot ye pun kalau tak suka, cakap la macam tukar tiub nie, iaitu remain status quo dalam isu perlembagaan persekutuan sbb itu dah termaktub..guna ayat politik skit, seperti Hudud memang Bagus sebab TGNA yg cakap macam tuh, tetapi dari pandangan DAP, kita akan status quo kan perlembagaan....in future klo nak guna Hudud, kita akan discuss sama2 di peringkat Pakatan Rakyat...jgn suh PAS @ PKR jer pandai main politik....suruh DAP sekali pandai main politik...kata matlamat utama adalah untuk tumbangkan gerombolan...so guna la diplomasi skit bersama2 dalam PR untuk jaga hati masing-masing...jgn nampakkan sangat kononnya DAP nie memperkudakan PAS @ PKR...

    please la tukar tiub, bykkan guna diplomasi, rundingan, musyawwarah skit.....kena la tolak ansur mana patut....

    BalasPadam
  9. ini lah masalahnya... bila terminologi yang digunakan tak mau diubah... hudud tu adalah teminologi... bila sebut hudud, disebelah sini, apa yg difaham oleh org bukan islam... mereka pon termasuk dalam undang2 ini... pada hal bukan mereka terikat pon... mereka masih diikat dengan undang2 komanwelth seperti mana sitoncit tu belajar... kalau dia mencuri hukum penjara dan buang gelang besi... kalau dia mengaku islam hukum potong tangan...

    kalau sitoncit ada pakai akal... gelang kat tangan dia tu tjuannya untuk apa?... kalau puak dia faham dan akur pada peraturan agama dia.. dia nak takutkan apa? serupa dengan apek tua tu... melainkan memang dia tahu puak dia paling ramai dok curi harta orang... nak bagi kurang jenayah pon susah...

    pas kalau nak adjust hukuman jenayah islam... ubah undang2 mahkamah syriah... laksanakan hukum seperti apa yang disarankan dalam quran... asyik nak labelkan negara mcm pasang papan iklan je nak buat apa?... seperti ibarat buat mesjid besar2 tapi syaf solat tak sampai suku...

    BalasPadam
  10. aku rasa dlm isu ni karpal la yg tongong
    nik aziz dh bg hint ckp tu kenyataan peribadi karpal...tu dh menunjukkan yg nik aziz xnk gadoh2,nk setel cpt isu ni...pastu yg karpal ni api2kan lagi watpe..tongong punya karvitapal singh!!

    -madey kimak-

    BalasPadam
  11. lim dan kapal adalah pembangkang stail kuno...
    umno lak memerintah stail kuno...

    dah kena la tu ..kuno bertemu kuno...tak ke mana peginya...
    nak maju konon.....

    kah kah kah kah kah kah ......

    BalasPadam
  12. realpolitik juga tunjuk 2 ekor tu (Karpal dan Kit Siang) adalah racist bila isunya Islam.Sebab tu mereka akan tumpas atas dasar ini (yang begitu dasar bagi real Muslims negara ini).Selagi mereka tidak boleh bersikap terbuka terhadap hudud, selagi itulah mereka akan terus menjadi pembangkang.Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  13. copy 'n paste...

    " agenda utama dalam negara ini ialah menghumbankan gerombolan ke dalam tong sampah sejarah. ini ajenda induk.

    bukan hudud. bukan hutut. bukan sutut... "

    Soalan: agenda siapa tu?? Komunis??

    BalasPadam
  14. blogger munafik.....cakap lain buat lain. UMNO tak buat hudud tuduh kafir. Bila karpal tolak hudud... realiti politik. Mana lebih utama? Islam atau politik. Sekarang dah kata hudud agenda sampingan pulak. Sah Biawak sebiawak2nya. Padalah PAS & PR setakat ni tak diizinkan Allah jadi kerjaan Msia. Kalau tidak...hancur Islam dibuatnya,
    ANTI PARTI ISLAM MUNAFIK

    BalasPadam
  15. Tukar tiub…,

    Jangan marah Karpal Singh. Ada orang kata Karpal Singh tidak faham hudud, tapi bagi aku dia amat memahami nya kerana isu hudud ini telah dibangkitkan sejak beberapa lama dulu.

    Jika kita ungkit kisah lama iaitu pada tahun 1988, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.

    Karpal berserta partinya menolak hukum hudud berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain. Tidak ada ruang untuk undang-undang hudud. Kita perlu faham maksud ayat tersebut.

    Oleh kerana itu Karpal Singh menolak bukan kerana undang-undang hudud tidak bagus tetapi kerana tiada peruntukan di Malaysia untuk menggunakan undang-undang hudud. Ini adalah kata-kata dari seorang peguam yang mematahui peraturan dan undang-undang.

    Mengikut fahaman aku, kalau Malaysia nak laksanakan undang-undang hudud, pekara utama yang mesti dilakukan adalah singkirkan UMNO dari Putrajaya, lepas tu boleh bincang balik tentang hudud. Pasti berjaya.

