Khamis, 19 Ogos 2010
MALAM MERDEKA ITU
MENARI UNTUK PELANCUNG
MERDEKA KAU WARGA BALI
disatu malam aku terserempak dengan satu pesta
ini sehari sebelum 17 ogos – entah apa nama kampong ini
banjar apa dan daerah apa namanya tidak aku ingati - mereka sedang berpesta kerana anak anak muda kampong ini telah menang dalam pesta bola.
lalu gamelan di gesek
bangsi ditiup
tabuh di ketuk
muncul seorang anak gadis dengan penuh kebaliannya
menari dengan tangan yang lentik dan alis mata yang hitam
matanya merayau rayau indah seirama dengan bunyi serunai
di bawah pentas – ibu ayah kakak abang dan adik terut berpesta sama - seorang abang ditarik naik ke pentas – lalu diajak menari
maka mereka pun menarilah – sambil menari si abang melawak dengan lenggok dan gerak badannya - kami di bawah ketawa puas
merdekalah kamu warga bali
di ubud kota ini telah di ambil alih
di kuta pantainya telah diambil alih
tanah telah bertukar tangan
ini lah manifestasi
di zaman globalisasi
di era tanpa sempadan
beras terbaik untuk hotel termahal
ikan tersegar untuk pelancung berduit
buah termanis untuk duit terlonggok
air terbersih untuk wisatawan
manari lah kau
ke pura lah kau
bergamelan lah kau
kau puja lah apa yang ingin kau puja
tapi jangan lupa kau wajib angkat bakul itu
letakan ke atas kepala mu
kerana ada wisatawan menunggu dengan kamera
jika ombak di kuta boleh di swastakan
jika pura di ubud boleh di swastakan
telah lama ianya bertukar tangan
tepian pantai indah telah berpagar
lorong lorong telah bertembok
maka mereka pun tidak henti henti
menari dan menari kerana
inilah arahan dari para brahmin
iniah arahan dari politikus yang kini
memiliki saham dalam hotel dan restoran
tu yang asek nak ganyang malaysia tuh... tak sedar dah kena tipu dengan pemerintah jahat dia tuh...
BalasPadam