Jumaat, 20 Ogos 2010

KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM !!!





PELIK YANG BUAT SENDIRI LAGI BAIK DARI BUATAN PERANCHIS




nota:
perkasa akan membuat laporan polis
kerana projek membuat kapal selam
ini dibuat 100% oleh orang china
tidak ada 30% saham bumi kah kah kah



ELAK POLITIKAN ISU PERTAHAN – ZAHID
- melayau

Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi berharap semua anggota parlimen dan pemimpin politik tidak mempolitikkan isu pertahanan negara dengan membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah daripada hakikat sebenar.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara," katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Zahid berkata, demikian semasa mengulas tindakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada Selasa terhadap anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan wartawan akhbar Malay Mail, Marhalim Abas berhubung dakwaan kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.

Bercakap kepada pemberita selepas berbuka puasa di Masjid Jamek Sungai Keli di sini malam tadi, beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata, mereka yang membuat dakwaan itu kini terdedah kepada tindakan undang-undang kerana membuat kenyataan palsu.

Kenyataan Nurul Izzah yang memburukkan imej pertahanan negara itu dilaporkan akhbarKompas di Indonesia pada 4 Ogos lepas. - BERNAMA


KENYATAAN BALAS NURUL IZZAH ANWAR TERHADAP MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

19 Ogos 2010

Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.

Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.

Menyebut tentang imej dan keselamatan Negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan Negara?

Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan Negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh Negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat?

Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.

Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.

Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar Negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… KALAU ELAK KAN ISU PERTAHAHAN… JAHANAMLAA NEGARA INI… kah kah kah..

kah kah kah… NANTI ASKAR HANTAR KE KABUL… MATI KENA TEMBAK TALIBAN…TAK BOLEH BINCANG... kah kah kah..

kah kah kah… ISTERI ROSMAH BELI ROKET… SEBAGAI HANTARAN UNTUK PINANG ZIANA ZAIN… TAK BOLEH BINCANG...kah kah kah..

kah kah kah… RAZAK BAGINDA… BELI TANK TANGAN KEDUA DARI BANGLADESH UNTUK BUAT KOTAK SIMPAN BUKU…TAK BOLEH BINCANG... kah kah kah..

kah kah kah… GENERAL MULA JUAL ENJIN KERETA… TAK BOLEH BINCANG...kah kah kah..

kah kah kah… TUKANG MASAK JUAL BERAS SIMPANAN TENTERA…TAK BOLEH BINCANG.... kah kah kah

woit... APA GUNA PARLIMEN?.... kah kah kah..

kah kah kah... TAK BOLEH TANYA.... kah kah kah...

nota:
ini macam nak hancurkan negara

nota:
berita kapal selam tak dapat
menyelam adalah laporan malay mail
berita ini bukan berita rahsia
satu dunia ketawa kah kah kah

10 ulasan:

  1. Untuk membuktikan kebenaran, Zahid sepatutnya cuba menenggelamkan kapal selam tersebut dikhalayak ramai.

    selagi rakyat tak tengok, macam2 tuduhan akan terus berlaku.

    BalasPadam
  2. betul22..nanti mat rempit sewa meriam buat meriam raya ..cam mana...poodah zahid..pi kwn dgn madey..la..

    BalasPadam
  3. ryang mengeluarkan berita tentang kapal selam tak boleh selam tu kalau tak salah saya datangnya dari zahid hamidi sendiri.

    BalasPadam
  4. bodoh nye ada pak menteri angguk2 geleng2 cmni,nape bodoh sgt boleh jd menteri..xbole bincang..osa,kah kah

    BalasPadam
  5. DIDI KOTA BELUD BERKATA; ZAHID CUBA UNTUK MENUKAR FENG SHUI T.L.D.M,KERANA DALAM KEADAAN EKONOMI YANG MENINGKAT 8.9% NI T.L.D.M, KENA ADA PERUBAHAN.AKU TAHU KENAPA ZAHID KENA MEMULAS-MULAS NAK TUKAR FENG SHUI T.L.D.M, SEBAB SELAMA MENERAJUI T.L.D.M, T.L.D.M ITU BERDIRI ATAS PERKATAAN.." TIADA LAGI DAPAT MENYAMUN ".INI BERLAKU KERANA ZAHID SEDARI DIA HANYALAH PENCUCI TAIK KEPADA ISTERI ROSMAH.CINA SENDIRI CAKAP,HAIYA...NUNYI TAIK TALA BELISI,LAGI MANYAK SEMUT.MANYAK NGATAL OOOOOOOOO.

    BalasPadam
  6. Diharap zahid boleh ikut jejak sepol aka 2hari tak basuh jubor bersumpah dimasjid untuk membuktikan kapal selam boleh selam.

    BalasPadam
  7. kahkahkah....aku ketawakan kebangangan rakyat....sebab undi bn

    BalasPadam
  8. jadikan tukun... pasti tenggelam... senyum juga pak nelayan nak cari tangkapan...

    BalasPadam
  9. Dengar cerita staff Angkatan Hebat Sdn Bhd...Syarikat yg supply kereta sewa pandu sendiri untuk kegunaan harian beberapa jurutera Peranchis di TLDM Teluk Sepanggar...sewa untuk sebijik kereta Myvi adalah RM30,000 sebulan...RM30K x 10 bijik = RM300,000..aduiii..hangus duit incometax aku!!pkima!!...ini mesti dah masyuk dalam harga kontrak la ni!!!

    BalasPadam
  10. Jangan lupa.. nasib skyhawk kita yang masih tersadai di padang pasir Carlifornia.. sampai sekarang duk jadi bangkai tapi sewa masih kena bayar.. Beli 50 bijik.. bawak balik 30.. 20 lepak sana..

    Ni semua kementerian pertahanan punya pandai.. bawah Najib Tun Razak dulu..

    BalasPadam