Jumaat, 13 Ogos 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA




KUEH KLASIK MELAYU-TEPUNG BERAS-GULA KABONG-SANTAN KELAPA UNTUK MENJADI DODOL








HARI KE TIGA KITA BERPUASA


hari ini hujan turun tengah hari
bila hujan turun kuala lumput jadi kacau
kemudian hujan berhenti dan alam kering kembali

jam 6 lebih mula renyai datang sekali lagi
kini hampir jam tujuh
renyai semakin lebat
lebat semakin pesat air turun

petang ini penjaja kurang senang
hujan datang menggangu betul betul
di saat dan ketika yang paling stratejik
betul betul satu jam sebelum berbuka

apakah dewa di langit marah
apakah dewa sedang bergaduh
apakah tuan puteri menangis
melihat alam yang semakin kelam

hujan petang menyejukan rasa
hujan petang mengundahkan hati pak warong
hujan petang menyoronokan yang baru kahwin
hujan petang membuatkan kota kuala lumpur jam

PETANG INI:

untuk berbuka
aku beli 3 biji kueh melayu
kueh kouci
kueh gulung
kueh inti
air tebu

untuk makan malam
aku membeli :
ikan keli masak tempoyak
rendang ayam
sayur pucuk paku
pajri terong
dan nasi

kelmarin sahor
aku ada sayur jering masak pekat
ikan talapia berlado
air kelapa masam

sambal bilis petai belum di makan
aku simopan dalam peti air batu

bayangkan betapa indahnya menjadi manusia melayu
banyangkan betapa seronoknya berbuka puasa
bayangkan betapa seronoknya bumi ini
bayangkan di hujan petang ini kita masih lagi
berpesta merayakan kehidupan !


HADITH TUKAR TIUB :
jangan lah kamu berbuka seorang diri
kerana nasi bungkus tidak akan
menarik jika dilihat oleh satu kepala

berbukalah kamu berkawan kawan
kerana dengan beramai ramai itu
lebih banyak makanan terhampar di atas meja


11 ulasan:

  1. encik tukar tiub,karipap daging bangsar x beli ke?buat juadah berbuka..tapi jangan lak makan karipap tu u ajak aljibuieeet sama..kh kah kah :))).

    nanti kalau sia tengah makan karipap,tetiba dia tanya u"Are u okay?"...kahh kahh kahh kah..

    BalasPadam
  2. Ces.....sabdaan tukartiub pun ada ke...

    sini pun hujan sama kat KL. tak pergi pun pasar ramadhan. malas. ambik bubur lambuk kat masjid saja utk aku dan anak kecik.
    itupun tak habis sampai sahor.
    blk taraweh pun dpt bubur. simpan utk buka esok. bubur kacang, bubur cha-cha.

    BalasPadam
  3. Selamat berposa sham! Shah alam pun ujan. Air 3 bungkus rm2. Kueh 3 biji rm1.

    BalasPadam
  4. :) bazar mana selalu TT jalan?

    BalasPadam
  5. salam bro sy rasa tak sesuai la tulis tajuk hadis tukar tiub.. takut mengelirukan....
    minta maaf la cuma pandangan peribadi sy jer...

    BalasPadam
  6. slamat berpuasa,,,
    tt tlg check nape skang x blh top up touch n go kt highway plus atau mane2 plus???macam kedai jual coli xblh beli kt situ,,kena beli kt bik mama,,,,hahaha...

    BalasPadam
  7. Selamat Berpuasa.

    berbuka puasa seorang diri itu benda nombor 3 paling syahdu dlm dunia. kahkakah.

    BalasPadam
  8. MAHAFIRAUN TAK BALIK BELI DODOL DI PEKAN RABU KA TAHUN NI...kah kah kah kah kah..kah kah

    BalasPadam
  9. Selamat BerPuasa kpd semua kawan2 yg berAgama Islam diNegara ini kecuali mamak kerala dan toyol.

    BalasPadam
  10. salam bro sy rasa tak sesuai la tulis tajuk hadis tukar tiub.. takut mengelirukan....
    minta maaf la cuma pandangan peribadi sy jer...


    cnfirm golongan yg meng-privatise kan allah jgk ni..

    BalasPadam