    Aku bersetuju dengan saudara Tukar Tiub, bahawa isu hudud dan negara islam adalah isu sampingan yang cuba diperbesarkan oleh UMNO sebagai cara mengelirukan pemikiran rakyat khususnya melayu bodoh. Memikirkan isu hudud sehingga kita lupa agenda utama.

    Untuk pengetahuan melayu pandai... realpolitik ketika ini adalah berpolitik untuk merampas kuasa dari tangan UMNO/BN.

    Setiap isu sampingan yang diwar-warkan oleh UMNO, kita lawan dengan agenda utama.

    BalasPadam
  16. Kepada para pembaca sekalian:

    Islam itu Islam.

    Politik negara Malaysia itu politik negara Malaysia.

    Jangan salah campurkan.

    Negara kita ni cuma 55% jer orang Islam. 45% tu bukan Islam.

    Tak bolehlah kita hudud sini hudud sana macam Nik Aziz.

    Hormatilah sensitiviti golongan Muslim yang tidak mahu hudud, dan golongan bukan Muslim yang juga tidak mahu hudud.

    Nik Aziz ni orangnya berprinsip, baik, tapi malang sekali visinya kuno. Tidak selaras dengan apa itu Malaysia dan perlembagaan negara.

    Baca kenyataan Karpal Singh. Beliau diplomatik saja. Dia cakap Perlembagaan Negara jelas sekular seperti yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Tertinggi. Maka isu hudud tidak harus dibangkitkan. Kit Siang juga mengulas bahawa isu hudud tidak ada dalam perjanjian Pakatan Rakyat, maka rakyat tidak perlu bimbang pasal hudud ni.

    Ni yang disebut oleh kedua-dua tokoh politik DAP tersebut.

    Bukak minda dan baca baik-baik. Jangan terus nak serang DAP dgn Karpal atau Kit Siang semata-mata kamu sudah dipropagandakan oleh UMNO untuk membenci DAP. Itu propaganda yang dah lapuk. Baca dan telitikan sesuatu perkara BERDASARKAN FAKTA DAN SECARA OBJEKTIF.

    Apa yang disebut Tukar Tiub itu betul. Kita kena bantah dan buang benda yang tak berkait dengan usaha mara ke Putrajaya, seperti hudud ni. Ni yang dilakukan oleh Karpal. Jangan membuak-buakkan isu-isu tepi. Ini yang dimahukan UMNO. Mereka memetik dan memutarbelitkan ayat tertentu oleh Nik Aziz. Nik Aziz pun kena pikir baik-baik skit sebelum buka mulut.

    Karpal membuat langkah strategik untuk menepis dan mematikan isu ini agar agenda demokrasi Pakatan Rakyat tidak terkulai.

    BalasPadam
  17. wa ada skit heran,
    name pengomen2 ulasan tukartiub utk entry nie mcm blame d.a.p utk issue hudud...

    aku rasa wat isham said very jelas sekali lah..

    pas perlu decide apa matlamat "real politik" terdekat...i can't see any islamic state in the coming 5 years... and kalau itu yang menjadi hrpn most PAS supporters bila PAS memerintah bersama PR,mereka pasti kecewa...rampas kuasa dulu....tumbangkan UMNO dahulu...tapi ntah lah....kadang2 aku teringin gak nak tgk PAS kuar je pktn rkyt kalau prinsip tak boleh di kendurkan..

    BalasPadam
  18. BERITA TERBARU! BERITA TERKINI!

    Wakil rakyat PAS Dr. Dzulkefly Ahmad mengaku pemebentukan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud MEMANG BUKAN polisi persetujuan Pakatan Rakyat.

    (Baca sini: http://malaysiakini.com/news/140957)

    Ini menunjukkan bahawa Nik Aziz jelas salah dalam mengungkitkan isu hukum hudud berkali-kali, walaupun ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Persetujuan Pakatan Rakyat.

    Ujar Karpal Singh memang betul 100%.

    Kenapa pulak pembaca di sini nak kutuk Karpal Singh tanpa membaca dan menganalisa!

    BalasPadam
  19. Pada aku dah memang orang bukan Islam tak akan bersetuju dengan hukum islam,ini apa nak diherankan..
    Masalahnya sekarang penerimaan orang Islam dan orang yang mengaku diri dia tu Islam, dapat ke terima Hukum Islam itu sendiri?
    Apa yang aku nampak lagi di hina adalah..Org yg banyak buat salah memang camtu
    teringat zaman Tun memerintah..apa je yang dia tak kutuk pasal Hudud ni...?? Dasar UMNgOk
    eloknya kita tanya pulak ulamak umno tu pasal hukum hudud ni...dah tentu diorang buat tak pot je....Takut le tu!!!!

    BalasPadam